Puisi Hari Memperingati Kekasih
http://www.susanhamlin.com/images/red_rose_bouquet.jpgAku ada seorang Kekasih
Pinggangnya ramping macam kerengga
Sungguh!
Lalu kuhadiahkan sepasang baju kurung
Untuk menutup dari dilihat lelaki lain
Aku ada seorang Kekasih
Rambutnya panjang, ikal mayang
Sungguh!
Lalu kuhadiahkan tudung untuk menutupnya
Ku tak nak ia terbakar di akhirat kelak
Aku ada seorang Kekasih
Jari jemarinya halus mulus
Sungguh!
Tak berani kusentuh
Kerna kutakut pada dosa
Aku ada seorang Kekasih.
Suaranya merdu bak buluh perindu
Sungguh!
Lalu kuhadiahkan kitab Allah
Agar dia bisa perdengarkan padaku ayat-ayat suciNYA
Aku ada seorang Kekasih
Orangnya ramah dan mesra
Sunnguh!
Aku cemburu melihat dia dengan lelaki lain
Tapi ku takkan cemburu melihat dia bersama KEKASIH YANG ESA
Aku ada seorang Kekasih
Aku sayang dan aku rindu
Ku harap satu hari
Mahligai indah kita bina bersama
http://images.multiply.com/common/smiles/rose.png
amat bakar tak rentunghttp://images.multiply.com/common/smiles/love.png
Aku pun ada kekasih
nun jauh dari pandangan mataku
dia sering mengukirkan aku kelopak rindu
dengan hembusan bayu kumerasainya
lembut dan mulus
Aku pun ada kekasih
yang hadir dalam setiap sepiku
mengalir bersama darah di segenap saraf
dan menginap bersama degup jantungku
dalam rawan tangisku dan girang hatiku.
Aku pun ada kekasih
membujuk pada setiap rajukku
tenang dan sabar
Aku pun ada kekasih
dalam setiap ilusiku.
:L Aku ada seorang kekasih
Dia kekasih orang
Aku jua seorang kekasih
Kekasih orang
Dan kekasihku jua ada seorang kekasih
Dalam kehidupan berkasih ini
Cinta tiada kena mengena Aku sayang kekasihku
satu-satunya yang paling kukasihi
selepas Dia Yang Maha Pengasih
kekasihku tak pernah membenciku
jua tak pernah curang
kekasihku menghargai aku
menerima aku seadaku
sepanjang hayat
aku yakin
aku tahu
kerana kasihku tidak buta
cinta kasihku melihat
dengan mata hati
kasih ibu dan seorang anak
yang tiada pertalian darah...
tetap berkasihan
selama. http://img392.imageshack.us/img392/682/aamoibrokenheart8alh4.jpg http://www.freeimagehosting.net/uploads/bfe2e3cd56.jpg
Pages:
[1]