tumpanglalu74 Publish time 9-6-2008 08:53 AM

M.A.Z.A. Bakal Dihukum Kerana Membela Rakyat

Kemungkinan Mufti Perlis M.A.Z.A. akan dikenakan tindakan adalah besar kerana artikelnya yang keluar Mingguan Malaysia pada Ahad lepas, 8 Jun 2008.Kepada kakicucuk kat Istana Perlis, SUK Perlis, kami cabar anda semua untuk menghukum beliau hanya kerana niatnya yang ingin membela rakyat ini.


Bacalah artikelnya yang bertajuk Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Rakyat di sini:



Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi(631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong?Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta.Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja.Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas.Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan.Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 慉bd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini.Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat.Maka ustaz,ustazah dan penceramah pun 朼tas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca.Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir.Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis 杝eperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 憂asi lemaknya

tumpanglalu74 Publish time 9-6-2008 08:53 AM

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar?Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas.Bukan sekadar untuk 憁engenakan' si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi.Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri.Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah?Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan.Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 憃rang biasa

putricorner Publish time 9-6-2008 09:17 AM

Good artikel..... Teringat pulak pasal babi dan elok dibandingkan dengan orang2 mewah yang dinyatakan diatas.... :P

yipun78 Publish time 9-6-2008 09:18 AM

Reply #2 tumpanglalu74's post

kang manjang ada yang dok post DAULAT TUANKU!!!! .... mana leh sebut mende istana ni... :re:

NonaNaga Publish time 9-6-2008 09:22 AM

bagus artikel yg MAZA tulis...
kebenaran terbentang...tapi pemerintah akan pejam mata dan laksanakan hukuman..tunggu dan lihat

houdini Publish time 9-6-2008 09:31 AM

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 慴erjiwa rakyat

tumpanglalu74 Publish time 9-6-2008 09:39 AM

Bila2 nak sebut DAULAT TUANKU tu, ingat2lah ALLAHUAKBAR..

crazy007 Publish time 9-6-2008 09:54 AM

Interesting artikel...

redsentra Publish time 9-6-2008 10:26 AM

gud job.... huhuhuhuhu aku suka baca artikel ini... satu peringatan yg bagus

mala0n Publish time 9-6-2008 10:46 AM

best2 :D :D :D

acu70 Publish time 9-6-2008 10:47 AM

masalahnya sultan2,pak2 menteri danterutama nya pak lah nak ke baca artikal ni.....agaknya sebelah mata pun tak pandang....tahniah maza...

Maid_fr_Venus Publish time 9-6-2008 11:17 AM

M A Z A nie sapa weii.. hiks

sargon31 Publish time 9-6-2008 11:29 AM

ni kalau org2 yg terlibat baca sure pedih ulu hati mereka..huhuhu:loveliness:

yellowfish Publish time 9-6-2008 12:00 PM

yelah.. M.A.Z.A ni sapa?

yellowfish Publish time 9-6-2008 12:00 PM

- double post-

chemox Publish time 9-6-2008 12:07 PM

Originally posted by yellowfish at 9-6-2008 12:00 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif
yelah.. M.A.Z.A ni sapa?

M.A.Z.A tu stand for Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin....Mufti Perlis.

myskimi Publish time 9-6-2008 02:03 PM

well said.. well written.. teringt statement kt star, 'curb ur lifestyle.'. well, curb ur lifestyle too..Saidina Umar, bila pakai new robes pun had to explain to the public where he got it from so tht they won't speculate any misuse of public funds. Umar Aziz nak discuss dgn his son on personal matters would turn off his lamp yg minyaknya dibeli dgn duit rakyat.. elakkan pembaziran.

yg kaya semakin kaya, yg miskin semakin papa...

crayzee Publish time 9-6-2008 02:35 PM

good article...suka ayat ni
"pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan"

TimahMulia Publish time 9-6-2008 02:39 PM

TAHNIAH MAZA..

pelik pulak Tim baca paper semalam..
artikel MAZA nak bela rakyat boleh terlepas pulak..
tapi dalam hati berkata2..
esok lusa kena ban lah MAZA.. tengok le nanti...
orang nak menyatakan kebenaran ini lah yang selalu jadi mangsa..:( :( :( :(

kukulangau Publish time 9-6-2008 02:53 PM

aku rasa the next person muhyidin yassin pulak
sebab pertikaikan kenapa senang2 terima kemasukan ezam dalam umno
dah la dulu dia suggested pak lah jumpa tundet personally selapas tundet keluar umno
Pages: [1] 2 3 4
View full version: M.A.Z.A. Bakal Dihukum Kerana Membela Rakyat


ADVERTISEMENT