amazed Publish time 14-3-2008 05:59 AM

seni dari kayu nipis

Hiasan eksklusif kayu nipis

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Menterjemahkan kehalusan warisan budaya Malaysia menerusi kepingan-kepingan kayu nipis, hasil seni unik ini sesuai untuk dijadikan hiasan eksklusif.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0314/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg


"KALAU hendak mula buat 'benda' ini, mesti ada minat. Kalau tidak, hasilnya tidak cantik. Memang pernah juga tersalah pasang. Tetapi lama-lama, tangan sudah biasa.

"Tidak sampai setengah jam, sepasang baju kebaya macam ini sudah boleh siap. Cuma yang susahnya ialah hendak melekatkan bunga-bunga halus di bahagian leher, kolar dan hujung lengannya," kata wanita berusia 27 tahun ini sambil tersenyum.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0314/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg
REPLIKA bangunan berkonfigurasi 3D ini memiliki perincian yang sama dengan bangunan asalnya.

Norzilawati Mohd Daud bukanlah seorang tukang jahit, walaupun apa yang dihasilkannya itu adalah kostum tradisional bagi masyarakat Cina Peranakan Melaka yang lebih dikenali sebagai kebaya Nyonya.

Menjadi sebahagian tenaga kerja di Arch Collection Sdn. Bhd. (Arch Collection), Norzilawati dan rakan-rakannya bertanggungjawab menghasilkan produk berasaskan kayu yang begitu halus buatannya.

Maka, tidak hairanlah jika setiap hari masanya diisi dengan tugas memasang kepingan-kepingan kayu nipis sebelum ia sempurna menjadi satu hiasan atau cenderamata yang mempunyai nilai artistik cukup tinggi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0314/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg
NORZILAWATI MOHD DAUD

Sebenarnya, Arch Collection merupakan sebuah syarikat yang memiliki pengalaman luas dalam seni karya sebegini. Diasaskan oleh Andrew J.K Lee, syarikat ini bermula sebagai pembuat model bangunan sejak tahun 1989.

Perniagaan ini terus berkembang sehinggalah negara dikejutkan dengan masalah kemelesetan ekonomi pada tahun 1997 yang menyebabkan kebanyakan projeknya terpaksa ditangguhkan.

Mencari alternatif lain demi meneruskan perniagaan, Andrew mengambil keputusan untuk meneroka keindahan seni warisan negara dan diterjemahkan dalam bentuk seni yang lebih segar.

Hasilnya, keping-keping kayu setebal satu milimeter ini dilapis-lapiskan untuk membentuk bangunan-bangunan bersejarah dalam sifat tiga dan dua dimensi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0314/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
KESEMUA reka bentuk akan dihantar ke mesin pemotong laser ini untuk dipotong mengikut spesifikasi yang tepat.

Hasil kerja tangan ini termasuklah replika bangunan bersejarah yang ada dalam negara seperti bangunan Sultan Abdul Samad; Gereja Christ di Melaka; Pengkalan Weld, Pulau Pinang; Masjid Jamek, Kuala Lumpur; Kuil Sri Poyyatha Vinayagar, Melaka dan Petaling Street, Kuala Lumpur.

Rumah tradisional kampung sebagaimana yang terdapat di Melaka, Terengganu dan Perak juga tidak ketinggalan untuk 'dipotretkan'. Tidak cukup dengan itu, ia turut dikembangkan kepada bangunan moden yang menjadi penanda aras kemajuan negara termasuklah Menara KLCC.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0314/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg
MEMASANG kepingan kayu nipis ini memerlukan ketelitian yang sangat tinggi.

Selain itu, seni warisan terutamanya kostum (kebaya Nyonya), wayang kulit, koleksi oriental, feng shui dan songket tidak diketepikan.

Selari dengan perubahan masa dan permintaan daripada pelanggan, syarikat itu kini sudah memiliki lebih daripada 1,500 reka bentuk yang juga terdiri daripada perhiasan berbentuk keagamaan (Islam, Buddha dan Hindu), selain corak yang berkaitan dengan sambutan hari tertentu seperti Hari Kemerdekaan, Hari Kekasih atau Hari Bapa.

Bercerita tentang koleksi kostum tradisional yang mendapat sambutan hangat, Ketua Pereka Arch http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0314/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.6.jpg
ARCH Collection sentiasa tampil dengan koleksi terbaru yang mempunyai elemen seni warisan seperti baju kebaya Nyonya ini.
Collection, Carol Marie N. berkata, buat masa sekarang, ia hanya tertumpu kepada kebaya peranakan atau kebaya Nyonya.

Kebaya Nyonya ini menampilkan empat motif bunga yang ada pada rekaannya iaitu daisi merah, dafodil kuning, bunga mawar dan kekwa putih.

"Rekaan kebaya Nyonya memang banyak, tetapi apabila kami hendak menghasilkan satu-satu siri, kajian dilakukan terlebih dahulu melalui pembacaan buku, majalah atau pergi sendiri ke muzium.

"Pada peringkat awalnya, kami akan melihat dan meneliti sejarah sesuatu produk dan menilai sama ada ia akan mendapat sambutan atau sebaliknya. Kemudian, rekaan akan dipilih untuk memastikan ia memiliki unsur-unsur seni yang kental.

"Jadi, apabila seni ini dipindahkan ke dalam elemen kayu, orang ramai akan dapat melihat segala perinciannnya. Sekiranya saya hanya pilih kebaya kosong, ia tidak menarik.

"Sebab itulah, kami perlu memastikan rekaan yang dipilih itu mempunyai banyak perincian dari segi motif bunganya. Sama seperti bangunan, kalau bangunan asalnya tidak menarik, maka artis tidak dapat menunjukkan keistimewaannya," jelas Carol yang tidak menolak kemungkinan siri kostum ini akan ditambah dari semasa ke semasa.

Selain rekaan kostum atau bangunan yang memiliki banyak perincian, penekanan turut diberikan kepada corak ukiran kayu tradisional yang mempunyai banyak corak dan bentuk agar ia boleh 'bermain' dengan lebih banyak lapisan kayu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0314/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.7.jpg
KONTRAS warna pada semua hasil seni ini terhasil daripada kombinasi jenis-jenis kayu yang berbeza.

Lazimnya, penggunaan jenis kayu diputuskan oleh para pereka. Pemilihan dibuat selepas lukisan disiapkan, diikuti dengan proses 'try and error' menggunakan pelbagai jenis kayu berbeza.

"Misalnya, kalau bunga kebaya ini pada asalnya berwarna cerah, kami akan ikut sepenuhnya dan pilih jenis kayu yang terbaik.

"Kemudian, kami akan menghasilkan beberapa contoh dan berbincang untuk memutuskan mana satukah yang paling cantik.

"Bagi koleksi terbaru, keunikan baju kebaya ini ditambah dengan batu-batu 'permata' agar ia nampak lebih menarik," katanya lagi.

Harga barangan keluaran Arch Collection ini bermula daripada RM7.90 bagi penanda buku atau magnet peti sejuk. Namun, harganya boleh mencecah ribuan ringgit terutamanya untuk replika bangunan berspesifikasi 3D. Rangkaian harga yang luas itu adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

Sebagai contoh, ada syarikat korporat yang mahukan cenderamata eksklusif. Manakala para pelancong lebih meminati hadiah yang bercirikan budaya masyarakat Malaysia seperti baju kebaya.

Bagi orang tempatan pula, mereka mungkin cenderung untuk mendapatkan penanda buku atau magnet peti sejuk sebagai hiasan di rumah.

Berdasarkan kualiti produk yang tinggi, boleh dikatakan bahawa harga yang ditawarkan ini amat berpatutan.
Namun begitu, Arch Collection tidak terlepas daripada berdepan dengan cabaran tersendiri.

"Tidak ramai yang memahami dan menghargai seni warisan budaya. Sekiranya komuniti kita lebih menghargainya, mungkin tidak sukar untuk mengetengahkan sesuatu tradisi masyarakat pada masa depan," kata Pengurus Jenama Arch Collection, Jessie Tan.


Aku mmg minat hasil tangan dari kayu nipis.. mcm ni.. masa kawan aku kawen kat states aku bagi hadiah ukiran kayu camni ler.. suka betul mamat tu.. sepa yg minat arts dan hargai craft cam ni.. mmg tak rugi collect arts dari kayu nipis ni..... :D

amazed Publish time 14-3-2008 07:29 AM

Dapat tempahan luar negara
Hasil seni yang direka daripada kayu-kayu nipis ini turut menarik minat masyarakat luar termasuklah ahli korporat di Dubai dan China.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0314/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.1.jpg
SYARIKAT korporat gemar menjadikan bangunan bersejarah
atau seni warisan sebagai salah satu hiasan di pejabat mereka.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0314/Kosmo/Rencana_Utama/ru_02.2.jpg
PRODUK berkualiti yang dihasilkan oleh Arch Collection membuatkan hasil seni mula menembusi pasaran antarabangsa.

SECARA ringkasnya, proses penghasilan sesebuah hasil seni ini bermula dengan penerimaan imej atau lukisan seni bina yang hendak dihasilkan daripada klien. Imej itu kemudiannya dilukis menggunakan sistem AutoCAD, sebelum menentukan lapisan-lapisan kayu yang diperlukan.

Apabila siap, lukisan ini akan dihantar ke mesin pemotongan laser untuk memotong kepingan kayu satu persatu, sebelum dipasang dengan penuh teliti mengikut spesifikasi sebenar.

"Semua kepingan kayu akan dipotong. Misalnya baju kebaya ini, ia bermula dengan lapisan utama sebelum ditampal dengan lapisan yang bermotifkan bunga dan warnanya menerusi kepingan beberapa jenis kayu berbeza.

"Rekaan yang sudah siap dicantum akan dilekatkan di atas sekeping kertas tebal agar ia nampak lebih menyerlah. Di bahagian bawahnya dilengkapi dengan tulisan (seakan tulisan tangan) agar nilai warisan itu tidak tenggelam dan dibingkaikan.

"Di bahagian belakang setiap produk diletakkan penerangan ringkas mengenai seni warisan tersebut. Maklumat inilah menjadikan ia lebih bernilai dan difahami oleh pemiliknya," kata Pengurus Jenama Arch Collection, Jessie Tan.

Untuk makluman, bahan yang terdiri daripada kayu maple, walnut, oak, rose wood dan mahogani ini diimport dari beberapa negara yang beriklim sejuk termasuklah Kanada dan Amerika Syarikat.

Pemilihan kayu-kayu ini dibuat kerana teksturnya lebih lembut dan memiliki pelbagai corak serta warna yang menarik. Manakala kayu untuk menghasilkan bingkai pula diambil dari dalam negara termasuklah daripada jenis meranti dan lain-lain.
"Selama mana sesuatu produk boleh disiapkan, ia bergantung kepada reka bentuk, kuantiti dan informasi yang diterima daripada pelanggan.

"Kami perlu memahami hasil seni yang bagaimana pelanggan mahu. Lazimnya, setiap tempahan akan disiapkan dalam tempoh empat minggu.

"Tiada had dalam reka bentuknya. Sebut apa sahaja, enjin, hutan, binatang atau Menara KLCC semuanya boleh dibuat," jelas Ketua Pereka Arch Collection Sdn Bhd., Carol Marie N. bersungguh-sungguh.

Menurut Jessie, lebih daripada 20 spesies kepingan kayu di seluruh dunia yang diterima oleh pihak Arch Collection perlulah bebas daripada masalah kulat supaya ia boleh terus dimasukkan ke mesin pemotongan laser.

Tidak perlu bimbang dengan ketahanan produk ini kerana ia boleh bertahan lama selagi tidak didedahkan kepada persekitaran yang lembap.

Walaupun sekiranya dijangkiti kulat, Arch Collection ada menyediakan perkhidmatan menghilangkannya.

"Boleh bersihkan sendiri, tetapi pelanggan perlu berhati-hati ketika membuka bingkai dan membuang kotoran atau kulat. Ia bukanlah kerja mudah, atas alasan itu jugalah majoriti perhiasan ini datang bersama bingkai.

"Walaupun ada pelanggan hanya mahukan hasil karya ini, kami tidak galakkan. Dengan adanya bingkai, mereka hanya perlu mengelap permukaan cerminnya sahaja kalau nampak kotor," celah Carol.

Bagi memastikan ia berada di hadapan berbanding mana-mana pesaingnya, Arch Collection akan sentiasa menghasilkan produk-produk baru. Koleksi baru akan cuba dihasilkan setiap tiga atau empat bulan.

Ada juga siri-siri ini dihasilkan sempena sambutan atau kadang kala bergantung kepada permintaan pelanggan. Kini, produk terbarunya terdiri daripada rangkaian alat tulis termasuklah buku nota.

Biar apa pun, Arch Collection tetap mencuba sedaya upaya untuk memenuhi ekspektasi orang ramai dengan menghasilkan barangan yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Ketika melawat kilangnya yang seluas 16,000 kaki persegi di Bukit Permai Utama di Cheras, Jessie memberitahu, kapasiti produk yang mampu dikeluarkan berbeza mengikut jenis barangan dan permintaan yang diterima.

"Penghasilan barangan kecil seperti penanda buku dan magnet peti sejuk boleh mencecah sehingga 500 unit sehari. Kalau produk yang besar seperti bangunan, ia mungkin mengambil sedikit masa," jelas Jessie.

Sumaida Sujeni, 22, salah seorang pembina model bangunan mengakui bahawa tempoh untuk menyiapkan sesebuah bangunan yang lengkap dengan landskapnya memang agak lama.

Dia yang memulakan kerjaya ini sejak berusia 18 tahun, mula menjinak-jinakkan diri dengan mempelajari membuat perhiasan untuk landskap, sebelum berpindah kepada proses pembuatan perabot dan model.

"Model ini termasuklah bangunan, tapak, tanah sampailah bumbungnya. Sebenarnya, lagi banyak masa diberi semakin teliti hasil kerjanya. Bangunan yang pernah saya buat ialah bank OCBC dan HSBC.

"Saya juga pernah menyiapkan replika bangunan City of Lights dan bangunan Al-Reem Island Development di Dubai. Saya perlu pergi sendiri ke lokasi untuk menyiapkannya," katanya yang telah berpeluang berkunjung ke Pakistan, China dan Dubai.

Bagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri keunikan produk Arch Collection, anda boleh mengunjungi salah satu daripada enam cawangan yang terletak di lokasi-lokasi strategik.
Pages: [1]
View full version: seni dari kayu nipis


ADVERTISEMENT