sofianbm Publish time 26-4-2008 10:42 PM

Fius Lampu Besar Kereta Selalu Terbakar

Salam. Aku nak tanya sikit.

Fius lampu besar kereta aku selalu terbakar.
Bayangkan aku balik keje mlm2 lalu tempat gelap, lampu kecik jer menyala.
Dah 2 kali dlm bulan ni kena.

pholidia Publish time 26-4-2008 11:43 PM

oish susah gak ah ni, erm, cuba amik fius besar skit je.. try tgk dl..

* sy x berapa pandai keta2 ni :loveliness:

sofianbm Publish time 26-4-2008 11:52 PM

Fius hitam besar tu 2 kali tukar bulan ni.
Geramnyer!!!

cikguranggi Publish time 27-4-2008 12:13 AM

try pakai voltage stabilizer......agaknya power keta ko tak stabil nih......

TanSri Publish time 27-4-2008 03:48 AM

sebelah? dua dua belah?

batu_bergolek Publish time 27-4-2008 07:42 AM

Originally posted by pholidia at 26-4-2008 23:43 http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
oish susah gak ah ni, erm, cuba amik fius besar skit je.. try tgk dl..

* sy x berapa pandai keta2 ni :loveliness:

fius kene ikut spec manufacture, fius terbakar sbb overvoltage, jadi fius terbakar nak elak part kereta dari rosak. kalo overide tak betul nanti ngan keta2牋:lol: :lol:terbakar kang.

batu_bergolek Publish time 27-4-2008 07:44 AM

Ader wiring short keta ko ni. keta ko keta aper ? tahun bila ? ader buat modified wiring ker ?

Squall-Leonhart Publish time 27-4-2008 10:26 AM

Kalau asyik tebako je fius tu memang better pi hantar check wiring laa, takut maybe ada wayar yang terlebih load sampaikan bleh buat fius tebako laa.

syahza Publish time 27-4-2008 04:22 PM

sama gak la ngn kete aku... skang aku malas nk tuka.. lantakkan situ :shakehead3:

pholidia Publish time 27-4-2008 06:16 PM

Originally posted by batu_bergolek at 27-4-2008 07:42 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif


fius kene ikut spec manufacture, fius terbakar sbb overvoltage, jadi fius terbakar nak elak part kereta dari rosak. kalo overide tak betul nanti ngan keta2:lol: :lol:terbakar kang.

hehe, bg lbh skit pn xleh? alamak, tebakar la keta i nanti ;P

sofianbm Publish time 27-4-2008 10:58 PM

Originally posted by batu_bergolek at 27-4-2008 07:44 AM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
Ader wiring short keta ko ni. keta ko keta aper ? tahun bila ? ader buat modified wiring ker ?

Proton Satria
1995, first model
belom. budget berapa?

cam lama jer nak buat wiring nih.
aku takde masa ler.

sofianbm Publish time 27-4-2008 11:05 PM

Originally posted by TanSri at 27-4-2008 03:48 AM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
sebelah? dua dua belah?

dua2 belah.
mentol ok lagi.

TanSri Publish time 28-4-2008 01:27 AM

Reply #12 sofianbm's post

oOo..okayokay aku paham. sori la aku blur.
aku miss fuse fuse fuse..dalam kepala hanya lampu lampu lampu.
apa aku fikir ntah la..sori.

tapi aku takde penyelesaian untuk masalah ko. aku kalau ko sebut
fuse ke..wiring ke..memang fail.

bukti jahil, aku boleh tanya soalan bodo kat ko..

pholidia Publish time 28-4-2008 07:42 AM

;P;Phehe, apa la tansri, tu bkn jahil tu, tu kesilapan ringan akibat terlalu blur jer tu

zannmy Publish time 28-4-2008 09:18 PM

kalau proton wira biasanya fusible-link 30Amp warna pink (dlm fuse box dlm engine compartment) tu yg selalu blown,
fuse tu blown disebabkan oleh litar-pintas a.k.a short-circuit ke bumi atau earth...so dlm kes ini, kenderaan anda perlu dibaiki oleh seorang wireman yg mahir dlm electrical troubleshooting....pada pengalaman saya fusible-link tu selalu terbakar disebabkan oleh litar-pintas ke bumi (maksudnya litar (+)tve sistem lampu utama anda telah terpintas ke bumi (-)tve... biasanya terpintas ke bumidi antara wire harness di atas gear-box kenderaan tersebut atau wiring lampu tersebut telah diubahsuai dgn pemasangan relay yg lain.....

TanSri Publish time 29-4-2008 10:41 PM

wOw..sumpah aku tak paham. 2-3x aku baca agar paham..tapi gagal. ohh..

sofianbm Publish time 29-4-2008 11:19 PM

Inilah ayat teknikal berunsurkan kesusasteraan terunggul sejak kejatuhan empayar melaka!!!

zannmy Publish time 30-4-2008 10:29 PM

Dalam kerja2 pendawaian sistem elektrik automobil ni....seseorang mekanik atau juruteknik mesti mahir membaca workshop manual sesebuah kenderaan, oleh itu barulah mereka dapat mengenal pasti punca2 masalah teknikal tersebut...berbalik kepada kes saudara sofianbm ini, sistem pendawaian( electrical wiring system) kenderaaanya menghadapi masalah open-circuit di litar lampu utama beliau, oleh itu litar lampu utama beliau perlu di periksa mengikut kehendak spesifikasi pihak pengeluar (Manufacture's Service Standard) yg boleh diperolehi melalui rujukan kepada workshop manual kenderaan tersebut....mengikut teori sistem elektrikal, sesebuahdevice atau load akan berfungsi dengan sempurna sekiranya litar device tersebut berada dlm keadaan 'litar-lengkap' atau complete-circuit..maksudnya tiada sebarang 'litar-terbuka' atau open-circuit...berbalik kepada kes lampu utamayg tidak berfungsi atau menyala tadi , ini mungkin berpunca dari masalah 'litar-terbuka' atau open-circuit.
Open-circuit di sini bermaksud litar lampu utama tersebut sudah tidak lengkap lagi di mana pengaliran arus elektrik tidak sampai ke bebannya (iaitu mentol / bulb lampu utama tadi). Open-circuit boleh berlaku kerana beberapa sebab atau punca seperti : litar-pintas ke bumi (short-circuited to ground) yg menyebabkan protection device nya iaitu fuse terbakar atau penyambung (connector) longgar atau tertanggal.Di dalam sesebuah litar kita mempunyai beberapa connector..oleh yg demikian kita perlu membuat kerja2 tracing iaitu periksa penyambungan atau contuinity serta short-circuit keatas litar tersebut berdasarkan kepada bantuan work-shop manual model kenderaan tersebut disamping pengetahuan dan pengalaman seseorang mekanik atau juruteknik yg membaiki kenderaan tersebut....
Maaf kepada anda yg tidak dapat memahami message saya nihhh...mungkin kerana kita berada dalam bidang yg berbeza.....:lol:

[ Last edited byzannmy at 30-4-2008 10:34 PM ]

TanSri Publish time 30-4-2008 10:50 PM

saya hanya tahu arus ulang alik n arus terus je..heheh..terima kasih atas penerangan anda.

sofianbm Publish time 1-5-2008 10:37 AM

Terima Kasih!
Pages: [1] 2
View full version: Fius Lampu Besar Kereta Selalu Terbakar


ADVERTISEMENT