zianor88 Publish time 21-3-2008 11:56 PM

TENGKU RAZALEIGH - JASA PUTERA RAJA BERJIWA RAKYAT YG DILUPAKAN!

PERHATIAN: Untuk tatapan generasi muda supaya menghormati pemimpin yang telah berjasa, bukan dengan cara menghina dan mencaci mereka kerana kebanyakan dari kita yg buta sejarah!

JASA-JASA TENGKU RAZALEIGH YG DILUPAKAN.............

Jasa-jasa beliau sengaja dikuburkan oleh orang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan dan manusia yang gilakan kuasa. Kini Ku Li hanya dikenali sebagai org yang suka mencabar Presiden atau dgn kata lain yang mempunyai semangat Hang Jebat dan PENDERHAKA UMNO..sedangkan jasa-jasanya tidak dipedulikan!   

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/a/ae/KuLi.jpg


[*]1937: Dilahirkan pada 13 April.[*]1959 (umur 22): Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Queen's University, Ireland.[*]1962 (umur 25): Menjadi ahli UMNO dan dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan.[*]1963 (umur 26): Dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan Majlis Tertinggi UMNO.[*]1967 (umur 30):Menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kelantan.[*]1969 (umur 32): Bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri menentang Dato Asri Muda dan menjadi Ahli Parlimen.[*]1972 (umur 35): Mendapat gelaran "Tan Sri".[*]1974(umur37): (1) Bertanding kerusi Parlimen; (2) Menjadi Naib PresidenUMNO pada Julai setelah kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan mengekalkan jawatan selama tiga penggal berturut-turut sehingga 1978.[*]1976 (umur 39): Dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 5 Mac.[*]1984 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian dalam rombakan kabinet pada bulan Julai.[*]1987(umur50): (1) Mencabar regu Dr Mahathir dan Ghafar Baba bersama denganDatoMusa Hitam dalam pemilihan parti sebagai Presiden dan Naib Presiden parti UMNO dan ditewas 43 undi di tangan Dr Mahathir pada 24April; (2)Menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato Rais Yatim;(3) Gagal dalam Pilihan Raya Umum untuk membentuk kerajaan.[*]1996 (umur 59): Menyertai UMNO semula selepas pembubaran Semangat 46.[*]2008 (umur 71): Memenangi Parlimen Gua Musang. Merupakan ahli parlimen paling lama sejak 1974 iaitu selama 34 tahun![*]Cik Puan Noor Abdullah merupakan isteri Tengku Razaleigh.
-Bekas Menteri Kewangan

-Bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa

-Bekas Pengasas dan Pengerusi Bank Bumiputra

-Bekas Pengasas dan Pengerusi PETRONAS

-Bekas Pengasas dan Pengerusi PERNAS

-Bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

-Pengasas dan Presiden Dewan Perniagaan Asean

-Pernah menjawat jawatan dalam tiga institusi Kewangan Antarabangsa serentak. IaituBank Pembangunan Asia, Bank Pembangunan Islam dan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa. Satu pencapaian yg unit oleh seorang anak Melayu!
http://i.cnn.net/money/.element/img/1.0/sections/mag/fortune/global500/2007/snapshots/petronas.jpg




-Merupakan pengasas kepada PETRONAS. Ku Li mengguna pakai kaedah PERTAMINA-syarikat petrolium Indonesia akhirnya dimaktubkan sbg Akta Petrolium Negara pada sidang Parlimen 1974. Ku Li berjaya mengambil resipi PERTAMINA hasil hubungan rapat dengan Presiden PERTAMINA,General Ibnu Sotowo yang jauh berusia daripada Ku Li. Ibnu Sotowobegitu kagum dengan kebijaksanaan Ku Li biarpun dengan usia sebegitu muda, tetapi memiliki cita-cita besar sedangkan Malaysia hanya sekadar memiliki 'setitik'hasil minyak berbanding Indonesia.Hari ini jika dibandingkan dengan Indonesia PETRONAS cukup tersohor dalam pencairan minyak di lebih 50negara. Seawalnya Sotowo tidak yakin dengan Ku Li kerana untuk membina sebuah syarikat Petrolium bukan kerja mudah, apatah lagi ketika itu rantau ASEAN masih tidak memiliki kepakaran dan ilmu tentang cari gali minyak. Pertemuan kali ke 2 Sotowo pelik dan merasa yakin dengan pandangan jauh Ku Li dalam mengkaltuskan PETRONAS. Hari ini PETRONAS sudah berusia 30tahun dan sudah mampu terbang tinggi untuk bersaing dgn syarikat gergasi minyak dari Amerika, England dan Belanda.   
(hari ini kebanyakkan kita berbangga dgn PETRONAS yg terkenal di seluruh dunia dan setiap hari kita mengisi minyak kenderaan menggunakan minyak PETRONAS sayangnya ada dikalangan kitatidak tahu siapa yang mengasaskannya maka jdlah kita seperti orang Singapura yang makan nasi setiap hari tetapi tidak mengetahui dr mana dtgnya beras!)

-Merupakan orang Malaysia pertama menemui Perdana Menteri China iaitu Chow En Lai dan merupakan arkitek terhadap merintisnya Persahabatan Malaysia-China 1974 yang membawa kejatuhan Parti Komunis Malaya.

-Semasa Tengku Razaleigh memimpin Bank Bumiputera, beliau telah menjemput Wong Am Pui dan Dato Khoo Kay Peng melatih kakitangan Melayu sehingga pukul 10.00 malam agar mahir dalam pengurusan bank. Pada waktu itu adalah sukar untuk mencari anak melayu yang tahu selok-belok menguruskan sebuah bank, pastinya ia memerlukan masa. Ternyata hr ini anak Melayu bukan sahaja mampu menguruskanbankmalah sudah mampu memiliki bank seperti TanSri Azman Hashim, Tan Sri Rashid Hussin dan lain-lain.

http://www.veteranrtm.org/Kuli.jpg


-menjadi Menteri Kewangan paling lama iaitu dari tahun 5 Mac 1976- Julai 1984 dan setiap tahun membentangkan belanjawan negara di Parlimen melalui siaran secara langsung oleh RTM.Ketika itu, perkembangan ekonomi negara berkembang 6-8 peratus setahun.

http://www.tradelink.com.my/metaltech/images/pwtc.jpg


-Tapak bangunan PWTC asalnya adalah milik Ku Li, tetapi demi untuk melihat bangunan UMNO tersegam indah dan gagah ditengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Ku Li sanggup serahkan pada UMNO.Inilah nasib orang yg berjasa tetapi tekubur dijalanan!




[ Last edited byzianor88 at 23-3-2008 07:10 PM ]

petrolaffy Publish time 22-3-2008 12:28 AM

rupannya..banyak jasa dia nih pulau..sian aku tak tahu..huhu:'( :'( :lol: :lol:

pinkyrose02 Publish time 22-3-2008 12:28 AM

Sebab tu Tun selalu cakap, 'MELAYU MUDAH LUPA". rasa sedih sangat bila ada ramai antara kita selalu minidakkan jasa-jasa orang terdahulu untuk menyenangkan kehidupan kita pada hari ini. :(

aremean1 Publish time 22-3-2008 01:18 AM

hehe

dah tua pun ku li sekarang

lama dah karier die ye??

cloud_hardcore Publish time 22-3-2008 01:20 AM

very good article though.....:)

babygina Publish time 22-3-2008 01:22 AM

Originally posted by zianor88 at 21-3-2008 11:56 PM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
PERHATIAN: Untuk tatapan generasi muda supaya menghormati pemimpin yang telah berjasa, bukan dengan cara menghina dan mencaci mereka kerana kebanyakan dari kita yg buta sejarah!

JASA-JASA TENG ...


Mekacih zianor88, baru ku tahu.:'( :'( :)

demonicboy Publish time 22-3-2008 01:22 AM

mungkin byk sgt org yg tak habis belajar,sejarah pun tak pas

itulah masalahnya

aper pulak jasa anwar ibrahim,badawi dan mahathir?...mari kita compare:D

zam7798 Publish time 22-3-2008 02:01 AM

byknya jawatan dia....agaknya sbb tu org terlupa kot...:lol: :lol: :lol:

earthfault Publish time 22-3-2008 02:27 AM

Pernah dengar cerita dulu masa dia lawan Tun M, LHDN cuba cek income tax dia, nak tuduh dia tak bayar cukai, last2 diorg found out dia dah bayar terlebih lagi..

articulate Publish time 22-3-2008 07:30 AM

aku pernah jumpe sorang ketua polis cawangan tpt aku..dia cite...wakil rakyat paling baik..berjiwa rakyat..Ku Li ni la...dia ckp lg..kalo la dah takde manusia kat Gua Musang tu..monyet pon akan undi Ku Li...time banjir kat kelantan..Ku Li sendiri hantar beras kat penduduk kampung kat tempat2 yg tak dpt nak gi ngan jalan darat..dia pakai heli dia sendiri..tak pinjam heli TUDM...kalo la katekan Ku Li ni pegi satu tpt..misalnye restoran ke..kantin ke..dia akan byr sume yg org2 makan tu..pastu dia cepat2 lari...tak nak org tau sape yg tolong byrkan...tp for sure la org restoran tu akan bgtau dorang kan...kalo org2 kg susah..mmg Ku Li la tpt mengadu...

dulu masa kecik2..aku tak suke dia ni..sbb pasal parti semangat 46 menentang kjaan..yelah..masa kecik2 dulu..mane la tau pasal politik ni kan...skrg...aku salute abesla ngan dia ni..you go gurl!!eehh...u go Ku Li!!

ashketyed Publish time 22-3-2008 07:37 AM

banyaknyer pengorbanan dier.....
kagum giler aku baca baca artikel tuh.......
tabik ler ngan dier

redsentra Publish time 22-3-2008 09:23 AM

he's good.... org2 sekarang kebanyakannya yg muda.. hanya nampak jasa2 org yg masih menjadi pemerintah atau bercita2 untuk jadi pemerintah.. kengkonon nak tegakkan keadilan la apa la... tetapi secara tidak langsung mengecam org2 yg banyak berjasa

pernah tak semasa mengutuk terpikir pada kita bahawa manusia ni x ada yg perfect

jadinya kita sebagai rakyat malaysia seharusnya dan semestinya mengingati jasa2 org2 yg terlebih dahulu menabur jasa....kesilapan mungkin pernah dilakukan tetapi jasa yg ditabur itu lebih banyak rasanya.....

sekarang ni red rasa kat malaysia dah x bape nak aman

kite menang sorak tapi kg kita akan tergadai....:L

nour2001 Publish time 22-3-2008 12:24 PM

tak mau cerita pasai kes bank bumiputra yg rugi berbillion tu ke masa ku li jadi mentri kewangn?..

zianor88 Publish time 23-3-2008 05:26 PM

Originally posted by nour2001 at 22-3-2008 12:24 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
tak mau cerita pasai kes bank bumiputra yg rugi berbillion tu ke masa ku li jadi mentri kewangn?..

Mmg Ku Li adalah men.Kewangan ketika itu but adalah tidak wajar jika segala-galanya dipertanggungjawabkan kpd Ku Li...Begitu juga ketika masalah kemelesetan ekonomi negara pd 1997 adakah DS Anwar Ibrahim perlu dipersalahkan hanya semata-mata kerna beliau adalah menteri Kewangan ketika itu???dan yg lebih penting Ku Li bebas dr kes itu...(kalu betul dia terlibat dah lama meringkuk dalam ISA!)......

evolution75 Publish time 23-3-2008 10:49 PM

Biasalah.Bila xde kuasa org akan lupa.Cuba dia lawan PM dan menang.Mesti org2 macam nazri,noh omar,ketua umno kubang pasu,dll akan kata kuli yg terbaik.Pak lah duduk diam2.

sosimple Publish time 24-3-2008 01:30 AM

sekrang negara da jd kucar kacir.. baru nak cr KU LI balik....

yipun78 Publish time 24-3-2008 09:06 AM

Reply #1 zianor88's post

sama je vulture yang makan hasil negara... kira dia ni ok sket dari KJ ngan Pak Lah....

lindasam Publish time 24-3-2008 12:42 PM

sokong dgn yip...ms aku kecik n minat dgn politik dulu aku byk gak baca dulu yg pro n kon pasal dia (pak aku yg beli)...ok sket dr kj n parklahh n byk la gak sumbangan dia kat politik ngr. balance...

marissa_raif Publish time 24-3-2008 02:05 PM

Originally posted by nour2001 at 22-3-2008 12:24 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
tak mau cerita pasai kes bank bumiputra yg rugi berbillion tu ke masa ku li jadi mentri kewangn?..

huhuhuhaa....yg ni kes besar skit:mad: :mad:

sonia08 Publish time 24-3-2008 11:09 PM

I think Kuli dah banyak berjasa so rasanya tak payahlah nak bertanding lag, umurpun dah 71 rehat2 sahajalah. Biarlah orang ingat yang baik tentang beliau. Bagi pula orang untuk buat kebaikan dan memimpin. Kuli tak macam anwar (nasib anwar dipecat) semua tindakan adalah untuk diri bukan kerana rakyat.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: TENGKU RAZALEIGH - JASA PUTERA RAJA BERJIWA RAKYAT YG DILUPAKAN!


ADVERTISEMENT