myjuniormm Publish time 24-6-2008 07:49 PM

3. Iron kepingan kelopak
Ironkan kepingan kelopak 2, 3 dan 4 sahaja.
Letakkan kelopak pada permukaan seterika, dan biarkan foam itu panas. Apabila panas alihkan dari permukaan seterika dan bentukkan seperti diterangkan di bawah. Ia perlu dilakukan dgn cepat sementara masih panas, supaya mudah dibentuk. Jikalau bentuk yg dikehendaki x sempurna, boleh panaskan balik, tp jgn terlalu kerap sehingga foam itu kembang.

Utk bhgn hujung kelopak, guna teknik kelim dan bengkokkan ke belakang sebhgn hujung kelopak.

Utk membentuk kelopak seperti mangkuk, seterikakan bhgn tengah kelopak, dan bila sudah panas, quickly letakkan dlm tapak tangan, dan tekan setiap bhgn bawah kelopak.

http://i84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/Rose/5IronPetals.jpg

klik link di bawah untuk video:

<embed width="448" height="361" type="application/x-shockwave-flash" wmode="transparent" src="http://i84.photobucket.com/player.swf?file=http://vid84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/Rose/BungaFoamKelim2.flv">

<embed width="448" height="361" type="application/x-shockwave-flash" wmode="transparent" src="http://s84.photobucket.com/flash/player.swf?file=http://vid84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/Rose/BungaFoamMangkuk2.flv"></embed>

Note: Utk membentukkan kelopak mangkuk boleh juga gunakan bola (size kecik sedikit dari bola golf) dan tekan kelopak dgn bola di atas sponge atau atas tapak tangan

http://i84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/DSC06489.jpg







[ Last edited bymyjuniormm at 24-6-2008 07:58 PM ]

myjuniormm Publish time 24-6-2008 08:00 PM

4. Iron: Kepingan daun

Ada 2 teknik utk membuat daun rose:

Teknik menggunakan acuan
Panaskan kepingan daun dan apabila sudah panas, letakkan di dlm acuan daun.

Teknik menggunakan gunting
Panaskan kepingan daun dan apabila sudah panas, lorekken urat2 daun dgn menggunakan hujung gunting yg terbuka kecil.

http://i84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/Rose/6Irondaun.jpg

myjuniormm Publish time 24-6-2008 08:03 PM

5. Membuat Kudup

1. Cucuk dan masukkan dawai pada kelopak kudup

2. Pastikan hujung dawai telah dibengkokkan seperti dlm gambar 2.

3. Tutup hujung dawai dgn secebis cotton, dan bentukkan seperti di gambar 3.

4. Letak gam di salah satu kelopak

5. Lekatkan kelopak berkenaan ke kapas tadi.

6. Gam kelopak bertentangan dan gamkan kelopak berkenaan

7. Gam kelopak-kelopak kudup yang lain.

8. Kudup yg telah siap

http://i84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/Rose/7Kudup.jpg

myjuniormm Publish time 24-6-2008 08:05 PM

6. Gam: Kepingan Kelopak 1

Guna teknik seperti membuat kudup utk lekatkan kelopak 1. Gam Kepingan kelopak 1 ke kudup

http://i84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/Rose/8GamKelopak1.jpg

myjuniormm Publish time 24-6-2008 08:08 PM

7. Gam: Kepingan Kelopak 2

Utk kelopak 2, gam kepingan kelopak 2 ke kelopak 1. Kemudian, untuk setiap kelopak, gam secara berselang seperti di gambar

http://i84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/Rose/9GamKelopak2.jpg

myjuniormm Publish time 24-6-2008 08:09 PM

8. Gam Kepingan Kelopak 3 dan 4

Gunakan teknik seperti langkah 8 untuk kepingan kelopak 3 dan 4

http://i84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/Rose/10GamKelopak3and4.jpg

myjuniormm Publish time 24-6-2008 08:10 PM

9. Gam: Calyx

Lekatkan calyx pada kelopak terakhir.

http://i84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/Rose/11GamCalyx.jpg

myjuniormm Publish time 24-6-2008 08:11 PM

10. Daun bunga rose

Lekatkan batang dawai hijau pada belakang daun, dan cantumkan 3 keping daun seperti dlm gambar.

http://i84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/Rose/12GamDaun.jpg

myjuniormm Publish time 24-6-2008 08:12 PM

11. Bunga Rose

Cantumkan daun pada btg bunga. Voilaaaaaa bunga rose yg telah siap :D

http://i84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/Rose/13BungaRose.jpg

myjuniormm Publish time 24-6-2008 08:15 PM

Bolehlah gubah rose yg dah siap tu..

http://i84.photobucket.com/albums/k22/maslinamahi/FlowerCraft/IMG_3032.jpg

SELAMAT MENCUBAAAAAAA.....:P :P

ladybirdninja Publish time 24-6-2008 09:18 PM

Reply #78 myjuniormm's post

dulu tak ambil template rose nih.......
semua kat rumah sana.......
jealoussss tgk my.......;P

myjuniormm Publish time 24-6-2008 09:32 PM

Originally posted by ladybirdninja at 24-6-2008 09:18 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
dulu tak ambil template rose nih.......
semua kat rumah sana.......
jealoussss tgk my.......;P

rose tu mmg datin xde..
i yg godek2 sendiri..i beli rose kat kedai..
pastu I belek2..tu yg dapat template dari situ..
lepas 2/3 kali buat baru dapat finalize template rose tu..
cubalah...x yah jeles2...nanti dah siap boleh tempek kat sini..:D

arsha24 Publish time 24-6-2008 10:51 PM

Reply #92 myjuniormm's post

wah menarik betul nih... siap ada langkah2 membuatnya... thanks my sebab buat kelas pjj utk kitorang kat mesia ni...

myjuniormm Publish time 25-6-2008 12:00 AM

Originally posted by arsha24 at 24-6-2008 10:51 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
wah menarik betul nih... siap ada langkah2 membuatnya... thanks my sebab buat kelas pjj utk kitorang kat mesia ni...

no prob...klu dah buat ..jgn lupa tempek gmbr...
ape2 hal..ms ladybird boleh tlg jugak..boleh ke ms ladybird???

usmy Publish time 25-6-2008 02:33 PM

waaahh cantik2nye bunga. mcm real....
nanti usmy nak try gak lah. tapi kat mana ye
biasanya ada jual foam paper ni

smangat berkobar2 nih...

myjuniormm Publish time 25-6-2008 02:39 PM

Originally posted by usmy at 25-6-2008 02:33 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
waaahh cantik2nye bunga. mcm real....
nanti usmy nak try gak lah. tapi kat mana ye
biasanya ada jual foam paper ni

smangat berkobar2 nih...

usmy duk mane??
klu kat kl..kat kedai buku popular ade..
jual dlm A4 size..
klu foam putih..kat kedai buat kasut depan Panggung Rex Kotaraya..

myjuniormm Publish time 25-6-2008 02:40 PM

satu lg ade kedai stationary kat kajang..kat metro..x sure nama dia..chipme..or chinme..or chiplee..or chinlee..mcm tulah lebih kurang..

ladybirdninja Publish time 25-6-2008 02:47 PM

Reply #97 myjuniormm's post

ziplee...........

ladybirdninja Publish time 25-6-2008 02:49 PM

Reply #94 myjuniormm's post

insyaallah.........

ladybirdninja Publish time 25-6-2008 02:51 PM

Reply #92 myjuniormm's post

oic........lps ni blhlah beli bunga ros tipu
buka dan tekap kelopaknya.....;P
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9
View full version: BUNGA FOAM


ADVERTISEMENT