amazed Publish time 23-6-2008 08:42 AM

legenda the osmonds!!

Rahsia kejayaan The Osmonds
Oleh Zaidi Mohamad
http://www.bharian.com.my/Monday/Hip/20080623074932/mainpix
MASIH HEBAT: Kolaborasi Merrill, Donny, Marie dan Jimmy menghangatkan The Osmonds.


Didikan, sikap rendah diri punca kumpulan legenda dianggotai ahli keluarga bertahan 50 tahun di persada seni

SEMPENA ulang tahun kewujudan The Osmonds yang ke-50, kumpulan legenda keluarga dianggotai tujuh beradik Osmonds iaitu Alan, Wayne, Merrill, Jay, Donny, Marie dan Jimmy telahpun menamatkan konsert jelajah mereka yang terakhir di Arena of Stars, Genting Highlands, malam Sabtu lalu.

Mengimbas portfolio kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat ini, kehadiran mereka di dunia hiburan menjadi fenomena dan idola remaja sekitar tahun 70-an. Asalnya kumpulan ini hanya dianggotai empat abang keturunan Osmond dan akhirnya disertai Donny, Marie dan Jimmy. Ketika itu tercetuslah fenomena yang diberi nama Osmondmania.


Secara kolektif dan individu mereka telah menghasilkan 142 album yang terjual dan meledak di pasaran dengan jayanya. Donny dan Jimmy sendiri sangat berjaya sebagai artis solo, malah Marie juga sangat dikenali dengan lagu berentak country berjudul Paper Roses.

Lebih membanggakan, Marie dan Donny juga pernah berkolaborasi mengacarakan program Donny & Marie Show dari tahun 1976 hingga 1979. Paduan itu dipanjangkan kini tetapi bukan melalui medium TV, sebaliknya dipersembahkan di Las Vegas.

Bertemu mereka dalam satu sidang akhbar di Coffee Terrace, Hotel Genting pada 19 Jun lalu, memberi kesempatan kepada Hip menanyakan khabar terbaru mereka. Namun, cuma Merril, Donny, Marie dan Jimmy yang berkesempatan meluangkan masa bertemu media. Sesuatu yang menarik perhatian ialah betapa mesra dan tebalnya sikap merendah diri yang dimiliki mereka hingga terserlah karakter humor masing-masing.

Begitu kuat ajaran dan didikan keluarga Osmonds ini dan begitu utuh juga hubungan saudara yang terjalin antara mereka selama ini. Itulah antara rahsia erat menyatukan mereka selama ini.

Kata Merrill, bagaikan satu kuasa ajaib apabila selepas 50 tahun kami masih lagi dalam penyatuan yang abadi dan inilah persembahan terakhir kami (merujuk kepada konsert terakhir di Genting Highlands). Mempunyai ahli keluarga dan pewaris kalangan anak dan cucu menambahkan lagi kesepakatan dan keharmonian keluarga dan keturunan mereka.

揔eluarga menyatukan kami dan ia adalah khazanah berharga yang tidak mampu dimiliki dengan wang ringgit. Kasih sayang yang lahir dan pegangan kami mungkin antara faktor yang memastikan hayat The Osmonds sehingga kini. Dalam setiap apa yang dilakukan, kami pasti ingin melakukan yang terbaik. Dari situ elemen kepercayaan kekal dan jitu tersemat dalam sanubari hati.

揝ebelum ini, kami ada ibu bapa (sudah meninggal) yang baik, yang sentiasa berdoa dan memberikan sokongan padu dalam apa jua yang direncanakan. Biarpun mereka sudah tiada, kami yakin roh mereka sentiasa berada di belakang kami. Jika anda boleh menjaga erat ikatan kekeluargaan, saya yakin kita boleh meneruskan hubungan lain, keluar daripada ruang lingkup keluarga,

Risma Publish time 23-6-2008 10:25 AM

masa akak kecik dulu memang suka tengok rancangan dia orang nihhh, dia ada siar kat tv tiap2 minggu rasanya.......yang selalu nyanyi tu marie dan donny je.. yang lain tu main muzik

edmundo Publish time 23-6-2008 10:42 AM

Dulu kecit2 parents aku ade belikan baju "Donnie n Marrie" dgn gmbr mereka berdua. Diorang duet pun best gak.

Cuma...rasa mcm dh lain sikit muka si marrie tu...

amazed Publish time 23-6-2008 02:32 PM

http://thebosh.com/upload/2008/05/04/donny_and_marie_osmond_asked_to_go_nude/Marie-Osmond.jpg

marie and donny osmond: tahun 70an..

:funk:





http://www1.pictures.gi.zimbio.com/Osmonds+Celebrate+50th+Anniversary+Reunion+073IcvaWOrfl.jpg

the osmonds


yang ada mstu yang duduk kiri sekali tu aku rasa.. (alan osmond), sebelah tu wayne, then merrill then jay
belakang tu jimmy, marie and donny...   ensem gak donny ni... (mcm aku gak.. :L ) ;P

amazed Publish time 23-6-2008 02:33 PM

Originally posted by Risma at 23-6-2008 10:25 AM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
masa akak kecik dulu memang suka tengok rancangan dia orang nihhh, dia ada siar kat tv tiap2 minggu rasanya.......yang selalu nyanyi tu marie dan donny je.. yang lain tu main muzik


kat m'sia ni tak ada ke buat rerun show2 cam tu ek.. :L

sosimple Publish time 23-6-2008 03:41 PM

Reply #5 amazed's post

suruh datok ct buat.... adik beradik dia kan suma nak jadi artis... :P

amazed Publish time 23-6-2008 03:58 PM

Originally posted by sosimple at 23-6-2008 03:41 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
suruh datok ct buat.... adik beradik dia kan suma nak jadi artis... :P



abg amazed lagi sukertengok sosnyanyi sambil buat breakdance.. http://smileys.on-my-web.com/repository/Music/music-091.gif   http://smileys.on-my-web.com/repository/Music/music-068.gif   ;P

Risma Publish time 23-6-2008 04:05 PM

Originally posted by sosimple at 23-6-2008 03:41 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
suruh datok ct buat.... adik beradik dia kan suma nak jadi artis... :P
dulu ada mazuin dan adik beradik dia...... tubuh kumpulan Quinary M

sosimple Publish time 23-6-2008 04:06 PM

Reply #7 amazed's post

wah wah... tergeliat pinggang nnti x ley beranak plak.....:P

sosimple Publish time 23-6-2008 04:08 PM

Reply #8 Risma's post

a ah... pas dia kawen ngan adik sultan brunei terus berpecah... keluarga rafar pun de jgk.... linda n diana tuh... tp mcm chipsmore....

sosimple Publish time 23-6-2008 04:09 PM

setakat nie KRU jer yg mengorak langkah dengan cemerlang....:D :D

HOTlips Publish time 23-6-2008 04:24 PM

Reply #4 amazed's post

Sama jek cara tersengih memasing! ;P

Masa me kecik2, marie ni dah besar remaja dan rupawan. Sekarang aku dah besar, Marie ni masih cantik lagi.

amazed Publish time 23-6-2008 05:22 PM

Originally posted by sosimple at 23-6-2008 04:06 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
wah wah... tergeliat pinggang nnti x ley beranak plak.....:P


LMFAO... sos nih....... :lol:      jgn risau wokey....nanti masuk labor room... abg amazed akan sentiasa bersama buat lamaze breathing technic.... dengan sos....:funk:    ;P

sosimple Publish time 23-6-2008 08:22 PM

Reply #13 amazed's post

teknik tuh dah pakar dah..... sos guna hikmat aura angin kencang peringkat ke-18....;P ;P

amazed Publish time 24-6-2008 01:10 PM

Originally posted by sosimple at 23-6-2008 08:22 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
teknik tuh dah pakar dah..... sos guna hikmat aura angin kencang peringkat ke-18....;P ;P


erkkk... :funk:   gulp.. :funk:

amazed Publish time 24-6-2008 01:17 PM

Konsert terakhir The Osmonds
Oleh Rudy Imran Shamsudin





http://www.hmetro.com.my/Tuesday/Rap/20080624091945/mainpixPENAMPILAN kumpulan dianggotai adik-
beradik The Osmonds pada awal 70-an
dulu cukup dikenali. Paling popular
tentunya Donny dan Marie.



Penonton Malaysia bertuah apabila dapat menyaksikan mereka kembali beraksi di pentas apabila kembali me ngadakan konsert jelajah dunia sempena ulang tahun 50 tahun penubuhan kumpulan itu.

Istimewa apabila Malaysia dipilih sebagai lokasi penutup di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang, Sabtu lalu. Sebelum ini mereka pernah mengadakan konsert pertama di Malaysia, 25 tahun lalu..

Ternyata sokongan peminat terhadap anggota kumpulan adik-beradik itu masih kuat hingga membuatkan perasaan seorang anggotanya yang menjadi gilaan ramai wanita hingga kini, Donny Osmond sungguh terharu.

Di hadapan hampir 6,000 peminat setia Donny berkata, The Osmonds tidak seharusnya menanti 25 tahun untuk kembali ke Genting Highlands yang menjadi lokasi pertama mereka mengadakan konsert di Malaysia. Sebaliknya persembahan seharusnya dilakukan lebih awal dari tarikh itu.

揝aya mewakili adik-beradik lain mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan diberikan. Tidak sangka kesetiaan peminat di sini terhadap The Osmonds masih utuh.

揟erasa kehangatan konsert yang kami lakukan di sini lebih 25 tahun lalu masih sama dan tidak berubah,

amazed Publish time 28-2-2010 05:37 PM

Sunday February 28, 2010 MYT 3:24:00 PM
Marie Osmond's son dies in Los Angeles

LOS ANGELES: Marie Osmond's 18-year-old son Michael Blosil has died, the entertainer.

Osmond said in a statement through her publicist that her family is devastated by the "tragic loss." She did not provide details on the death.

Entertainment Tonight reported on its Web site that Blosil jumped to his death Friday night from a downtown Los Angeles apartment building.

Officers responded to an apparent suicide jump in the area, but the victim was not identified Saturday, Los Angeles Police Officer Gregory Baek said.

"My family and I are devastated and in deep shock by the tragic loss of our dear Michael and ask that everyone respect our privacy during this difficult time," Osmond said in the statement Saturday.

Blosil reportedly left a note that referred to a lifelong battle with depression.

In 2007, Osmond said Michael was treated at a rehabilitation facility, but she didn't disclose the nature of his problem.

Donny Osmond, Blosil's uncle, told Entertainment Tonight: "Please pray for my sister and her family."

Michael is one of Osmond's five adopted children. She also has three other children from two marriages. She divorced Brian Blosil in 2007 after two decades of marriage. She and her first husband Stephen Craig divorced in 1985.

Osmond earned fame at age 13 with the hit song "Paper Roses," and starred with her brother, Donny, on television's "Donny and Marie Show" during the 1970s.

They perform a musical variety show regularly at the Flamingo Las Vegas Hotel and Casino. The hotel said Saturday's performance was canceled. - AP

Narutah Publish time 28-2-2010 06:03 PM

mak aku minat dgn the osmonds ni

qasih Publish time 28-2-2010 07:32 PM

kesian tengok si Marie ni...banyak dugaan hidup, memang dia ni tabah orang nya. Apa tak nya, bila saat di dalam kemelutan+kesedihan, dia tetap juga entertain dengan lagu² sambil berinteraksi dengan audience nya..nasib baik lah abang² nya tu sangat² sayang kan adik mereka tu...
Pages: [1]
View full version: legenda the osmonds!!


ADVERTISEMENT