Gunner Publish time 27-4-2008 10:09 AM

Tekanan Darah Tinggi...Macam mana nak turunkan?

Salam, :$

Semalam saya pergi hospital untuk dapatkan rawatan untuk sakit pinggang saya. Sudah agak lama tidak buat pemeriksaan tubuh badan dan semalam saya buat pemeriksaan tekanan darah.

Hasilnya bacaan yang saya perolehi ada sebanyak 150....lebih sedikit dari paras normal 120-130....patutlah saya selalu rasa tidak sedap tubuh jer akhir-akhir ini.

Jadi saya ingin bertanya kat sini apa dan macam manakah caranya untuk turunkan semula tekanan darah dalam tubuh ni supaya ianya normal kembali tanpa mengambil apa-apa preskripsi..

Saya kurang gemar makan obat, melainkan jika terpaksa. Kalau ada cara-cara yang berkesan dan berguna silalah kongsikan yer..

azz_azza Publish time 27-4-2008 10:29 AM

hurmmm

makan makanan yang kurang2 masin ni...

sbb masin boleh menaikkan tekanan darah...:)

dragonaga Publish time 27-4-2008 10:51 AM

makan bawang putih....boleh membantu menurunkan tekanan darah...kurangkan makan makanan berminyak dan berlemak....

ChiLok Publish time 27-4-2008 10:56 AM

dah pegi hospital...........

tanya le doktor...........

honeybee1802 Publish time 27-4-2008 11:03 AM

nih advice dr doc member aku.dia pun ada darah tinggi gaks...
Tip Kekal Lansing Sepanjang Hayat 1. Kadar turun BERAT BADAN sepatutnya 1 kg / seminggu 2. Makan bila LAPAR, bukan makan mengikut NAFSU 3. Semasa makan gunakan PINGGAN yang kecil 4. Jangan makan SEBELUM lapar 5. Berhenti makan SEBELUM kenyang 6. Kalau terasa lapar (sebelum waktu makan), jangan ambil makanan BERGORENG atau SNACK. Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran SEGAR
7. Makanan sepatutnya mengandungi 50% pelbagai SAYURAN, 25% PROTEIN dan 25% KARBOHIDRAT (nasi) 8. Sayur-sayuran sebaiknya dimakan MENTAH 9. Bila makan sayuran, kurangkan DRESSING (mayonis) 10. Bila makan di tempat BUFFET, mulakan dengan SAYURAN (salad) atau SUP. Ini dapat mengurangkan rasa lapar ketika mengambil "main course" 11. Semasa BUFFET, pastikan KARBOHIDRAT (nasi, kentang, pasta) adalah 25% dari jumlah hidangan
12. Kunyah makanan dengan perlahan sampai LUMAT 13. Makan dengan SUAPAN yang kecil 14. Elakkan makanan berkalori amat tinggi seperti PISANG GORENG, KEROPOK LEKOR, CHAR KUEW TEOW

SANKURIANG Publish time 27-4-2008 11:05 AM

ambil garlic calsules, makan byk sayur2an, buah2an, minum air kosong dgn byk.. lebih dari 8 gelas...bawang besar pun blh membantu, exercise.... kawal makan.. jgn stress......tidur cukup.... rasanya perkara2 ni byk membantu saya.....and am free from hypertension....dan saya makan garam bertenaga.....untuk mengimbangi electrolite dalam badan saya....

safada Publish time 27-4-2008 11:16 AM

Originally posted by SANKURIANG at 27-4-2008 11:05 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
ambil garlic calsules, makan byk sayur2an, buah2an, minum air kosong dgn byk.. lebih dari 8 gelas...bawang besar pun blh membantu, exercise.... kawal makan.. jgn stress......tidur cukup.... rasan ...



tu yang senang dicakapkan tapi cukup susah nak buat.... tang exercise dan jgn stress......
my biras (she's a doctor) cakap... elok amalkan minum jus epal, jus limau dan jus celery.....

Gunner Publish time 27-4-2008 11:27 AM

Memang saya sebelum ni agak gemar makanan berlemak dan berminyak. Plus, kurang masa untuk bersenam dan tidur. Mungkin ini semualah penyebabnya kot.

Semua tips-tips di atas akan saya cuba nanti. Mujur saya ni suka makan sayur. Nanti kena lebihkan pengambilan sayur-sayur la nampaknya..

Orang kata kalau darah tinggi kena avoidkan makan daging kambing, betul ke?
Lagi satu, paras 150 tu kira paras yang bahaya ke dan perlukan rawatan susulan tak?
Sekadar persediaan.:)

honeybee1802 Publish time 27-4-2008 11:43 AM

Originally posted by Gunner at 27-4-2008 11:27 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Memang saya sebelum ni agak gemar makanan berlemak dan berminyak. Plus, kurang masa untuk bersenam dan tidur. Mungkin ini semualah penyebabnya kot.

Semua tips-tips di atas akan saya cuba nanti ...
read meat...

seroja Publish time 27-4-2008 11:56 AM

gunner... 150 tuh utk sistolik or diastolik?

if diastolik... harus la gunner merasa bimbang.

itu menandakan jantung anda sedang berkerja keras utk mengepam darah. maybe disebabkan oleh saluran darah yg tersumbat? kolestrol?

cuba amalkan makan bawang putih mentah.sgt2 berkesan. amalkan spt memakan sweets...

lupakan psal bau mulut.. kesihatan lebih utama.

dan... amalkan makan madu tulen.... dicadangkan madu khaula.

sekian, makaseh.

Yang benar,

OJA

seroja Publish time 27-4-2008 11:58 AM

Reply #9 honeybee1802's post

RED meat... honey :loveliness: :loveliness:

hindari red meat ... makan white meat instead.. :loveliness:

adamdanhawa Publish time 27-4-2008 11:59 AM

sape2 yg suka mkn kt kedai tu, klu blh mtk dia jgn letak ajinomoto.

seroja Publish time 27-4-2008 12:03 PM

Reply #12 adamdanhawa's post

kat kedai.... kalo yg dah terhidang tuh... takot wooo tengok derang letak ajinomoto... :shakehead3: :shakehead3: :shakehead3: :shakehead3:

kat umah oja ..mmg tadak ajinomoto..

Gunner Publish time 27-4-2008 12:30 PM

Originally posted by seroja at 27-4-2008 11:56 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
gunner... 150 tuh utk sistolik or diastolik?

if diastolik... harus la gunner merasa bimbang.

itu menandakan jantung anda sedang berkerja keras utk mengepam darah. maybe disebabkan oleh sal ...


Entahlah Oja, tu saya tak tau sebab tukang periksa tu cuma cakap 150 jer bacaanya.
Tapi disebabkan dia tidak bagi apa-apa cadangan lanjut, jadi saya assume ia kurang membimbangkan lagi kot.

Terima kaseh atas tips2 itu dan dari semua orang...saya akan cuba buat mulai hari ini..harap-harap bila periksa nanti akan ada hasilnya insyaAllah.

azz_azza Publish time 27-4-2008 12:32 PM

hypertension ni kalau dah ade, ade...


so bg menten je la, untuk tak jadi naik...


kalau dah amik ubat hypertension, kena teruskan je, x bole stop, nnt memburuk...

adamdanhawa Publish time 27-4-2008 12:34 PM

Biasanya kalo sy mkn kt kedai, mmg pesan ngan diaorg jgn taruk aji.

Dari situ jgk sy blh tau, nk tau sdp ke x, terer ke x terer tukang masak tu, cuba la rasa diaorg masak x letak aji. ehehehe..

ohreena Publish time 27-4-2008 12:42 PM

mak aku pon ade penyakit ni. sian dia .. xleh stres sgt kang macam nak pitam.. :'( :'( :'(

seroja Publish time 27-4-2008 12:55 PM

salunya org akan sebut diastolik.150 tuh tinggi taw...

cer tengok cara makan tuh. ikut petua yg di atas.

tekanan darah yg tinggi merupakan salah satu sign.... bahawa kidney kite DAHmelalui fasa nak rosak.

seroja Publish time 27-4-2008 01:01 PM

hello... mendap kew..

Gunner Publish time 27-4-2008 01:19 PM

Originally posted by seroja at 27-4-2008 12:55 PM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
salunya org akan sebut diastolik.150 tuh tinggi taw...

cer tengok cara makan tuh. ikut petua yg di atas.

tekanan darah yg tinggi merupakan salah satu sign.... bahawa kidney kite DAHmelalui fasa nak rosak...


Yeke...boleh jadi betul la tu..nampaknya kena buat pemeriksaan lanjut kat hospital lepas ni untuk cegah dari sebarang kemungkinan yang lagi teruk.

Err..kidney nak rosak? Menakutkan pula mendengarnya..harap-harap mine akan elok dan berfungsi dengan baik.:funk:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Tekanan Darah Tinggi...Macam mana nak turunkan?


ADVERTISEMENT