Squall-Leonhart Publish time 3-5-2008 08:49 AM

Satu lagi komik Marvel yang difilemkan: Ironman

Hello korang sumer,

Semalam aku turun JB sebab melawat member baik aku kat sana, so sambil2 tu aku sempat jugak laa amik kesempatan untuk tengok wayang dengan dia kat City Square JB. Kitorang amik keputusan untuk tengok citer Ironman, satu lagi citer adaptasi komik Marvel US. Secara overall aku amat berpuas hati dgn citer tu laa.

Citer Ironman ni berkisar pasal kisah tokey besar syarikat senjata canggih Stark Industries iaitu Tony Stark. Dalam lawatan dier ke kem tentera Amerika kat Afghanistan untuk presentation peluru berpandu Jericho, model terbaru senjata buatan Stark Industries, Tony Stark diserang hendap oleh kumpulan pengganas. Masa dalam tahanan, dia merekacipta satu sut baju perisai keluli yang siap ada senjata iaitu sut Ironman untuk mempertahankan diri dan digerakkan oleh satu reaktor arka kecik. Dr. Yinseng yang selamatkan dier tu terbunuh masa tengah tolong Tony Stark dan Stark dapat lepaskan diri dengan suit tu laa.

Bila balik semula ke Amerika, sumer orang terkejut bila Tony Stark cakap nak hentikan pembuatan senjata memandangkan dia sendiri nampak kumpulan pengganas tu sendiri ada senjata buatan Stark Industries. So dia bertekad untuk perkemaskan rekaan suit perisai tu demi keamanan sejagat dan gak untuk tebus balik sumer kesilapan dier dulu.

Stark hantar assistant dier yang paling setia, Pepper Potts untuk hack database syarikat untuk kenal pasti kalau2 ada penghantaran senjata secara haram kepada kumpulan pengganas kat Afghanistan. Rupa2nya rakan kongsi Stark sendiri iaitu Obadiah Stane sendiri yang jadik pengkhianat dan jual senjata buatan Stark Industries secara senyap2 ke kumpulan pengganas. Lagi teruk, Stane sempat curik design asal Ironman dari kumpulan pengganas dan reverse engineer suit tu untuk buat versi dier sendiri. So, Stark takder pilihan lain melainkan jadik Ironman dan lawan Ironman palsu tu dan menang.

nik2121 Publish time 3-5-2008 08:51 AM

Reply #1 Squall-Leonhart's post

Hohoho.... Terperinci btul ko crite:pompom: :pompom:

limaukasturis Publish time 3-5-2008 10:08 AM

tapi HERo dia x hensem la... ala2 cam dah tua je..;P ;P ;P

limaukasturis Publish time 3-5-2008 10:10 AM

Reply #2 nik2121's post

itu namanya menulis karangan ke tempat2 menarik di Johor.... :victory: :victory: :victory:

munkyG Publish time 3-5-2008 03:16 PM

Reply #3 limaukasturis's post

hero dia mmg tak hensem, tapi macho.... i laaiiiikkkkkk... :$

todin45 Publish time 3-5-2008 09:52 PM

erm ermm mcm len je citer ko ngan citer yg aku tgk tuh....

ahmad_dhani91 Publish time 3-5-2008 11:21 PM

best2:loveliness: :loveliness: :loveliness: :loveliness: :)

tai_digidestany Publish time 25-10-2008 11:23 AM

part aku suka bila Ironman tembak kereta kebal tu dengan anti-tank missile. Pas tuh selamba jalan dengan berlatarbelakangkan kereta kebal tu meletup...
Macho siotttt!!!!!

jebeng Publish time 27-10-2008 02:41 PM

tp lgik best time kene kejar ngn Raptor....die nye flip flap (aileron)..real siot...sesuai utk human suit...siap ade flare,kelajuan sonic...





p/s:cume konfius la ni...die nye thrust pki jet/bahan api @ electric dr arc reactor dier?...hermm

vrempire Publish time 27-10-2008 09:02 PM

Aku sebelum ni tak berapa nak layan sangat kartun/komik/komik strip citer Iron Man nih.
Tapi lepas aku tengok movie dia, aku dah jadik cam fan club pulak. Tapi bukannya fan club Iron Man nih, tapi
lebih kepada fan club si Tony Stark sebab dia punya stail, aura dan personanya memang mengalahkan si Mawi.

Ermm..kalau Iron Man ada versi Malaysia, mesti si Mawi jadik Iron Monger. Si Tony Stark pulak pastilah
si Rosyam Noor. Ahak :D
Pages: [1]
View full version: Satu lagi komik Marvel yang difilemkan: Ironman


ADVERTISEMENT