Shafiy Publish time 30-12-2018 12:17 PM

Assalamualaikum

Maaf saya nak bertanya. Saya dah habis dapat claim yg hilang upaya sementara. Sekarang dalam proses untuk tuntutan HUK pulak. Saya nak tanya pada yang berpengalaman, biasanya berapa lama tempoh diorang bagi jawapan untuk jumpa jemaah doktor? Berapa lama tempoh dari hari kita bagi statement dekat perkeso tu.. Mohon pencerahan uolss :)

Shafiy Publish time 30-12-2018 12:29 PM

sue.23 replied at 11-11-2018 02:34 AM
salam, saya baru lepas excident, mc dah 2 bulan,company yang submit socso, duit mc dah dapat cuma sa ...

Salam, untuk claim cacat kekal tu, biasanya perkeso ada hantar surat minta kita buat medical report dekat hospital. Macam kes saya baru ni, perkeso bagi surat tu, tapi diorang tak sekalikan borang yg kita perlu bawak ke hospital utk apply medical report tu. So, kena pegi minta dekat kaunter perkeso la. Kos medical report rm40 (simpan resit) nanti boleh claim dengan perkeso bila medical report dah siap. Lebih kurang dalam 40hari bekerja baru siap medical report tu (kalau apply dekat HKL la). Lepas dah siap, bawak medical report, salinan ic ke perkeso.. Nanti dia akan bagi banyak borang sis kena isi. Tapi sebelom sis pegi nak submit medical report ty, saya nasihatkan pegi print awal2 account statement sis, bagi yg muka depan je sebab diorang nak mengesahkan account bank kita. Tu je.. Bila sis dah ada sume tu, baru pegi perkeso submit medical reportn yg lain2 tu.. Pegi awal pagi ye.. Sebab dah isi2 borang sume, diorang akan bagi no utk bagi statement dekat pegawU diorang (yg ni lama sikit tunggu turn, so bertabah la janji kerja settle dalam 1 hari ok) :) lepas dah bagi statement, settle la.. Kira kita tinggal diorang bagi tarikh utk jumpa jemaah doktor jela.. Cuma berapa lama tempoh tu, saya pun tak tahu, sebab sekarang saya pun masih menunggu.. Saya dah bagi statement dari bulan lepas..

azampenaga Publish time 4-1-2019 03:52 PM

Shafiy replied at 30-12-2018 12:17 PM
Assalamualaikum

Maaf saya nak bertanya. Saya dah habis dapat claim yg hilang upaya sementara. Se ...

slalu dlm seminggu@ 2 minggu dah jmpa jemaah doktor..mujur majikan call beritahu esok kena jmpa jemaah doktor.tnggu perkeso call terlepas la jmpa jemaah doktor.seminggu lepas jmpa jemaah doktor baru surat smpai kata perlu jmpa jemaah doktor.




azampenaga Publish time 4-1-2019 04:06 PM

Shafiy replied at 30-12-2018 12:29 PM
Salam, untuk claim cacat kekal tu, biasanya perkeso ada hantar surat minta kita buat medical repor ...

borang blh print online..borang tu dah lengkap semua.dapat medical report trus bg kat perkeso.sy mohon medical report 3 bulan baru siap.
masa submit borang tak perlu jmpa pegawai pun.bg di kaunter tnggu perkeso maklum tarikh jmpa jemaah doktor.lepas dah jmpa jemaah doktor baru jmpa pegawai untuk di terang apa yg kita dapat..masa tu pegawai bg borang untuk sign tanda terima keputusan jemaah doktor.masa ni pegawai tnya kita macam2.kalau pegawai tak puas hati keputusan doktor mereka buat rayuan pula.lmbat.tnggu 2 mnggu untuk dapat cek

ezatul90 Publish time 22-1-2019 02:48 PM

Salam saya nak tanya.. Suami sy excdnt thun lps. Baru je jmpe doc jemaah tpi kjp sgt xsmpi 3mnt je.. Siku suami patah msukkan besi then doc tgok 15% je lagi tgn nk lurus.. Agak2 dpt bpe yer..

prolexus Publish time 3-2-2019 10:35 PM

Just nak share pengalaman saya.

Saya bawak motor dan accident dengan lori semasa on the way ke ofis, cedera lutut crack pada bahagian pcl .

Dr pakar ortopaediktak mau operate dan prefer bubuh simen saja.

1. Dapat hilang upaya sementara 120 hari mcXRM100
2. Dapat hilang upaya kekal 7% iatu dalam RM44000

Saya nasihat supaya anda semua jumpalah pegawai socso jika berlaku kemalangan ......besar faedahnya. Ini tak termasuk lagi kalau kalau menang kes insurans di mahkhamah....yang tu selalunya lagi lebat.

Alihusxx Publish time 9-3-2019 09:07 AM

Hai saya nak tanya saya telah terlibat dgn kemalangan semasa sedang bekerja dan tulang kaki kanan patah (close fracture) telah dimasukkan plate besi kekal tetapi setelah berjumpa jemaah doktor bagi membuat tuntutan HUK keputusan 0% ada sesiapa pernah mengalami pengalaman sama saya amat tidak berpuas hati kerana akibat kemalangan tersebut saya terpaksa menanggung sakit akibat besi kekal dan telah dipindah membuat kerja office sahaja tidak berupaya membuat keje sbgai technician kerana perlu banyak pergerakan oleh sebab itu juga gaji saya telah berkurang kerana jabatan yg baru tidak mempunyai ot. Sedangkan ramai yg retak pun masih boleh mendapat tuntutan huk. Ada apa apa yang boleh saya buat?

prolexus Publish time 26-4-2019 01:09 AM

Alihusxx replied at 9-3-2019 09:07 AM
Hai saya nak tanya saya telah terlibat dgn kemalangan semasa sedang bekerja dan tulang kaki kanan pa ...

Saudara tak cuba untuk buat rayuan semula kepada socso ?. Cubalah dulu.

nurulaida95 Publish time 1-7-2019 02:34 PM

salam
nak tanya selalunya pampasan dari pihak perkeso mengambil proses berapa hari ya?

IjaY1689 Publish time 4-7-2019 04:13 PM

Alihusxx replied at 9-3-2019 09:07 AM
Hai saya nak tanya saya telah terlibat dgn kemalangan semasa sedang bekerja dan tulang kaki kanan pa ...

sama macam kes sy,Patah tulang Tibia & Fibula. masa 1st time jumpa jemaah doktor,sy pon dapat 0%. Doktor x cek pape pon.lepas tu sbb x puas hati,sy buat rayuan jemaah doktor.result 1% je.
rasa macam x berbaloi dengan kesan yang kena tanggung dari kemalangan tu.
kaki jadi pendek sebelah dalam 1 inci, kaki tak boleh berdiri lama, lutut pon sakit bila bengkok(Operate dekat
lutut sbb nak masukkan rod dalam tulang). sy dah putus asa untuk buat rayuan lagi.
dah anggap setakat ni je rezeki sy.

nurulaida95 Publish time 12-7-2019 09:48 PM

Shafiy replied at 30-12-2018 12:29 PM
Salam, untuk claim cacat kekal tu, biasanya perkeso ada hantar surat minta kita buat medical repor ...

Salam encik,nak tanya encik dah dpt ke tuntutan tu...berapa lama encik tunggu?

Weng5757 Publish time 15-7-2019 02:11 AM

Salam. Saya nak tanya. Saya patah jari tengah dan jari manis.. sekarang dalam mc lagi.. saya otw ke tempat kerja then kemalangan sebab sonsang jalan. Boleh ke claim socso.. dan satu lagi kalau tak pergi fisioterapi adakah boleh claim untuk cacat kekal

trunks Publish time 21-7-2019 02:12 AM

Edited by trunks at 28-7-2019 11:31 PM

Weng5757 replied at 15-7-2019 02:11 AM
Salam. Saya nak tanya. Saya patah jari tengah dan jari manis.. sekarang dalam mc lagi.. saya otw ke...
apa2 soalan,saya nasihatkan.lebih baik awak call
sokso berdekatan terus,info lebih tepat.


phoeb3 Publish time 30-7-2019 05:42 PM

saye patah tulang tangan kiri tahun lepas sb eksiden.. tulang dah bengkok dan x blh lurus sepenuhnya.. saye dh jumpa jemaah doc cume dpt 1%.. tak puas hati la.. dah buat rayuan.. dah tunggu lebih dari 3 bln masih takde news..:mad: dah call socso office.. officer suruh tunggu je.. brapa lama korang tunggu lepas buat rayuan di socso ye? {:1_273:}

nurulH12 Publish time 13-8-2019 01:24 AM

kintan replied at 7-10-2014 04:52 PM
company tidak ada hak nak tahan gaji pekerja yg cuti sakit (boleh repot pada pejabat buruh)
kecuali ...

Dapat claim untuk cacat kekal? Kenapa ya? N doctor pun advise cakap tu cacat kekal? Camne ye nak apply?

azeotrop2012 Publish time 3-9-2019 11:29 AM

phoeb3 replied at 3-8-2018 05:08 PM
Blh explain more details? U ade singgah mane2 sblm blk ke rmh? sy risau jg sb sy nk buat socso cla ...

Maaf le baru bukak.citer die gini
Saya otw dari kl ke ipoh untuk meeting.singgah di hentian tanjung malim utk solat dhuha.masa di mahkamah rayuan.socso tanya kena berhenti solat dhuha.sebab tu bukan solat wajib.socso tiada masalah kalu tergelincir di dalam toilet.saya sampai hari ni masih blur dengan jawapan socso.

Sista_Zaa Publish time 17-9-2019 01:34 PM

MyNameIsIris replied at 20-10-2017 01:58 PM
depends
macam saya... yes socso baru dari hari pertama mc sampai bulan ke 9

Nak tanya kalau mcm unpaid leave nk claim socso kena minta mc sheets dari hospital jugak ke wlupun dah ada unpaid leave letter dari company?

Sista_Zaa Publish time 17-9-2019 01:46 PM

prolexus replied at 3-2-2019 10:35 PM
Just nak share pengalaman saya.

Saya bawak motor dan accident dengan lori semasa on the way ke of ...

Berapa lama ye selalunya dpt duit lepas jmp jemaah doctor? Dia bg cheque ke bank in direct ke account mcm diaorg bayar mc tu?

Orizumi Publish time 6-11-2019 03:01 PM

Edited by Orizumi at 6-11-2019 03:04 PM

Aku bulan 6 hari tu excidents onway ke tempat kerja.patah tangan dan open book pelvis.hus dah dpt semua.4 bulan mc dpt dlm 10k.dpat lah bayar hutang masa kita mc.tq sosco.sekarang tgu jumpa jemaah doc je.nanti aku update lepas jumpa jemaah doc.

budgetMommy Publish time 12-11-2019 03:07 PM

Sy jalani operation cts kat hosp gov dlm bln 10. Mc dlm 15 hari aje. Xde sambung mc. Lepas dlm seminggu kerja, tgn bengkak semula dan mc satu hari. Fisio pertama start hujung nov.
Layak ke sy tuntut socso. Ada sesapa yg leh bagi pencerahan
Pages: 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 [14] 15 16 17
View full version: Pampasan kemalangan oleh PERKESO


ADVERTISEMENT