dexa Publish time 18-7-2008 07:17 PM

Ribut Kalmaegi Landa Taiwan : 1 mati, 8 hilang -

Ribut Kalmaegi landa Taiwan, satu mati, lapan hilang

TAIPEI: Seorang kanak-kanak maut, empat cedera manakala lapan lagi hilang apabila ribut tropika Kalmaegi melanda Taiwan, awal hari ini.

Kanak-kanak perempuan berkenaan berusia setahun, manakala seorang wanita mengandung cedera apabila rumah mereka di Selatan Bandaraya Kaohsiung dibawa banjir lumpur, menurut Agensi Bomba Kebangsaan.

Dipercayai seorang budak lelaki terperangkap dalam lumpur dan disenaraikan sebagai hilang.

Sementara tujuh lagi yang dilaporkan hilang dari kawasan selatan dan tengah Taiwan, termasuk dua orang dipercayai lemas apabila bot yang menyelamatkan mereka terbalik.

Ribut berkenaan melanda di barat daya Taipei jam 11.30 pagi waktu tempatan dengan kelajuan angin 83 kilometer sejam.

Gambar siaran televisyen menunjukkan penduduk di kawasan terbabit bertarung dengan banjir dengan beberapa lebuh raya di bahagian tengah Nantou dipenuhi lumpur yang menyekat laluan.

Pegawai kerajaan menyebut, pejabat dan sekolah di beberapa kawasan di tengah Taiwan terpaksa ditutup dengan lebih 3,600 nelayan berlindung di pelabuhan.

Ribut itu juga menjejaskan trafik udara dan darat. Perkhidmatan kereta api dibatalkan dan lebih 20 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatal atau ditangguhkan. AFP


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dah berapa ribut taufan dok landa taiwan ni sejak global warming ni -
kita hanya dapat berdoa semoga tak banyak fatality dan orang2 di sana
bersabar...

juga hopefully tak menular lagi ke negara2 lain especially negara kita sendiri -
Pages: [1]
View full version: Ribut Kalmaegi Landa Taiwan : 1 mati, 8 hilang -


ADVERTISEMENT