bukunota Publish time 26-6-2008 06:38 PM

Sejauh mana kita rasa penterjemahan itu penting?

Apakah kita rasa terjemahan itu hanya penting untuk orang yang tidak boleh berbahasa selain bahasa Melayu? Apakah kita tidak peduli pun untuk membaca buku dalam bahasa lain?

Tidak ramai pengarang yang mendapat keistimewaan penterjemahan bukunya ke bahasa lain. Dengan latar industri penterjemahan negara yangtersengguk-sengguk, kita sesekali dapat menikmati karya luar dalambahasa Melayu atau sedikit berbangga apabila buku tempatan diterjemah ke bahasa asing.

Penterjemahan masih menjadi sesuatu yang mewah kepada penulis dan pengarang kita. Bahkan kepada Sasterawan Negara (SN) dan penerima Anugerah Penulisan Sea sekali pun. Usah ditanya kepada pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) yang sudah tentu karya mereka amat payah untuk mendapat peluang diterjemah.

Selepas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 憁engurangkan

bzzts Publish time 26-6-2008 06:47 PM

ni nak promot blog ke hapa... ;P

bukunota Publish time 26-6-2008 06:51 PM

:) sekali sekala. tak boleh promote blog ya? :doh3:

bzzts Publish time 26-6-2008 07:04 PM

Reply #3 bukunota's post

at least, tepek la full artikel. :$

bukunota Publish time 26-6-2008 07:15 PM

Reply #4 bzzts's post

kira sebahagian, kira bolehlah. kira timbang kati

mbhcsf Publish time 26-6-2008 07:16 PM

salam

penting untuk menguasai ilmu dari pelbagai sumber asingdan sejarah telah membuktikannya.

bukunota Publish time 26-6-2008 07:29 PM

Originally posted by mbhcsf at 26-6-2008 07:16 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
penting untuk menguasai ilmu dari pelbagai sumber asingdan sejarah telah membuktikannya.

Masalahnya ramai yg anggap penting, tapi bahan terjemahan boleh bilang dengan jari kalau kita pergi kedai buku. Kalau ada pun, nampak macam dah lama. Tengok tahun penerbitannya, entah-entah 1980-an lagi!

mbhcsf Publish time 27-6-2008 09:40 AM

Reply #7 bukunota's post

masalah tak der masalah bagi pakar sesuatu disiplin tu nak terjemah satu bhs X ke BM sebab well lebih baik baca buku yg bersumberkan penulis asal itu sendiri , nipada hemat saya sebab kan pening p baca buku terjemahan

bukunota Publish time 27-6-2008 09:55 AM

mbhcsf,
itu yg kita gagal nak contohi penterjemahan di negara maju, termasuklah UK dan AS sendiri. itu belum kira jerman, perancis, belanda, jepun. dorang dah jadi industri berbillion. bawa masuk ilmu ke dalam bahasa mereka. dan kembangkan pd bangsa mereka sendiri. ilmu mereka dapat, bahasa mereka pun jadi bahasa utama dunia.

mbhcsf Publish time 27-6-2008 10:01 AM

tapi kan why so many routes u see

sumber ilmu in lingua x - translation / interpretation( need a person in x languageknowledge based toy person who knows the discipline and x language) --- the actual product


so many steps involve lah so why hassle ?

just kuasai x language lah

bukunota Publish time 27-6-2008 10:14 AM

sebab terjemahan bukan hanya sekadar utk bolehkan org yg tak dapat bahasa itu, dapat bacanya. ia proses membawa masuk ilmu ke dalam negara itu, menyebarluaskan ilmu itu pada semua anak bangsa. kerana itu terjemahan jadi industri besar di jerman, jepun. mereka bawa masuk ilmu dari luar dan terjemah ke dalam bahasa mereka. jadi yg tak kuasai bahasa lain, boleh tumpu pd bidang tertentu utk kuasai dgn bahan yg sudah diterjemah.

masalahnya sekarang, kita nak kena kuasai BI dan bahasa lain dulu, baru nak dapat kuasai ilmu tu. terjemahan mungkin nampak babitkan banyak langkah, tetapi ia menjimatkan masa banyak orang lain.

kalau kita tengok china, umpamanya, mereka ada universiti khusus utk bahasa umpamanya Beijing Foreign Study University. dalam setahun mereka keluarkan, katakan 100 orang yg pakar dan mahir dalam bahasa asing sasaran mereka. tugas mereka inilah yg jadi sama ada penterjemah secara audio atau penterjemah secara tekstual.

terjemahan bukan hanya dalam konteks bahasa Inggeris kpd bahasa kita, kerana ilmu tak hanya dikuasai oleh orang Inggeris. kepesatan sains dan teknologi juga tak hanya berlangsung di dua negara kuasa besar itu, jerman, perancis, russia, jepun, korea pun hebat.

apakah setiap orang perlu kuasai semua bahasa itu dlm satu masa? nanti siapa pula yg nak kuasai bidang ilmu yg lain?

mbhcsf Publish time 28-6-2008 04:59 PM

salam

kebanyakan student i dunno sejauh mana mereka bergantung pada sumber kedua tapi kan kalau isu isu yg berkaitan dgn penterjemahan ini ialah - kualiti terjemahan ini ..sebab ada juga buku yg ditermahkan tetapibhs terjemahan sukar difahami


kat USM ada school of translation lah

cmf_comei Publish time 9-12-2009 08:06 PM

kualiti terjemahan tak memuaskan kerana tak cukup pengalaman/latihan
cuba tengok indonesia, banyak sgt buku2 yg diterjemahkan ke bhs indonesia
kat malaysia ni, byk jek buku2 dlm bhs cina
tapi apa dah jadi dgn bhs melayu?
pernah ke dengar org cina dok kutuk cam org melayu?
cuba pergi ke kedai buku, bertimbun buku2 dlm bhs cina
tapi buku2 bhs melayu?
sbb tu lah ramai org melayu tak ramai yg suka membaca

pada yg dah pandai n dah kuasai english, amik je lah buku BI
pada yg tak pandai, amik buku BM
yg ptg, ilmu tuh sampai pd pengguna

norim Publish time 9-12-2009 09:02 PM

Saya setuju.. buku-buku terjemahan di negara kita amat sedikit.. jika kita hendak negara kita maju.. sepatutnya banyak buku-buku yg diterjemahkan ke bahasa Melayu.. ini adalah salah satu cara untuk menambahkan ilmu yg baik kepada warga kita.
Semasa saya remaja saya banyak membaca buku yg di terjemahkan ke bahasa Indonesia seperti novel dan buku ilmiah lain di perpustakaan. Dari sini timbul minat untuk mendapatkan novel dan buku ilmiah dari bahasa asalnya.
Semasa UPSI diawal penubuhannya, merupakan pusat untuk menterjemahkan buku-buku ke bahasa Melayu. Tapi sekarang aktiviti terjemahan ini agak perlahan terutama buku-buku ilmiah berbanding buku komik, manga dan buku cerita kanak-kanak. Anak-anak saya sekarang banyak membaca buku cerita (komik) yg diterjemahkan dari bahasa Jepun, Korea dan Mandarin.. Mutu terjemahannya agak mengecewakan dan kurang tepat. Tapi ilmu yg ada begitu menarik, dengan lukisan dan karektor kartun yg cantik.
Pages: [1]
View full version: Sejauh mana kita rasa penterjemahan itu penting?


ADVERTISEMENT