Syd Publish time 7-5-2008 04:40 PM

Debt Collector / Pemungut Hutang

Hujan-hujan lebat nih, tiba2 tingat plak kat satu kawan
ye..dia tgh susah laa tu hari
ada payment sangkut

then satu hari dia dapat satu called, katanya dari bank
orang tu claimed dia utang sekian2 credit card ngan satu bank nih
kawan tu pun ngaku laa..

then mamat yang called tu ckp
kalau tak jelaskan sekian2 jumlah
dalam masa seminggu, dia nak mari opis
jupe bos ntah jupe apa lagi
so, kawan nih pn susah hati laa
yelah, hutang dia..tapi nak kena jupe bos bagai

so, kitaorang ckp
rasanya tu bukan orang bank laa
yang ckp lagak kasar mcm tu

tu mesti debt collector
ni nak tanya, yang hat debt collector nih
mmg ada kuasa ke masuk office / bangunan
nak mari jupe bos kita
dok cerita pasal kita punye utang segala?

pink_lavender Publish time 7-5-2008 05:05 PM

Reply #1 Syd's post

rasanyer takde hak pun sbb takde undang2 pun ckp kite bole ancam org camtu...event bank pun tak berhak disclose hutang kite semua , kan.. ala tu mesti nak paksa byr so dier dpt la collection dr bayaran tu yer tak...:L

Syd Publish time 7-5-2008 05:12 PM

aku pun rasa mcm tu
dan ni baru2 ni
aku ada belajar satu modus operandi
tak silap debt collector tuk bank rakyat kot
jiran aku..

mamat dua orang naik motor
datang umah
carik anak lelaki dia
tapi anak dia mmg dah lama tak dok situ

tiba2 je bila makcik tu kuar
tgk surat apa tah satu mamat ni tunjuk
kawan dia sorang lagi
tiba2 amek gambo
mcm ada acara sampai hadiah plak

blur2 makcik tu kejap
kitorang tanya gak kat dia
awat? risau pun ye kan

mana tahu orang jahat nyamar ke apa
malam kang, datang merompak ke apa

RoyalDutch Publish time 9-5-2008 10:45 PM

As far as i know, debt collector doesnt have the right to come over to working place and meet the bos.

U can raised your complaint straight to the Bank (with the Higher Level Position).

Its happen to my friend.. debt collector call her up. Ask her to settle up the debt with some amount and time period given. She was ignoring the message and turn off her hp. to avoid the debt collector from call her up.

When she was on vacation for 4 days (for sure turn off hp-general line)..the debt collector - not using his genuine name.. call up her bos not only bos.. mess up with HR and the Head of Department. She was pissed off. And what she did.. (before this the debt collector was rude and she record the conversation). She straightly make the payment and raised up the complaint to higher level position.

She did talk to HIS BIG BOS and told that she did record the conversation. Apa lagi.. takut giler la diorang..

Syd Publish time 13-5-2008 11:21 AM

hmm..
agaknya nih lah ugutan2 yang dorang buat tu kan..

call bos semua..

aku rasa bank ke, patut tanggungjawab jugak atas pangai2 debt collector yang dorang lantik ni kan?

kabintang Publish time 14-5-2008 12:13 PM

aku pun penah kene gak ngan pemungut hutang nih, siap hantar fax tulisan sebersar2 nyer dkt satu rim paper, fax room lak org lain jaga, malu aku ... masa debt collector to call suara dia meninggi mengasak kite soh jelaskan utang ... masa tu aku tengah busy, so staff fax room call supervisor aku soh aku collect bende tu, then s/visor aku gi collect utk aku, so yg tau hanya aku dan s/visor ...

Syd Publish time 15-5-2008 10:01 AM

Reply #6 kabintang's post

mengasak bayar utang
pastu perli2
pastu ugut2

eh, kalau mcm nih

boleh report polis tak?

decco Publish time 15-5-2008 02:54 PM

aku bekas pemungut hutang........:'(

Syd Publish time 16-5-2008 12:32 PM

Reply #8 decco's post

boleh tak share pengalaman?

taktik etc

noddyFARHANA Publish time 16-5-2008 04:40 PM

aku da kena dgn debt coll nih..
sampai aku tensen giler..
bergaduh carut2 aku dgn org tuh sebab semate2 dia dtg umah aku semate2 nak anto surat debt tuh je..
bodo langau tol...
:@ :@ :@

Syd Publish time 21-12-2009 05:20 PM

Pemungut hutang yang dilantik tak dibenar berkasar dengan pemiutang

KUALA LUMPUR: Pemungut hutang yang dilantik oleh institusi perbankan tertentu tidak boleh menggunakan kekerasan dan sering mengganggu pemiutang ketika menjalankan tugas, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata perkara itu terkandung dalam garis panduan dan amalan pengutipan hutang yang adil yang perlu dipatuhi oleh setiap pemungut hutang yang dilantik.

"Institusi perbankan boleh menggunakan khidmat pemungut hutang, walaubagaimanapun, institusi itu perlu memastikan agar pemungut hutang yang dilantik mematuhi segala peraturan seperti yang ditetapkan dalam garis panduan yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia," katanya menjawab soalan Senator Dr M Malasingam pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Chor berkata selain tidak dibenar menggunakan kekerasan dan menganggu pemiutang, pemungut hutang perlu sentiasa mengamalkan tingkah laku yang beretika serta tidak dibenar membuat panggilan lebih tiga kali seminggu kepada pemiutang.

"Ini selaras dengan usaha Bank Negara Malaysia untuk memperkukuhkan lagi struktur pelindungan serta tahap profesionalisme proses pengutipan hutang," katanya.

Beliau berkata pemiutang boleh membuat aduan kepada institusi perbankan berkenaan sekiranya terdapat aduan terhadap tingkah laku pengutip hutang yang dilantik.

"Jika tidak berpuas hati dengan cara pengendalian institusi perbankan terbabit, maka aduan selanjutnya boleh dibuat kepada Bank Negara Malaysia," katanya. -

Syd Publish time 22-12-2009 09:51 AM

Pemungut hutang tidak boleh berkasar

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1222/Kosmo/Negara/ne_02.1.jpg
URUSAN tarik kereta perlu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Pemungut hutang yang dilantik oleh institusi perbankan atau syarikat kewangan tertentu di negara ini tidak boleh menggunakan kekerasan dan sering mengganggu pemiutang ketika menjalankan tugas mereka.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung berkata, perkara itu terkandung dalam garis panduan dan amalan pengutipan hutang yang adil yang perlu dipatuhi oleh setiap pemungut hutang yang dilantik.

"Institusi perbankan boleh menggunakan khidmat pemungut hutang, bagaimanapun, institusi itu perlu memastikan agar pemungut hutang yang dilantik mematuhi segala peraturan seperti yang ditetapkan dalam garis panduan yang diluluskan oleh Bank Negara," katanya menjawab soalan Senator Dr. M. Malasingam pada persidangan Dewan Negara di sini semalam.

Institusi kewangan lazimnya menggunakan perkhidmatan pemungut hutang hanya untuk menarik kenderaan yang pemiliknya gagal melunaskan pinjaman mereka.

Chee Heung berkata, selain tidak dibenar menggunakan kekerasan dan mengganggu pemiutang, pemungut hutang perlu sentiasa mengamalkan tingkah laku yang beretika serta tidak dibenar membuat panggilan lebih tiga kali seminggu kepada pemiutang.

"Ini selaras dengan usaha Bank Negara untuk memperkukuhkan lagi struktur pelindungan serta tahap profesionalisme proses pengutipan hutang," katanya.

Syd Publish time 22-12-2009 09:51 AM

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1222/Kosmo/Negara/ne_02.2.jpg

asudau Publish time 22-12-2009 02:28 PM

itulah...
debt collector nie memang macam ahlong
asyik mengugut ajer..

kita dah cakap tak leh bayar lump sum
kita nak bayo ansuran
sebab hutang memang kena bayor kan...

itu lah..
siap ugut2 nak datang pejabat..
siap ugut2 nak sita barang kat umah (diorang ingat senang-senang ke nak sita barang2 umah orang..ada prosedur nya tau)

siap ugut nak potong gaji

bila cakap kurang ajar sangat..selalunya memang tak der etika langsung bila bercakap
telefon orang tak kira ari malam ke siang ker...sib baik subuh tak tepon (sebab tak bangun tido lagi kot)

selagi tak dapat kutip utang
hari2 tepon

bila kita dah bayar pun sibuk tepon
bila kita jawab dah bayar...terus letak...hampeh dot com..

tapi memang la hutang kena jugak bayar..dah pandai berutang..pandai la bayar...
tapi jangan lah asyik ugut itu dan ini
bawak bergaduh laki bini ajer..

bila Bank Negara buat garis panduan nier
debt collector nak ikut ker?
kita tunggu dan lihat ajer lah..

rubergum Publish time 23-12-2009 12:07 PM

8# decco
citela pengalaman sbg debt collector

tompok78 Publish time 25-1-2010 01:45 PM

kalau di suruh bayar lump sum,
memang kena bayar lump sum jugak ke?
tak boleh bayar ansur2 dah ek?

Syd Publish time 26-1-2010 12:32 PM

takde laaa..
sedangkan naik mahkamah pung
kalau kita ckp ngan hakim tu
kita mampu bayar RM50 jer sebulan, mahkamah pung terima gak..

illa Publish time 26-2-2010 11:22 PM

ada tak yang nak tlg kutip utang orang ?

ryo_takahashi1 Publish time 27-2-2010 10:11 AM

18# illa

ada agency yg buat kutipan hutang... tapi tak tahu plak rate camne...

illa Publish time 27-2-2010 10:23 AM

18# illa

ada agency yg buat kutipan hutang... tapi tak tahu plak rate camne...
ryo_takahashi1 Post at 27-2-2010 10:11 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

ada x contact no agensi tu?
Pages: [1] 2
View full version: Debt Collector / Pemungut Hutang


ADVERTISEMENT