produkherba Publish time 22-1-2008 08:38 AM

Dihatiku Cinta Bermula - Niza Zulkarnain

aku tak sempat nak baca lg.Ni aku tepek kat sini, senang bila2 nak baca.

PROLOG


Ku Imbas kembali tingkahmu dalam rindu...



Helaian demi helaian album tersebut kutatap bagaikan tidak jemu-jemu. Di manakah rakan-rakannya itu kini? Sudah kaya agaknya mereka semua. Semestinya masing-masing sudah punya keluarga dan anak-anak yang comel. Syafinaz, Aiza dan Juwita. Mereka sudahpun membawa haluan masing-masing. Kali terakhir mereka berjumpa semasa perjumpaan semula yang diadakan di sekolah mereka. Ketika itu, mereka masing-masing berada di dalam tahun pertama Universiti. Syafinaz menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Aiza pula menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Teknologi Makanan. Aku pula memilih bidang Komunikasi Massa. Aku tidak pasti pilihanku itu tepat atau tidak. Tepat atau tidak, kini aku sebahagian dari keluarga TV Nusa. Aku sebenarnya masih tercari-cari ruang untuk melebarkan kerjayaku itu.

Kembali kepada teman-temanku bertiga itu. Semasa reunion terakhir itu, teman-teman sudahpun datang menayang jejaka idaman masing-masing. Aku juga turut datang bersama seorang lelaki, namun lelaki tersebut bukanlah teman lelakiku. Cukup aku katakan bahawa lelaki itu ku bawa ke majlis tersebut untuk mengaburi mata teman-temanku. Tak malu untuk aku akui bahawa aku hanya menggunakan lelaki tersebut hanya untuk itu walaupun lelaki itu menuntut lebih dari itu. Sesungguhnya, aku tak berdaya untuk memenuhi kehendak mereka iaitu lelaki-lelaki yang aku kenali. Mereka datang dan pergi dari hidupku bagai angin lalu.

Saat meneliti wajah teman-temanku, mata tiba-tiba tertancap pada foto yang terselit di belakang foto wajah teman-temanku itu. Foto lama yang menggamit seribu nostalgia. Dikeluarkan foto tersebut dari belakang foto teman-temannya. Gambar seorang lelaki yang mengenakan sut pengawas sekolah berdua dengan dirinya. Itulah Ahmad Irfan Iskandar, lelaki yang banyak meninggalkan kesan dihatinya. Satu tika dulu mereka pernah menyemai cinta selama dua tahun, walaupun umur ketika itu masih belasan tahun. Namun kesan yang diberi cukup-cukup dalam. Selepas Irfan pergi dari hidupnya, dia tidak mampu lagi memberi cintanya kepada mana-mana lelaki lagi. Takut kecewa dan merana diri.

Ditenung lagi gambar yang penuh nostalgia itu. Dia duduk di samping Irfan yang segak dengan pakaian pengawas. Ketika itu dia baru sajaselesai mengambil PMR sementara Irfan pula dihari terakhir peperiksaan STPM. Saat itu mereka masih melayari percintaan yang lunak didengar sesiapapun. Saat-saat terakhir mereka di mana masing-masing membawa haluan hidup sendiri tanpa sebarang lafaz perpisahan. Irfan melanjutkan pelajaran ke luar negara dan aku pula meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh.

Irfan, Irfan! Saat manis bersama dulu tetap bermain diruang mataku. Pastinya tika ini kau bahagia di samping orang yang kau sayang. Bersama isteri dan anak-anak mungkin...
Aku kembali menyimpan foto tersebut di belakang gambar teman-temanku tadi. Ku simpan juga kenangan-kenangan yang kembali mengulang tayang. Biarlah ia abadi di hati...


------------------- *********** --------------------

produkherba Publish time 22-1-2008 08:41 AM

DI HATIKU CINTA BERMULA : BAB 1


Tiadaku terlintas akan terjadi...

DI HATIKU CINTA BERMULA : BAB 1


Tiadaku terlintas akan terjadi...



'Dengan lafaz bismillah, Aku Ahmad Irfan Iskandar bin Shukri, menceraikan Siti Syazwani binti Ehsan dengan talak satu.'

Suara tenang seorang lelaki bergema dalam kamar mahkamah tersebut, melafazkan talak. Seorang wanita berselendang hitam kelihatan tunduk merenung lantai. Terlerailah satu ikatan perkahwinan yang terbina hampir 9 tahun. Perkongsian yang terjalin hanya sekejap cuma. Cuma kehadiran dua cahayamata masih lagi menandakan mereka punya tanggungjawab yang belum terputus.

Mahkamah kemudian mengumumkan hak penjagaan dua anak kecil, Farah Marlissa dan Farah Hayana, diletakkan dibawah penjagaan Irfan Iskandar sepenuhnya. Namun si Ibu dibenarkan melawat anak-anak pada bila-bila masa sahaja.

Di luar mahkamah, Siti Syazwani diserbu oleh pemberita dan jurugambar. Irfan dan ibunya Datin Umi Kalsom menaiki kereta bersama anak-anaknya. Mereka terus meninggalkan perkarangan Mahkamah Syariah tersebut.

Irfan tenang mendakap dua buah hatinya itu. Bagi dua anak kecil itu, perceraian itu tidak membawa sebarang erti, kerana mereka sudah lama kehilangan ibu mereka. Mereka lebih banyak bermanja dengan nenek, Ucu juga Papa mereka. Mama mereka hanya sekadar pada nama. Segala tanggungjawab seorang mama selama ini dipikul bersama oleh Datin Umi dan Isma Laili. Mereka berdualah bertanggungjawab menjaga kebajikan dua beradik itu.

Datin Umi menepuk lembut bahu anaknya, Irfan. Irfan menoleh, melihat Mamanya. Mamanya itu seakan memahami apa yang terbuku dihatinya saat itu.

"Fan tak mampu nak pertahankan lagi rumahtangga Fan seperti mana Mama dan arwah Abah. Fan gagal sebagai seorang suami, Mama." Keluh Irfan kepada mamanya.


"Fan, semuanya sudah tersurat. Terimalah dengan redha. Fan tak gagal jadi suami cuma Fan lebih perlu berhati-hati dan tegas. Mulakanlah dengan hidup baru. Mama pun tak kisah kalau Fan dah ada
pilihan hati untuk menggantikan mama budak-budak ni."

"Fan belum terfikir, Mama. Fan rasa biarlah hidup Fan macam begini."

Keadaan kembali menjadi sepi semula. Masing-masing bagai melayan perasaan sendiri. Irfan mengucup rambut kedua anaknya yang telah pun terlena.

Heboh di dada akhbar keesokan harinya mengenai kisah penceraian selebriti TV, Siti Syazwani dengan suaminya. Banyak akhbar memberi liputan meluas mengenai kes tersebut. Semuanya gara-gara Syazwani merupakan selebriti kesayangan ramai yang menjadi pujaan lelaki mahupun wanita.


'Saya sayangkan perkahwinan saya, tapi apa yang boleh saya buat jika takdir membawa saya kepada kehidupan seperti ini. Saya tidak minta untuk diceraikan. Mungkin sudah nasib, perkahwinan saya sudah tidak mampu bertahan lagi. Hanya anak-anak permata hati saya.'

Itulah petikan temuramah yang disiarkan di media. Gambar Syazwani menangis sewaktu keluar dari perkarangan mahkamah turut disiarkan untuk tatapan umum.

Irfan langsung tidak melihat akhbar pagi itu. Buat apa merosakkan mood paginya dengan cerita yang bukan-bukan. Selesai menghantar Farah Marlissa ke sekolah, Irfan terus bergegas ke pejabatnya.



"Eh, hello Amoi! Lu talak mau makan ke?" soal Aznan yang baru memasuki ruang pejabatnya. Mungkin baru saja balik dari lokasi mencari berita.

"Tak keluar. Kenapa? Kau nak belanja aku makan ke, Nan?"soal Athirah yang sibuk meneliti bahan-bahan yang perlu dimuatkan dalam berita petang nanti.

"Belanja apanya! Aku pun baru nak duduk kat kerusi empuk ni. Satu hari pusing satu KL cari scope. Nak siapkan skrip lagi. Paper yang aku beli pagi tadi pun belum sempat baca lagi."Rungut Aznan.

"Eh, dah tahu sibuk, buatlah cara sibuk, Cik Abang oi! Orang sibuk macam kita ni, baca paper online saja. Yang kau pergi beli paper tu apa hal?" soal Athirah.

" Alah...sajalah. Dah lama aku tak beli paper, teringin nak nak baca. Lagipun ada kes meletup-letup ni! Kau tak tahu ke?"

"Tahu apa nya?" soal Athirah tanpa mengangkat muka.

"Syazwani dah sah bercerai!" Beritahu Aznan.


"Alah... orang hot macam tu, sekejap aje orang sambar Nan! Kau tak mau join sekali?" Athirah tersenyum sinis memandang Aznan yang tekun membaca surat khabar yang dibelinya.

"Aku ni Mat sengkek, Ati! Takkanlah dia nak pandang aku. Belanja nak bayar kereta aku tu pun tak lepas. Kalau kahwin dengan dia, kena belanja beli baju lagi, kasut, alat make up. Kopaklah aku! Dia tu mesti nak pandang orang yang ber 'wang' aje. Aku dengar pihak atasan dah kasik seminggu cuti untuk dia! Dia sendiri mengaku pada press yang dia akan bercuti ke luar negara. Bertuahnya badan. Aku, luar negara yang pernah sampai pun, seberang tambak ajelah!" Athirah hanya mendengar celoteh sahabatnya itu.

"Handsome jugak laki si Wani ni. Nampak muka macam baik je!" Aznan terus berceloteh dengan harapan Athirah terus mendengar. Athirah ketika itu sudah bangun untuk beredar.

"Cantik dan kacak tak pernah menjamin kerukunan rumah tangga, Che Nan!" ucap Athirah kemudian berlalu ke bilik penyuntingan audio dan video.

Kisah Syazwani bukan saja ribut di luar sana, namun turut berjaya menggegarkan Syarikat tersebut. Syarikat turut bertanggungjawab mengawal sebarang kenyataan dari Syazwani sendiri. Publisiti adakala boleh menaikkan nama dan adakalanya boleh menjatuhkan nama! Namun Athirah sendiri tidak ambil pusing dengan keadaan semasa itu walaupun Syazwani juga adalah kakitangan syarikat yang sama dengannya.



Datin Umi Kalsom sedang mengemaskan bahagian ruang tamu rumahnya. Rumah itu merupakan rumah tinggalan arwah suaminya, Datuk Shukri yang meninggal dunia dua tahun yang lalu. rumah ini merupakan kebanggaan arwah yang juga merupakan rumah hasil dari titik peluhnya sebagai seorang ahli perniagaan. Segala susah senang mereka dahulu berbalas jua. Suaminya pergi saat mereka sedang mengecap bahagia. Bahagia punya anak-anak yang sudah pun punya kerjaya masing-masing dan berjaya dalam hidup, walaupun kehidupan seorang anaknya agak pahit! Namun mereka masih bahagia. Turut tunggal di rumah tersebut adalah cucu-cucunya, iaitu anak-anak Irfan dan Irfan sendiri. Anak sulungnya, Izhan tinggal dirumah mereka sendiri di Bandar Utama, PJ. Anak bongsunya, Isma turut tinggal bersama suaminya di Tropicana. Isma rajin datang bertandang melawatnya.

Anak bongsunya itu belum dikurniakan anak walaupun telah dua tahun berkahwin. Anak sulungnya Izhan pula punya 4 orang cahaya mata. Sepasang lelaki dan sepasang perempuan. Perkahwinan anaknya dengan Juwita, sungguh bahagia. Kini, Baiduri Holding diusahakan sepenuhnya oleh Izhan. Irfan pula sudah punya firma arkiteknya sendiri. Datin Umi Kalsom rasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan terhadap keluarganya. Cuma dia sedikit kesal dengan dugaan yang melanda rumah tangga Irfan yang bermasalah sejak sedari awal usia perkahwinan.

Datin Umi menyusun semula bingkai-bingkai gambar di satu ruang bersebelahan dengan rak kaca. Dia merenung gambar Irfan bersama kedua-dua anaknya. Apa silap perkahwinan antara Irfan dan Syazwani, dia sendiri tidak tahu. Keadaan rumah tangga mereka meruncing tahun demi tahun. Selepas sahaja Datuk Shukri meninggal, Syazwani sudah pun tinggal berlainan bumbung dengan Irfan. Irfan pula mengambil keputusan berpindah ke rumah mamanya. Sejak dari itu, Datin Umilah yang menjaga makan pakai cucu-cucunya itu. Sebelum berpindah pun, kepada dia juga Irfan tinggalkan anak-anaknya itu. Kata Irfan, Syazwani sendiri tidak mahu menjaga mereka kerana lebih pentingkan kerjayanya.

produkherba Publish time 22-1-2008 08:41 AM

"Mama!" datin Umi Kalsom pantas menoleh untuk melihat gerangan suara yang memanggilnya. Namun,belum sempat dia menarik nafas, dirinya sudah dirangkul erat dari arah belakang.

"Isma!" Tak lain dan tak bukan, anak bongsunya Isma.


"Tak beri salam tak beri apa, tiba-tiba saja datang sergah Mama macam tu. Nasib baik Mama tak sakit jantung, Isma." Datin Umi masih belum hilang rasa terkejutnya.

"Mama tu, Isma tengok bukan main lagi buat kerja. Lupa sekeliling! Sampaikan tak sedar Isma beri salam. Mama berkemas ke, Mama buat apa?" soal Isma sambil meletakkan beg tangannya di meja. Datin Umi duduk di sofa. Sesak lagi dadanya dengan kejutan yang tak dijangka. Isma yang duduk disebelah Datin Umi turut mengurut belakang mamanya.

"Mama tengah susunkan frame gambar tu. Hai, kamu ni...Isma!" Datin Umi masih mengurut dada.

"Maaflah, Mama. Sesekali nak usik Mama, tak sangka pula begini jadinya." Isma masih mengurut belakang mamanya.

"Kamu dari mana ni, Isma?" soal Datin Umi, setelah semputnya agak reda.

"Dari rumah Rina, Mama. Kami tengah rangka nak buat satu bengkel masakan dan bengkel kraf dalam waktu terdekat ni. Lepas selesai perbincangan tadi, terus Isma singgah sini nak ziarah Mama. Rindulah dengan Mama." Isma kembali memeluk Datin Umi, mama yang dikasihinya.

"Hai, dah ada suami pun masih rindukan Mama lagi. Faiz tahu Isma ke sini?" soal Datin Umi sambil mengelus lembut rambut Isma, anak bongsunya yang masih lagi manja.

"Rindu dengan Mama lain, rindu dengan suami lain, Mama! Isma dah beritahu Faiz sejak semalam lagi. Dia pun tahu Isma nak singgah rumah Mama." Beritahu Isma.

"Baby Yana mana Mama? Dari tadi Isma tak nampak dia. Sunyi saja rumah ni." Isma mencari-cari kelibat anak saudaranya, Farah Hayana.

"Dah tidur semula. Pagi tadi bangun sekejap. Lepas mandi terus tidur semula. Abang kamu kata, Baby Yana tidur lewat semalam. Merengek-rengek suruh Papanya tepuk sebelum tidur. Abang kamu pun melayan dia sampailah dia tidur." Cerita Datin Umi.

"Kesian Abang Fan tu. Mama dah baca paper hari ni? Isma rasa baik Mama tak payah baca. Nanti semput Mama datang lagi. Biar Isma cerita je. Kak Wani tu cakap pada press yang dia dah cuba jadi isteri dan ibu terbaik. Tapi malang, usahanya selama ini sia-sia. Eee...sampai hati betul dia buat kenyataan yang tak betul pada media. Mentang-mentanglah dia orang media, dia ingat dia boleh eksploit media ikut suka hati aje. Isteri terbaik, konon! Isteri apa kalau Abang Fan masih suruh Isma gosokkan pakaian dia masa Isma anak dara dulu. Mama pun masih sediakan makan pakai Abang Fan tu, walaupun dia dah kahwin. Baby Lissa dengan Baby Yana tu langsung tak pernah merasa dipegang Kak Wani tu. Pandailah Kak Wani tu nak kelentong!" Isma kelihatannya agak marah denganbekas kakak iparnya itu.

"Biarlah Isma. Abang Fan pun tak kata apa-apa. Takkanlah kita pula yang nak marah-marah. Biarlah Wani tu nak cakap apa-apa pun. Janji, kita tahu apa sebenarnya yang belaku sebenarnya. Biarlah Anjing menyalak bukit. Bukitnya takkan ke mana." Datin umi cuba menyabarkan perasaan marah Isma.

"Tapi Isma geram, Mama. Ikut hati, Isma nak balas balik kenyataan dia tu. Biarsatu dunia tahu!"

"Abang Fan tak akan suka kalau Isma buat macam tu. Ini masalah Abang Fan kamu. Tak usahlah kita turut masuk campur."

"Isma cuma kesiankan Abang Fan tu, Baby Lissa dan Baby Yana. Rumah tangga Abang Fan tu, tak serupa orang! Ikutkan hati, Isma nak saja ambil Baby Yana duduk dengan Isma. Biar Isma jaga. Lagipun Isma pun belum ada baby. Isma kesiankan Abang Fan tu..." usul Isma.

"Hish... tak payahlah. Takkanlah sampai nak pisahkan Baby Yana dengan Baby Lissa pula. Mama yakin, Abang Fan pun tak akan setuju. Dia sendiri mahu lihat anak-anaknya membesar depan matanya. Mama tak sampai hati nak pisahkan mereka. Biarlah Isma. Yang penting, Isma sabar menunggu baby Isma. Banyak-banyakkan berdoa ya! Mama pun turut doakan anak Mama ni." Datin Umi cuba memujuk puteri bongsunya itu.

"Kesian Ma, budak-budak tu. Mereka hidup tak serupa orang!" Isma merenung wajahnya penuh syahdu.

"Makan tengah hari di sini sajalah, Isma. Bolehlah kamu praktikkan resepi-resepi kamu tu." Datin Umi bangun dari sofa untuk kembali mengemas. Menyambung tugasnya yang tergendala tadi. Dia mengesat airmata yang membasahi matanya tanpa pengetahuan Isma.

"Mama sengaja nak sindir Isma ya? Masakan Mama paling sedap tau! Isma punya resepi pun tak boleh nak challenge masakan Mama!" Puji Isma melambung tinggi.


"Pandailah kamu nak ambil hati Mama, Isma." Datin Umi menepuk bahu anaknya yang turut berdiri, menyusun bingkai gambar bersamanya. Rasa bahagia menyelinap ke seluruh urat nadi.

------------------ ************* --------------------

Dayang Nurfaizah - Erti Hidup


Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu...

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

Korus:
Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh...

TIdak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
TIdak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana mahuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati



------------------ ************* --------------------

produkherba Publish time 22-1-2008 08:45 AM

DI HATIKU CINTA BERMULA : BAB 2
Hatiku Menjadi Sayu...


揂ti you dah siapkan wawancara dengan Dr. Zaiful dari HUKM tentang Denggi berdarah? I nak masukkan dalam slot Health today! Dah siap ke?

kaypo Publish time 22-1-2008 08:55 AM

tq..tq..kerana nak share cite kat sini...:flower:

rasa nya..cite ni dah dibukukan...kaypo dah penah bace....baru baru ni...
hmhm....x yah lah continue cite ni...sian kat penulis...x merasa upahnya..kalo kite terus membace nya sampai abis disini...
tapi ni cuma my own opinion ler....terpulanglah pada produkeba..nak terus kan atau tidak.

naQi-tiRa Publish time 22-1-2008 09:37 AM

best...menarik jalan cerita ni...
yg lebih menarik sbb nama saya ada dalam watak cerita ni...dan nama yang tersayang pun ada...
mudah2an tak dilanda badai yang tak tertanggung..hehe...

adekiut Publish time 22-1-2008 09:50 AM

Originally posted by kaypo at 22-1-2008 08:55 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
tq..tq..kerana nak share cite kat sini...:flower:

rasa nya..cite ni dah dibukukan...kaypo dah penah bace....baru baru ni...
hmhm....x yah lah continue cite ni...sian kat penulis...x merasa up ...

mana nak cari buku nie? tajuk novel dia ape?

produkherba Publish time 22-1-2008 10:09 AM

oh ya ke?aku ni sbnrnya tak beli novel melayu.jadi takdelah ngecheck kat kedai buku.inipun yahoo group hanta ke emel.ni mungkin blog penulis... http://loveseasons.blogdrive.com

sbnrnya aku tak larat nak tepek sbb byk bnr pagenya

haizaiza Publish time 22-1-2008 10:31 AM

novel ni tajuknya Tautan Kasih karya Ryana Adrina (Alaf21)
tajuk asalnya dlm e-novel dihatiku cinta bermula

produkherba Publish time 22-1-2008 10:54 AM

laa... mahap la.mungkin niza ni banyak koleksi e-novel, tu yg dia share.

azure Publish time 22-1-2008 01:08 PM

sokong haizaiza..

e-novel itu telah dibukukan. tajuknya Tautan Kasih terbitan Alaf21
penulisnya Ryana

katakcumel Publish time 23-1-2008 12:19 PM

best ke cerita tu??

aQedea Publish time 23-1-2008 07:07 PM

niza ni bukan penulis asal lah ye?

zaianie Publish time 23-1-2008 07:50 PM

best citer ni produk banyak lagi ke stok citer tepeklah lagiiiiii

zue_isma Publish time 26-1-2008 12:32 PM

best arrr citer nie...masukkan lagi citer nie kat sini...

telagamadu Publish time 28-1-2008 04:46 PM

Reply #8 produkherba's post

kau tak beli tapi baca yer ;P
apa kata mula taun ni kau cuba beli plak
jangan kecik ati sekadar pendapat jer :)

haniqaysara Publish time 29-1-2008 06:23 PM

Sampai di situ sahaja...

Salam Produk,
Karya yg saudari letakkan dlm thread ni dah pun selamat dibukukan.
Harap2 saudara x mempamerkannya lagi di sini.
Atau mungkin manalah tahu dikenakan tindakan oleh penerbit kelak. :'(

~Ryana Adrina~

salinaazni Publish time 3-4-2011 10:13 PM

baru je feel baca cite ni...rupa2nya dh dibukukan... nampak gayanya esk kena p cari kt kedai buku... hrap2 masih ada lg
Pages: [1]
View full version: Dihatiku Cinta Bermula - Niza Zulkarnain


ADVERTISEMENT