civiceg6 Publish time 12-2-2008 09:52 PM

pokok senduduk putih

ada sesiapa tahu dimana saya boleh dapatkan pokok nie..kalau ada yang nak jual murah2 saya nak beli...dan sesiapa yang tahu khasiatnya ceritalah sikit....:)

tina Publish time 12-2-2008 10:11 PM

kat pasar tani tak de ke???:loveliness:

alifinara Publish time 13-2-2008 08:48 AM

http://i103.photobucket.com/albums/m153/alifinara/IMG_1169_14.jpg

http://i103.photobucket.com/albums/m153/alifinara/IMG_1170_15.jpg

Bunga dan pokoknya....snap di Melaka...

alifinara Publish time 13-2-2008 09:34 AM

Ini bunga senduduk purple pulak....:loveliness:

http://i103.photobucket.com/albums/m153/alifinara/IMG_1166_13.jpg

razifah Publish time 13-2-2008 10:43 AM

http://www.melur.com/images/myherba/senduduk_putih.JPG

dari www.melur.com

razifah Publish time 13-2-2008 10:43 AM

Nama Tempatan: Senduduk putih
Nama Saintifik: Melastoma decemfidum roxb./Melastoma Imbricatum
Nama Lain: Keduduk putih.
Famili: Melastomaceae
Lokasi dijumpai: Liar
Asal:

keterangan:
Merupakan tumbuhan renek yang berketinggian sekitar 1 hingga 1. 5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh dikawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland.Daunnya berbentuk ringkas dengan permukaan daun yang agak kesat dan mempunyai bulu halus yang keras.Daunnya mempunyai lebar sekira 2 hingga 5 cm dan mempunyai panjang sekitar 5-7 cm.Berbanding dengan spesis berwarna ungu jenis berbunga putih ini agak sukar dijumpai walaupun tumbuh liar disesetengah tempat.Ia mudah membiak jika menggunakan biji benih berbanding dengan keratan batang. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada sejenis kulat yang merosakkannya.
kegunaan:
Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap).Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan air digunakan untuk merawat masalah cirit birit dan berak berdarah.untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita, dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia dan daun bonglai untuk diminum air

dari www.melur.com

mizahanan Publish time 13-2-2008 03:17 PM

Reply #6 razifah's post

berkhasiat yer.... ade yg tumbuh liar ke senduduk ni.......?

mymess Publish time 13-2-2008 03:35 PM

Ni bunga senduduk putih Kak M.Kak M amalkan makan bunganya (kudup-yg belum kembang) at least 2-3 kudup, 2-3 xs a week.


http://i101.photobucket.com/albums/m80/mymess88/IMG_2675.jpg

Ini kudupnya:
http://i101.photobucket.com/albums/m80/mymess88/IMG_2677.jpg

alifinara Publish time 13-2-2008 04:45 PM

Reply #8 mymess's post

wow..bagus tu.kena cuba lepas ni...

mymess Publish time 13-2-2008 05:17 PM

Reply #9 alifinara's post

Untuk orang pompuan saja tau...:lol: :lol:

razifah Publish time 14-2-2008 09:49 AM

Reply #7 mizahanan's post

ade kak...:D

alifinara Publish time 14-2-2008 12:19 PM

Originally posted by mymess at 13-2-2008 05:17 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Untuk orang pompuan saja tau...:lol: :lol:

Ok, noted...:$

cikna99 Publish time 16-2-2008 10:38 AM

pkk senduduk purple mmg tumbuh meliar kat belakang rumah... subur2 plak tuh.. ada masa ble gak snap gambonya..

eva Publish time 16-2-2008 11:00 AM

khasiat yg purple tu... :)
klau ada bekas luka yg baru nak sembuh dan nampak as if bekas tu kekal forever kat badan.. klau taknak benda tu ada forever kat badan..petua yg my mom bagi...

pagi2 time bunga purple tu masih ada dew.. petik.. petal yg masih ada dew tu gosok kat bekas luka hingga petal tu hancur... buat benda tu every morning.. insya Allah bekas luka tu akan hilang. jgn bersihkan benda tu.. tunggu hingga betul2 kering pastu baru start bersihkan ngan air.

i dah try banyak kali alhamdulilah luka i healed... takder langsung kesan luka :)

[ Last edited byeva at 16-2-2008 11:02 AM ]

eva Publish time 16-2-2008 11:11 AM

Originally posted by mymess at 13-2-2008 03:35 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Ni bunga senduduk putih Kak M.Kak M amalkan makan bunganya (kudup-yg belum kembang) at least 2-3 kudup, 2-3 xs a week.


http://i101.photobucket.com/albums/m80/mymess88/IMG_2675.jpg

Ini ...

mymess share la apa dia punya kelebihan..
kat mana i bleh dpt benda nie? klau bleh i nak bubuh kat taman herba i :)

mizahanan Publish time 16-2-2008 11:14 AM

Reply #14 eva's post

wah...... bagus naaaa......

eva Publish time 16-2-2008 11:18 AM

Originally posted by mizahanan at 16-2-2008 11:14 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
wah...... bagus naaaa......

memang bagos miza.. tp luka terbakar tak bleh tauuu :$

mizahanan Publish time 16-2-2008 11:18 AM

Reply #17 eva's post

luka terbakar sensitip kan.......

cikna99 Publish time 16-2-2008 01:52 PM

Reply #14 eva's post

ye betul..petua itu...

tringat plak..masa kecik2 dulu, cikna selalu petik bunganya pastu main pondok2 kat halaman rumah..;P ala dok kg kan...beradik cikna kebetulan mmg ramai lelaki jadinya derang p petik putik/kudupbga senduduk nie yg belum mekar, cari kat blkg rumah je sb byk tumbuh meliar..cari yg masih berbiji rupanya... petik banyak2 n masuk dlm bekas or saku. Pastu derang main 'lestik' guna peluru kudup bunga nie..:lol: jeng jeng... 'pondok' ku kena serang...yeah serang!!!!..ku tembak balik dgn pistol kayu yg berpeluru kudup bga senduduk jgk....haaa..mane mau larii... yeah ...lari...main kejo kejo...ku tak hengat bdk pmpuan tp lagak mcm laki..:lol: :lol:

apa pun.. sakit woo kalu kena tembak tuh..adehhh..:mad: :lol: :lol:
saje crite..mainan kecik2 dulu...:P

eva Publish time 16-2-2008 07:54 PM

Originally posted by cikna99 at 16-2-2008 01:52 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
ye betul..petua itu...

tringat plak..masa kecik2 dulu, cikna selalu petik bunganya pastu main pondok2 kat halaman rumah..;P ala dok kg kan...beradik cikna kebetulan mmg ramai lelaki jadinya de ...

sakit memang sakit kena tembak ngan biji senduduk...
tp klau daun senduduk tu kena kulit,, lagi sakit. kan daun dia a bit tajam

senduduk nie rumah serangga esp semut
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: pokok senduduk putih


ADVERTISEMENT