produkherba Publish time 12-2-2008 01:00 PM

cite dulu2

Post Last Edit by produkherba at 24-7-2009 12:25

assalamualaikum kawan2.ni herb try buat cite historical romance versi melayu.kalau tak sedap sorry la. herb edit sikit.

Dang Melati masih tekun dimejanya sejak subuh tadi.Diambilnya setitik minyak kayu manis dan dicampurnya ke dalam minyak bunga melur yang sedia ada dalam piring kaca dihadapannya.Diambilnya batang kaca dihadapannya dan mengacau campuran di dalam piring kaca.Hmm... terlalu keras baunya fikir Dang Melati lantas diambilnya minyak daun pandan tetapi dirinya terganggu dengan bunyi ketukan dipintu kamar kerjanya.

揝iapa diluar

nazurah Publish time 12-2-2008 01:05 PM

PH...ni nak kena buat sore ala2 Siti Tanjung Perak ni...;)

produkherba Publish time 12-2-2008 02:07 PM

suara dia macam sengau sikit kan?melati ni suara dia biasa je... takde buluh perindu.muka dia pun biasa aja... nantilah aku describe rupa aparas diorg.

puteri_insyirah Publish time 12-2-2008 06:38 PM

lagik... :)

Incanto Publish time 12-2-2008 08:23 PM

he..he..best
tak pernah lagi baca citer purbawara kat sini

sambunglah....:loveliness:

ummisha1311 Publish time 13-2-2008 10:38 AM

hihihi...jadi orang dolu-dolu lak....seronok gak
baik lah tuan hamba produkherba...mana sambungannya...hamba setia menanti membaca sambungannya

produkherba Publish time 15-7-2009 11:29 AM

Post Last Edit by produkherba at 15-7-2009 11:38

ni tambah lagi

揅ik Melati

juliet80 Publish time 15-7-2009 02:36 PM

wahh best2....

produkherba Publish time 16-7-2009 10:19 AM

Post Last Edit by produkherba at 16-7-2009 10:23

揃oleh Orang Kaya, tetapi ada syaratnya

produkherba Publish time 16-7-2009 10:27 AM

Post Last Edit by produkherba at 16-7-2009 10:32

Dang Melati sudah berkira-kira dalam hati bahawa itulah jawapan yang akan diterimanya tetapi dia tidak akan mengalah. Pantas Dang Melati merencanakan sesuatu di fikirannya.Akhirnya Dang Melati menguntum seyum sebelum memberitahu Megat akan rencananya.

揝iapa kata tuan Orang Kaya perlu bawa seorang gadis

juliet80 Publish time 16-7-2009 04:11 PM

makin truja ni nak tau smbungn sterusnye....


go...go chaiyukk ekk PH :pompom:

produkherba Publish time 17-7-2009 09:31 AM

ingat nak sambung pagi ni tapi kepala rasa pening.nanti dah okay herb cuba sambung.

tzaraz Publish time 17-7-2009 12:36 PM

tetiba cite nie jadik terlebih seksi lak..
kena lak ngan gaya bahasa org dolu2..hehe

produkherba Publish time 17-7-2009 04:03 PM

kengkawan, herb nak tanya ni.zmn dulu orang bangsawan nak bergerak dalam bandar naik apa ya?kalau org putih ada carriages & footman.org kita ada apa ya?dang melati nak gi rumah lady rosse takkan jln kaki aja.yg ada kereta kuda lady rosse aja.dang melati naik kereta lembu ke?kang jadi cite kelakar lak.kalau kereta lembu takdelah footman, ada drebarnya aja.herb tgh pening ni.lg satu megat nak gi kota gelanggi tu takkanlah nak naik gajah... ntah bila la nak sampainya.korang rasa okay tak kalau melati & megat ni ada kereta kuda?

yenil95 Publish time 17-7-2009 04:32 PM

bagus karya ni..suka sangat..

teruskan usaha..

ala, susah2 buat jer depa jalan kaki kat bandar tapi naik kuda nak travel..

juliet80 Publish time 18-7-2009 08:27 AM

15# yenil95


hmm ok gak cadangan yenil ni.... juliet pun rasa klau dlm kg lbh ssuai la
klau bjln kaki je......

klau nak travel jauh2 tu biar diorg naik keta kuda la.....baru leh romantik
sikit2 ke.....

ni klau nak jalan kaki jgk g travel jauh2 jenuhh.....letih nak romantik time
bjalan tu nanti....

lyza2474 Publish time 21-7-2009 01:13 PM

sronok baca citer ni..hehehe...

produkherba Publish time 24-7-2009 12:20 PM

RE: cite dulu2

Megat masih memikirkan Dang Melati, akalnya masih belum mampu untuk meneruskan catatan kajiannya tentang Kota Gelanggi walaupun kalam berbulu merak telah lama berada di tangannya.
Masih terngiang-ngiang di telinganya suara Dang Melati yang lembut merayu mengucapkan selamat jalan kepadanya.
Suara dan kedekatan gadis itu memberikan kesan ke atas setiap urat saraf tubuhnya.
Terbayang juga dimatanya kemanisan gadis yang mengenakan persalinan biji kundang muda yang terlalu asyik dengan kerjanya.
Hmm... matanya, ya matanya boleh bertukar warna.
Aneh sekali tetapi itulah yang dilihatnya.
Aku akan pastikan mataku ini tidak menipu. Megat tersenyum sendirian.
Begitu hebat sekali kesannya Dang Melati terhadap Megat.
Sudah lama tidak merasakan getaran seperti itu dalam jiwanya biarpun ramai dara dan janda jelita yang menggodanya.

Bunyi dehem mematikan lamunan Megat.
揥ah, tuan hamba sudah pandai mengelamun sekarang sampaikan tidak sedar hamba di sini

Incanto Publish time 24-7-2009 12:52 PM

seronok baca citer dulu2 ni

teruskan....

produkherba Publish time 25-11-2009 04:30 PM

mahap la... herb dah lama tinggal cite ni.ni sbnrnya tgh buat kertas renungan tp sebab takde idea herb cuba sambung.
-----------------------------------------------------------

Sesampainya Dang Melati di rumah agam milik Lady Rosse kehadirannya disambut oleh Mr.Scruggs pembantu yang dinyatakan sebagai butler kepadanya.Scruggs yang berumur di lingkungan 40-an menghadiahkan senyuman kepada Dang Melati.

"Good day to you my lady.I trust you had a pleasant experience just now, eh?" soal Scruggs yang sudah lama kenal akan Dang Melati yang merupakan sahabat yang paling rapat dengan Lady Rosse.

"How very true.I can't wait to share it with my dear Lady Rosse" pantas Dang Melati memberikan jawapan.Dang Melati dibawa ke bilik bacaan Lady Rosse yang berada di arah barat rumah agam itu.

"Your acquaintance Dang Melati is here to meet you, my lady" Scruggs memaklumkan Lady Rosse sebaik pintu bilik bacaan yang dipenuhi dengan ratusan buku itu dibuka.Lady Rosse yang sedang menulis sesuatu di meja tulisnya bangun mendapatkan Dang Melati.Dang Melati memeluk dan mencium pipi rakan yang amat rapat dengan dirinya.

"Scruggs, bring a fresh tray of tea please" arah Lady Rosse kepada Scruggs.Scruggs menganggukkan kepala sebelum keluar meninggalkan kedua wanita itu.

"Hmm... your face is flushed & your eyes are turning to brown.Apa perkhabaran yang ingin tuan hamba kongsi?" tanya Lady Rosse.Lady Rosse yang berusia 60 tahun amat rapat dengan Dang Melati yang telah dianggap sebagai anaknya.Dang Melati merangkul lengan wanita yang dianggap seperti ibunya.Dang Melati menarik nafas dalam-dalam sambil menutup matanya.

"Megat Iskandar Syah came to see me this morning.He inquire about the perfume i made.Someone tried to poisoned Dato' Syahbandar's wife using my perfume" Dang Melati menjelaskan keadaan.

"But you don't look worry at all my dear?" kelihatan garis halus muncul di dahi Lady Rosse.

"No, to be very frank.I'm so excited because he'll be going to Kota Gelanggi" jelas Dang Melati dengan mata yang bercahaya.

"Don't tell me he'll be taking you along" Lady Rosse mula hairan.

"Tentu sahaja tidak.Tapi sekurang-kurangnya hamba tahu dia akan ke sana dan hamba telah ada rencana" jelas Dang Melati sambil tersenyum membayangkan rencananya.Dang Melati menerangkan dengan terperinci rencana yang ada difikirannya sebaik Megat Iskandar menolak permintannya pagi tadi.Sebaik rencanya dikhabarkan kepada Lady Rosse, wanita itu terdiam sebelum tawanya meletus.

"Are you sure you want to this my dear?" soal Lady Rosse sekadar menguji.Dang Melati senyum yakin dan mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Lady Rosse.

"Or is it because you're already fond of him?" tanya Lady Rosse lagi.Pertanyaan Lady Rosse langsung tidak disangkanya dan seakan memerangkapnya.Dang Melati membiarkan sahaja soalan Lady Rosse berlalu bersama angin petang yang bertiup melalui pintu yang terbuka.Nasibnya juga gak baik kerana Scruggs hadir bersama sedulang air teh, pie dab kek panas yang digemarinya.
Pages: [1] 2
View full version: cite dulu2


ADVERTISEMENT