katana83 Publish time 4-5-2008 10:36 AM

Filem Fantasi (1994)

Sinopsis


http://www.filemkita.com/foto/filem/fantasi_01.jpg

Cerita filem ini bertolak daripada dendam yang tercetus di zaman purba bilamana Dara dimangsai oleh Silbi, pengamal ilmu syaitan yang berusia ratusan tahun. Silbi menjadi pengancam zaman berzaman, dari zaman purba hingga ke zaman moden. Dia muncul setiap kali bulan purnama untuk memburu anak dara yang dihisap darahnya, untuk mengekalkan kemudaan dan ketampanan wajahnya. Dara yang dimangsai bersumpah akan menuntut bela dan memusnahkan Silbi yang juga membunuh Teruna, suami Dara. Tetapi untuk melaksanakan tugasnya, roh Dara perlu meresapkan ke dalam tubuh anak dara yang lain dan akhirnya yang terpilih ialah Nora, seorang wartawan yang hidup di zaman moden.



Pengarah

Aziz M. Osman

Penulis

Zain Mahmood ... Cerita & Lakonlayar
Aziz M. Osman ... Cerita

Pelakon

Erma Fatima ... Nora
Faizal Hussein ... Teruna & Rahmat
Mustapha Kamal ... Ratu Silbi
Kuza ... Dara
Melissa Saila ... Azreen
M. Osman ... Kana
Shah Rahman ... Gamat
Alias Yusof ... Encik Suratman
Sarip Noor ... Jack The Ripper
Zarina Zainuddin ... Melor
JD Khalid ... Bapa Melor
Nasir P. Ramlee ... Encik Rahman
Razak Rahman ... Pemain Saksofon
Zain Mahmood ... Pak Samad
Aziz M. Osman ... Wartawan
TS Jeffry ... Wartawan
Azman Monaliza ...
Inspektor Mohana ...
Ali Mohammad ...
Safie Osman ...
Seripah Aminah ...

Pekerja (crew)

Aziz M. Osman ... Pengarah Seni
Azman Abu Hassan ... Penggubah Skor Muzik
Ross Ariffin ... Penggubah Skor Muzik
Ibrahim Ahmad ... Penyunting Filem
Jamal Maarif ... Pengarah Fotografi
Micheal Gunther ... Make-up

Penerbit

Zain Mahmood ... Penerbit
Alias Omar ... Penerbit Eksekutif
Zahari Zain ... Penerbit Eksekutif
Teletrade Sdn Bhd ... Syarikat Penerbitan Filem

katana83 Publish time 4-5-2008 10:39 AM

http://geocities.com/filemkita/fantasi_01.jpg

http://www.filemkita.com/foto/filem/fantasi_02.jpg

http://www.filemkita.com/foto/filem/fantasi_03.jpg

katana83 Publish time 4-5-2008 10:40 AM

http://geocities.com/filemkita/fantasi_02.jpg

katana83 Publish time 4-5-2008 10:44 AM

TriviA

Versi asal Fantasia telah diharamkan untuk tayangan pada tahun 1991.

Pengharaman filem ini ditarik balik pada tahun 1994 selepas melalui proses suntingan semula dan diberi judul baru - Fantasi.

Filem ini ditayangkan serentak di seluruh negara bersama filem Femina (1994).

Antara babak kontroversi yang ditapis: Dialog sumpahan Nora dan Dara; Penjelasan Kana tentang asal usul Ratu Silbi; Adegan roh Dara memasuki jasad Nora; Pertemuan Nora dan Rahmat dengan roh Dara.

Unsur-unsur keterbalikan/songsang dalam filem ini: Silbi (iblis), Kana (anak), Natiahs (shaitan).

Warna merah mewakili kejahatan dan warna hijau mewakili kebaikan ????? -->> mcm familiar aje ...;P ;P ;P

myohmy Publish time 4-5-2008 10:48 AM

x silap silbi naik kuda kot...mcm prnh tgk poster pilim ni dulu

katana83 Publish time 4-5-2008 10:48 AM

sy pernah tgk filem ni.. tp kabur2 la coz sy still kanak2 ribena pd masa itu..:lol: :lol:

tp babak yg paling sy ingat adalah masa mustapha kamal(yg bertanduk) tunggang kuda hitam.. :P

katana83 Publish time 4-5-2008 10:50 AM

pelik...apsal tv3 /astro/rtm x siar flem ni ehhh???balik2 filem sama jer dia ulang :@ :@

nik2121 Publish time 4-5-2008 11:44 AM

vcd dia x pernah jumpa pun...

katana83 Publish time 4-5-2008 11:55 AM

Reply #8 nik2121's post

ssh nk cari.....haku pun try .. xde pun ... viedo tape kat kg aku pun dh rosak..:mad: :mad: :mad:

sekngucing Publish time 4-5-2008 02:51 PM

kan kena haram cerita ni? tapi pernah main kat tv tahun 98 dulu. korang ingat tak?

katana83 Publish time 4-5-2008 05:44 PM

Reply #10 sekngucing's post

ya ka??? channel apa??masa tu haku ddk asrama lg.. :lol: :lol:

pull_over Publish time 4-5-2008 06:11 PM

takde sapa ker nak upload kat youtube.. hehhehehhe

katana83 Publish time 4-5-2008 06:35 PM

Reply #12 pull_over's post

klu la ada haku first download...:) :)

sekngucing Publish time 4-5-2008 09:10 PM

Reply #11 katana83's post

ada kat tv2 masa tu pukul 10 mlm, aku sempat tgok masa nak habis dah. tak tgok awal2

edmundo Publish time 5-5-2008 04:15 PM

Aku tk pernah tgk...smpi krg...
Sbb sblm ni ade yg bgtau filem ni di ban terus.

ladydolph Publish time 6-5-2008 12:19 AM

interesting... aku dulu tgk gak la citer ni cuz minat ngan arahan aziz m osman......syg lepas lama terperap baru la ditayangkan.....sekarang ni kalau ditayang kat TV should b an intersting watch.....:)

katana83 Publish time 6-5-2008 07:19 AM

sape tau kt mn nk dptkn cerita ni??:o

Kumar75 Publish time 18-4-2024 03:21 PM

I pernah tengok versia asal Fantasia dulu zaman 90an....lepas tu nak cari vcd seluruh Malaysia memang tak jumpa....sewaktu I tengok gambar seram tamil 70an, I realise cerita dia satu biji macam cerita Fantasia....bila buat kajian sikit, cerita original dlm Malayalam bertajuk Vayanadan Thamban (1978) yang dialih suara ke versi tamil bertajuk Kanni Vettai (Pemburu anak dara).....ceritanya mungkin diharamkan kat Malaysia krn ia ada unsur kelahiran semula utk membalas....
Pages: [1]
View full version: Filem Fantasi (1994)


ADVERTISEMENT