minaq_jinggo Publish time 1-2-2008 09:20 AM

Apa Yang Mengakrabkan Dr M & Pres Suharto?

Tun Dr Mahathir meluangkan masa menziarah Makam Suharto. Tetapi jadual penerbangan yang terlalu ketat dan kesesakan lau lintas yang buruk, melambatkan ketibaan Tun untuk upacara persemadian. Apakah faktor yang mengakrabkan perhubungan kedua dua 'statesmen' ini disamping keakraban perhubungan kedua dua negara?:2cool:

http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Makam%20Suharto/IMG_0138copy.jpg
http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Makam%20Suharto/IMG_0141copy.jpg
http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Makam%20Suharto/IMG_0144copy.jpg
http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Makam%20Suharto/IMG_0149copy.jpg
http://i164.photobucket.com/albums/u30/gen-m/Makam%20Suharto/IMG_0196copy.jpg

[ Last edited byminaq_jinggo at 31-1-2008 03:28 PM ]

bubpallo Publish time 1-2-2008 09:24 AM

Sbb Tun pon dah tua..........:)

AhmadNasa Publish time 1-2-2008 09:46 AM

Reply #1 minaq_jinggo's post

sama2 rembat duit rakyat:lol:

yipun78 Publish time 1-2-2008 10:07 AM

Reply #1 minaq_jinggo's post

Jinggo xde pic lain ke?

minaq_jinggo Publish time 1-2-2008 10:11 AM

Originally posted by yipun78 at 31-1-2008 04:07 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Jinggo xde pic lain ke?

Pic apa you nak? Tak relevant ke pics kat atas tu?:)

kakyun Publish time 1-2-2008 11:41 AM

Personally bagi aku Tun ni bukan setakat baik ngan Suharto
tapi dengan semua pemimpin negara yang seangkatan dengan dia
especially yang berjiran dekat dengan Malaysia
biasala keakraban terjalin sebab sama-sama memerintah negara dan saling bertukar pandangan dan pendapat dalam kepimpinan.
Dah berpeluang untuk pergi ziarah kenapa tak pergi plak???





***aku tak suka nak bersangka buruk...

adham Publish time 1-2-2008 12:48 PM

tanya ler manoriti rakyat Indonesia akan terkenang kpd pemerintahan orde baru zaman pak Harto, walaupun dikritik tidak demokrasi dan sebagainya, taraf hidup rakyat Indonesia jauh lebih baik di zaman Suharto jika dibandingkan dgn kepimpinan SBY yg bukan sahaja dilanda inflasi pad atahap tertinggi dlm sejarah indonesia juga pelbagai malapetaka.

Sumbangan terbesar Suharto kepada Malaysia adalah Kepimpinan Beliau Yang Menamatkan "Ganyang Malaysia" yg dilancarkan oleh bekas Presiden Sukarno.

sumbangan terbesar Suharto kepada Dunia dan Asia Tenggara adalah menghapuskan Komunis di Asia Tenggara, dimana jika Suharto tidak berjaya mengulingkan Sukarno, kemungkinan besar kita akan berjiran dgn Indonesia yg mengamalkan Komunisme...

Jasa Suharto kpd Agama, adalah kejayaan beliau merampas Timor Timor dari Portugis melalui perang yg dilancarkan oleh beliau ke atas wilayah jajahan Portugis itu.

Sebaik sahaja Suharto dipaksa meletak jawatan Indonesia menerusi BJ Habibie tunduk kepada tekanan Kristian Barat, dan melepaskan Timor Timor kpd pihak Barat terutamanya Australia yg kini dikenali sebagai East Timor....

East Timor merupakan sebuah negara yg kecil tetapi mempunyai potensi minyak yg besar yg kini telah dikuasai oleh Australia

Jasa Suharto lebh banyak dari segala kritikan rasuah nepotisme dan sebagainya...

Indonesia dizaman Suharto lebih baik dari Indonesia di zaman SBY...

adham Publish time 1-2-2008 12:51 PM

yg paling pelik bila dollah badawi tidak pergi menghadiri majlis pengebumian Suharto dan hanya mengarahkan najib musa hitam ke sana mewakili Malaysia dan beliau , sedangka negara negra asia tenggara lain diwakili oleg PM dan Sultan mereka..

PM Singapura hadir, begitu juga dgn Sultan Brunei hadir.

walaupun jasa Suharto kpd Brunei dan Singapura adalah kecil tetapi mereka tetap hadir, dollah badawi yg mana Suharto berjasa menghentikan sert amerta Konfrontasi Indonesia Malaysia bertindak sebaliknya......

buahcinta Publish time 1-2-2008 01:23 PM

.........kan dia penat baru balik dari perah otak kat vavos.

buahcinta Publish time 1-2-2008 01:23 PM

Reply #9 buahcinta's post

vavos plak...davos, swiss. sowi.

pruep3 Publish time 1-2-2008 01:44 PM

well, shuharto lebih tahu agama dari sukarno.

bubpallo Publish time 1-2-2008 02:19 PM

Originally posted by adham at 1-2-2008 12:51 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
yg paling pelik bila dollah badawi tidak pergi menghadiri majlis pengebumian Suharto dan hanya mengarahkan najib musa hitam ke sana mewakili Malaysia dan beliau , sedangka negara negra asia tengg ...


bedolah nak resmi koridorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..............;P ;P ;P

yipun78 Publish time 1-2-2008 02:30 PM

Reply #5 minaq_jinggo's post

gambar earlier visit masa kat sepital beberapa hari sebelum tu :)

adham Publish time 1-2-2008 03:04 PM

Reply #9 buahcinta's post

Lee Hsien loong PM Singapura serta Sultan Brunei juga berada di Davos, dan mereka tetap meluangkan masa menghadiri majlis pengebumian Suharto.

Naik kapal terbang ratusan juta baru beli pun penat ke.....? bukan dia memnajak sawah penat tergolek ....sampai tak boleh luangkan masa pi majlis pengebumian pemimpin utama jiran terdekat..

agakya kalau Lee Kuan Yew mati...hadir ke tidak hadir dollah bedawi?

danielamri Publish time 1-2-2008 03:41 PM

tun det dengan pak harto sama2 ketua negara masa zaman kegemilangan mereka...kira kawan rapat la kot...

buahcinta Publish time 1-2-2008 07:46 PM

Reply #14 adham's post

saya vote dia hadir.

minaq_jinggo Publish time 1-2-2008 09:10 PM

Originally posted by yipun78 at 31-1-2008 08:30 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
gambar earlier visit masa kat sepital beberapa hari sebelum tu :)

Sorry takde... all pics yang I upload kat sini samaada I sendiri yang amek atau pun melalui Tun's special assistants:)

visi Publish time 3-2-2008 12:36 AM

Reply #14 adham's post

penatlah bawa kapalterbang dengan isteri tercayang:lol: :lol:

shaynina Publish time 3-2-2008 02:27 AM

kuatnya tun...
larat lagi dia jenjalan sana sini..

atreyu05 Publish time 3-2-2008 06:02 PM

tabik kt tun m
Pages: [1] 2
View full version: Apa Yang Mengakrabkan Dr M & Pres Suharto?


ADVERTISEMENT