caricom2006 Publish time 30-4-2008 11:50 PM

Tun Mahathir pernah solat dalam kaabah

Maybe someone dah pernah paste but I just got it by today..not sure where to paste, please remove if dah ada. Cuma, maybe Mr. Jinggo leh tanye Tun ttg pengalamannya satu ari nanti?

DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.

"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.

Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.

"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.

"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi.

Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.

Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggungjawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.

Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.

Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.

Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.

Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.

Selain itu, katanya, ramai tidak tahu Dr Mahathir sebenarnya mampu mendaratkan pesawat dengan baik dan itu pernah dilakukannya beberapa kali.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berbuat demikian dengan ditemani juruterbang berpengalaman dan terlatih yang berada di sebelahnya.

Beliau berkata, tugasnya cukup mudah sepanjang mengikuti penerbangan bersama Dr Mahathir kerana beliau adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan menghargai masa.

"Bagi hidangan pertama sebaik memulakan penerbangan, beliau lazimnya akan mengeluarkan bekalan yang dibawanya iaitu daging dinding, daging yang dihiris halus dan ditambah serbuk lada.

"Kemudian, barulah kami menyediakan hidangan seterusnya selepas masa makan ditetapkan beliau. Kami juga memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai menu hidangan," katanya sambil menambah ada sebuah kamar dalam pesawat itu yang dilengkapi dapur untuk memanaskan hidangan.

Jika penerbangan mengambil masa lama, katanya, Dr Mahathir lebih suka duduk berseorangan dan tidak mahu diganggu sambil tangan mencatat sesuatu pada buku nota kecil. Beliau juga tidak mahu diganggu dengan bunyi muzik atau pemain visual dalam pesawat kerana mahukan keadaan yang senyap dan tenang.

Rosme berkata, Dr Mahathir juga pernah memasuki kokpit (kamar juruterbang) ketika penerbangan dalam negara dan bertanya juruterbang masa sampai ke destinasi dan keadaan cuaca ketika itu. Juruterbang juga akan menceritakan mengenai peralatan dalam kokpit.
Berdasarkan pengalamannya bersama Perdana Menteri Rosme berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian Dr Mahathir.

Justeru, katanya, cerita negatif yang diada-adakan menyentuh peribadi Dr Mahathir di luar negara disifatkannya sebagai karut semata-mata dan tidak lain hanya bertujuan menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin ulung negara.

petrolaffy Publish time 1-5-2008 12:12 AM

wah........moga ALLAH memberkati Tun ....

kroit92 Publish time 1-5-2008 12:16 AM

kroit suka era DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad.. :'( :'(

ada sebab kenapa beliau memerintah lama.. :loveliness:

tapi masa tetap berlalu meninggalkan kita.. generasi seterusnya yang perlu memerintah..

semoga Malaysia terus berada di dalam keadaan yang aman.. amin..

Dr. M best! :loveliness:

revolusi_30 Publish time 1-5-2008 12:20 AM

memang pun..tapi masih ade penganut yg percaya Mullah2 mereka lagi bagus dan baik kerana apa..kerana mullah2 mereka berserban besar dan pandai bercakap arab..walhal Mullah2 mereka lagi kuat temberang....;P ;P ;P

ayamserati Publish time 1-5-2008 12:52 AM

Tun mmg ada aura....

zvicmorrow Publish time 1-5-2008 01:01 AM

yap aku rindukan ucapan2nya...yang bersahaja dan pedas...:hug:

lady_213 Publish time 1-5-2008 01:19 AM

tun mmg pemimpin yg berkarisma & best!!i salute u...!:pompom::pompom::pompom:

zainuddinmaidin Publish time 1-5-2008 01:26 AM

http://i238.photobucket.com/albums/ff105/zainuddinmaidin/satar/answer_social_clip_image002.jpghttp://i238.photobucket.com/albums/ff105/zainuddinmaidin/satar/Kaaba_Interior.jpg

evolution75 Publish time 1-5-2008 01:42 AM

hanya insan2 terpilih saja dapat masuk ke dlm kaabah.Kalo org tu penuh dgn dosa dan maksiat,Tuhan nak beri ke dia masuk dalam kaabah?

iwaniriz Publish time 1-5-2008 02:05 AM

oohh ayahanda tun ku...:$ :$ :$ :$ :$ :$

caricom2006 Publish time 1-5-2008 02:11 AM

Reply #8 zainuddinmaidin's post

Thanks En Zainuddin..seriously I thought takde sape la nak ambik gambar dalam kaabah. teringin nak nengok, macam mana ruper..dapat gak nengok:$

zenslack Publish time 1-5-2008 03:09 AM

Siapa Pemimpin PAS dipilih Allah masyk Kaabah? :lol:

minahsaudi Publish time 1-5-2008 03:31 AM

Reply #12 zenslack's post

astaghfirullah, benda2 mcm nie pun nak diketawakan.

Allah kalo dia nak mengizinkan pada sesiapa pun boleh terjadi n berlaku.apa pemimpin PAS tu bukan ciptaan Allah ker?

bosan aku dgn orang yg pendek akal nie:mad:

drlovey Publish time 1-5-2008 03:33 AM

anwar ibrahim penah masuk kaabah tak? dia kan pak sheikh... musti penah masuk?! :lol: :lol: :I

minahsaudi Publish time 1-5-2008 03:38 AM

Reply #14 drlovey's post

lorr....kalo dia dapat masuk pun nko nak percaya ker:o :o   apa ler punya mentaliti tahap:mad: :mad: .

orang citer pasal mahathir masuk dlm kaabah dia leh konar baring bawak citer anwar n pas lak kat sini.erkkkk.........so childish:shakehead3:

back to topic.

mmg rezeki tun dpat masuk dlm kaabah.Allah yg telah mengizinkan dia.masyaAllah:loveliness:

[ Last edited byminahsaudi at 1-5-2008 03:42 AM ]

caricom2006 Publish time 1-5-2008 04:23 AM

What we know..."He lives LIFE to the fullest, been there done that":$

dugongCute Publish time 1-5-2008 08:15 AM

Originally posted by evolution75 at 1/5/2008 01:42 http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
hanya insan2 terpilih saja dapat masuk ke dlm kaabah.Kalo org tu penuh dgn dosa dan maksiat,Tuhan nak beri ke dia masuk dalam kaabah?

sorry geng, i beg to differ. Correct me if I'm wrong.
Its no doubt yg hanya insan2 yg terpilih sahaja dapat masuk ke Kaabah, tak semua org berpeluang utk masuk. But since Mahathir adalah tetamu Kehormat Kerajaan Arab Saudi pada waktu tu, peluang utk beliau masuk kedalam Kaabah tersebut SANGAT TINGGI berbanding kita orang2 marhaen ni. Get it? Katakanlah Mahathir hanya kerani di ofis Jabatan Kerajaan yang datang mengerjakan haji setelah 20 tahun menyimpan duit di Tabung Haji, aku tak rasa dia akan dapat peluang bagus mcm tuh. Betul tak?
And no doubt Seruan ke Mekah adalah seruan Ilahi, Allah tak memilih umatnya samada penuh dengan dosa, maksiat, alim atau tidak untuk ke rumahNya. Seperti org selalu cakap, kalau dah sampai seru, mmg sampai lah ke sana.

nazurah Publish time 1-5-2008 09:05 AM

Reply #8 zainuddinmaidin's post

uiks...cantiknya....

ingat dalam kaabah kosong jek. batu tergantung takde ke?

caricom2006 Publish time 1-5-2008 11:50 AM

Reply #18 nazurah's post

La.. batu terantung tu kat Masjid Al-Aqsa, Jerusalem. Ko silap masjid la..

dopey Publish time 1-5-2008 12:01 PM

Originally posted by dugongCute at 1-5-2008 08:15 AM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif


sorry geng, i beg to differ. Correct me if I'm wrong.
Its no doubt yg hanya insan2 yg terpilih sahaja dapat masuk ke Kaabah, tak semua org berpeluang utk masuk. But since Mahathir adalah tet ...
yup...correct...
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Tun Mahathir pernah solat dalam kaabah


ADVERTISEMENT