kupia Publish time 26-6-2008 05:49 PM

Yang Baru Belajar Blogger

Post Last Edit by kupia at 24-5-2010 16:53

Salam semua,

Kepada sesiapa yang belum pernah buat blog baru nak belajar
dan tidak mahir berbahasa inggeris,
aku ada satu blog "Panduan untuk blogger baru".
Jemput masuk dan bagi feedback kalau tak jelas.


http://panduanpemblog.blogspot.com/

Panduan Untuk Blogger Dah Hilang pada 26 March 2010... Gooogle dah delete, tak dinyatakan alasan apa...

ada pendengki yang dah komplen dengan google....

sebagai gantinya ini sahaja yang sempat di backup:

TUTORIAL BLOGGER BLOGSPOT


BLOG TUTORIAL BLOGGER TELAH DISERANG OLEH TROJAN JENIS "SCAREWARE" (ROGUE ANTI VIRUS).   Tak pasti dari mana puncanya.

SILA GUNAKAN BLOG ALTERNATIF DI PANDUAN BLOGGER BARU

jika sesiapa yang membuka blog Tutorial Blogger yang secara otomatik akan di redirect ke satu laman lain yang mengatakan komputer kita dijangkiti bermacam-macam jenis Virus dan Malware... JANGAN SEKALI-KALI DOWNLOAD APA-APA FILE ANTIVIRUS YANG DIBERI - semuanya adalah palsu.Kalau tak download apa file yang diberi komputer kita masih selamat dari jangkitan TROJAN ini.

sesiapa yang dah terkena sila guna AV kapersky atau mcafee versi trial percuma untuk scan pc sendiri.pengguna firefox sila install addons "NOSCRIPT" dengan segera.

harap maklum... kesulitan amat dikesali...

auntie_girl Publish time 26-6-2008 06:00 PM

terima kasih kupia:$

ianho Publish time 26-6-2008 07:04 PM

tq
suatu panduan yang menarik

myohmy Publish time 26-6-2008 07:07 PM

right timing

wussa80 Publish time 26-6-2008 08:28 PM

Aku dah tgk, bagus2.. walaupun aku guna wordpress HP..:o :P

roger1226 Publish time 27-6-2008 04:18 PM

bagus tu blog ni,he he kalau ada masalah dah ada satu sifoo yang perfect

kupia Publish time 2-7-2008 08:59 AM

ada banyak yang belum update... nanti aku tambah lagi...

malu2kucing Publish time 3-7-2008 05:47 PM

bagus.... tapi aku masih belum ada blog lagi nak cuba buat jugak

tapi nak menulis tu yg maleh sikit tu.... mana ada masa ? idea pun kurup copy paste cerita2 orang boleh tak ?

Mas916 Publish time 4-7-2008 11:21 AM

ble tlg tak sapa yg tahu..
ni blog aku...

http://eblog.cari.com.my/?83321/

cemana aku nk bg jam tu dok center...

kupia Publish time 5-7-2008 11:14 AM

Reply #9 Mas916's post

Sorry mas saya tak familiar macamana cari blog punya editor...cara yang sama macam awak insert gambar tu, pindahkan tempat yang sesuai.

kupia Publish time 5-7-2008 11:24 AM

Siapa kata blog free tak boleh duduk top ranking google?

Memeranjatkan aku dengan keyword "panduan untuk blogger" - blog aku duduk 3rd dalam google engine daripada lebih 15 juta result....

Dua yang teratas referrel dari blog directory...bermakna aku top rank dalam blog individu..

Ucapan setinggi-tinggi "Terima Kasih" kepada semua yang bagi aku inbound link dan yang visit blog aku.Terima kasih kepada moderator dan Cari Forum...

dalam yahoo search langsung hilang terus blog aku... :mad: :mad: :mad:

nanti aku tulis satu tips macamana nak bagi ranking naik...macamana nak cari traffic...

http://panduanpemblog.blogspot.com

syarif20 Publish time 9-7-2008 10:45 PM

bagus untuk rujukan bagi sesiapa yang mula nak berjinak jinak ngan blogger..

catz_women Publish time 10-7-2008 02:07 AM

salam.

terima kasih :loveliness:

Shun2U Publish time 13-7-2008 09:50 PM

terima kasih bk2 ya..

kupia Publish time 18-7-2008 08:59 PM

ada orang tanya macamana nak masukkan animated image dalam blog, kalau masukkan dalam widget gambar jadi statik tak bergerak... hehe

jawapannya telah ditulis dalam tajuk "imej animasi dlam blog', sila masuk.

terima kasih.

http://panduanpemblog.blogspot.com/

cempro81 Publish time 19-7-2008 02:35 PM

terima kasih

saatcham Publish time 21-7-2008 08:45 PM

arigato...

bagus2..bykkkan upload topik
lagi baik kalu buka soalan2 untuk blogger tanya apa2 masalah bin musykilah...dan anda jawab le...

kupia Publish time 22-7-2008 12:51 PM

Originally posted by saatcham at 21-7-2008 08:45 PM http://forum2.cari.com.my/images/common/back.gif
bagus2..bykkkan upload topik
lagi baik kalu buka soalan2 untuk blogger tanya apa2 masalah bin musykilah...dan anda jawab le...

Tak semua boleh jawab kat sini sebab kalau masalah teknikal jawapannya panjang panjang nak explain dalam tulisan.Ada masalah PM saya nanti saya bagi email, atau email melalui blog... yang boleh jawab nanti kita jawab yang tak boleh kita cari jawapannya..

Untuk beginner bukan untuk yang advance ye...

kupia Publish time 27-7-2008 11:32 PM

Salam semua,

alamak baru2 ni ada orang tanya macamana nak tarik ramai pengunjung datang jengok blog kita? macamana nak jawab blog saya pun tak ramai yg berkunjung.

Saya tidak dalam keadaan berkemampuan untukmenjawab soalan ini, ini memerlukan pakar dan guru internet untuk menjawabnya.Kebanyakan pakar trafik yang memperolehi ratusan ribu dollar hasil dari iklan adsense dan affiliate tidak akan menceritakan rahsia mereka kepada orang lain...sekumpulan guru2 internet yang lain mengenakan sejumlah bayaran untuk mendapatkan teknik2 yang mereka gunakan.. hehehe...

Kebanyakan jawapan yang akan kita jumpa lebih kurang begini:-

1.Tentukan kumpulan sasaran pengunjung yang kita target akan berkunjung.Remaja, orang muda atau kumpulan dewasa yang lebih serius.

2.Jangan tulis blog tentang apa yang kita suka dan minat, kita kena kaji apa dia maklumat yang disukaii dan diminati oleh kumpulan sasaran kita, hiburan ke artis ke movie ke politik, sosiol, famili apa sahaja.

3.Kita tak perlu terlalu jadi pakar dan mahir menulis, yang penting isi kandungan apa yang akan ditulis, orang suka baca atau tidak?Kalau kita tidak boleh menulis dengan baik, cari dalam internet apa subjek yang kita perlukan, semuanya ada tersedia, kena rajin sikit.

4.Kalau kita sediakan maklumat dalam blog kita (blog content) yang disukai oleh orang sudah tentuk orang akan datang lagi berkunjung kedalam blog kita.Ambil cotoh blog politik Malaysia-Today.net, satu hari tidak kurang dari 50,000 pengunjung, ada kalanya lebih 5 juta pengunjung dalam 3 hari.

5.Sediakan bandwith yang mencukupi sekirang terlalu ramai yang mengunjungi situs anda.

6. Buat promosi blog secara berterusan.cari dan daftar sebanyak mungkin blog kita ke dalam blog directory yang tersedia dalam internet.Jangan lupa dengan "technorati", "diggit" "reddit", "blogcatalog" dan lain-lian yang terkenal, biar sampai puluhan bilangannya..Jangan lupa "ping" blog anda setiap kali selepas buat perubahan, cari melalu google dengan menulis "ping the blog" - ada banyak yang menyediakan perkhidmatan ping percuma.Cari sedikit bahan bacaan jika tidak tahu apa dia "ping"...

7.Submit blog kita dalam Google Search Engine, Yahoo, MSN, AOL dan semua banyak lagi search engine yang ada sedia perkhidmatan pencarian.Pelajari cara mendaftar melalui "google webmaster tools" dan "yahoo url submit tools".

8.Buka akaun dengan sebanyak mungkin blog komuniti dan luangkan masa untuk berkunjung dan membaca blog orang lain.Yang paling penting kita tinggalkan "komen" yang bernas dalam setiap blog orang yang kita baca dan tinggalkan alamat blog kita.Jangan sekali kali tulis komen sambil lewa dan tidak mempunyai apa-apa isi yang berguna... ini penting...

9.Yang sangat penting untuk pengunjung ialah kekunci kata yang ada dalam blog kita.Pelajari dan cari dalam internet apa yang dipanggil long tail keywords.Sila gunakan kemudahan yg google sediakan yg dipanggil "google keyword tool" sangat berguna untuk tujuan analisis.fikirkan apa dia "search word" yang akan ditulis oleh pengunjung dalam masa menggunakan enjin pencarian dan sediakan artikel yang berkenaan...Kalau ada duit lebih boleh beli perkhidmatan "keyword generator" dalam internet.

10.Kalau untuk menaikan ranking dalam enjin pencarian dapatkan sebanyak mungkin "back link" dari laman2 yang berkualiti.Kalau ada duit boleh beli inbound link ini dalam internet.

JANGAN TULIS BLOG TENTANG APA YANG KITA SUKA - FIKIRKAN APA MAKLUMAT YANG DICARI ORANG LAIN ATAU APA YANG DI MINATI OLEH BANYAK ORANG.

dan yang lain-lain minta tolong siapa yang pakar tampil memberikan bantuan.nanti kita sambung lagi.

[ Last edited bykupia at 27-7-2008 11:55 PM ]

kupia Publish time 28-7-2008 12:00 AM

Terlalu kurang dan sangat tidak memuaskan langsung, tulisan-tulisan mengenai teknologi internet yang ditulis dalam bahasa Melayu untuk adik adik kita belajar.Kalau tak percaya cubalah buat pencarian dalam bahasa Melayu, kita tertinggal jauh berbanding jiran kita dari Indonesia.

Kita serulah otai otai dan techies2 bangsa kita yang berkebolehan untuk tampil memberi bantuan kepada anak bangsa kita.. turunkan sebanyak mungkin ilmu ilmu yang ada, jangan lokek.Ada banyak bilangan pakar diluar sana silalah tampil kedepan...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Yang Baru Belajar Blogger


ADVERTISEMENT