aurorae Publish time 10-7-2008 01:21 PM

Tukar Haluan Kerjaya ... update: sudah tukar pun

Edited by aurorae at 25-5-2016 10:51 PM

Aku nak tanya ada sesiapa yg pernah mengalami perkara cam ni.Katakan sekarang korang dah bekerja dengan pengalaman, tapi tak suka kerja korang, berenti, ambik kursus yg diminati, dan terus tukar haluan dengan kerjaya baru.Contoh macam chef Wan.


Kalau korang ada pengalaman, aku ada beberapa soalan;
1.Bila korang ambik keputusan drastik ni, lepas 2-3 kerja atau selepas beberapa tahun.
2.Berapa lama korang fikir pasal benda ni, baru ambik tindakan selanjutnya.
3.Adakah korang terus berenti kerja lama, atau ambik cuti sambil belajar ke?
4.Ada takperasaan ragu2 samada nak terus atau tak?
5.Apa dugaan dan halangan yg korang hadapi, contohnya kewangan dan keluarga.
6.Macammana korang atasi halangan tu. Contoh dari mana sumber kewangan semasa proses peralihan tu.
7.Pernah tak rasa menyesal dengan keputusan yg korang buat?
8.Kata-kata motivasi untuk orang macam aku ni, ... yang rasa bersalah aje sebab kerja semata2 gaji, bukan sebab minat.
9.Yang terakhir, apa bidang yg korang tinggalkan, dan apa bidang yg korang barumasuk tu?

generasi2 Publish time 10-7-2008 02:30 PM

Reply #1 aurorae's post

aku tukar arah.. tapi tak delah macam chef Wan.. totally differ.. tak de lah drastik sgt..

1.Bila korang ambik keputusan drastik ni, lepas 2-3 kerja atau selepas beberapa tahun.
- aku tukar lepas 2 tahun keje.. tak drastik pun.. tukar sebab offer better.. ingat nak cebur bidang tu balik..
2.Berapa lama korang fikir pasal benda ni, baru ambik tindakan selanjutnya.
- tak fikir pun.. redah jerk.. sebab utama lokasinya dekat dan kampeni yang offer tu lagi strong.. even skop keje lain
3.Adakah korang terus berenti kerja lama, atau ambik cuti sambil belajar ke?
- dapat keje, terus brenti keje lama
4.Ada tak perasaan ragu2 samada nak terus atau tak?
- masa buat tu, tak ragu2 langsung.. sebab better offer
5.Apa dugaan dan halangan yg korang hadapi, contohnya kewangan dan keluarga.
- tak de dugaan yang dasyat.. cuma nak sesuaikan diri dengan keadaan baru.. keluarga tak kata apa..
6.Macammana korang atasi halangan tu. Contoh dari mana sumber kewangan semasa proses peralihan tu.
- takde masalah perubahan sumber kewangan.. so, nasihat aku.. cari keje yang gaji sama banyak dgn skrg atau lebih banyak..
7.Pernah tak rasa menyesal dengan keputusan yg korang buat?
- tak kesal, cuma kekadang rasa ralat jugalah.. jauh di sudut hati.. tp, pasti ada kebaikan di sebaliknya..
8.Kata-kata motivasi untuk orang macam aku ni, ... yang rasa bersalah aje sebab kerja semata2 gaji, bukan sebab minat.
- keje sebab gaji tak de salahnya.. bagi aku normallah tu.. minat akan datang bila gaji banyak..!! bagi aku aku korbankan minat untuk gaji yang lebih.. hidup ni nak senang jerk beb!! apa leh buat nko senang..? bagi aku, ada duit, semua jadi!
9.Yang terakhir, apa bidang yg korang tinggalkan, dan apa bidang yg korang barumasuk tu?
....

generasi2 Publish time 10-7-2008 02:35 PM

Reply #1 aurorae's post

nko nye kes, macam chef WAN kerk..?? aku no komen ahh. sebab aku tak de minat mendalam dalam satu2 bidang cam tu.. asal masyukkkk!!!.. aku ok jerk..

otai_g Publish time 10-7-2008 04:08 PM

chef sebelum jd chef dia keje apa?

aurorae Publish time 10-7-2008 08:32 PM

Originally posted by generasi2 at 10-7-2008 02:35 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
nko nye kes, macam chef WAN kerk..?? aku no komen ahh. sebab aku tak de minat mendalam dalam satu2 bidang cam tu.. asal masyukkkk!!!.. aku ok jerk..

Terimaksih sebab jadi orang pertama jawab soalan aku, walaupun situasi kau tu tak berapa sama dgn dilema yg aku bayangkan.

Aku rasa bila kau bertukar kerjaya kepada sesuatu yg lebih baik, dari segi gaji dan segalanya, rasanya takde apa masalah kot.   Masalahnya bila kerjaya yg kau idam-idamkan tu belum tentu lagi menjanjikan kejayaan sama mcm kau dapat sekarang.Cuma itulah minat kau, benda yg kau really minat sejak kecik dan tak pudar sampai sekarang.Mungkin kau terpaksa bermula dari bawah pula, sebab bidang totally lain.Macam Chef Wan la kot.

Mungkin tak ramai orang ygproblem macam ni, kalau akujumpa sorang pun agaknya dah cukup lucky.

aurorae Publish time 10-7-2008 08:43 PM

Originally posted by otai_g at 10-7-2008 04:08 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
chef sebelum jd chef dia keje apa?

Accountant

aurorae Publish time 12-7-2008 01:11 AM

CNN Interview Chef Wan

Aku copypaste interview dgn Chef Wan.Dia kerja akauntan 7 tahun.

LH: Now aside from the cooking, before you even got it discovered this passion, you did pay your dues, you did go to school, you did go into something rather conservative, that is working in a merchant bank. (CW: exactly) Seven years. Was that tough for you?

CW: It wasn't tough because like I said you were coming with all the background, like I said I was selling cakes and all that, I'm always counting money (LH: somebody else's money this time...) Yes so my mother says now it is time for you to go into the business school and study to be an accountant. This is exactly what I did, so I when I graduated and finished and studied and of course I finished in college and I came back and later I worked for a few years and later I went to Australia to finish my degree. So when I came back again I started working in a merchant bank and I've enjoyed it. Cause you know even at times it was just like in between my working as a banker I was also part times doing all sorts of catering, I was also teaching sometimes a few ladies to come and how to bake a cake and sometimes I would do wedding food and all that. So I did have my fair share of time to spend that hobby, because that never really left me. But then over the years as I grew, I realized that I wasn't moving very much because I had a passion and it gets bigger and bigger the passion for food and then I said, this is the time to leave the business world.

Full interview:
http://www.cnn.com/2004/WORLD/asiapcf/08/26/talkasia.wan.script/index.html

kashaz Publish time 12-7-2008 09:32 AM

meh tgk jawapan aku.. terpulang la nak anggap drastik ke tak..tp most ppl akan aggap klu dah keja dgn gomen, sayang giler klu stop.
ko leh tgk my siggy je utk tau apa aku buat skang..hehe

1.Bila korang ambik keputusan drastik ni, lepas 2-3 kerja atau selepas beberapa tahun.
lps keja tetap 3thn. almost nak confirm dgn keja gomen..

2.Berapa lama korang fikir pasal benda ni, baru ambik tindakan selanjutnya.
6bln kot..

3.Adakah korang terus berenti kerja lama, atau ambik cuti sambil belajar ke?
trus brenti.unethically i quit tnpa bg notis whatsoever..

4.Ada tak perasaan ragu2 samada nak terus atau tak?
of cos! keja gomen,rasanya almost semua org kata aku bodoh.dan samada leh survive dgn gaji ciput.

5.Apa dugaan dan halangan yg korang hadapi, contohnya kewangan dan keluarga.
financially yes-sbb tukar kpd keja yg almost kurang separuh gaji asal. keluarga? smpi skang xtau keja baru aku exactly.cuma bgtau dah tukar keja je..

6.Macammana korang atasi halangan tu. Contoh dari mana sumber kewangan semasa proses peralihan tu.
lessen my usual shopping..xdela mewah2 sgt cm dulu. mula jinak2 dgn keja yg leh dibuat online. mula nak buat tuisyen.

7.Pernah tak rasa menyesal dengan keputusan yg korang buat?
nyesal brenti-NO. nyesal dpt gaji sket, ade la jugak..but not much. nyesal xdpt terus terang dgn family-VERY MUCH :(

8.Kata-kata motivasi untuk orang macam aku ni, ... yang rasa bersalah aje sebab kerja semata2 gaji, bukan sebab minat.
xleh nak salahkn nko,coz not all are bless to do what they love and get paid for it.. most ppl keja sbb gaji tgi, or sbb ikut kelulusan, or sbb itu je keja yg ade..

9.Yang terakhir, apa bidang yg korang tinggalkan, dan apa bidang yg korang baru masuk tu?
aku degree in IT, 2nd class upper lagik (sori,bukanblagak.just to emphasis bukan cikai2 IT ku itu.huhu). keja in IT . (PTM tu Peg Tekno. Maklumat). now aku keja in education area. klu nak tau more psl my keja kat siggy, PM je la ek..

haa,so what do u think? aku pun tgh tgu gak utk bersinar like chef wan with my new job.xdela kaya giler, just ok utk make ppl dont think i'm not stupid for wasting the gov job:P

[ Last edited bykashaz at 12-7-2008 09:35 AM ]

aurorae Publish time 13-7-2008 01:20 AM

Originally posted by kashaz at 12-7-2008 09:32 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
financially yes-sbb tukar kpd keja yg almost kurang separuh gaji asal. keluarga? smpi skang xtau keja baru aku exactly.. ...


Kisah kau ni ada sikit macam chef Wan. Masa dia berenti keja dan pergi belajar masak kat oversea, lepas setahun, baru dia bagitau keluarga sebenarnya dia pergi belajar masak.Semua orang dah tak boleh buat apa-apa.

Tapi kes kau senang sikit sebab aku rasa kau bujang lagi.Chef Wan buat tu lepas dah ada anak 2, dia buat decision drastik gila, sebab mula2 ceraikan wife, pastu berenti keja dan sambung belajar masak.Dari satu life yg orang lain tentukan, terus tukar life yg dia sendiri nak.

Aku sendiri dah beranak pinak, husband aku suruh stay keja ni, sedangkan jiwa aku....

So now kau bidang education, like in kolej swasta ke? (sebab dulu kerja kerajaan).

azuan_az Publish time 13-7-2008 11:15 AM

Kalau korang ada pengalaman, aku ada beberapa soalan;
1.Bila korang ambik keputusan drastik ni, lepas 2-3 kerja atau selepas beberapa tahun.
Selepas setahun, rasa takder career progress

2.Berapa lama korang fikir pasal benda ni, baru ambik tindakan selanjutnya.
bila ada ooportunity

3.Adakah korang terus berenti kerja lama, atau ambik cuti sambil belajar ke?
Berhenti, rehat seminggu, terus kerja baru

4.Ada takperasaan ragu2 samada nak terus atau tak?
adala, but doa banyak2

5.Apa dugaan dan halangan yg korang hadapi, contohnya kewangan dan keluarga.
None, cuma was-was tu ada la

6.Macammana korang atasi halangan tu. Contoh dari mana sumber kewangan semasa proses peralihan tu.
Savings la.

7.Pernah tak rasa menyesal dengan keputusan yg korang buat?
tak

8.Kata-kata motivasi untuk orang macam aku ni, ... yang rasa bersalah aje sebab kerja semata2 gaji, bukan sebab minat.
Make a move, before the window of opportunity close

9.Yang terakhir, apa bidang yg korang tinggalkan, dan apa bidang yg korang barumasuk tu?
Marketing to Sales

- - - - - - - - - - - - - - -
"Winning Jobs - Malaysian style" - http://ebook.azuanzahdi.com

kashaz Publish time 14-7-2008 12:07 PM

Reply #9 aurorae's post

aku Head english Instructor utk Kumon. aku jugak Facilitator Jemputan PLKN. aku jugak trainer utk 1 software, tp job tu mcm setahun sekali je. lagi 2 kerja, online. Online rater utk company based in Ireland. and provide English MCQ questions to 1 of e-learning company..

aku suka cara skang sbb suit my needs. klu nak keja gj lebih tgi, i have the qualifications. satu family aku keja telekom. aku pun penah tolak PTD. yg aku tau,jiwa aku xngamdgn kerenah keja kat gomen. and IT.hehhehe

tp still aku minat to train ppl in basic IT knowledge.sbb tu jadik software trainer. and lps ni nak offer ajar komputer sekitar sini..

and keja skang aku ade free time. keja kul 1-10mlm..no pressure,bos pun ngam.dah 2x naikkan gaji aku since keja feb. and mmg aku rasa puas bila tgk students improve..

aku xminat jadi lecturer or teacher sgt. sbb xminat nak jadik kerani,mrangkap nk wat jadual blaja, gi trip sana sini,dan ngajar the same thing. aku suka one-on-one, or mcm jadik facie/trainer..ajar ramai org,tp jumpa depa skali je.. :lol:

skang aku just nak stabilkan life. cari more opportunity buat duit, tp still within my interest.

generasi2 Publish time 14-7-2008 04:23 PM

Reply #9 aurorae's post

kenapa sbenarnyer kor nak brenti keje skrg..??
minat, tekanan..??

Kamen_rider Publish time 14-7-2008 06:48 PM

wahhh..kasyas..hang punye cerita sama cam aku punye cerita laa..tapi aku belum ambil tindakan drastik tuh lagi...hhiih..ajrlah daku dengan lebih mendalam...daku pun berminat nak kirje cam hang tuh...tapi masih tak nampak jalan...

kashaz Publish time 14-7-2008 10:13 PM

Reply #13 Kamen_rider's post

nak ajar tu payah gak.. sbb yg penting nko kena minat.. cam aku,org dulu2 suka soh aku jadik lecturer or cikgu sbb ala2 suka ngajor org..tp aku xsuka,sbb dah tgk perit keja cikgu.dan bosan.aku lebih suka one-on-one teacching (coaching).

dan mmg ms dpt offer keja gomen pun,aku xsuka.tp amek gak since ms tu baru grad,xnak hampakan parents since aku sulung..huhu..

antara sbb aku makin kuat tukar keja,bila ade 1 time kursus, sorg pernceramah tu buat ala2 personality test gitu.. most of yg lain mmg dlm group Memerintah (aku xigt nama dia in English), tp aku dlm group tg harmony.. group yg memerintah tu mmg sesuai sgt la utk org gomen-passionat utk kejar power, nak authority dlm keja, leh adapt dgn sistem hierarki dlm gomen..

group Harmoni aku,ade la 4,5 org je kot..mmg slamber je penceramah kata kami agak kureng seswai utk survive dlm gomen sbb jenis lembut ati.. :Pso lps tu la aku lg more tgk balik my life n admit keja time tu not suitable to my jiwa..

aurorae Publish time 15-7-2008 08:48 AM

Originally posted by azuan_az at 13-7-2008 11:15 AM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif
Kalau korang ada pengalaman, aku ada beberapa soalan;
1.Bila korang ambik keputusan drastik ni, lepas 2-3 kerja atau selepas beberapa tahun.
Selepas setahun, rasa takder career progress

2. ...

Marketing dan sales, aku ingatkan macam irama dan lagu, always come together.I am happy for you sebab ambik keputusan awal2 lagi, tak macam aku ni, dah dekat 15 tahun ....

aurorae Publish time 15-7-2008 09:03 AM

Originally posted by generasi2 at 14-7-2008 04:23 PM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif
kenapa sbenarnyer kor nak brenti keje skrg..??
minat, tekanan..??

Aku rasa semua la combine.Aku masa nak masuk u dulu, applied semua course yg ada kena-mengena dengan arts, pilihan pertama uitm.Hanya sebab maths aku ok, aku dapat biasiswa engneering.Ko bayangkan, seumur hidup aku masa tu, tak penah sekalipun aku switch on TV, lampu dgn kipas je aku berani.   Aku fobia dgn semua benda2 teknikal, tengok wayar2 berselirat, enjin bersepah sana-sini, semua tu tak make sense pada aku.

Pastu aku keja bidang ni, dah 15 tahun, gaji bertambah, dan aku rasa bersalah yg amat sebab gaji tak setimpal dgn usaha.Macam aku kerja je, just take in, tak pernah give out. Tiap kali nampak peralatan baru, fobia aku datang balik, tapi kena cover cepat2 sebab malu.So aku kerja dgn tak sepenuh jiwa.Aku paling segan sebab kawan2 yg seangkatan dgn aku dah jauh maju ke depan, sambung belajar semua, aku masih macam dulu, takde improvement apa2, cuma pengalaman je bertambah.Statik la lebih kurang cakap.

Pilihan pertama aku sebenarnya berenti kerja je, tapi dgn parents masih berharap bantuan aku, dan dgn harga petrol dan barang2 semua naik ni, husband aku merayu supaya aku tak berenti kerja.Aku kena fikir plan kedua.   At least keja walau mungkin gaji berkurang.Tapi kalau kerja, aku nak buat something yg jiwa aku datang sekali dgn kerja tu.Entahlah, masih fikir...... tak tau sampai bila.

kashaz Publish time 15-7-2008 11:23 AM

so,what is ur jiwa exactly?
i mean, apa keja alternatif yg boleh difikirkan?

my suggestion, cuba think of sumthing yg still leh buat duit,suit ur preferences and more, able to spend time with ur child. lokasi katne ni?

aurorae Publish time 16-7-2008 10:56 AM

Originally posted by kashaz at 14-7-2008 10:13 PM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif
sorg pernceramah tu buat ala2 personality test...

Aku pernah dengar pasal personality test tu, tujuan dia apa ... nak tengok minat kita kat mana ke?

aurorae Publish time 16-7-2008 11:11 AM

Originally posted by kashaz at 15-7-2008 11:23 AM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif
so,what is ur jiwa exactly?
i mean, apa keja alternatif yg boleh difikirkan?

my suggestion, cuba think of sumthing yg still leh buat duit,suit ur preferences and more, able to spend time with ...


Aku ni sebenarnya minat banyak benda, tapi semuanya ada kena-mengena dengan art & design ataupun bahasa, kursus yg aku mintak dulu2 tapi tak diberi tu.Aku minat sangat nak kerja sendiri, buat modelling dari clay/resin apa2 bahan yg sesuai, warnakan dan jual.Tapi kena ada ilmu la kan, mana boleh main hentam je.Tu yg aku fikir, kena berenti kerja, masuk kolej balik, pastu buat apa yg aku suka.Tapi tentu husband aku tak setuju, keluarga aku pasti tak setuju langsung, sebab aku satu2nya anak harapan (financially).

Satu pilihan lagi, aku nak mendalami satu bahasa kedua, contohnya mandarin, sampai expert, then making money dari situ. Offer mandarin syllibus untuk pra sekolah islamic stream ke.Tapi tu pun kenabelajar lagi dari basic, whichkena out dari kerja aku sekarang.Aku pernah try smart reader punya website, tulis ada offer ajar mandarin, tapi bila call semuanya sibuk offer english aje.Aku tak boleh pegi kelas2 part time waktu malam sebab anak ramai kecik lagi.

Aku jugak minat nak aja budak2, jadi cikgu kat sekolah, , ada banyak kursus yg offer, tapi umur over 40 aku tak layak nak ambik untuk jadi cikgu.So case closed.

kashaz Publish time 16-7-2008 11:49 AM

personality test tu,masa skola pun ade. cuma x bk sgt soklan.
yg latest aku buat tu, dlm 300++ kot soklan dia..test ni utk bantu kita tau which job suits ourselves. leh kata,the result is quite accurate la..sbb byk company pun dah guna..even gomen pun dah buat that kinda test slain interview klu xsilap.

smart reader,xsemua branch offer mandarin klu xsilap. target pendapatan sbln brape klu kata brenti keja?
erm,psl nak blajar tu,xsemestinya kena amek kelas..

like me,sy bukan cikgu skola pun.but not provides MCQ questions utk UPSR. sy jadik software trainer pun, software tu xnah guna,but but blaja sndiri dulu..jadik cikgu PLKN pun, kena blaja balik kebudayaan,agama dll sendiri.

y not buat sumthing yg mmg dah tau.xyah la nak cuba yg zero knowledge.ajar tuisyen biasa pun boleh,xperlu ajar mandarin,which u dunno. dikit2, buat duit sket,ade modal, pastu baru enrol into sumthing else..
Pages: [1] 2 3
View full version: Tukar Haluan Kerjaya ... update: sudah tukar pun


ADVERTISEMENT