cloroc Publish time 29-3-2008 02:51 PM

Mat Taib dan hartanya

MENTERI KENA ISYTIHAR HARTA - PAK LAH


Semua Ahli Kabinet dimestikan mengisytihar harta masing-masing, termasuk yang dimiliki ahli keluarga terdekat seperti isteri dan anak, dan orang ramai dikatakan boleh menyemaknya. Baguslah kalau ianya benar dan disempurnakan secara terbuka akan arahan Perdana Menteri Abdullah Haji Ahmad.


Antara orang lama yang diberi nafas baru dalam Kabinet 2008 ialah mantan Menteri Besar Selangor Darul Ehsan, Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih glamor dipanggil Mat Taib ataupun Mat Tyson.


Saya pernah berinteraksi dengan Mat Taib dan sedikit sebanyak tahu 'kehandalan' anak jantan Selangor ini. Kita ketepikan isu kejantanan beliau. Semua orang pun dah tahu.


Saya ingin memperkatakan tentang harta Mat Taib di luar negara dan ingin tahu sama ada beliau masih memilikinya dan sekiranya begitu, adakah beliau akan mengisytiharkannya seperti yang diarah oleh Perdana Menteri.


Menurut laporan-laporan media termasuk Brisbane Courier Mail, Mat Taib memiliki enam hartanah di New Zealand yang didaftarkan atas nama isterinya. Hartanah berkenaan dibeli pada tahun 1996 pada harga melebihi 3 juta dolar Australia (pada waktu itu).


Enam hartanah dibeli di pulau utara New Zealand, iaitu satu di Pakurunga seluas 4573 meter persegi yang dibeli pada 18 Jun, satu di Otahuhu seluas 1713 meter persegi yang dibeli pada 27 Nov., dan empat hartanah lain di Mataitai dengan jumlah keluasan 144 hektar yang dibeli antara 29 November 1996 dan 11 mac 1997.


Umum mengetahui bahawa pada 22 Disember 1996, Mat Taib ditahan di lapangan terbang antarabangsa Brisbane sebelum beliau menaiki pesawat ke New Zealand dengan membawa wang tunai dalam mata wang Singapura, Malaysia dan New Zealand yang kesemuanya bernilai 1.26 juta dolar Australia.


Sebagai seorang Menteri Besar ketika itu, umum hairan dari mana Mat Taib memperolehi wang yang sebegitu banyak dan sudah tentu dia membayar secara tunai semua hartanah yang dibelinya itu kerana, sebagai seorang warga asing, dia tidak mungkin boleh membuat pinjaman wang di New Zealand untuk membelinya.


Dari mana Mat Taib dapat wang itu? Adakah dia akan mengisytiharkan harta tersebut sekiranya masih menjadi miliknya? Besar kemungkinan Mat Taib tidak akan berbuat demikian dengan alasan harta di New Zealand itu adalah milik isterinya.

dari kudaranggi.

otakotak Publish time 29-3-2008 02:54 PM

duit kite le tuh......sume sama je lah....adei...

dabei_presh Publish time 29-3-2008 03:24 PM

Reply #1 cloroc's post

(dipetk dari cite 3 Abdul..)

"Pakistan? Kazakhtan? Hindustan? Goheadgostan? hahaha..hahaha.. Kaya2.. kamu mmg kaya.."   ;P ;P ;P ;P :lol: :lol: :lol: :lol:

cloroc Publish time 29-3-2008 03:33 PM

dia nih elok jadi pelari negara gitu,bawa lari duit,bawa lari anak sultan :lol:

kekbelacan Publish time 29-3-2008 03:44 PM

dulu cikgu, tadbir murid2 sekolah je bila dpt jadi MB dia anggap rakyat pun bole dibodoh2kan mcm mengajar budak2 sekolah
tu MB dari parti yg memerintah 50 tahun
mb skrg rasanya tak mcm gitu kot

harimau76 Publish time 29-3-2008 04:04 PM

kayanya dia...mana ler dia dpt sumer duit tu....

atreyu05 Publish time 29-3-2008 04:10 PM

Reply #6 harimau76's post

duit mana lg..duit dr kita laaa
cukai pintu, cukai tanah, duti import
gov tax, service tax...dan mcm2 lg tax la...:@ :@ :@

zainuddinmaidin Publish time 29-3-2008 05:21 PM

mana dia dapat wang tu ?? :o
:o

duit halal ker?? :funk: :funk:

jaja Publish time 29-3-2008 05:24 PM

Reply #5 kekbelacan's post

A ah..napelah cikgu-cikgu yg jd pemimpin Umno sumer x leh pakai?
Adnan Yaakob, Rosol Wahid pung same..:o

fiezaslb Publish time 29-3-2008 05:50 PM

aku rase dia jual senjata api x??? xpun jd godfather gangster selangor... kalo amik duet rakyat pun xkan sbyk tu... kalo betul duet rakyat dia mesti dah rasuah BPR skali kan sbb xpnh kantoi... ;P

babygina Publish time 29-3-2008 05:58 PM

Oh Mat Tyson ;PMike Tyson pun boleh tahan gak keganasan dia.;P

dove Publish time 29-3-2008 08:51 PM

dier manyak jalan.....

rbmy Publish time 29-3-2008 09:00 PM

tu sebab byk tak moh jadi timb menteri takut syarat baru PM ni... hehehee

matjawasp Publish time 29-3-2008 10:05 PM

Originally posted by zainuddinmaidin at 29-3-2008 05:21 PM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
mana dia dapat wang tu ?? :o
:o

duit halal ker?? :funk: :funk:

Dia kata dia cuma bawak duit adik dia je entah apa ke namaRadzuan kut.

cloroc Publish time 29-3-2008 10:48 PM

baiknya abang ......tolong bawakan duit juta2 yg adik dia punya eekkk...:P

mea Publish time 29-3-2008 10:55 PM

kayapnyer dierv:shakehead3:

notiey Publish time 29-3-2008 11:04 PM

duit tarah bukit kat ampang dulu dizaman kegemilangan beliau.

my_v Publish time 29-3-2008 11:22 PM

tanah dia kat new zealand tu dia nk buat pe ar??

nk tanam sayur ke..?

tp tanah kt new zealand tu mmg cantik2 belaka..

klau dia dh tk jd menteri lg bleh bkak ladang lembu plak kt sana... ;P ;P

cikus Publish time 30-3-2008 12:15 PM

Dah jadik mentri lagik nimbun ler "duitnyer"..........Duit saper yek......menteri gajik basic idakler besau nau..................takper kiter tunggu limer tahun lagiks:@

ngintip Publish time 30-3-2008 12:29 PM

IF...im not mistaken...dulu anak dia kena KIDNAP....dia prepare wang tebusan 1 mil..????

wooo penyamun pun tau dia byk duit....itula trend PAK LAH amik penyamun jadi menteri
sbb bila lawan tauke senang bukak kes balik....patut la mike tyson ni jilat tut^^^^^^ si pak lah...
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Mat Taib dan hartanya


ADVERTISEMENT