Sephiroth Publish time 15-9-2008 11:56 AM

Originally posted by jebeng at 14-9-2008 08:35 PM http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
sedih nye aku x dpt tgk natgeo...wuwuwu...

untk menjadi "Advance Human" cam sephiroth cakp..kite memerlukan akal...but still human ade "Nafsu" yg mengelirukan/menutup akal....even though human ...

Sebenarnya kita silap kalau cakap yg manusia tak pernah menjadi maju sebelum ini. Nafsu itu bukannya masalah baru, sejak dulu kala pun sudah ada dan manusia boleh dikatakan sudah cuba sedaya upaya utk memastikan nafsu tak menguasai diri sepanjang sejarah manusia ini.

Jangan kata zaman Star Wars dan Star Trek (itu hanyalah khayalan orang Barat semata2nya), sejarah Asia pun sudah menunjjukan banyak contoh2 macam mana rupanya manusia yg berakal dan berilmu.

Walaupun negara2 Asia banyak juga peristiwa peperangan (yg diwujudkan oleh sifat nafsu itu sendiri), banyak juga contoh2 macam mana manusia boleh hidup secara aman damai. Kerajaan2 Purba spt Kerajaan Asoka di India merupakan contoh baik macam mana manusia boleh maju ke hadapan bila mereka2 yg berilmu memerintah kerajaan. Kerajaan Genghis Khan pun contoh macam mana manusia boleh menjadi spt haiwan bila nafsu menguasai diri.

Di Indonesia, sehingga 1800s, orang2 Indonesia tak pernah mengenali apa itu kebuluran kerana Bumi mereka menberikan mereka cukup makanan dan minuman. Tetapi bila Belanda tiba, mereka memaksa oang2 Indonesia tanam tebu utk dieksport sampai pada tahun 1850an, hampir 2 juta orang sudah mati kebuluran.

Di China pula, orang2 China tak kena apa itu candu (kecuali utk perubatan) dan mereka2 yg menjadi penagih akan dilihat lebih rendah dr sampah kerana tak berguna kpd masyarakat. Akan tetapi, bila orang Inggeris tiba pada sekitar 1800an, apa jadi? Perang Candu.

Oeh itu, kalau nak jadi maju ... ingat balik benda2 baik yg diajar oleh nenek moyang (kaum masing2). Jangan terikat dgn konsep kemodenan dan kemajuan yg abnormal yg ditunjjukan oleh orang2 Barat. Tetapi jangan lupa akan keperluan Sains dan Teknologi, kerana tanpa ilmu tersebut, kemungkinan besar, kita akan dijajah semula.
Pages: 1 2 [3]
View full version: Manusia masih primitif lagi


ADVERTISEMENT