amazed Publish time 1-8-2008 07:28 PM

kraftangan m'sia akan ke harrods mac 2009

01 Ogos, 2008 15:40 PM Kraftangan Malaysia Akan Ke Harrods Mac Tahun Depan

Daripada Rohana Mustaffa http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/images/cam.gif

LONDON, 1 Ogos (Bernama) -- Barangan kraf berkualiti Malaysia akan berada di gedung terkenal Harrods seperti yang dirancang Mac tahun depan.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Khamis mengadakan rundingan lanjut dengan pihak Harrods dan persetujuan dicapai bagi Malaysia diberi ruang secukupnya bagi mempamerkan produk krafnya di situ.

Ruang di Pintu 9 Harrods difahamkan dipersetujui secara prinsipnya untuk menempatkan produk kraf Malaysia seperti ukiran kayu dalam bentuk pasu bunga dan lain-lain, tembaga, barangan perak dan pewter, produk seramik dan hasil tenunan serta batik.

Songket pula akan dihasilkan sebagai asas pembuatan seperti beg tangan dan kasut.

"Mengikut perjanjian, kita akan pamerkan dulu produk kraf kita di Harrods dan kemudian dijual," kata Mohd Shafie kepada pemberita di akhir lawatan kerjanya sejak 28 Julai sempena Minggu Malaysia London.

Beliau berkata cabarannya kini ialah Malaysia perlu memastikan produk yang dihasilkan untuk ke Harrods adalah yang bermutu tinggi dan kawalan kualiti akan dipraktikkan dengan ketat.

"Ini sesuai dengan langkah kita untuk menembusi dan menguasai permintaan pasaran pertengahan dan atasan," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin mutu produk kraf Malaysia cukup tinggi dan layak berada di Harrods dan gedung ternama yang lain, cuma yang penting standardnya sentiasa dikawal.

"Selepas ini, kita mungkin akan ke gedung besar yang lain untuk berbincang seperti Selfridges (kedua terbesar selepas Harrods di United Kingdom)," katanya.

Mengenai Minggu Malaysia London yang akan berakhir pada 3 Ogos, Mohd Shafie berkata program itu akan diteruskan tahun depan dan Datuk Bandar Southwark Councillor Eliza Mann yang turut berada pada majlis itu mengiyakannnya.

Potters Fields Park, tempat Minggu Malaysia London berlangsung adalah di bawah bidang kuasa Datuk Bandar Southwark.

Festival pada musim panas ini, yang membuka kira-kira 30 gerai mempamer dan menjual batik, pelbagai kraftangan Malaysia, makanan, buah-buahan dan lukisan serta persembahan kebudayaan dan fesyen, setakat ini berjaya menarik perhatian ramai penduduk London dan pelancong.

Mohd Shafie sebelum ini menyatakan harapannya pengunjung ke Minggu Malaysia kali ketiga ini bertambah kepada sekurang-kurangnya 80,000 orang berbanding 55,000 pada 2006 dan 70,000 tahun lepas.

Bertambahnya pengunjung juga memberi harapan meningkatnya ketibaan pelancong United Kingdom dan rakyat negara lain ke Malaysia setelah diperkenal dan terpikat dengan produk negara di Minggu Malaysia ini, katanya.

-- BERNAMA




wowzie...... harrodsbeb!!!

http://www.honey-creative.co.uk/media/clients/harrods.jpg

fleurzsa Publish time 3-8-2008 07:53 PM

salam

yg penting kualiti terkawal...

KiMi-HaNNa Publish time 21-8-2008 10:52 AM

ya.. malaysia bolehhh !!!:loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness:

amazed Publish time 21-2-2009 01:12 PM

Batik masuk Harrods
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


http://www.hmetro.com.my/Saturday/Hati/20090221102352/mainpixKEINDAHAN seni lakaran batik serta ketelitian tenunan songket diterjemah dalam karya yang cukup indah oleh barisan pereka fesyen tempatan untuk diperagakan di pentas antarabangsa.

KEINDAHAN seni lakaran batik serta ketelitian tenunan songket diterjemah dalam karya yang cukup indah oleh barisan pereka fesyen tempatan untuk diperagakan di pentas antarabangsa.

Keistimewaan batik dan songket ini nyata dinanti-nantikan apabila bakal muncul di gedung beli-belah terkemuka, Harrods di London bermula 23 Februari hingga 28 Mac ini sempena promosi produk kraf tempatan diketengahkan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) bersama agensinya, Kraftangan Malaysia.

Pada majlis pratonton Promosi Kraf yang bakal dibawa ke London itu lebih 40 rekaan daripada Yayasan Tengku Nur Zahirah, Butik Kirana, Galeri Seri Endon, Kraftangan Malaysia dan IKartini diperagakan kepada penonton.

Sebelum ini, busana yang diperbuat daripada songket dan batik sering dianggap hanya sesuai digayakan pada majlis tertentu khususnya songket bersesuaian dengan fungsinya yang sinonim dengan pemakaian golongan bangsawan satu ketika dulu.



Selaras dengan perubahan zaman, dua fabrik mewah itu kini semakin digemari dan digunakan dengan meluas oleh orang kebanyakan kerana kebangkitan cita rasa dalam penataan fesyen.

Dalam pada itu, tetamu pada majlis berkenaan disajikan dengan himpunan menarik pelbagai fesyen terkini seperti gaun labuh serta baju ala kebaya yang diberi sentuhan kontemporari bagi menyerlahkan lagi kelainan warisan bangsa berkenaan.

Lukisan indah batik yang bermotif abstrak serta bunga-bungaan yang melatari himpunan itu memang menarik manakala penggunaan songket dalam rona terang juga memukau pandangan.

Lakaran berkenaan sarat kelihatan pada pakaian Barat seperti gaun, blaus serta kemeja yang tampak begitu menarik dan penuh dengan gaya ketimuran.

Fesyen gaun daripada batik memang kelihatan menarik apatah lagi jika menggunakan rona lembut seperti ungu, merah jambu, biru ataupun muda.

Gaun bercorak yang ditampilkan mampu memberi kelainan kepada masyarakat di sana yang sebelum ini sinonim dengan gaun polos untuk digayakan pada majlis.

Selain itu, jenama batik tempatan terkenal, Meesha Sukira, juga tidak ketinggalan dalam promosi berkenaan.

Pengasas dan perekanya, Michelle Lau berkata, pihaknya akan yang mempromosikan barangan perhiasan rumah seperti sarung bantal, kusyen, selendang dan sapu tangan.

"Peluang itu umpama mimpi yang menjadi kenyataan bagi mereka kerana sudah lama mengimpikan untuk memasuki gedung terkemuka itu.

"Sudah lama kami mencuba untuk membekalkan produk tempatan ke negara Barat dan peluang yang diberikan Harrods itu umpama bulan jatuh ke riba," katanya.

Sementara itu, Menteri KPKKW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata sebanyak 3,173 unit produk kraf tempatan bakal dipamerkan di gedung beli-belah itu merangkumi empat cabang kraf utama iaitu hasil rimba, tekstil, seramik dan logam.

" Promosi ini juga membabitkan 66 usahawan kraf tempatan iaitu 23 daripada bidang kraf hasil rimba, tekstil (17), logam (10) dan masing-masing lapan daripada bidang fesyen serta seramik.

"Ia membabitkan ruang pameran seluas 900 kaki persegi yang akan menempatkan produk kraf termasuk tekstil dan bakal dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

"Ia diharap dijadikan landasan terbaik untuk mendedahkan hasil kraf tempatan yang unik kepada masyarakat di Eropah," katanya.

amazed Publish time 26-2-2009 06:57 PM

Kraf terbaik ke Harrods

Oleh ROHANA MUSTAFFA

Selepas lebih 11 tahun menunggu sejak Mohamamed Al-Fayed dikatakan berminat dengan kraf Malaysia, mulai semalam impian untuk produk Malaysia di gedung Harrods akhirnya tercapai.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0226/Kosmo/Varia/va_01.1.jpg




PEMILIK gedung ternama Harrods, Mohammed Al-Fayed pernah dilaporkan membeli sebuah beg tangan kulit buaya di Langkawi berharga RM25,800 dan beberapa produk kulit mahal semasa mengunjungi ladang buaya di pulau legenda itu, 11 tahun lalu.

Beliau turut menghadiri pameran produk Malaysia di Carcosa Seri Negara.

Ketika itu, timbul cakap-cakap kemungkinan produk buatan Malaysia akan mendapat tempat di ruang jualan Harrods yang mempunyai keluasan satu juta kaki persegi (90,000 meter persegi), merangkumi 330 kedai di Brompton Road, Knightsbridge London.

Bagaimanapun apakah tidak cukup bermutu produk Malaysia ketika itu sehinggakan kehangatan untuk membawanya ke London senyap begitu sahaja.

Umum tahu bahawa Harrods merupakan gedung membeli-belah mewah yang mengutamakan produk berkualiti tinggi dan asli bagi pelanggannya. Untuk masuk ke situ pun sudah bersyarat, mesti berpakaian kemas, tidak boleh memakai beg galas dan sebagainya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0226/Kosmo/Varia/va_01.2.jpg
BARANGAN pewter.

Justeru, untuk berada di tempat dan diterima di pasaran terbaik seperti itu, produk yang mahu dijual juga perlulah yang terbaik.

Langkah pertama


Kraftangan Malaysia dalam memulakan langkah mempromosi produk kraf negara di gedung berprestij itu mengambil masa kira-kira setahun untuk memastikan hanya ciri-ciri terbaik yang ada pada setiap produk kraf diterbangkan beribu kilometer jauhnya dari Kuala Lumpur ke London sebagai merealisasikan angan-angan yang dipasang 11 tahun lalu.

Slogan Malaysian Craft at Its Best mengiringi 3,173 unit produk kraf daripada 410 rekaan yang dibawa untuk dipamerkan, yang merupakan pilihan wakil Harrods Limited sendiri untuk dipromosikan selama sebulan di gedung itu, mulai 25 Februari hingga 28 Mac ini.

Sememangnya, peluang memperagakan kraf Malaysia di Harrods ini merupakan satu pengiktirafan kepada produk Malaysia kerana gedung itu memang mengamalkan kawalan mutu yang ketat dan tapisan produk yang tinggi.

Empat wakil Harrods Limited yang diketuai Pengarah Jualan Pengiklanan & Penajaannya, Guy Cheston berkunjung ke Malaysia pada 24 hingga 28 November 2008 untuk meneliti produk kraf yang akan dipromosi daripada empat bidang kraf iaitu hasil rimba, tekstil (batik, tenunan dan songket), seramik dan logam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0226/Kosmo/Varia/va_01.3.jpg
BEKAS simpan sapu tangan.

Sebelum itu, Kraftangan Malaysia mengadakan bengkel kerja untuk mengenal pasti produk sedia ada dan menyediakan lakaran serta lukisan teknikal produk baru yang dicadangkan khusus untuk pasaran di Harrods.
Usahawan yang terlibat ialah mereka yang bersedia memasuki pasaran eksport dan usahawan yang menyertai program Satu Daerah Satu Industri.

Mereka dipilih berdasarkan rekaan dan kualiti yang dikeluarkan, keupayaan pengeluaran, mempunyai kemudahan bengkel atau kilang yang lengkap, modal kerja dan tenaga kerja.

Hasilnya, sebanyak 1,042 rekaan produk kraf dipamerkan di Bangunan Seri Anjung Kraftangan Malaysia dan daripada itu, sebanyak 410 jenis rekaan dipilih oleh pihak Harrods dengan nilai keseluruhan produk yang dibawa sepanjang promosi Kraf Malaysia di Harrods, sebanyak RM1.4 juta. Produk itu akan diperaga dan dipromosikan di beberapa lokasi di dalam gedung Harrods.

Rundingan di Harrods


Ruang pameran itu telah ditinjau oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama beberapa pegawai semasa mengadakan rundingan dengan pihak Harrods pada Ogos tahun lalu sempena berlangsungnya Minggu Malaysia di Potters Field Park, London.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0226/Kosmo/Varia/va_01.4.jpg
UKIRAN kayu.

Ketika ditemui pada pratonton majlis pelancaran promosi kraf Malaysia itu, baru-baru ini, Shafie berkata Harrods Limited menyediakan ruang untuk jualan, pameran dan peragaan produk seluas 900 kaki persegi (81 meter persegi).

Shafie juga berkata, melalui promosi kraf itu, seni budaya dan warisan turut dikomersialkan bagi mencapai visi menjadikan Malaysia sebagai hab seni, budaya dan warisan di peringkat antarabangsa.

Atas inisiatif itu, pasaran kraf mahu diperluas melalui promosi seperti di Harrods. Usaha itu selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan seni kraf sebagai satu daripada penyumbang kepada ekonomi negara.

Menurut Shafie, sebelum ini hanya produk pewter berjaya menembusi pasaran London sedangkan pasaran kraf di United Kingdom merupakan ketiga terbesar di dunia. Harrods pula antara gedung ternama menawarkan produk seperti kraf.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0226/Kosmo/Varia/va_01.5.jpg


Hasil usahawan kraf Malaysia itu diuruskan jualan dan promosinya di Harrods oleh anak syarikat Kraftangan Malaysia, Karyaneka Sdn. Bhd.

Usahawan kraf yang terlibat seramai 66 orang iaitu 23 daripada kraf hasil rimba, 17 daripada kraf tekstil, 10 daripada bidang logam, masing-masing lapan daripada fesyen dan seramik.

Pelancaran promosi


Pelancaran promosi kraf Malaysia di Harrods ini akan disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Turut berangkat hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sepanjang promosi itu, pelanggan Harrods berpeluang melihat dan mencuba aktiviti demonstrasi mewarna batik. Sebanyak 54 pasang pakaian tekstil Kraf Malaysia iaitu batik, tenun dan songket akan turut diperagakan pada majlis pelancaran itu.

Sekiranya usaha promosi di Harrods berjaya, Kraftangan Malaysia berkemungkinan meneroka pasaran di gedung tersohor dunia lain termasuk di Paris dan New York. - Bernama

amazed Publish time 28-2-2009 07:33 AM

Barangan kraf terbaik Malaysia di Harrods

http://www.utusan.com.my/pix/2009/0228/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_02.1.jpg
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bersama dengan pemilik gedung ternama Harrods, Mohammed Al-Fayed (kanan) dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (kiri) ketika merasmikan promosi Kraf Malaysia di gedung membeli-belah Harrods, London, semalam.
Pages: [1]
View full version: kraftangan m'sia akan ke harrods mac 2009


ADVERTISEMENT