amazed Publish time 27-4-2008 07:13 AM

PENYU

Bertarung nyawa

Di kalangan 1,000 atau 5,000 adik-beradik dan teman seusia yang pernah dilepaskan bersama-sama, mungkin hanya satu diramal mencapai umur matang seterusnya meneruskan kelangsungan spesies.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0427/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg
IA menjengah dunia untuk mencari kehidupan,
bukan menjadi mangsa persekitaran.


RABU lalu, ia dilepaskan ke laut dari pantai terlindung di pusat santuari di Ma' Daerah, Kerteh, Terengganu. Waktu itu, bulan sedang mengambang penuh. Ia seolah-olah suatu perlambangan tentang apa yang bakal dilalui oleh si kecil ini.

Sinar bulan di santuari yang dibuka sejak tahun 1999 itu sebenarnya menterjemah sebuah harapan - iaitu meyakini usaha pelepasan seperti itu akan berjaya mengatasi segala kebimbangan tentang survivalnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0427/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg
KITA berharap jualan dan pembelian telur penyu seperti di Pasar Payang, Kuala Terengganu boleh dihentikan sepenuhnya.

Sebelum diletakkan ke atas pasir, ia ligat menguak kaki siripnya berulang kali dalam bingung kerana sisi cangkerangnya sedang saya pegang dengan dua jari. Tanpa rasmi saya sempat memberi nama kepadanya.

Si comel itu saya gelarkan sebagai Tabah - biar sinonim dengan semangat yang diwakili sejurus ia mula merangkak dengan gerak kelam-kabut dan cemerkap menuju lidah air.

Anak penyu yang baru belum pun sampai usia sehari itu adalah antara ribuan yang pernah dilepaskan dari pusat penetasan tersebut.

Bagi reptilia yang membawa kelangsungan keturunan ratusan juta tahun itu, naluri untuk ke laut adalah panggilan fitrahnya. Tidak pernah diajar ibu yang menelurkannya, apatah lagi dilatih manusia.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0427/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg
SEEKOR penyu jenis karah ditemui mati terdampar di pesisir Pantai Gong Balai, Merchang, Terengganu baru-baru ini.

Tapi mengapa ia dibiar bersusah payah bergerak dari atas pasir? Mengapa tidak terus diletakkan ke dalam air bagi memudahkannya berenang?

" Penyu mempunyai kebolehan semula jadi untuk menjejak semula lokasi pantai tempat ia menetas. Dalam tempoh 20 atau 30 tahun lagi, jika hayatnya mencapai usia itu, tidak mustahil ia 'melawat' kembali tempat ia 'bertatih' dahulu.

" Pemetaan memori tersebut sebenarnya dibentuk ketika ia berjalan di atas pasir sebelum ia masuk ke dalam laut," ujar penyelia Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Abdul Halim Mat Noor. Beliau ialah antara ramai pegawai berpengalaman yang memantau perkembangan pendaratan, pembiakan dan penetasan penyu di Terengganu, termasuk di Pusat Santuari Penyu Ma' Daerah.

Tinggi harapan kita supaya penyu-penyu matang akan sentiasa kembali ke perairan Malaysia, sama ada untuk mencari makan, mengawan dan bertelur.
Hakikatnya, ketidakpastian nasib penyu adalah suatu percaturan hayat yang penuh cerita hiba.

Difahamkan, dalam 1,000 sehingga 5,000 ekor anak penyu yang dilepaskan ke laut, mungkin hanya seekor yang mencapai usia matang.

Di sarang yang terpencil dan tidak dikawal, telur penyu akan menjadi mangsa selera biawak, ular dan pelbagai reptilia lain.
Anak-anak penyu yang baru menetas juga banyak yang mati kerana dimakan haiwan pemangsa seperti burung dan ikan besar.

Biarpun ketika melalui fasa tahun-tahun membesar, nyawanya tetap menjadi mangsa situasi menyedihkan.
Lemas akibat terjerat di jaring atau pukat nelayan, pemburuan haram, pemusnahan habitat, kecederaan teruk akibat terkena kipas enjin bot atau kapal, mahupun pencemaran di laut adalah antara puncanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0427/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
PENGUNJUNG Pusat Santuari Penyu di Cherating ini begitu tertarik dengan keletah si kecil. Awas! Jangan menambah stres anak penyu dengan flash kamera.

Dan semua itu terjadi angkara spesies paling pintar dan mampu berfikir - manusia.
"Ya, manusia adalah ancaman terbesar untuk penyu. Tidak cukup dengan mencemar pantai dan laut, masyarakat pesisiran pantai di banyak negara juga membunuhnya dengan sewenang-wenang untuk tujuan komersiol," ujar pegawai pelesenan, Mohamed Ridzuan Alias dari Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya.

Menyongsang rentang waktu sekitar tahun 70-an dan 80-an dahulu, masyarakat Malaysia tidak sedar betapa tarikan pelancongan di pantai Rantau Abang adalah petanda awal kemusnahan masa depan penyu-penyu tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0427/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg


Antara sebab penyu-penyu itu, termasuk spesies Belimbing yang dikhuatiri semakin pupus, 'merajuk' untuk kembali adalah kerana ratusan manusia yang datang berduyun-duyun ke pantai itu. Mereka membuat bising dan menerangi kawasan mendarat makhluk warisan prasejarah itu dengan lampu, sedangkan ibu penyu perlukan privasi dalam persekitaran sunyi.

Begitu juga pengunjung yang mengganggu ibu penyu secara fizikal seperti mendudukkan anak-anak kecil di atasnya ketika ia sedang bertarung nyawa bertelur.

Tidak kurang, tangan-tangan yang tanpa rasa bersalah mengambil telur-telur itu untuk dijual dan dimakan, sebelum ibu penyu itu sempat mengambus pasir.
Hanya satu yang mungkin 'bertuah' bagi penyu-penyu ini di perairan Malaysia - kebanyakan orang tempatan tidak melihat dagingnya sebagai satu pilihan menu yang lazat.

Namun kelegaan itu sama sekali tidak terjamin saat ia melepasi sempadan perairan negara, lebih-lebih lagi di pandangan mata mereka yang 'gila' dengan cita rasa eksotik.
"Kini, Jabatan Perikanan bersama Tabung Hidupan Liar Malaysia (WWF) giat menguruskan pengendalian pusat-pusat santuari di Malaysia," ujar Ridzuan yang turut yakin dengan penguatkuasaan undang-undang.

Di negara ini, sudah terdapat enakmen yang antara lain melindungi sepenuhnya penyu dan telur bagi spesies belimbing (Dermochelys coriacea).

Tidak mustahil jika suatu hari nanti, situasi akan mendesak lebih banyak pihak untuk tampil memperjuangkan enakmen yang sama untuk tiga spesies lain iaitu agar (Chelonia mydas), karah (Eretmochelys imbricata), dan lipas (Lepidochelys olivacea).

Mengulas mengenai aktiviti jualan telur penyu secara terbuka di Pasar Payang, Kuala Terengganu, Ridzuan memberitahu: "Sehingga kini kerja penguatkuasaan masih berhadapan dengan ketidakselarasan akta mengenai penjualan telur bagi spesies lain serta jualan telur penyu yang dibawa masuk ke Terengganu dari tempat lain."

Bagaimana agaknya rentetan hidup yang menanti anak-anak penyu seperti Tabah? Jika hayat si agar comel ini panjang, mungkin dia akan kembali semula ke perairan ini dengan selamat suatu hari nanti.

Mungkin ia berjaya 'memujuk' temannya si Belimbing untuk kembali menjengah pantai Malaysia sejak lama ditinggalkan.

Sementara itu, tugas pemuliharaan alam sekitar perlu berkesinambungan. Kisah ini hanya berkisar tentang satu spesies, sedangkan ribuan spesies lagi sedang menunggu pembelaan kita..

Kesedaran hari ini adalah harapan hari esok. Tabah mungkin hendak mengingatkan kita tentang itu. Dan juga belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Bumi!


aku ni sayang gak ngan binatang dan paling aku tak suka kalu org gi kacau mak penyu bertelo..kalu ada org jual telo penyunak aje aku tembak org tu... pastu ambik telo diajual pulakLMFAO.. ;P   aku post kat sini sbb aku caya ramai forummmers sini yang 'animal lovers'   musti nak jaga supaya anak2 penyu tu selamat... manusia ni ganazzz semua dia nak rembat.. tak kesian kat penyu dah penat2 nak bertelo.. gi curik telo nye..sapa nak bela anak penyu tu kalu bukan animal lovers ek!! :D

[ Last edited byamazed at 18-1-2009 07:27 AM ]

faridali Publish time 27-4-2008 07:23 AM

masa kecik2 dulu selalu jumpa bangkai penyu kat tepi pantai...mati sbb tersangkut kat pukat nelayan...badan dia berdarah2...kesian betul...

kroit92 Publish time 27-4-2008 07:30 AM

comeynyer.. nak je gomol2 baby penyu tu.. geram.. :mad: ;P

sagna_kacak Publish time 27-4-2008 09:37 AM

skang penyu dh merajuk akibat perbuatan mengong manusia:'( :'( :'(

ChiLok Publish time 27-4-2008 09:40 AM

semuanya angkara serakah manusia

ida88 Publish time 27-4-2008 08:24 PM

sian kt penyu :(

aku X ske org jual telor penyu :@

bedah_kg_pisang Publish time 27-4-2008 08:28 PM

memang la maknusia ni kan the most dangerous predator :mad: :mad:

rosqistina Publish time 10-6-2008 10:36 AM

aku pun mmg ban memakan telur penyu... tak sanggup aku.... when there is no demand... there will be no supply .... so korang .. rentikanlan makan teluq penyu...

eco_internet Publish time 13-6-2008 11:37 PM

aku pun sebenarnya musykil gak..nape anak2 penyu dilepaskan seusia kecil n kita tau mostly dorang takleh survive..patut jaga dorang smpi cukup matang br lepaskan..tul tak...

amazed Publish time 29-7-2008 05:54 PM

Air mata seekor penyu

http://www.utusan.com.my/pix/2008/0729/Utusan_Malaysia/Impak_Alam/al_02.1.jpg
Proses penyu mengawan itu berlaku apabila penyu jantan yang datang beribu-ribu batu jauhnya kembali ke tempat ia dilahirkan dan biasanya penyu betina akan mengawan dengan beberapa ekor penyu jantan di kawasan berhampiran pantai di mana ia mahu bertelur.

LAGU Penyu Menangis nyanyian Allahyarham Sudirman Arshad sememangnya sebuah lagu yang menyentuh perasaan kerana ia mengisahkan mengenai nasib malang haiwan yang semakin pupus itu.

Bagaimanapun, tidak ramai daripada kita yang benar-benar berpeluang mengenali lebih dekat dengan haiwan tersebut yang hanya sekali-sekala mendarat di pantai untuk bertelur.

Pantai-pantai di Terengganu merupakan antara pantai yang sering menjadi pilihan binatang tersebut untuk bertelur dan juga telah menjadi simbol rasmi kepada identiti negeri itu.

Maka setiap kali musim bertelurnya tiba, maka negeri itu akan menjadi kunjungan para pelancong dari dalam dan luar negara untuk melihat sendiri bagaimana caranya binatang itu bertelur di pantai.

Ia juga mungkin bertujuan untuk melihat sendiri adakah penyu benar-benar menangis ketika bertelur?

Sebenarnya, penyu yang baru naik ke darat itu mengeluarkan air mata kerana hendak mengeluarkan lebihan air garam dalam badannya (dari air laut) dan juga membersihkan matanya dari pasir.

Penyu betina sahaja yang naik ke pantai untuk bertelur dan sebaik sahaja ia bertelur, ibu penyu itu akan meninggalkan sarangnya buat selama-lamanya.

Bagaimana penyu bertelur?

Penyu betina akan mendarat di pantai pada waktu malam dan mencari kawasan yang sesuai untuk bertelur. Seekor penyu akan mendarat beberapa kali dalam semusim dan berehat selama satu hingga lapan tahun.

Ibu penyu akan memilih kawasan atas pasang surut, mengorek dengan kaki belakang, lubang sarang diameter lapan inci dan kedalaman 18 inci.

Selepas berehat sekejap, ia akan melepaskan telur, dan selepas bertelur, ia akan tutup dengan pasir secara perlahan dan kaki hadapan akan menolak pasir serata tempat supaya sarang sukar dikesan, sebelum kembali ke dalam laut.

Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus berebut-rebut menuju ke laut mengikut cahaya bulan.

Ini adalah kerana tanpa cahaya buatan, langit di laut akan sentiasa lebih terang daripada langit di daratan, sama ada pada waktu siang ataupun malam. Ini disebabkan oleh balikan cahaya ke langit oleh air laut.

Disebabkan oleh fakta ini, lampu hotel, rumah dan lampu jalan di persisiran pantai boleh menjadi ancaman dengan menyebabkan anak-anak penyu tersebut sesat dan mudah menjadi mangsa apabila siang menjelma.

Pada peringkat ini, anak-anak penyu dikatakan mengalami proses imprinting yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa.

Pakar sains meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor penyu betina atau seekor penyu jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun.

Ia menunjukkan betapa susahnya kita hendak mengekalkan spesies haiwan ini yang semakin terancam akibat kerakusan manusia dan juga ancaman alam.

amazed Publish time 29-7-2008 05:56 PM

Harapan baru atasi kepupusan penyu


Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA



http://www.utusan.com.my/pix/2008/0729/Utusan_Malaysia/Impak_Alam/al_01.1.jpg


PENYU adalah haiwan reptilia yang sangat unik kerana ia sudah hidup sejak zaman prasejarah kira-kira 200 juta tahun lalu.

Terdapat tujuh spesies penyu yang masih wujud di dunia ini dan empat daripadanya boleh ditemui di kawasan pesisir pantai Malaysia.

Namun, apa yang menyedihkan, sejak kebelakangan ini jumlah pendaratan penyu di pantai negara ini menurun secara mendadak.

Perkara itu sudah lama disedari dan statistik pendaratan keempat-empat spesies penyu yang mendarat di Malaysia iaitu belimbing, agar, karah dan lipas terus berkurangan termasuk negeri yang terkenal dengan identiti haiwan itu iaitu Terengganu.

Menurut statistik Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah pendaratan penyu belimbing di Pantai Rantau Abang semakin menurun dari tahun ke tahun di mana pada tahun 2003, sebanyak 14 pendaratan dilakukan manakala pada 2004 (5), 2005 (1), 2006 (5) dan tiada pendaratan pada 2007.

Namun sehingga Jun 2008, terdapat dua pendaratan dilakukan seekor penyu belimbing di pantai tersebut.

Manakala bagi penyu agar pula, jumlah pendaratan pada 2003 adalah 1,479, 2004 (2,118), 2005 (1,037), 2006 (2,371) dan 2007 (2,047).

Jumlah pendaratan penyu karah juga semakin berkurangan iaitu 2003 (6), 2004 (9), 2005 (8), 2006 (4) dan 2007 (18) manakala tiada langsung pendaratan penyu lipas dari tahun 2003 hingga 2007.

Melihat kepada rekod jabatan itu mengenai jumlah pendaratan penyu di negeri itu sahaja sudah mampu mencetuskan perasaan resah bahawa haiwan itu sedang mengalami ancaman kepupusan yang kritikal.

Pengarah Perikanan Terengganu, Munir Mohd. Nawi yang turut tidak senang duduk dengan keadaan itu berkata, usaha memulihkan populasi penyu di negeri itu sedang giat dilaksanakan supaya ia tidak menerima nasib yang sama seperti haiwan yang telah pupus di dunia ini.

Katanya, antara usaha yang sedang rancak dirancang kini termasuk meningkatkan populasi spesies haiwan itu dengan menggunakan kaedah bioteknologi yang turut melibatkan proses mengklonkan haiwan itu terutama penyu belimbing yang hampir tidak dapat ditemui lagi hari ini.

“Kita yakin kaedah bioteknologi akan berjaya kerana ia sudah dilaksanakan di negara lain seperti Jepun untuk meningkatkan populasi penyu," katanya ketika program lawatan Jabatan Perikanan Malaysia bersama media ke Pusat Santuari Penyu Ma'Daerah, Kemaman baru-baru ini.

Dalam lawatan itu, media dibawa melihat sendiri pendaratan penyu untuk bertelur dan proses pengeraman telur yang dilakukan di pusat santuari seluas kira-kira 20 hektar itu.

Beliau berkata, bioteknologi adalah antara cara yang boleh dilakukan selain menggunakan kaedah manual iaitu penetasan telur penyu secara in-situ (telur penyu dibiarkan menetas di dalam sarang asal) dan ex-situ (telur dipindahkan ke tapak penetasan buatan).

Pengklonan penyu

Menurut Munir, walaupun kaedah pengklonan itu masih dalam peringkat penyelidikan, ia memberi harapan baru bahawa masih ada cara untuk menyelamatkan penyu daripada terus hilang dari muka bumi ini.

Jika berjaya, Munir berkata, Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang mencuba teknik pengklonan penyu sekali gus menjadikan ia reptilia pertama diklon kerana proses itu hanya dilakukan terhadap haiwan mamalia sahaja sebelum ini.

Menjelaskan mengenai kaedah pemuliharaan penyu secara bioteknologi, Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Jabatan Perikanan Malaysia, Syed Abdullah Syed Abdul Kadir berkata, proses pemuliharaan cara itu mempunyai beberapa peringkat.

Katanya, peringkat pemuliharaan yang akan dilaksanakan bermula dengan proses pengumpulan dan penyimpanan sampel semen penyu belimbing jantan.

“Bagaimanapun, penyu belimbing jantan sukar ditemui lagi hari ini jadi kita akan menggunakan sampel semen penyu agar jantan untuk tujuan disenyawakan dengan penyu belimbing betina,” katanya.

Jelasnya, walaupun ia disenyawakan menggunakan semen penyu agar jantan, secara teorinya akan tetap menghasilkan anak penyu belimbing.

Sampel yang dikumpul akan melalui proses cryo preservation atau penyimpanan beku untuk digunakan semasa proses pengklonan nanti.

Syed Abdullah berkata, selain itu sampel darah dan kromosom atau gen penyu belimbing juga akan dikumpul bagi dikaji supaya ia dapat dimanipulasikan untuk menentukan jantina penyu semasa penetasan telurnya.

Katanya, pembiakan penyu secara captive breeding atau pembiakan dalam takungan yang juga salah satu kaedah bioteknologi yang sudah diamalkan di Jepun juga sedang dirancang untuk dilaksanakan di Tumec selepas ini.

Jelasnya, dengan cara itu, penyu jantan dan betina akan dibela di dalam kolam yang menyerupai habitat asalnya iaitu pantai dan air laut supaya ia boleh mengawan.

“Penyu yang dibela tidak akan dilepaskan ke laut sebaliknya ia akan melalui hidup yang sama seperti habitat haiwan itu di laut mahupun ketika mendarat di pantai," katanya.

Katanya, walaupun semua proses pemuliharaan populasi penyu dengan kaedah bioteknologi itu akan memakan masa yang lama sehingga 10 tahun, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan demi menyelamatkan haiwan itu.

“Sasaran kita pada fasa pertama kaedah bioteknologi ini adalah untuk menetaskan telur penyu belimbing dan memastikan ia terus hidup,” katanya.

Ini kerana, banyak telur penyu belimbing yang dieramkan langsung tidak menetas dan ini menyebabkan tiada spesies itu yang berjaya dibiakkan sejak sekian lama.

indahkasturi Publish time 30-7-2008 08:56 AM

akak duduk tak jauh dari santuari Ma Daerah ni.Anak2 beruntung sekali sebab santuari ni ada buat camp utk bebudak school.They get to spend the night there.My daughter was lucky sebab ada penyu naik bertelur the night she and her schoolmates camp there.   Lepas tu boleh nampak kesedaran kat diri dia orang.

mr.kk Publish time 5-8-2008 04:18 PM

wah besh giler cite tentang penyu nie... tmbh gak pengetahuanku...:lol: :lol: :lol:

leotazz818 Publish time 5-8-2008 05:15 PM

k leo kalau tgk anak2 penyu mengepak2 kaki kearah laut.. masa tu mmg datang perasaan syahdu di dalam hati.... panjangkah umur diorg, berjayakah diorg menjaga diri diorg di lautan lepas sana.... hanya Dia shj yg tahu:'(

amazed Publish time 18-1-2009 07:31 AM

Kutu bunuh penyu
Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN



Kutu hanyalah salah satu pembunuh senyap



http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0118/Kosmo/Rencana_Utama/ru_03.1.jpg
PENYU hanya kembali ke darat tempat asalnya setelah
bersedia untuk bertelur.



BUKAN manusia atau haiwan mamalia berbulu saja dihinggapi kutu, penyu juga begitu. Namun, 慿utu

Syd Publish time 3-2-2009 12:12 PM

Makan telur penyu tak haram - Mufti

KUALA TERENGGANU - Hukum memakan telur penyu harus dan bukannya haram kerana tiada nas dalam al-Quran mahupun hadis yang menyatakan larangan memakannya.

Timbalan Mufti Terengganu, Abdul Halim Awang @ Sulong memberitahu, tidak ada bukti yang menyatakan memakan telur haiwan itu memudaratkan.

"Bagaimanapun, pemerintah berhak menyekat pemakanan telur itu demi kemaslahatan bersama, itu pun jika atas alasan spesies itu semakin pupus," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas kenyataan seorang tokoh agama dalam sebuah program televisyen baru-baru ini yang menyatakan haram bagi orang Islam memakan telur penyu.

Menurut Abdul Halim, penyu yang satu ketika dulu banyak di perairan negeri ini patut dilindungi dengan pelaksanaan undang-undang oleh pihak pemerintah bagi menghalangnya daripada pupus.

"Pelaksanaan itu termasuk mengenakan hukuman seperti denda supaya orang ramai tidak lagi menjadikan telur penyu sebagai hidangan," katanya.

Seorang pembaca Kosmo! di Kuala Lumpur, Salmizi Saad sebelum ini menyuarakan keraguan berhubung kenyataan seorang penceramah dalam rancangan agama kelolaan sebuah televisyen swasta Januari lalu kononnya haram bagi orang Islam memakan telur penyu.

"Ustaz tersebut memberikan contoh ular yang haram dimakan, begitu juga dengan telurnya," katanya.

ILU Publish time 3-2-2009 01:22 PM

Teringat kat lagu penyu menangis...


nak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)
Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu (2X)

Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang tak tahu)

dexa Publish time 14-2-2009 08:46 AM

Telur penyu - Pihak berkuasa tutup mata?
Tulisan: Bidai


MEMANG tak haram, dan Bidai pun tak pernah dalam tulisan Bidai mengatakan memakan telur penyu itu adalah haram.

Kenyataan Timbalan Mufti Terengganu, Abdul Halim Awang @ Sulong baru-baru ini di dalam akhbar Kosmo! yang menyatakan hukum memakan telur penyu itu harus dan bukannya haram memang Bidai sokong.

Ini kata beliau disebabkan tiada nas dalam al-Quran mahupun hadis yang menyatakan larangan memakan telur penyu.

Namun apa yang Bidai ingin nyatakan ialah dari segi moralnya ketika ini kerana spesies itu semakin pupus.

Ini bukan hanya khabar angin atau desas-desus tapi sudah terang dan nyata yang mengatakan semuanya spesies penyu di negara ini terutama penyu belimbing semakin pupus.

Dan bagi Bidai dari segi moral dan logik, untuk memastikan spesies itu terus terpelihara, jadi lebih baik telur-telur penyu itu tidak dimakan.

Ini juga untuk menyokong kenyataan tambahan daripada Abdul Halim yang mengatakan pemerintah berhak menyekat pemakanan telur itu demi kemaslahatan bersama, itu pun jika atas alasan spesies itu semakin pupus.

Bagaimanapun, Bidai ingin menyangkal kenyataan Abdul Halim mengenai tidak ada bukti yang menyatakan memakan telur haiwan itu memudaratkan.

Sejak Bidai mula menulis enam tahun lalu di ruangan ini, Bidai telah menerima banyak kenyataan yang mengatakan telur penyu itu memudaratkan sesiapa yang memakannya.

Lebih-lebih lagi kenyataan itu disokong oleh satu kajian oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) yang dijalankan di Semenanjung Malaysia mengenai kandungan telur penyu.

Penyelidikan ini turut disertai oleh bekas Ketua Pusat Penyu dan Ekosistem Marin yang kini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Taman Laut Malaysia, Kamarruddin Ibrahim, mendapati telur penyu turut mengandungi bahan toksik racun perosak organochlorine (OCPs), polychlorinated biphelyls (PCBs) dan keluli toksik yang diperoleh daripada aktiviti meracun di darat dan mengalir ke dalam laut.

Ini realiti dan bukan khabar angin. Mungkin ada mereka yang memakan telur penyu mengatakan "Alah, tok nenek aku dulu makan gak telur penyu tapi tak jadi apa-apa pun."

Ya, memang tok nenek mereka menjadikan telur penyu sebagai makanan harian ketika itu ekoran kurangnya telur ayam di kawasan tepian pantai dan pulau-pulau. Dan memang dia orang tiada tanda-tanda terkena penyakit disebabkan bahan toksik. Tapi ketika itu, tidak ada aktiviti meracun dilakukan dalam skala besar berbanding zaman sekarang.

Bagi Bidai, dulu lain, sekarang lain, jadi sekarang, penggunaan racun terlalu meluas sehinggakan tidak dapat diawasi dengan baik.

Maka, penyelidikan dah membuktikan, selain menjadi anasir yang menyebabkan penyu pupus, memakan telur penyu - tidak kira diperoleh dari Terengganu, Sabah atau Indonesia sekalipun - ia mampu membawa kerosakan organ dalaman manusia.

Lebih dahsyat kepada ibu yang mengandung di mana ia boleh merosakkan janin, malah ia boleh membawa maut.

*************************************************************************************************

nak makan tu boleh makan telur penyu ni... tapi... penyu ni bukan macam ayam... senang nak dapat
dan pelihara... ayam tak extinct.. makan 10 biji sehari telur ayam pun tak apa lagi.. tapi kalau dok ambil
telur penyu ni dan makan sokmo... lama2 tak adalah penyu nanti... penyu ni jadi endangered species -

amazed Publish time 9-3-2009 04:20 PM

March 08, 2009      

Lima Penyu Agar Mati Di Terengganu Sejak Januari

KUALA TERENGGANU, 8 Mac (Bernama) -- Sebanyak lima ekor penyu agar dilaporkan mati di sekitar perairan Terengganu sejak Januari tahun ini dipercayai akibat teperangkap dalam pukat pari.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Mohd Munir Nawi berkata sepanjang tahun lepas sahaja sebanyak 36 ekor penyu agar dan seekor penyu belimbing dijumpai mati di Terengganu akibat pukat berkenaan.

"Ini menunjukkan berapa seriusnya ancaman pukat pari ini yang boleh mengancam dan menimbulkan risiko besar kepada penyu di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas operasi pukat pari di Kampung Seberang Marang, dekat sini hari ini.

Mohd Munir berkata kesemua penyu yang mati itu merupakan penyu-penyu matang yang hendak naik bertelur di pantai Terengganu.

Beliau berkata ekoran keadaan itu, pihaknya melancarkan operasi membasmi penggunaan pukat-pukat pari di laut dan juga didarat dalam usaha untuk menyelamatkan penyu-penyu daripada mati akibat terperangkap dalam pukat berkenaan.

Mohd Munir berkata dalam operasi sejak Januari, sebanyak 67 pukat pari telah dirampas, termasuk 10 yang dirampas dalam operasi hari ini di Kampung Seberang Marang.

Beliau berkata mengikut rekod, sebanyak 226 bidang pukat pari telah dirampas di Terengganu sejak 2004.

Katanya kajian mendapati kebanyakan yang menggunakan pukat pari tidak menyedari tindakan mereka itu boleh mengancam habitat penyu serta bersikap tidak endah tentang undang-undang yang melarang penggunaan pukat tersebut.

"Kita bimbang kerana mulai minggu depan diramalkan banyak penyu dijangka naik bertelur di pantai-pantai santuari penyu dan kalau penggunaan pukat pari ini tidak dibendung lebih banyak akan terperangkap," katanya.

Mohd Munir berkata mengikut Akta Perikanan 1985, kesalahan menggunakan pukat pari ini boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Syd Publish time 14-3-2009 12:18 AM

471 Sarang Telur Penyu Karah Ditemui Di Pantai Melaka

ALOR GAJAH, 13 Mac (Bernama) -- Sebanyak 471 sarang telur penyu karah ditemui di pantai negeri ini pada tahun lepas berbanding 341 pada 2007.

Pengarah Jabatan Perikanan Melaka Rosmawati Ghazali berkata antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan itu ialah kesedaran masyarakat mengenai betapa pentingnya pemuliharaan penyu yang kian pupus.

"Penyu akan melakukan pendaratan pada Mei hingga Oktober setiap tahun dan setiap ekor mampu bertelur antara 60 dan 150 biji semusim," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan lesen memungut telur penyu kepada 20 orang pemohon di Pusat Pengurusan Penyu di Pantai Padang Kemunting dekat sini, hari ini.

Rosmawati berkata terdapat 17 kawasan pendaratan penyu di Melaka dengan Pulau Upeh menerima pendaratan yang paling tinggi iaitu 13,995 pendaratan sepanjang tahun lepas.

Beliau berkata seramai 25 orang memohon untuk mendapatkan lesen berkenaan dan hanya 20 orang yang terpilih berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan.

-- LAGI PENYU-TELUR 2 (AKHIR) ALOR GAJAH



Katanya antara kriteria itu pemohon mesti menetap berdekatan dengan pantai, selalu berkunjung ke pusat pengurusan penyu selain sanggup berkorban masa untuk mencari telur penyu pada waktu malam dan keutamaan diberikan kepada nelayan.

"Lesen ini diwujudkan bagi mengelakkan pemungut telur penyu haram selain memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan memungut telur penyu," katanya.

Katanya telur penyu yang dipungut perlu dihantar ke Pusat Pengurusan Penyu dan setiap telur yang diserahkan akan dibayar RM1.30 sebiji oleh pusat berkenaan.

Selain sesi penyerahan lesen memungut telur, pusat pengurusan penyu berkenaan turut mengadakan kursus khas untuk pemohon yang berjaya memperoleh lesen mengenai teknik mengangkat telur penyu ke dalam kotak supaya embrio telur tersebut tidak rosak sebelum diserahkan kepada pusat berkenaan.

-- BERNAMA
Pages: [1] 2
View full version: PENYU


ADVERTISEMENT