anakencana Publish time 5-3-2008 04:10 PM

3 Calon Ternama (Elite): by A Kadir Jasin

..sharing is caring kann.. nie perbahasan politik yang paling bombastic' dan terbaik dalam laman blog politik malaysia uols... menarik kann?? http://kadirjasin.blogspot.com/

Kalaulah anda diberi pilihan, antara tiga calon ternama ini yang mana satu anda utamakan?

http://i137.photobucket.com/albums/q213/riana2601/izzah.jpg?t=1204766212

Nurul Izzah , 27 tahun anak sulung Anwar Ibrahim. Bertanding di Lembah Pantai melawan seorang Menteri (Shahrizat Abdul Jalil).

http://i137.photobucket.com/albums/q213/riana2601/kj.jpg?t=1204766239

Khairy Jamaluddin, 32 tahun anak lelaki tunggal seorang bekas duta dan menantu kepada Perdana Menteri. Bertanding di Rembau melawan seorang bekas cikgu sekolah (Badrul Hisham Shaharin).

http://i137.photobucket.com/albums/q213/riana2601/mukhriz.jpg

Mukhriz Mahathir, 43 tahun anak bongsu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bertanding di Jerlun melawan Timbalan Ketua Pemuda Pas (Idris Ahmad).

Nurul Izzah terjun ke dunia politik sebagai pengarak panji bapanya ketika Anwar dalam penjara.

Dia dilahirkan dan membesar dalam gelora politik Anwar Ibrahim yang unik dalam sejarah politik Malaysia. Dia melihat bapanya berada di puncak tinggi kuasa. Dia melihat bapanya dalam penjara.

Khairy Jamaluddin atau singkatannya KJ dilahirkan dengan 搒ilver spoon

fizamn Publish time 5-3-2008 04:23 PM

khairy tu terang terang guna kuasa pak mertua.. aku nak gak tgk org umno lantang menyuarakan kenapa si khairi nie leh jadi orgkuat umno tanpa perlu masuk undi... ikhlass aku cakap aku rela si khairi nie kalah.. aku nak sgt dia kalah...mukhriz dan nurul izzah kalo dua dua menang bagus gakkk... kalo x x kisah la.. pak lah nie nak jadikan mesia mcm pakistan dan singapore la aku rasa.. anak beranak kena jadi pemimpin.. x sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

chekshu Publish time 5-3-2008 04:45 PM

Reply #1 anakencana's post

wa akan pilih mukhriz....

yipun78 Publish time 5-3-2008 04:54 PM

wa pilih Lim Guan Eng :)x minat nak sokong calon PKR walaupon its Izzah, sebab x leh menerima Anwar Ibrahim dan cita-citanya sama gak cam KJ .... Anwar ngan cakap x serupa bikin too bad anak dia tetap gak dibayangi kemelut citacita pak nya yang x kesampaian

farlin Publish time 5-3-2008 05:00 PM

Yang mana satu pilihan hati??? Aku memilih untuk menjawab lepas PRU 12 nanti.

mamapip Publish time 5-3-2008 05:04 PM

Reply #5 farlin's post

;P ;P ;P ;Pjawapan selamat

watachiwa Publish time 5-3-2008 05:32 PM

pilih je kan..bukan kene undi depa pon..

yg akan menang of coz la si KJ tu..kalo kalah KJ ni...satu mesia terkejut kang..;P

laluan sukar tuk muhriz n izzah..for me izzah is too young for politik..tapi dgr cerita ceramah2 die..ramai org datang..mebi masa ni la PKR nye ceramah x diganggu..sedangkan lawan die dgrnya berhempas pulas panggil mawi n ziana zain tuk tarik org dtg ms ceramah kempen tu..

CokLatCadBury Publish time 5-3-2008 05:54 PM

analisis a kadir jasin nie menarik tanpa menyebelahi mana mana pihak, nampaknya mungkin sesetengah keputusan dah boleh dijangka, tapi kuasa pengundi dan ketentuan Allah x siapa tahu :lol:

anakencana Publish time 5-3-2008 05:57 PM

I picked this up from entry ya..

..selagi pengundi Malaysia mempunyai mentaliti "play safe", maka sampai bila bila lah keputusan PRU boleh diramalkan dengan senang sekali dan PRU tidak lah begitu mencabar.

..kecuali lah pengundi Malaysia berfikiran seperti pengundi Australia ( yang mencampakkan John Howard di kubu kuat tradisional nya yang dipegang sejak tahun80an) atau di UK yang berani mengubah parti pemerintah mengikut sentimen prestasi.

:D :P

ajut Publish time 5-3-2008 06:24 PM

Antara tiga pilihan ku Mukhriz....

anakencana Publish time 5-3-2008 07:54 PM

http://i137.photobucket.com/albums/q213/riana2601/mypaper.jpg

katanyer...Dato' Mukhriz is a rare honest politician in BN...

Hmmmm... let's see lahhh...:P

nasdin Publish time 5-3-2008 08:05 PM

mukhriz..............smart n cool, future shining star in malaysian politics !!!!!!!!

an2toncit Publish time 5-3-2008 11:17 PM

tak minat pilih muhkriz sebab bapaknya la menyebabkan kronisme, rasuah, penacabulan badan kehakiman dan bermacam lagi sampai parah malaysia sekarang

so aku pilih Lim Guan Eng...sanggup masuk penjara sebab pertahankan anak melayu yg dirogol oleh pemimpin melayu

ashna Publish time 5-3-2008 11:37 PM

Originally posted by an2toncit at 5-3-2008 11:17 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
tak minat pilih muhkriz sebab bapaknya la menyebabkan kronisme, rasuah, penacabulan badan kehakiman dan bermacam lagi sampai parah malaysia sekarang

so aku pilih Lim Guan Eng...sanggup masuk p ...

haku setuju....
bagus setara mana mahader perintah negara sekalipun tapi pencabulan beliau terhadap sistem kehakiman etc tak boleh di maafkan:I:I

porek Publish time 6-3-2008 02:06 AM

aku pilih xundi di pru ni, dan selama2nya selagi aku xyakin dgn pemimpin aku. Tp aku yakin bn akan menang,khairy akan menang besar, izzah kalah,mukhriz menang.

papa@mama Publish time 6-3-2008 02:24 AM

takkan ku pilih si kj nie. nasib baik ada mukhriz. mintak2 dia boleh saingi kekuatan si kj ni. izzah???? slim hope to win.

DARSITA Publish time 6-3-2008 03:59 AM

Aku pilih yang ini ..

Mukhriz Mahathir, 43 tahun anak bongsu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bertanding di Jerlun melawan Timbalan Ketua Pemuda Pas (Idris Ahmad).

wymer Publish time 6-3-2008 08:48 AM

I am a silent voter. Still x decide nak undi sape.

Nurul Izzah - perjuangannya dalam politik disebabkan ayahnya. Secara jujurnya pada pendapat saya beliau ingin membersihkan nama baik ayahnya dan terfikir adakah dia mampu menjaga kebajikan rakyar setempat kerana fokusnya lebih utk mendapatkan kerusi bagi kepentingan Anwar.

Jika saya berada ditempatnya saya juga akan bertindak sedemikian, menceburi bidang ini demi keluarga, terutamanya ayahnya.

KJ-bagi saya terlalu ketara sangat pemuda ini gila kuasa. terlalu megah terutamanya ketika dalam kempen bn di Kelantan. Seakan-akan sudah pasti kemenangan berada dipihaknya.

Mukhriz- tidak pernah dengar dia cuba buat apa yg KJ buat padahal dia ialah anak PM dan bukannya menantu PM. Menceburi bidang politik pun selepas ayahnya letak jawatan.

Tapi tgk dan tunggu je la

chicanos_oralee Publish time 6-3-2008 09:37 AM

Bagi aku aku pilih Mukriz..... sbb...

Nurul Izzah -masuk politik sbb ayahnya. Nak memperjuangkan hak KEADILAN ayahnye semata-mata.

KJ - politik paling kotor. Berkahwin dgn anak TPM (ketika itu) dgn hasrat laluan utk menjadi salah seorg pemimpin UMNO akan tercapai dgn mudah. Bermula sbg ahli biasa kemudian terus memenagi kerusi NAib Pemuda UMNO, hanya atas dasar beliau anak menantu PM.

Mukriz - walaupun status sbg anak bekas PM, minat beliau utk menceburi politik hanya termakbul slps ayahnya turun dr menjadi PM.

Pendapat aku kronisme, rasuah n pencabulan badan kehakiman akan tetap menjadi pencampuran politik tak kira sape pun yg memerintah dan akan memeritah (termasuklah PM yg sblm, sekarang n akan dtg )

SANKURIANG Publish time 6-3-2008 10:09 AM

KJ - Easy come easy go... as easy as you step in as a Naib Ketua Pemuda without even having to fight.... well....org kata kalau dok tinggi sangat, bila jatuh esok..... sakitnya tak terperi... ditakdirkan PORK LAH mati epat... maka KJ pun ikut sama la... berkubur tanpa nisan.
Mukhriz..................we never hear anything bad about him, what he father did, is not to be blamed on him...........maybe dia akan jadik lebih baik dari Dr M.............mungkin lebih baik dari Kera Jalanan
Pages: [1] 2 3 4
View full version: 3 Calon Ternama (Elite): by A Kadir Jasin


ADVERTISEMENT