Eastern Publish time 14-3-2008 01:29 PM

~ DiGi Wireless Broadband (EDGE, 3g) ~

Post Last Edit by bzzts at 30-10-2009 21:33

Mod, kalo dah ada topik seperti ini, tolong mergekan....

Saya nak tanya pasal broadband nie, especially DiGi....

*** Kalo kita nak apply broadband nie, kita kena ada device yang kena cucuk kat laptop tu kan? Apa nama device tu dan average rate dia berapa?

***Selepas ada device nie, kita kena ada line DiGi (postpaid) ke? Camne nak apply? Adakah kena guna henset yang ada gprs baru bleh guna?

*** Boleh ke kalo kita gantikan device tu dengan bluetooth device dan gunakan henset yang ada bluetooth untuk layari broadband ni?

Sape yang tau, tolong jelaskan...saya masih tak faham tentang broadband nie.

trunks Publish time 14-3-2008 03:04 PM

Originally posted by Eastern at 14-3-2008 01:29 PM Mod, kalo dah ada topik seperti ini, tolong mergekan....

Apa nama device tu dan average rate dia berapa
Nama dia USB Modem..hendak tau harga tanya kedai.
Selepas ada device nie, kita kena ada line DiGi (postpaid) ke? Camne nak apply
ko memang kena subcribe DiGi, pergi DiGi yang berdekatan.
Boleh ke kalo kita gantikan device tu dengan bluetooth device
dan gunakan henset yang ada bluetooth untuk layari broadband ni?
Boleh.

Paradox11 Publish time 14-3-2008 07:57 PM

1. apply di kedai digi (service center digi), first payment RM50 masa register.
2. pakai bluetooth handphone no problem, asal ada EDGE.

kalau network bermasalah, digi akan rebate. slow lagi compare dgn 3G tapi stable lagi, mungkin sebab tak ramai pakai digi unlimited.

adiramlie Publish time 15-3-2008 02:18 AM

digi ni memang slow....compare dgn 3g.....:o

trunks Publish time 15-3-2008 04:48 AM

Reply #4 adiramlie's post

Ini soalan ke statement? kalau soalan , jawapannya
memang slow sebab DiGi hanya guna EDGE dan Celcom
guna 3G dan 3GX.

szerone9 Publish time 15-3-2008 05:21 AM

kalau edge setakat surf bolehlah... nak streaming youtube ke veoh ke payah sikit aaa... tu pun tak sumer tempat ade edge kan?

berapa bayar bulan2 digi ni?

mezu Publish time 15-3-2008 06:02 AM

Reply #6 szerone9's post

DiGi HighSpeed Mobile Access
EDGE (224 kbps)
Monthly : RM66

http://www.digi.com.my/data_services/gprs/datagprs_mb_faq.do

[ Last edited bymezu at 15-3-2008 06:09 AM ]

Paradox11 Publish time 15-3-2008 07:26 AM

Aku pakai dua dua Celcom 3G dan juga digi EDGE. Time cepat, boleh dpt 45kbps (average) untuk Celcom masa download file (bukan torrent). Digi pulak paling laju pun cuma 25kbps yg saya dpt kalau signal kuat. Tapi celcom dlm pengalaman aku bnyk betul masalah network, slow down yg mendadak, disconnection dan overall rasa mcm pakai dial up. Digi pun boleh slow tapi jarang kena disconnect.
Digi lepas tax RM69, sebab tax dia bih kurang 3 ringgit.

szerone9 Publish time 15-3-2008 02:33 PM

rm66? baik sambar maxis wireless... at least kl, jb ade gak hsdpa (3gx)

trunks Publish time 15-3-2008 03:16 PM

Reply #9 szerone9's post

Elokla ko baca dua thread ini dulu baru buat pilihan..

http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=308480&extra=page%3D1
http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=335775&extra=page%3D1

bzzts Publish time 15-3-2008 03:46 PM

Originally posted by adiramlie at 15-3-2008 02:18 AM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
digi ni memang slow....compare dgn 3g.....:o
ko compare digi punya EDGE VS. 3G memang la EDGE slow. apa daa... ;P

compare la "3G maxis" VS. "3G Celcom" ke... masuk akal la jugak.

takpun bandingkan "digi EDGE" VS. "maxis EDGE".

limaukasturis Publish time 17-3-2008 10:19 AM

Reply #11 bzzts's post

kira macam banding kan kete kancil 850 ngan Honda v-tec 2.0 le gamaknya... tak sama saizz..

katana83 Publish time 17-3-2008 11:03 AM

digi dh dpt lesen spektrum 3G melalui p'belian time.dot.com :)

maybe sblm akhir tahun ni ada la DiGi broadband.. Yahoooo! :lol: :lol:

bzzts Publish time 17-3-2008 06:57 PM

Reply #13 katana83's post

EDGE pun dah kira broadband jugak.
cuma 3G ni lagi superduperband la... :lol:

Eastern Publish time 18-3-2008 10:40 PM

Tenkiu kepada saper yang beri penerangan...

Saya tanya member2 sekerja, katanya hanya DiGi broadband yang boleh digunakan di kawasan tu ( maaflah, saya keje kawasan pedalaman)... Maxis@Celcom macam tak dpt jek. Jadi slow ke laju ke, terpaksa jugak sambar DiGi.

Kalo yang 3g tu, kita guna henset 3g ke? Kalo guna modem dia, dapat laju tak? Tanya member dia beli modem tu rm1800...tapi gi servey ari tu dalam rm450...betul ke ni? Takut jugak kena tipu..

trunks Publish time 19-3-2008 06:04 AM

Originally posted by Eastern at 18-3-2008 10:40 PM ...

Maxis@Celcom macam tak dpt jek. Jadi slow ke laju ke, terpaksa jugak sambar DiGi.
Ye la kan, itu lebih baik daripada GPRS..speed lembab.

Kalo yang 3g tu, kita guna henset 3g ke?
Ya betul.
Kalo guna modem dia, dapat laju tak
Tengok la Modem tu support 3.5G ke tidak dan tengok coverage
3G juga.
Tanya member dia beli modem tu rm1800...
tapi gi servey ari tu dalam rm450...betul ke ni?
Tengok brand.

idx Publish time 2-4-2008 10:48 AM

Guna prepaid Maxis pun boleh guna 3g..asal hphone support 3G..tapi kredit ko akan abis cepat macam air terjun je mengalirnya ... :'( :'(

trunks Publish time 2-4-2008 04:12 PM

Reply #17 idx's post

ko kan boleh guna prepaid Celcom daily unlimited dia
hanya rm8 untuk 24 jam.

duyong95 Publish time 27-4-2009 01:14 AM

knp aku x boleh connect to internet?bukan ke cucuk je terus dpt? heeelllpppp:(

JAY-Z Publish time 27-4-2009 02:48 AM

aku pakai hsdpa maxis rm88 bolt on programme..mmg connection x stable sgt..tp ok la sebab aku suka portable broadband leh bawak ke mana2...aku suka travel...maxis pilihan yg tepat..:)
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full version: ~ DiGi Wireless Broadband (EDGE, 3g) ~


ADVERTISEMENT