amazed Publish time 30-4-2008 06:35 AM

cantuman kepingan kayu

Cantuman kepingan kayu

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN

Pernahkah terlintas di fikiran bahawa dahan atau batang pokok-pokok yang ditebang dan menunggu masa untuk dibuang atau dibakar boleh dikitar semula dan mampu memberi manfaat yang tidak terhingga.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0430/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg


AMALAN kitar semula dan kesedaran terhadapnya cukup menggalakkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Namun, kaedah yang diterima manusia sejagat sebagai salah satu usaha memusnahkan sisa dan barangan terbuang masih berkembang secara terhad.

Oleh kerana bahan kitar semula banyak tertumpu pada longgokan sampah sarap, surat khabar lama, tin-tin aluminium, botol minuman kaca dan kotak-kotak kertas maka mungkin kita tidak pernah terfikir mengenai dahan atau batang-batang pokok yang ditebang dan menunggu masa untuk dibuang atau dibakar boleh dikitar semula. Lebih mengujakan apabila ia mampu memberi manfaat yang tidak terhingga.

Ternyata kebijaksanaan dan semangat yang tinggi untuk menghasilkan sesuatu kelainan telah mendorong seorang lelaki menghasilkan kraf tangan daripada dahan dan pokok terbuang.

Kosmo! menyelami keistimewaan dan rahsia pembikinan seni kreatif mesra alam ini untuk tatapan pengumpul dan penggemar barangan kraf.

Unik dan eksklusif itulah antara kata-kata tepat yang dapat diluahkan bagi menggambarkan keunggulan kraf tangan ini sejurus melangkah masuk di Log Art Gallery yang terletak di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0430/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg
KEISTIMEWAAN kraf ini terserlah pada setiap rekaan yang berbeza.

Pemiliknya, Howard Choo, 27, yang begitu teruja dengan kunjungan Kosmo! memberitahu kraf tangan yang diperbuat daripada bahan pokok terbuang ini adalah hasil kreativiti seorang tukang kayu yang berasal dari negara China.

Howard yang merupakan anak saudara kepada seorang tukang kayu dikenali sebagai Cheng Pai Qui, 50, mula 'jatuh cinta' pada kraf kreatif ini apabila berkunjung ke kediaman Pai Qui pada tahun lalu di wilayah Gui Zhou, China.

"Sebenarnya idea untuk menghasilkan kraf ini timbul kira-kira 20 tahun lalu ketika pakcik saya sedang dalam perjalanan dengan kereta api dan terpandang sederetan pokok.
"Apabila kereta api bergerak, dia melihat seolah-olah pokok-pokok tersebut dipotong-potong yang mencetuskan gambaran cukup menarik kepadanya. Ini sekali gus memberi ilham kepadanya," ujarnya.

Menurut Howard, pada mulanya pakcik beliau hanya membuat kraf ini untuk koleksi sendiri, tetapi ramai kenalannya berpendapat hasil kraf tersebut akan mendapat sambutan jika dipasarkan.

Berbekalkan dorongan dan semangat daripada keluarga dan rakan-rakan, pak cik Pai Qui telah memulakan langkah pertama mempromosikan kraf kayunya bermula dengan mengadakan pameran kecil-kecilan. Ternyata keunikannya mendapat perhatian luar biasa.

"Keistimewaan kraf ini terserlah pada setiap rekaan yang berbeza dan mempunyai makna tersirat di sebalik rekaan seumpama sebuah lukisan.

"Jika dilihat dengan mata kasar, ia hanya sebuah rekaan yang biasa sahaja tetapi apabila kita teliti dan melihat dengan mata hati, kita akan dapat mengetahui maksud di sebalik setiap rekaan," jelas jejaka dari Puchong, Selangor ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0430/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg
KAYU dari China sesuai untuk dikitar semula untuk dijadikan produk kraf tangan.

Bercerita lanjut mengenai proses pembuatan, Choo memberitahu, proses tersebut bukan terlalu rumit seperti membuat ukiran kayu.

"Pakcik Pai Qui sentiasa menjelajah jauh ke dalam hutan bersama pekerja yang terdiri daripada sanak saudara dan sahabat handai, biasanya lima orang.

"Mereka akan mengutip dahan-dahan, batang-batang dan ranting pokok yang rosak serta tidak berguna daripada Jabatan Perhutanan, ladang-ladang petani, tapak pembinaan bangunan dan kilang-kilang perabot," katanya.

Menurut Choo, bahan-bahan yang dikumpul itu akan dipotong sehingga menjadi kepingan kecil. Apabila selesai dipotong, kepingan kayu tersebut disapu dengan sejenis pengilat kayu untuk mengilat dan mencantikkannya.

"Kraf tangan unik ini tidak menggunakan sebarang warna atau cat untuk membezakan satu jenis kayu dengan yang lain. Apa yang dilihat adalah warna asal kayu tersebut.

"Setiap kayu yang digunakan mempunyai warnanya sendiri dan inilah yang dapat membezakannya antara satu sama lain tanpa menggunakan sebarang cat atau pewarna.

Tambah usahawan muda ini, semua jenis kayu boleh digunakan dan tidak terhad kepada satu jenis sahaja. Dahulu, apabila menemui pokok-pokok yang ditebang dan didapati boleh digunakan untuk membuat kraf, pak cik Pai Qui akan terus membawanya pulang, dipotong kecil dan disimpan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0430/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
HOWARD CHOO menunjukkan sebahagian daripada hasil kerja tangannya.

"Biasanya, setiap rekaan menggunakan tiga hingga enam jenis kayu bergantung kepada motif yang hendak dihasilkan. Semakin banyak jenis kayu yang digunakan, semakin sukar kerja-kerja pembuatannya tetapi hasilnya lebih cantik.

"Justeru proses untuk menyiapkannya memakan masa walaupun nampak mudah," ujarnya yang sentiasa mengikuti perkembangan pembuatan melalui pakciknya di China sebelum ia dipasarkan di negara ini.

Katanya, sejenis gam khas digunakan untuk melekatkan setiap kayu yang telah dipotong. Tempoh masa untuk menyiapkannya bergantung pada motif yang hendak direka.
"Semakin rumit subjek atau motif dibuat, semakin lama masa diperlukan untuk menyiapkannya. Selain itu, ia juga bergantung kepada jumlah kayu. Jika kami kekurangan kayu, kami terpaksa berhenti dan mencari dahulu jenis kayu yang dikehendaki.

"Sebab itulah, ada rekaan memakan masa lebih daripada seminggu untuk disiapkan dan ada juga yang hanya mengambil masa dua atau tiga hari," jelas Choo yang pernah mengusahakan perniagaan butik dua tahun lalu.

Graduan Kolej Inti ini mengakui, rekaan kraf itu bukan sahaja menggunakan dahan-dahan atau batang-batang pokok yang besar, malah ranting-rantingnya juga boleh digunakan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0430/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg


Tambah Choo, ada sesetengah rekaan kraf menggunakan di antara 3,000 sehingga 10,000 ranting kayu yang dipotong kecil.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kraf tangan berbentuk eksklusif ini sentiasa menjadi buruan ramai terutamanya pelancong asing yang berkunjung ke galeri ini.
"Sebenarnya, mereka begitu tertarik dengan rekaan kreatif dan mesej yang cuba disampaikan di sebalik kraf tersebut.

"Setiap kraf yang diperagakan di galeri ini dijual mengikut saiz yang ditetapkan. Misalnya, 30x30, 32x32, 70x70 dan 90x90 manakala harganya pula bermula daripada RM168 sehingga RM3,000," jelas Choo sambil memgakui para pengunjung sanggup berbelanja tinggi untuk menjadikannya cenderahati atau bahan dekorasi di dalam rumah masing-masing.

Beliau juga sedang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama pakciknya dalam usaha menggunakan pokok-pokok ditebang atau terbiar di negara ini untuk menghasilkan kraf tersebut.

"Kayu-kayu tempatan lebih keras dan ia menyukarkan proses memotong dan mengukir, jadi penyelidikan yang lebih terperinci amat diperlukan bagi mengitar semula kayu-kayu terbuang di negara ini," jelasnya lagi.


last wiken aku turun kolumposinggah pasar seni dan ekceli beli satu arts craft ni.. sebab aku sukerrrrr sangat tak sangka ada kat paper tentang seni ni..aku beli rm350.. kena ikat perut jawabnya tapi sbb cantik dan seni yg best..aku beli gak.. memang tak rugi... rumah aku pun nampak cantik ajerk.. tee hee.. bila beskot dan sos dan micha nak singgah ek. ;P

realmatrix Publish time 30-4-2008 07:25 AM

mmg cantik la.......

ruffly_sya Publish time 30-4-2008 07:46 AM

cantikla...:D

eastrun Publish time 30-4-2008 08:16 AM

Reply #1 amazed's post

Cantik...tapi kalau buat Oriented Stranded Board / particleboard, lebih enviromental friendly sebab raw material yang digunakan adalah bahan buangan yang readily available

yad Publish time 1-5-2008 07:10 AM

lawa laa..
kalau frame kan .. mungkin lagi cun kan..:)

elle_gogo Publish time 28-5-2008 02:13 PM

wow amazing!
kalau elle nak menuntut ilmu buat art ni lih? ;P ;P

Gravedigger Publish time 1-6-2008 12:37 AM

Cantikk...tapi ia cuma hasil kraf yang dihasilkan oleh seorang tukang kayu yang mahir saja.
Jika ia dihasilkan oleh seorang seniman pelukis maka hasilnya bukan lagi disebut sebagai kraf tapi adalah seni arca yang mungkin terkandung nilai2 estetika yang mempuyai pemikiran falsafah yang tersirat.
Nilai kraftangan lebih rendah sikit dari hasil seni kerana kraf cuma hasil kerajinan tangan.
Pages: [1]
View full version: cantuman kepingan kayu


ADVERTISEMENT