amazed Publish time 22-2-2008 08:17 PM

beauty in graffiti!

Friday February 22, 2008

There抯 beauty in graffiti


By GRACE CHEN


TWO artists who call themselves The Super Sunday take graffiti art tonew heights with displays of their work along the Klang riverbank andother public places.


Zulkifli Salleh, 24, aka Kioue (pronounced as 慘ayu

orang_letrik Publish time 22-2-2008 08:30 PM

graffiti kat pasar seni pon ok jugak...

yang best sebab ada character transformers...

neeziee Publish time 24-2-2008 11:44 PM

menarik

amazed Publish time 25-2-2008 08:14 PM

http://i257.photobucket.com/albums/hh210/amazed2411/graffiti.jpg



amazinghuh!!:loveliness:

amazed Publish time 4-3-2008 05:19 AM

Dinding sebagai kanvasOleh JOHANNA A. SOBREY


Terdapat pelbagai bentuk grafiti, daripada tanda yang ringkas sehinggalah rekaan yang kompleks dan berwarna-warni.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0304/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg
GRAFITI bukan sahaja boleh dilukis pada dinding tetapi juga pada kanvas.

MENURUNI eskalator di Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT)Pasar Seni Kuala Lumpur, mata pasti akan terpandang karya seni yangmenjalar di dinding sepanjang Sungai Kelang.

Sekiranya anda meneliti dengan lebih mendalam, ternyata banyak masadan usaha telah dihabiskan bagi menghasilkan seni-seni unik di kawasanyang pada hari biasa, mungkin tidak akan dipandang sama sekali.

Namun, wujud satu persoalan iaitu adakah seni yang penuh dengancetusan warna dan gaya kreatif ini merupakan satu tindakan vandalismeatau grafiti yang mempunyai makna tersendiri?

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0304/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg
DARIPADA membiarkan dinding di tepi Sungai Kelang ini
kosong, lebih baik dicantikkan dengan lukisan grafiti.

Bagi kolektif grafiti The Super Sunday, nama seni grafiti seringdikelirukan dengan tindakan vandalisme kerana menggunakan medium yangsama untuk melukis.

"Tetapi bagi kami, grafiti adalah satu bentuk seni tampak keranaartis grafiti akan menghabiskan masa dan menggunakan daya kreativitiserta kemahirannya untuk menghasilkan karya yang boleh dinikmati olehmasyarakat umum.

"Manakala tindakan vandalisme pula merupakan contengan yang dibuatdengan pantas atau tergesa-gesa yang biasanya dilakukan ditempat-tempat persendirian dengan sebab untuk meluahkan perasaan. Padamasa yang sama, pelaku ini akan merosakkan keadaan di situ.


Bagisetengah individu yang melakukannya, tindakan vandalisme ini memberikancabaran bagi dirinya untuk tidak ditangkap oleh pihak berkuasa," ujarpemilik gelaran Tha-B atau nama sebenarnya, Shahrane Mat Zaini, 31,selaku Pengarah Urusan dan Pereka Grafik Urban The Super Sunday ketikaditemui sebelum pelancaran pameran seni mereka di Studio The Annexe, Pasar Seni Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengakui terdapat garisan halus antara grafiti dan vandalisme,Shahrane menjelaskan dengan lebih lanjut: "Apabila vandalisme berlaku,tiada kesan seni yang boleh dikagumi atau dinikmati yang terhasil,sebaliknya wujud satu corak yang menyakitkan mata dan merosakkankeadaan sekeliling.

"Mereka yang melakukan vandalisme ini sebenarnya dahagakan deruanadrenalin kerana tidak ditangkap dan berjaya meninggalkan 'tanda'mereka di tempat-tempat yang tidak diingini."

The Super Sunday dibentuk oleh empat pencinta seni grafiti termasukShahrane pada akhir tahun 2006. Ahli-ahli kumpulan yang namanya kianmeningkat dalam persada seni grafiti tempatan ini adalah pengarah senidan pereka grafik urban, Zulkifli Salleh, 24, yang digelar The Kiouedan pereka grafik urban, Ardy Shafiq Mohd Arshad (Damis), 21, sertaAnas Thungia (The A 80s), 25.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0304/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg
THE Super Sunday ingin membangkitkan kesedaran umum mengenai seni grafiti.

Sungguhpun nama grafiti seringkali tercemar dengan vandalisme,kolektif grafiti ini ternyata tidak pernah berputus asa untukmeneruskan seni yang mereka minati.
"The Super Sunday ingin mengubah persepsi masyarakat bahawa senigrafiti bukan satu tindakan vandalisme, sebaliknya satu seni yangmenghasilkan karya untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat," kataZulkifli yang duduk berhampiran Shahrane ketika temu ramah diadakan.

Memetik laman web www.graffiti.org, grafiti merupakan termayang digunakan terhadap tanda-tanda haram dari sudut institusi yangkelihatan sebagai satu cubaan untuk membentuk satu komposisi koheren.Tanda itu dibuat oleh individu atau kumpulan yang tidak semestinyaartis profesional di atas dinding atau permukaan lain yang biasanyaboleh dilihat oleh masyarakat umum.

Perkataan grafiti berasal daripada bahasa Greek, graphein yangbermaksud untuk menulis. Grafiti (atau bentuk mufrad, garfito) bermaknalukisan atau contengan pada permukaan yang mendatar.

Pada asalnya, ia merujuk kepada tanda-tanda yang ditemui pada seni bina Roman kuno.

Sungguhpun contoh-contoh grafiti telah ditemui di tempat-tempatseperti Pompeii; Domus Aurea Maharaja Nero di Rom; Villa Hadrian diTivoli dan tapak Maya, Tikal di Mesoamerika, grafiti sering dikaitkandengan persekitaran urban abad ke-20.

Terdapat pelbagai bentuk grafiti, daripada tanda yang ringkas sehinggalah rekaan yang kompleks dan berwarna-warni.
"Dunia grafiti di Malaysia masih lagi baru, tetapi pada masa yangsama, ia mempunyai ramai penggerak, baik lelaki mahupun wanita.

"Malangnya, tidak ramai yang 'dididik' mengenai cara yang betul atau bertanggungjawab untuk melakukan grafiti," ujar Zulkifli.
Sehubungan itu, kata beliau lagi, The Super Sunday diwujudkan denganmisi bahawa grafiti adalah satu seni yang memerlukan kepakaran dan kamimelihatnya sebagai satu tanggungjawab yang digalas untuk mewujudkankesedaran umum apakah yang dimaksudkan grafiti sebenarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0304/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg
KREATIVITI dan kemahiran penggunaan cat semburpenting untuk menghasilkanseni grafik berkualiti.

"Oleh yang demikian, kami biasanya memilih tempat-tempat awam yangmenjadi tumpuan atau sering dilalui seperti tepi-tepi tempat pejalankaki, tempat letak kereta atau tepi-tepi longkang yang bukan hak milikpersendirian untuk menghasilkan satu produksi grafiti," jelas ArdyShafiq.

"Kami biasanya berkarya pada sebelah siang dan bukan malam keranakami ingin menunjukkan kepada masyarakat umum apa yang mampu kamilakukan iaitu menghasilkan grafiti yang boleh dikagumi," tambahnya.

Tegas beliau lagi, pemilihan lokasi juga dilakukan di tempat-tempat urban dan kawasan yang tidak digunapakai.

"Kami menghasilkan seni yang 'bersih' dan bukan mengotorkan sesuatutempat. Bagi kami, dinding yang dipilih untuk tujuan ini adalah keranakami mahu mencantikkan lagi keadaan dinding yang terbiar dan tidakmeletakkan sebarang lukisan yang menjelikkan atau berbentuk propagandamahupun politik.

"Kami juga tidak merosakkan pengangkutan ataupun hak awam."

Zulkifli yang mula menghasilkan grafiti pada tahun 2000 menambah:"Satu cabaran mengenai seni grafiti ialah kemungkinan ditangkap olehpihak berkuasa."

Sungguhpun tidak pernah dikenakan tindakan undang-undang, namun,anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini memaklumkan bahawa kumpulan itupernah ditegur oleh pihak berkuasa tetapi tidak dikenakan sebarangtindakan apabila melihat hasil kerja mereka.

"Setiap produksi dihasilkan dengan terbaik kerana kami inginmemartabatkan arena seni ini agar ia tidak terus lenyap di sebalik namavandalisme."

amazed Publish time 4-3-2008 05:19 AM

Bagaimanakah grafiti dilihat sebagai seni?

"Seperti melukis di atas kanvas, segala fundamental seni jugadikenakan terhadap penghasilan grafiti. Anda masih perlu peka terhadapperkara-perkara asas seperti bentuk, konsep dan penggunaan warna.

"Disebabkan medium aplikasi yang digunakan adalah cat sembur,seorang artis grafiti perlu pandai mengawal muncung tin cat penyembut,tekanan yang dikeluarkan dan stail grafiti mereka," ujar Shahrane.

Sungguhpun terdapat pelukis grafiti menggunakan pen marker atau catenamel, Shahrane menekankan bahawa The Super Sunday hanya menggunakanalat tradisi seni iaitu cat sembur.

"Bukan mudah untuk mengendalikan cat sembur. Bagi kami, ia adalahcabaran untuk menghasilkan satu produksi yang baik dan pada masa yangsama mengendalikan alat tersebut dengan baik.

Karya mereka boleh ditemui di dinding tebing Sungai Kelang,berhampiran Masjid Jamek dan Stesen LRT Pasar Seni, tempat-tempat letakkereta dan tandas-tandas awam sekitar ibu kota.

Bukan hanya mengamalkan hak bebas untuk memaparkan ekspresi artistikmereka, satu kolaborasi perniagaan telah diwujudkan oleh kumpulan inipada Mac 2007 dengan menawarkan kerja-kerja lukisan mural dan grafiti,pencetakan dan rekaan baju-T serta persembahan tarian breakdance untukacara.

Sehingga kini, The Super Sunday telah meraih maklum balas positifdaripada pelbagai pihak termasuk pusat karaoke Matrix Eagle Jukebox,panggung Cineleisure, Hotel Meliad dan sebuah outlet hiburan diBangsar, The School Club.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0304/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg
FUNDAMENTAL seni seperti peka terhadap bentuk, konsep dan penggunaan warna masih releven dalam grafik.

"Karya kami yang pertama ialah karakter Transformers 'Optimus Prime' yang mengambil masa setengah hari untuk disiapkan dan ia terus berkembang sejak itu.
"Antara hasil kerja kami yang terbaik ialah grafiti yang bolehdilihat di bahagian dalam Kompleks Sukan Bukit Kiara," ujar ArdyShafiq.

Difahamkan pada September 2007, The Super Sunday turut terlibatdalam penghasilan grafiti sepanjang 149.14 meter di terminal basUniversiti Malaya yang telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.

Dalam usaha mempopularkan seni grafiti, kumpulan ini juga telahmenganjurkan pelbagai bengkel dan demonstrasi untuk mereka yangbercita-cita untuk menjadi artis di pelbagai acara termasuk anjuranRakan Muda.

"Bengkel-bengkel ini boleh menjadi platform untuk menasihatkan artismuda agar menghindarkan diri daripada vandalisme," ujar Zulkifli.

Sebelum menamatkan bicara, beliau berkata: "Misi kami suatu harinanti ialah terus menghidupkan arena seni ini, sekali gus dapatmewujudkan sebuah lokasi khas bagi membolehkan artis-artis grafitiberkarya secara terbuka dan bebas.

deqien Publish time 12-3-2008 03:28 PM

suke tgk.......kreatif dorang nih...
patut sediakan tempat dorang,,,
eq......
Pages: [1]
View full version: beauty in graffiti!


ADVERTISEMENT