miftahuljamilah Publish time 4-2-2008 08:36 PM

apa hukumnya baca doa selepas tahiyyat akhir?

Baru2 ini saya ada terbaca bahawa hukum membaca doa selepas tahiyyat hukumnya wajib iaitu doa menghindari fitnah Dajjal yang bermaksud "Ya Allah Ya Tuhanku jauhkanlah kami dari seksa kubur ,dan jauhkanlah kami dari azab neraka jahanam,dan jauhkanlah kami dari fitnah ketika hidup dan mati ,dan jauhkanlah kami dari fitnah Dajjal.".persoalannya kenapa ia tidak dinyatakan dalam mana2 buku panduan solat,ataudiajar disekolah2,jika hukumnya memang wajib atau salah satu dari rukun.Jika begitu bagaimanakah dengan ibadah solat kita semua jika memang tidak diajar,malahan saya juga jarang bertemu imam yang membacanya selepas tahiyyat.Ada sesiapa boleh berikan jawapan yang tepat?

masnina Publish time 4-2-2008 08:46 PM

Originally posted by miftahuljamilah at 4-2-2008 08:36 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Baru2 ini saya ada terbaca bahawa hukum membaca doa selepas tahiyyat hukumnya wajib iaitu doa menghindari fitnah Dajjal yang bermaksud "Ya Allah Ya Tuhanku jauhkanlah kami dari seksa kubur ,dan j ...
em aku bukan tahu sangat pasal agama, bacaan yg kau sangsi tu rukun solat ke? sb setahu aku masa aku sekolah agama :$dulu ustazah cakap tak leh baca (sebot) atau buat (feel) bacaan lain/perbuatan lain selain yg sepatotnya sb itu dah menambah rukon solat

nak doa apa2 ke masa sujud terakhir tu doa dalam hati :)

correct me if i m wrong

miftahuljamilah Publish time 4-2-2008 08:53 PM

Originally posted by masnina at 4-2-2008 08:46 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif

em aku bukan tahu sangat pasal agama, bacaan yg kau sangsi tu rukun solat ke? sb setahu aku masa aku sekolah agama :$dulu ustazah cakap tak leh baca (sebot) atau buat (feel) bacaan lain/perbu ...

Doa tu dibaca dalam bahasa Arab,(hanya doa dalam bahasa arab saja dibenarkan dlm solat)dan ada kisahnya Rasulullah melihat sahabat solat tanpa membacanya lalu disuruh ulang semula solat itu..itu yang saya confuse tu!

[ Last edited bymiftahuljamilah at 4-2-2008 08:58 PM ]

ibnur Publish time 5-2-2008 12:43 AM

Reply #3 miftahuljamilah's post

mana kisah hadithnya tu?boleh bagi tak?
Rasanya yg wajib bacaan tahiyat dan selawat sahaja.

miftahuljamilah Publish time 6-2-2008 02:57 PM

Originally posted by ibnur at 5-2-2008 12:43 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
mana kisah hadithnya tu?boleh bagi tak?
Rasanya yg wajib bacaan tahiyat dan selawat sahaja.

minta maaf saya ada masalah nak rujuk semula hadis itu,tapi saya ada temui web yang membincangkan tentang dajjal yang mempunyai hadis yang hampir sama,malangnyasaya tak boleh copy ,anda boleh layari disini:

http://www.freewebs.com/tablighmukmin/dajjalahlineraka.htm


harap ada forumer yang dapat memberi ulasan berhubung hukum ini.

akubest Publish time 6-2-2008 03:27 PM

berat tuduhan ko tuh...
sebab lain dari rukun solat.....
silap2 ko kena cop wahabi kang......

mana dalilnya......dalil bener ke dalil mau'dhu?????

akubest Publish time 6-2-2008 03:33 PM

Reply #5 miftahuljamilah's post

aku dah tengok...tapi yang kuarkan kenyataan tuh ibn hazm al - zahiri tu.....aku nih kureng ariff skett tentang scholar2 contemporary ni........

zerozone Publish time 6-2-2008 03:53 PM

"Bila seseorang selesai membaca tashahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu: ' Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal'. ". (Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu jarud dalam al-muntaqa .)

Dalam riwayat abu daud dan ahmad dengan sanad yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam tasyahhudnya.

Bruxelle Publish time 6-2-2008 04:01 PM

Reply #1 miftahuljamilah's post

Ya, doa tersebut mmg ada dalam hadis, dan boleh dibaca selepas bacaan tahiyat akhir cuma hukumnya sunnat saja dibaca bukan wajib.

Kerengge Publish time 7-2-2008 08:10 AM

Originally posted by miftahuljamilah at 4-2-2008 08:36 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Baru2 ini saya ada terbaca bahawa hukum membaca doa selepas tahiyyat hukumnya wajib iaitu doa menghindari fitnah Dajjal yang bermaksud "Ya Allah Ya Tuhanku jauhkanlah kami dari seksa kubur ,dan j ...

ini bukan termasuk dalam rukun solat.......jadi itu cuma sunat dan bukan jatuh wajib.......kalo wajib dan kita tak buat maka solat tak sah......doa ini adalah sunat yg digalakkan jerk......

miftahuljamilah Publish time 7-2-2008 09:31 AM

Originally posted by Kerengge at 7-2-2008 08:10 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif


ini bukan termasuk dalam rukun solat.......jadi itu cuma sunat dan bukan jatuh wajib.......kalo wajib dan kita tak buat maka solat tak sah......doa ini adalah sunat yg digalakkan jerk......


majoriti dah kata sunat,alhamdulillah.lega hati saya,sekurang2nya tak ragu lagi.tapi musykil jugak bila ada hadis kata wajib ada yg kata sunat..terima kasih pada yang beri jawapan...

orangbesi Publish time 9-2-2008 11:51 AM

salam

bukan sunat atau wajib
atau berlebihan
tetapi
ianya adalah amalan NABI, tapi tidak pada keseluruhan SOLATNYA
dan diperingatkan kepada UMATNYA
agar INGAT kepada FITNAH yang BESAR itu
ia, FITNAH YANG AMAT BESAR...........

freebird Publish time 9-2-2008 08:39 PM

:'( :'( ...kenapa lah orang-orang meLAYU ni suka mewajibkan benda-benda yang sunat????:'( :'(

orangbesi Publish time 10-2-2008 09:47 AM

senang ajee
mungkin
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA kot!!!!!!

melayu kan SERBA BOLEH!!!

orangbesi Publish time 10-2-2008 09:49 AM

salam

senang je
kan MELAYU TAK HILANG DI DUNIA
dan melayu - MALAYSIA BOLEH

gitulah kot

Kerengge Publish time 10-2-2008 11:09 AM

Originally posted by freebird at 9-2-2008 08:39 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
:'( :'( ...kenapa lah orang-orang meLAYU ni suka mewajibkan benda-benda yang sunat????:'( :'(

itu ler kreativiti org melayu yg tak bertempat.......sepatutnya dijelaskan secara khusus, wajib, sunat dan sunat2 yg diberatkan........sbb kita paham apa itu wajib dan sunat......meninggalkannya dlm solat.....berlainan hukumnya.....:)

orangbesi Publish time 10-2-2008 11:39 AM

laaaa

banyaknya!!!!!
maafkanlah hambanya ini
kalut dibuatnya
begitulah org melayu!!!!!!!

mast3rshad0w Publish time 12-10-2011 03:42 PM

salam suma....ya memang benar tentang perkara berdoa dari fitnah....ada dlm hades saheh bukhari muslim....
Tetapi bagi saya ...apa yg saya renungkan di sini, bile disebut sunat...tak buat tak apa..bila disebut wajib, paksa paksa buat terpaksa sebab dah wajib....bila manusia2 begini beramal, amalan itu semua menjadi debu2 beterbangan, tiada keikhlasan...
sepatutnya kita renung betol2, tgk apakah perkara yg Nabi PESAN tu...bukan pesan main2...dan bukan nak kira sunat ke wajib...
apakah kita sangka kita lebih bijak dan berani dr Nabi?skang ni si mata satu ni tak kuar lagi, tapi seluruh dunia dah terjebak ngan riba, langsung takleh lari...
Jadi jgn memandang ringan segala perbuatan Nabi dan amalan Dia, apa yg susah sgt nak mohon perlindungan TUHAN - bukan si pemalas....utk kita selamat dr fitnah Dajjal,
fitnah azab kubur - dah yakin ke leh lepas?selepas dunia kita ke mana ye?
fitnah hidup mati - ni soalan dok kena tanya....mulut dan akal dah takleh pakai dah time ni...
fitnah api neraka - habesla, tinggallah di si tu....

cmf_shone Publish time 12-10-2011 07:18 PM

dalam solat itu sendiri adalah doa dan diharuskan kita membacanya didalam hati.........

arynna Publish time 21-12-2020 04:04 PM

Doa ni di baca dgn sebutanatau dalam hati selepas tahiyat tu? Sy ada amalkan tp hanya di baca dlm hati selama ni
Pages: [1] 2
View full version: apa hukumnya baca doa selepas tahiyyat akhir?


ADVERTISEMENT