periperi Publish time 12-3-2008 10:51 AM

KHIR TOYO - KE MANA MENYEPI LEPAS PILIHANRAYA?

kemana hilangnya khir toyo lepas pilihanraya yer.ada sesapa yang tau?aku ada dengar, lepas pilihanraya, lepas selangor dirampas oleh pihak pembangkang, khir toyo terus kunci pintu opisnya.ada sesapa yang boleh bagi info?

azmee06 Publish time 12-3-2008 10:55 AM

kesian dia...kena halau keluar rumah tu tu jam jugak...pembangkang tak da hati perut ke

kecubung Publish time 12-3-2008 11:00 AM

ni dpt dr email..


http://i60.photobucket.com/albums/h39/deliima/s1.jpg
(Shah Alam) State Officials of former Selangor Menteri Besar Dato' Seri Mohamad Khir Toyo have returned to State Government Office to pack but also destroyed some official documents.

Newly appointed Menteri Besar Tan Sri Abd Khalid Ibrahim arrived at Level 19 the building at 2.35pm for a close-door meeting with the former State Secretary and Tresurer.

Around 3.15pm, there were 5 to 6 officers at Level 12 started to destroy some documents. Level 12 was believed to be the Admin & Management division.

http://i60.photobucket.com/albums/h39/deliima/s2.jpg

Party members of PKR and DAP immediately rushed over to stop the activity, and insisted that these documents are state property therefore must be retained regardless of the contents.

After the "destroy-document" exercise was stopped, the documents were scattered everywhere. According to sources, some of them were minutes of meetings, and some were marked "confidential document".

jemie Publish time 12-3-2008 11:06 AM

Takut pecah segala pekong didada......

periperi Publish time 12-3-2008 11:09 AM

thanx kecubung.ini lah info yang aku nak.

aku mmg ada dengar dari orang yang opis dia kunci lepas pilihanraya.
bila orang dpt masuk tgk byk sangat kertas2 kena shred.
hm.....:o

silky_girl_deep Publish time 12-3-2008 11:10 AM

Reply #3 kecubung's post

seriously??:funk: :funk: :L

SiMontel Publish time 12-3-2008 11:35 AM

wah wah wahhh siap abis semua shred sana sini....kang tinggal bukti kang nayo jekkk ;P

khir toyo aku rasa..dia balik kg jaga kawasan dia pastu usahakan tempe laaa..buat proudct berasaskan tempe....
nak cari model product tu bukan susah pun..letak je muka laki bini...sebelum..dan selepas menggunakan product tempe... :lol:

mawarbduri Publish time 12-3-2008 11:46 AM

patut bleh dakwa ni
menghapuskan dokumen sulit

periperi Publish time 12-3-2008 11:49 AM

Khir Buka Mulut Selepas Empat Hari Menyepi Diri


SHAH ALAM, 12 Mac (Bernama) -- Empat hari selepas menyepikan diri ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) Selangor dalam pilihan raya umum ke-12 pada Sabtu lepas, Selasa malam Pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berikrar memastikan kerajaan baru negeri itu yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengotakan janji-janji dalam manifesto mereka.

Bekas Menteri Besar Selangor itu juga berikrar menjadikan BN sebagai barisan pembangkang yang kuat untuk memastikan segala yang dibina oleh parti itu sebelum ini dijaga dengan baik oleh kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS itu.

"Saya akan pastikan rakyat Selangor dapat pembelaan, dan BN Selangor berharap kerajaan baru akan dapat menjaga rakyat dengan baik agar mereka menikmati hidup yang berkualiti.

"Kita juga tidak mahu jika ada halangan tertentu dikenakan ke atas mana-mana agama lain, kita harap mereka akan berlaku adil pada orang lain," katanya dalam persidangan akhbar di pejabat Umno di sini.

Khir berkata walaupun tewas, BN Selangor sebenarnya lebih kuat berbanding kerajaan campuran itu kerana BN memenangi 20 kerusi berbanding parti-parti yang memerintah iaitu PKR hanya menang 15 kerusi, DAP (13) dan PAS (8).

Justeru itu katanya, BN tidak akan mempunyai masalah untuk memastikan 'suara' pembangkang didengar, khususnya dalam menuntut janji-janji dalam manifesto ketiga-tiga parti yang berkenaan, dikotakan.

"Kita tuntut, kita akan pastikan semua janji-janji dilaksanakan. Mereka tidak perlu bimbang, kita akan bantu mereka.

Kita akan daftar golongan sasaran," katanya. Menurutnya PKR, DAP dan PAS mempunyai manifesto masing-masing dan antara janji yang dibuat di kalangan mereka ialah perubatan percuma untuk warga emas berusia 65 tahun ke atas, elaun khas bagi ibu tunggal, serta pengurangan cukai pintu kediaman sebanyak 20 peratus.

Dr Mohamad Khir seterusnya menafikan dakwaan bahawa kerajaan BN Selangor memusnahkan dokumen-dokumen penting sebelum menyerahkan tampuk pimpinan kepada kerajaan campuran itu.

"Tiada apa yang hendak diselindungkan, saya amat telus, jangan nak buat cerita yang bukan-bukan, semuanya teratur," katanya.

Beliau turut menolak desas-desus BN Selangor sedang berusaha menyakinkan PAS agar menyertai mereka untuk membentuk kerajaan campuran.

"Tidak, ia cuma khabar angin. Kami memutuskan untuk kekal sebagai pembangkang," katanya.

Dr Mohamad Khir berkata mulai sekarang BN Selangor akan memberi tumpuan kepada usaha memastikan parti itu kembali menguasai Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada BN sudah menjalankan 'post-mortem' bagi mengkaji punca kekalahan mereka, beliau berkata ia belum dilakukan.

-- BERNAMA

[ Last edited byperiperi at 12-3-2008 11:52 AM ]

9y2 Publish time 12-3-2008 01:04 PM

Originally posted by SiMontel at 12/3/2008 11:35 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
wah wah wahhh siap abis semua shred sana sini....kang tinggal bukti kang nayo jekkk ;P

khir toyo aku rasa..dia balik kg jaga kawasan dia pastu usahakan tempe laaa..buat proudct berasaskan temp ...

Kalo bisnez tempe x jalan, wat bisnez jual penyapu..Share dgn Sharizat..promosikan balik barang buatan Mesia bro! :lol:

bawanghitam Publish time 12-3-2008 01:14 PM

patot la aku dapat msg ni;

Sesiapa yang terjumpa seorang rakyat Selangor, rambut putih, berkulit licin, keturunan Jawa, rendah dan gemar pegang penyapu. Sila hubungi balai polis berhampiran. Kunci pejabat MB ada kat dia.


:lol:

ultraman3 Publish time 12-3-2008 02:42 PM

buatlah post mortem tu cepat2x.. bila dah ada resultnya, minutes tu jgnlah di shredkan pulak.. :lol:

tempoyakmanis Publish time 12-3-2008 02:46 PM

pasnie sapa nak buat rawatan kecantikan base tradisional modern linkin park bole dtg saloon toyo tempe sdn bhd ;P ;P ;P

pelanggan terawal akan menerima tempe dan pyapu sebagai cenderahati kenangan :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol:

tempoyakmanis Publish time 12-3-2008 02:47 PM

semua produk halal dan suci...

tempe ostralia...:lol: :lol: :lol: :lol:

periperi Publish time 12-3-2008 02:57 PM

kah...kah..kah...
tu ler...lain kali jgn ler buat publisiti murahan lagi dgn bagi penyapu ler...pastu kata kecantikan dari tempe ler..
kan ker dah jadi bahan ejekan orang.

putrakhir Publish time 12-3-2008 03:12 PM

DIA SURE BUAT BISNES LAMA...JUAL TYRE `TOYO`

aprilmint Publish time 12-3-2008 03:14 PM

ambik dari sorang forumer kat current issue :lol: :lol:

http://i238.photobucket.com/albums/ff105/zainuddinmaidin/tempe.jpg

periperi Publish time 12-3-2008 03:41 PM

Reply #17 aprilmint's post

bezanya muka dia dulu dan sekarang.dulu dia gemuk sikit.

periperi Publish time 12-3-2008 03:47 PM

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/2/2e/Mohamed_Khir_Toyo.jpg


http://e.sinchew-i.com/images/2003/07/KhirToyo.jpg

GAMBAR2 DIA DULU B4 BOTOX

anakencana Publish time 12-3-2008 05:45 PM

Reply #17 aprilmint's post

haiyoo...iklan.. teruja jap;P ..

Pihak yang mengaitkan penyapu sebagai simbol siol dan sebagainya perlu menilai diri sendiri dan melihat kepada persekitaran. Golongan ini perlu periksa diri dan tanya kenapa orang Melayu mundur. Ini semua kerana percaya banyak sangat benda yang khurafat dan tahyul... Saya tidak percaya orang kata penyapu ini siol dan satu penghinaan. Dalam al-Quran pun tak sebut penyapu itu siol.. ~ kata Khir Toyo

..kerana tak sayang molots (a.k.a molots puaka...) akhirnya Khir Toyo mengenal dengan lebih mendalam apa itu erti 'penyapu' errrkk ?? (dan orang yg paling gembira tak bukan melainkan 'Hamba Allah' yang telah dianugerahkan sebatang penyapu oleh Khir Toyo sebelum nie..rasainnn katanyer kan)...walau apa pon niat di sebalik tapi sebenarnya tetap merupakan sesuatu yg mengaibkan sesama Muslim...

[ Last edited byanakencana at 12-3-2008 07:21 PM ]
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: KHIR TOYO - KE MANA MENYEPI LEPAS PILIHANRAYA?


ADVERTISEMENT