Sofea Publish time 31-1-2008 05:44 PM

Datin Farida @ Ning's Wedding

Pagi tadi dalam NTV 7 nampak macam kelibat Datuk Ibrahim Saad kat Masjid masa nikah Ning. Was wondering kenapa lak Pak Cik tu ada -may be salah orang kot..then just now I read this article:


KUALA LUMPUR: Penyanyi popular Ning Baizura Sheikh Hamzah, 33 kini sah bergelar isteri kepada Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 33 pada kira-kira jam 10 pagi tadi di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Mereka yang telah mengikat tali pertunangan sejak 20 Julai tahun lalu dinikahkan oleh bapa Ning sendiri, Sheikh Hamzah Sheikh Mohamed dengan sekali lafaz nikah oleh Omar yang juga Pengarah Perunding Asia Pasifik di Landmark Graphics Malaysia Sdn. Bhd.
Kira-kira 100 orang yang hadir dalam majlis sederhana itu dan antaranya adalah ibu bapa Ning, Satilah Abdullah dan Sheikh Hamzah, ibu bapa Omar, Maureen Dalton dan Colin Dalton, ibu angkat Omar, Datin Sri Farida Hashim dan suami, Dato' Seri Dr. Ibrahim Saad, abang Omar, Mark Dalton, termasuk rakan artis.
Mereka adalah penyanyi Sarimah Ibrahim, Nikki, Hazami, model dan pelakon Elaine Daly, Chef Wan dan selebriti TV3 Shasha Bashir.
Pada majlis yang dikendalikan oleh Dato' Mahathir Lokman itu, Ning telah menerima mas kahwin RM80 dan tujuh dulang hantaran manakala Ning membalas kepada Omar dengan sembilan dulang hantaran.
Antara barang hantaran oleh pihak lelaki adalah sirih junjung, sejadah dan telekung, sepersalinan kain broket India bermanik beserta selendang, beg tangan Judith Leiber dan kasut L.K. Bennett, jam tangan jenis Diver berjenama Tag Heuer dan pen Aurora, wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM66,666.66 dan kek hiasan sejambak bunga peony.

Sementara antara hantaran daripada pihak perempuan adalah sirih junjung, sejadah dan Al-Quran, sepersalinan kemeja Massimo Dutti, songket sulaman Terengganu, kasut Gucci, dompet Louis Vuitton dan tali pinggang Salvatore Ferragamo, jam tangan Diver jenama Tag Heuer, wangian Hugo Boss, kotak muzik Reuge dan kek hiasan bentuk tengkolok."Syukur, Alhamdulillah dengan kebesaran Allah, saya dapat melangsungkan hari yang bersejarah dalam hidup saya ini dan kini sudah bergelar isteri kepada Omar.
"Terima kasih kepada ibu bapa saya, keluarga Omar dan semua pihak. Walaupun majlis ini sederhana, ia takkan berjaya tanpa kerjasama banyak pihak.
"Doakan jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat dan penuh kesabaran," luah Ning yang cantik mengenakan baju kurung moden putih serta bertudung rekaan Jovian Mandagie.

Selain itu, pernikahan Ning pada hari ini turut ditaja oleh Kuzie Catering (makanan), Kapas Couture (pelamin), Blooming Cake dan solekan oleh Baby Elle.Difahamkan, Ning dan Omar telah melalui tempoh perkenalan sejak setahun lalu.
Bagi Ning, ini merupakan perkahwinan pertamanya sementara Omar pula berkahwin buat kedua kalinya selepas bercerai dengan isteri pertamanya dahulu dan mereka dikurniakan dua orang anak.
Dilaporkan, pernikahan Ning turut mendapat siaran secara langsung oleh NTV7 melalui program The Breakfast Show pada pagi tadi manakala TV3 turut menyiarkannya dalam program Wanita Hari Ini secara rakaman pada tengahari tadi.


Sejak bila lak mereka ni kahwin. Ibrahim Saad tu kan ada bini dah?

[ Last edited bySofea at 6-2-2008 03:19 PM ]

kuchenta_81 Publish time 31-1-2008 05:47 PM

fuh, dr tadi aku dok pelik pasai Datin Farida nih
dok tanya sana sini
sib baik ko bukak topik nih

sbb aku curios, kalulah betul itu ex wife datuk effendi
awat wajahnya lain? nampak betul betul different

Vern, sila jawab ya!

Risma Publish time 31-1-2008 05:50 PM

Originally posted by kuchenta_81 at 31-1-2008 05:47 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
fuh, dr tadi aku dok pelik pasai Datin Farida nih
dok tanya sana sini
sib baik ko bukak topik nih

sbb aku curios, kalulah betul itu ex wife datuk effendi
awat wajahnya lain? nampak betul be ...
tepek la gambar tu di sini........

Sofea Publish time 31-1-2008 05:51 PM

Reply #3 Risma's post

Gambar Datin tu ada dalam thread Ning (gambar kawin) -she is Chris' Godmother if i am not mistaken.

otomantaro Publish time 31-1-2008 05:53 PM

Reply #2 kuchenta_81's post

kucen

kesian ko dr tadi dok pi mai.. yg ko nampak tu.. bukan datin... tudung hitam tu dan sungguh cantik itu adalah juwita jalil.. ;P

hatemetoday Publish time 31-1-2008 05:54 PM

errkk..baru smalam aku bukak malaysian tatler ..ade interview die ngan wife dia (bukan datin farida as mentioned above)...lovey dovey jek amek gambo kat umah mewah depa nun....

LVgirl Publish time 31-1-2008 05:56 PM

Reply #1 Sofea's post

Ada gambar Dato Seri Dr Ibrahim Saad tak?

Risma Publish time 31-1-2008 05:57 PM

Originally posted by Sofea at 31-1-2008 05:51 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Gambar Datin tu ada dalam thread Ning (gambar kawin) -she is Chris' Godmother if i am not mistaken.
yang mana satu........... kalau yang pakai tudung hitam tu bukanlah

finding Publish time 31-1-2008 05:58 PM

gambo mana gambo..

[ Last edited byfinding at 1-2-2008 11:58 AM ]

cicakwoman Publish time 31-1-2008 05:57 PM

Hmm...boleh tahan gak si Farida Hashim ni ekk...Sambar datuk2 gak. Aku x brapa ingat rupa Ibrahim Saad ni tapi dia a bit bald and specky kan? X lah hensem tara mana pun, tp mayb duit & title punya pasal arr. Mana bini Datuk nih? Dah cerai, meninggal???

Sofea Publish time 31-1-2008 05:58 PM

Reply #7 LVgirl's post

Jap....gi cari tadi..dah jumpa link kat thread sebelah..tak pandai paste hehe

Ni banyak gambar Ibrahim Saad, Datin Farida tu tak jumpa lagi

http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=325544&extra=page%3D1&page=23

Cuba selak-selah kat situ may be ada gambar Datin Farida - tak perasan may be sbb dia pakai tudung.

[ Last edited bySofea at 31-1-2008 07:28 PM ]

kuchenta_81 Publish time 31-1-2008 05:59 PM

Originally posted by otomantaro at 31-1-2008 05:53 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
kucen

kesian ko dr tadi dok pi mai.. yg ko nampak tu.. bukan datin... tudung hitam tu dan sungguh cantik itu adalah juwita jalil.. ;P


he he
itulah, aku dr ari Selasa lepas kut dok tertanya tanya
dlm Utusan ada kuar citer datin ni byk tulun Ning tuk kenduri nih
tu yg aku curios, setahu aku Datin Seri Farida ex Effendi tu vouge gitu

tapi, Vern dah jawab tadi
yg tudung hitam tu mmg aku tahu Juwita

siti situ sana sini ler aku ari nih ;P

Sum1k Publish time 31-1-2008 06:00 PM

wow... nak tau juga... betul ker tidak ni???? datin sri Fraidah dah kawen ....

jlo Publish time 31-1-2008 06:02 PM

since when lak dorang kawin ek..takde angin takde ribut pun.. :o

Risma Publish time 31-1-2008 06:05 PM

Originally posted by jlo at 31-1-2008 06:02 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
since when lak dorang kawin ek..takde angin takde ribut pun.. :o
kalau jadi binik no 2 memang kena wak sensenyap............. kang meletus perang dunia ketiga wooooo

cicakwoman Publish time 31-1-2008 06:05 PM

Wa ka kak...ntah2 kahwin secara rahsia, tp media dah 'terbukak' citer pasal relationship diorang. Mau jadi perang dunia ke 3 nanti nih;P ;P

cicakwoman Publish time 31-1-2008 06:05 PM

Wa ka kak...ntah2 kahwin secara rahsia, tp media dah 'terbukak' citer pasal relationship diorang. Mau jadi perang dunia ke 3 nanti nih;P ;P

kodoklawa Publish time 31-1-2008 06:14 PM

Reply #12 kuchenta_81's post

HEHEHE..aku pun ingatkan datin freda td..rupernyer juita ..;P ;P

kodoklawa Publish time 31-1-2008 06:15 PM

Reply #1 Sofea's post

patut pun title datin tu masih lekat lagi kat dia...dah jd bini Dato Ibrahim Saad kisahnyer...

veitchac Publish time 31-1-2008 06:17 PM

derang nie mmg ske tuka2 pasangan ek?
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: Datin Farida @ Ning's Wedding


ADVERTISEMENT