shuffeak Publish time 24-6-2008 03:16 PM

Reply #19 bakat's post

thanks kat:loveliness:
shuff suke gak lagu geek in the pink tp takde minus one.npknye kene nyanyi tanpa music;P

bakat Publish time 24-6-2008 03:17 PM

Reply #16 miss_anne's post

good ann

yang pasti ann ada identiti yang ann minat dalam nak nyanyi satu2 lagu tu,may b benar jiwa ann ada pada Jazz, may b boleh xplore lagu2 sheila majid walaupun lama tapi kalu kena improvise yang bagus sure boleh bagi impak yang besar,boleh mintak pendapat alyana ngan Urban Iz untuk improvise nih bagi lagu2 tu

tak seberap[a pasti gak ngan artis2 Jazz ni coz susah nak layan lagu dia tapi sesetengah lagu Jazz dapat dilayan ngan baik may b penerimaan nya pun agak limited untuk komuniti kita

bakat Publish time 24-6-2008 03:19 PM

Reply #21 shuffeak's post

kita ada persamaan bab Jason Mraz ni sayang nya dia tak lah sepopular mana sangat Kat komuniti kita kan.tapi popular bukanlah satu faktor utama dalam meminati satu2 muzik atau nyanyian khususnya so its up to us.................

miss_anne Publish time 24-6-2008 03:24 PM

Reply #22 bakat's post

hmmmm... it all depends dgn taste kan.. anne takderler kate mmg into jazz.. tapi anne mmg suke dgr lagu2 camnih... anything yg easy listening gitu...

bakat Publish time 24-6-2008 04:47 PM

Reply #24 miss_anne's post

betul tu ann tu adalah satu faktor lagi kenapa kita menggemari satu2 muzik n satu2 lagu secara particularnya.anyway our muzik is our personality n our identity that will x plain nape kita pilih tu dan jalan yang kita pilih

easy listening muziknya may b lebih moderate tak terlalu perlahan tak terlalu pantas bleh kata besar gak skalanya n ada macam2 genre yang may b boleh mashuk ngan ann.so xplore it all 4 the love of music just keep it real..........:)

bakat Publish time 24-6-2008 04:51 PM

oja

ingin gak nak dengar Juara CI1 dulu macam mana dia pilih lagu

n peribadi muzik macam mana yang Oja suka,pilih serta style nyanyian yang cam ner?
kenape?..............Oja mana.....

Suka gak nak dengar pandangan daripada Sikomeng,Alyana dan yang lain2 tentang pemilihan lagu nih

Urban_Iz Publish time 24-6-2008 06:46 PM

aku plak boleh nyanyi more to lagu

Muntz Publish time 24-6-2008 07:44 PM

Aku suka belting... tapi suara aku tak sedap nak buat vokal akrobatik. Tapi aku buat jugak.. saja nak bagi telinga pendengarnya bernanah... :P

sikomeng Publish time 24-6-2008 10:07 PM

emmm...macam2...aku rasa semua betol lah tu :)

pada tau aku tak tau nih,...lagu ni tak kira apa genre pun teras nya 3 je kalau aku tak silap lah. Rythm, harmony, melody = musik. kalu seorang penyanyi kuasai tiga elemen asas segala asas ni, nyanyilah lagu apa pun, insyaAllah lepas. nyanyi tu samalah dengan reproduction bunyi dengan menggunakan kotak suara. tu je. kalau betul caranya, betul lah keluarnya...jadi kena betulkan cara supaya suara yang keluar, betul juga.

kadang tu, kita kena nyanyi lagu yang kita tak suka...tapi pendengar suka. KAdang, kita nyanyi lagu kita suka tapi sebenarnya orang tak suka...itu tak penting. yang penting, setiap kali lagu keluar dari kotak suara kita, kita nyanyi dengan baik...

gitulah sikit sebanyak kekata aku... :)

seroja Publish time 24-6-2008 10:39 PM

:L :L :L :L

oja pilih lagu ikut mp3 yg ada dlm koleksi papa oja..

selaku advisoraka manager oja..:$

seroja Publish time 24-6-2008 10:41 PM

Reply #28 Muntz's post

belting ya apa? vokal acrobatik ya apa?:mad:

sik paham sik paham :mad:

sikomeng Publish time 24-6-2008 11:45 PM

aku pung tak tau istilah2 bombastik nih....aduuu

seroja Publish time 24-6-2008 11:47 PM

Reply #32 sikomeng's post

pacit komeng... oja da wekod lagu matahariku. mcm ta bgs jek pacit.. tp tataw tang mane yg ta bgs.. komen ek? :L

sikomeng Publish time 25-6-2008 12:29 AM

selagi kita merasa diri kita tidak bagus dan ada kekurangan...selagi itu lah jalan untuk kebaikan dan keindahan terbuka untuk kita...kerana rasa kurang dalam diri itu adalah salah satu dari hikmah kepada Ilmu pelajaran dan pengetahuan......

mencari kerana kurang...
syukur kerana dicukupkan...

salam....

alyana Publish time 25-6-2008 11:25 AM

Originally posted by bakat at 24-6-2008 04:51 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
ingin gak nak dengar Juara CI1 dulu macam mana dia pilih lagu

n peribadi muzik macam mana yang Oja suka,pilih serta style nyanyian yang cam ner?
kenape?..............Oja mana.....

Suka gak ...


teringin nak bagi komen panjang lebar, tp bagi i eloklah juri2 Cari Idol 2, memberi komen jua,
takde maknanya kalau menjadi juri, tp tak memberi sumbangan bermakna kepada bod SYMT ini.
Tak perlulah meroyan masa CI, kata salah lagu , tone haprak, pitching nan ado, vocal tahap nak bunuh diri, tetapi tak bagi guidance mahupun serba sedikit clue untuk membantu para peserta .

Kita ni bukan umpama atlit, yg ada trainer everytime masa dikampus atau pusat latihan, dan kemudian diadili oleh jurulatih luar. sungguh tak sama keadaannya.

jadi elok sgt2 lah, kalau juri CI2, tu start menjelmakan diri, agar peserta CI2, tahu apa your expectation, bagi komen kat sini, apa fantasi dan ilusi juri CI2, tu. Tak guna you all meroyan bagai nak rak, mcm mak nenek tak buat homework, ala2 kak gayah menopause kata peserta itu ini kalau uols tak bagi what is your expectation. Come here!.give ur tips to them.

so inilah, peranan penganjur, untuk bijak memilih mereka yg boleh memartabatkan CI2, seterusnya menaikkan rating CI2. Takkanlah, kami2 ni nak asyik berpiket, atau buat petisyen kalau si penganjur asyik buat decision nan ado atau sungguh mengarut. Kalau uols, perasan, kalau idea uols kadang2 sukar diterima, tak salah kalau tubuhkan think thanker, ataupun AJK, untuk produce good Idea. Kalau tak, undur ajelewwww.*Gurau aje noque, jgn sentap fulak :'( *.

pasal pemilihan lagu, i agree dgn si komeng, but that applicable for pro singer. even pro singer pun kadang2 out dlm nyanyi lagu. Contoh Celine Dion baru2 ni, buat nyanyian paling buruk bila berduet dgn anastacia. Sharifah Aini pun, byk org kritik.Even DCT tu pun byk org kritik.

Mcm i bagi tahu ke ramai kawan2 disini, bila u nyanyi pilihlah lagu yg mesra pendengar! yg mainstream! ikut trend, dan kemudian pilihlah lagu yg sesuai dgn pertandingan yg boleh menonjolkan keunikan u, ke Power an u, keistimewaan, your connection, your attitude! dan Muzik in YOU!. Serlahkan bakat anda untuk hidupkan lagu tu.Jgnlah pilih lagu in comfort zone, atau lagu yg so-so ajew. Boleh kalau nak pilih lagu so-so, tp pastikan lagu itu lagu HAUNTED!.

Yg penting jua, pilih lah lagu yg sesuai dgn range you. Ukur lagu ittew, dan check range you sesuai tak dgn lagu iteew. Tak payahlah terlalu ambitious sgt, jika end result akhirnya akan keluar suara angsa tercekik kasut tapir.

Tone! tone pun mempengaruhi lagu apa yg sesuai, nak2 you all ni semua amatur. vocal pun byk out ke hujung dunia. Kalau suara you mcm oja, takkan you nak nyanyi lagu Jennifer Halliday "I'm Telling You", sungguh dinch uols.. umpama melihat seorg remaja yg comel, memakai pakaian untuk org bersaiz XXL, yg berketinggian 178cm shj, lantas jadi pelik sbb pakaian mengedeber gittew. Dan kalau tone you , tone org tua2 umpama forumer B, adakah sesuai untuk menyanyi Lagu Josh Groban You Raise Me Up!, lantas kesenian lagu itu hancur, umpama si Iz menyanyikan lagu BackstreetBoy tetapi menggunakan irama Tradisional. Seswai ke noque! ?? Ia hanya sesuai kalau you all ubah arrangement lagu. Masalahnya u ada guidance dr pro Musician kew, umpama Aubrey Suwito untuk ubah2 lagu ni, ? uols ada masa kew? uolss????
And tak payahlah berangan , nak ubah2 kalau lagu asal adalah lagu Korea atau Lagu Mandarin, tiba2 uols pandai2 ubah lirik jadi lirik lagu Melayu. totally no-no.Ingat ini pertandingan, kalau you all buat suka2 , boleh ok!. untuk asah bakat.

But here in Competition, totally a No No!.

Vocal projection, pastikan u jgn guna suara kepit hocaay! mcm shuffeak. suka sgt guna tone kepit, sama jua dgn sham, but at times oklah pulak. So maknanya, uols boleh control benda ini. Tak salah uols nak mengepit, even nak nasal sekalipun, but ada degree atau level yg boleh diterima, bukan le nak sampai tahap itik atau angsa yg mengilai umpama banshee yg kehilangan anak.

lepas tu jgn menjerit. Mcm buiscasey menjerit masa CI1. mmg rosak gegendang telinga i. Kalau uols rasa ur voice adalah besar, cari filter mic u tu. pakai le, kapas kew, pakai tisu kew, anything. I'm refering to teknik mic, bukan teknik vocal hoccay!.

Kemudian, bila u nak nyanyi, kuasailah kesenian lagu tu. Lagu itu apa motifnya, bagaimana kaedahnya, kalau u baru dgr lagu ittew, sehari dua, dan baru nak try2, jgnla berangan2 nak hantar ke sini. Memg akan buruk jadinya. Maknanya, u need to get use to it, jadikan lagu itu sebahagian dr anda. Kalau irama dia, dan nota2 dia boleh melekat ke uols,, lagi bagus.


Kualiti recording pun kena jaga, dapatkan nasihat dr forumer2 sini. Ramai yg ade kualiti recording yg bagus. Kalau uols, tak reti, atau lembap tahap kura2, uols, minta ajelah mereka2 ni tolong Mixing dan Mastering your vocal into the song. Mudah kan. Jgnlah feeling, uols ni umpama Pro Producer gittew, kalau recording you mcm Piring Hitam Zaman Dinasour.

Diction, kalau boleh jaga, but ni terpulang kpd individu. Yg paling penting, kalau tiba2 ada cross Gender, kalau lelaki jgnla, feeling tiba2 nak naikkan range Alto kepada Soprano. U kena turunkan key Alto itu kepada key you, yaitu ke baritone atau Tenor.Dan jaga, key anda, voice control tu kena jaga. Kalau takut dgn voice control , pilih irama yg moderate. Jgn fast beat ala2 rapping.Lainla la kalau u biasa dgn rapping. Same goes to org ferempuan.


Attitude dan emotion mesti ada. uols bukan robot hoccay!, even you kanak2 berhingus mcm Iz sekalipun, u masih ada feeling dan perasaan. So hidupkan lagu dgn feeling anda. Jadikan lebih connected dgn pendengar. U're not machine!. Kalau tak reti, belajar crying sensation. It is just a teknik, bukannya mcm whistling atau sopranista yg mmg unik dan hanya untuk org2 tertentu. Maknanya, kalau Siti Musliha pun boleh menyanyi dgn penuh perasaan, takkan uols tak volley?. Haruske 5th Grade student boleh lebih better dr uols2 ni yg educated!?.


Kesimpulannya, buat yg terbaik, dan gud luck.

alyana Publish time 25-6-2008 11:57 AM

err lagi satu, jgn copy . tak guna u nyanyi sebagus imran ajmain, buble, once, siti, jac seumpamnya, tp u copy everything, dr lenggok, gaya nyanyian.sungguh dinch uols, feeling ala2 klon, dr rahim yg sama. tk koser!


tp kalau u dh takde pilihan, dan terpaksa copy, then copylah. u jadilah CT nurhaliza di second kew, Ru Paul da second kewr. lets see kot2 org boleh terima :$

seroja Publish time 25-6-2008 11:59 AM

Reply #35 alyana's post

Pjgnye karangan :o
tp penuh n padat ngan isi n tips. Thanks kak yana!:loveliness:

alyana Publish time 25-6-2008 12:03 PM

Originally posted by seroja at 25-6-2008 11:59 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Pjgnye karangan :o
tp penuh n padat ngan isi n tips. Thanks kak yana!:loveliness:


kannnnnn, fenat i mencerna minda...

alyana Publish time 25-6-2008 12:04 PM

Originally posted by Urban_Iz at 24-6-2008 06:46 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
aku plak boleh nyanyi more to lagu

miss_anne Publish time 25-6-2008 01:18 PM

mmg sungguh padat lagi informatif yana ai suke ai suke :loveliness: nak2 lagi utk org2 mcm anne yg fresh tataw ape2 nih :$
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Lagu Lagu......Songs Songs.......


ADVERTISEMENT