fly_in_d_sky Publish time 1-2-2008 06:42 PM

Originally posted by gjoy_chester at 1-2-08 08:31 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Filem Main-Main Hantu tu tak seram langsung tapi kelaka giler....Ni citer yang team bola jaring pergi tumpang tido kat satu rumah tumpangan kan? And then, aku ingat couple tua tuan rumah tu masak ...


mmg la tak seram
tp ada gak unsur2 seram n komedi
main2 hantu rasanyer ada tgk
tp jalan cite da lupa aaaa

Rhyno Publish time 1-2-2008 07:23 PM

Main2 Hantu seram gak especially part last masa dorang nak balik...tetiba hantu tu muncul kat kubur tu dan hilang...seram siot.. :L

reddots Publish time 2-2-2008 09:41 AM

Originally posted by fly_in_d_sky at 31-1-2008 08:44 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
sokong sgt ler bab antar email n request cite melayu lelama
fly tak pnah tgk cite perjanjian syaitan
n tak tau pun kewujudan filem nie
bagus la tuan umah yg bukak topik nie
cuma satu perkara...


harap sgt astro tayang filem genre seram zaman dulu
sah2 fly akan tgk .......
nak cari vcd/dvd bukan senang
filem m'sia nie susah sket nak di vcd / di dvd kan
kalau filem baru2 berlambak jer
patut filem2 zaman dulu perlu di vcd / di dvd kan
kalau jual sure ada org beli



Tak paham ler? kat msia mmg tak de di vcd/dvd kan ker?
kat sini berlambak jer aku tengok..

ni gara2 tuan umah nak tengok perjanjian syaitan, aku dah pegi kedai2 jual vcd ni.. tajuk tu blom jumpa lagi.. tp byk gak filem2 lama yg blom penah tengok ada dijual..
err tp vcd/dvd rompak ler.. ;P ... wlupon rompak, quality tu sama jek mcm kat tv...

reddots Publish time 2-2-2008 09:49 AM

Originally posted by fly_in_d_sky at 31-1-2008 08:52 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif

    * Anak Pontianak - Malay (1958)
    * Dendam Dari Pusara - Malay 1983)
    * Dendam Pontianak - Malay (1957)   
          * Hantu Jerangkong - Malay (1957)
    * Hantu Kubor - Malay (1958)
    * Hantu Rimau - Malay (1960)
       * Keranda Berdarah - Malay (1969)
    * Keranda Jingga - Malay (1969)
      * Lobang Puaka - Malay (1970)
    * Main-Main Hantu - Malay (1990)
    * Mata Shaitan - Malay (1962)
    * Mistik - Malay (2004)   
    * Orang Minyak - Malay (1958)
        * Perawan Malam - Malay (1988)
    * Perjanjian Syaitan - Malay (1981)   
    * Pontianak (movie) - Malay (1957)
    * Pontianak Gua Musang - Malay (1964)
    * Pontianak Harum Sundal Malam - Malay (2004)
    * Pontianak Harum Sundal Malam 2 - Malay (2005)
    * Pontianak Kembali - Malay (1963)
    * Pontianak Menjerit - Malay (2005)
    * Potret Mistik - Malay (2005)
    * Puaka - Malay (1970)
    * Pusaka Pontianak - Malay (1965)
    * Raja Bersiong - Malay (1963)
       * Si Tora Harimau Jadian - Malay (1964)
         * Sumpah Orang Minyak - Malay (1958)
    * Sumpah Pontianak - Malay (1958)   
* Toyol - Malay (1980)
      
filem yg di"bold"kan tu filem dr malaysia n genre seram

    ...


hmm... rasanya semua yg fly list kan ni ada kat sini.. kecuali yg bold warna blue tu tak pasti, (rasanya mcm ada, sbb baru semalam aku g ronda2 kedai vcd) n yg bold hitam tu so far lom jumpa lagi.
memula tu try gak nak ambik gmbo tajuk2 filem ni.. tp salesgirl tu melekat jer dekat2..hish!! benci tol aku ngan salesgirl mcm tu... mcm la kita nak curi:@

Santeira Publish time 2-2-2008 11:34 AM

Not sure if anyone remembers this film--'Saka'. Pelakon utamanya arwah Ismail Din. Untuk cerita era 80'an /70'an (aku tak sure era yg mana) filem ni punya special effect mmg bagus amat. masa aku tengok kali last rasanya akhir 80'an atau awal 90'an. Aku dah try search pasal citer ni kat Internet, tapi tak jumpa. Ada sapa2 yang ingat tak?

[ Last edited bySanteira at 2-2-2008 11:37 AM ]

reddots Publish time 2-2-2008 12:56 PM

Reply #123 reddots's post

tp aku heran la.. klu filem era 70s-awal 80s tu rege dia mahal la plak.. 6.00 hengget...
tp klu filem 50's-60's n 90's tu rege 4 hengget jer
:mad:

shidahameera Publish time 3-2-2008 08:42 PM

Originally posted by Santeira at 2-2-2008 11:34 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Not sure if anyone remembers this film--'Saka'. Pelakon utamanya arwah Ismail Din. Untuk cerita era 80'an /70'an (aku tak sure era yg mana) filem ni punya special effect mmg bagus amat. masa aku...


citer lakonan Ahmad Mahmood "Dendam Dari Pusara" ni best tapi dulu tgk masa kecil tak sempat abiss sebab teramat takut, tayangan tengah malam.sampai skrg nak tgk tapi tak dapay

olaoli Publish time 4-2-2008 02:36 PM

antara cite hantu yang aku ingat ingat sgt
1) haslina kamsan jadi hantu pokok pisang..malam je masuk dldm pokok pisang,pastuh laki dia ikat ngan benang, bila dia masuk dlm pokok pisang tuh, laki dia tebang n kuar darah

2) citer pasal pokok besar yang sembunyi budak atas pokok ni..abes semua tokmoh n pawang dtg bawah pokok ni jampi nak suruh pokok tuh pulangkan budak tuh

3)cite pasal org tua ni dah mati..tapi tetiba balik umah n makan tak berenti renti.ke nih cite SAKA yang korang ckpkan tuh tak tau lak aku..tapi mmg scary jugak la.anak bini dia sampai takut nak dok umah tu

4)cite nor kumalasari beranak kot mulut

5)cite kat tv3 (dulu ada tv3 buat cite cite bersiri hantu arahan aziz m osman tak salah aku ) one of them pasal pempuan ni tersesat kat satu kampung...penduduk kampung ni lak rupanya suka makan darah.keta pempuan ni pancit n dia terpaksa mintak bantuan penduduk kampung.silap besar le

6) citer aziz m osman gak..pasal dia letak bowl ada air then dia dok becerita hantu kat kawan kawan dia..dia sebenarnye nak auta je kenkawanye..last skali ada tangan besar kuar dari mangkuk bowl terus tarik dia masuk dlm mangkuk bowl tuh

nanti aku tambah lagi...ke ada yang nak add

Santeira Publish time 5-2-2008 12:36 PM

Reply #128 olaoli's post

1) Tak silap aku tajuk drama ni 'Pokok Pisang Merah' dibintangi oleh N.D Lala n Haslina Kamsan.
2) Yang ni aku mcm ingat2 lupa tajuknya.
3) Ni cerekarama yg dibintangi oleh si Pak Uda Pi Mai Pi Mai Tang Tu--tajuknya 'Kembali'.
4) Yang ni filem usahasama Malaysia-Indonesia--'Misteri Rumah Tua'.
5) Yang ni aku lupa tajuk, tapi memang diarahkan oleh Aziz M. Osman (dulu2 drama dia sungguh best, sekarang mcm dah kering idea dia)
6) Ini pun drama juga, 3 cerita dalam satu cerekarama, ala-ala 'Little Shop of Horror'. Tajuknya aku dah lupa, pasal selimut yang boleh buat mimpi jd kenyataan pun ada.

Untuk cerita yang aku dah cakap tu, tajuknya 'Ilmu Saka', jumpa sikit info kat sini:- http://sinemamalaysia.com.my/main/index.php/index.php?mod=artist&p=info&id=2120

sayangidaku Publish time 5-2-2008 12:47 PM

Reply #129 Santeira's post

aku rasa citer psl bdk disembuyikkan kat pokok, antu kat pokok pisang, n rumah berhantu(yg ada usop selam) tu drama/tv movie je.
dlu mmg byk drama2 seram ni, n some jalan citernya lebih menarik dpd filem2 seram yg ada sekarang.

fly_in_d_sky Publish time 5-2-2008 07:10 PM

Originally posted by reddots at 2-2-08 09:41 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


Tak paham ler? kat msia mmg tak de di vcd/dvd kan ker?
kat sini berlambak jer aku tengok..

ni gara2 tuan umah nak tengok perjanjian syaitan, aku dah pegi kedai2 jual vcd ni.. tajuk tu blo ...


cite hantu lama2 dr tahun 40an ke 50an ke 60an ke
ada ke dijual dlm bentuk dvd atau vcd?
so far fly tak jumpa
n kat sini tu refer dimana?

willy_wonka Publish time 6-2-2008 12:00 PM

Reply #129 Santeira's post

aku igt sgt citer pokok pisang merah tu sbb nama hantu tu sama ngan nama mak aku..
kan ada lagu panggil nama hantu tu....seram giler

shidahameera Publish time 6-2-2008 01:33 PM

Originally posted by willy_wonka at 6-2-2008 12:00 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
aku igt sgt citer pokok pisang merah tu sbb nama hantu tu sama ngan nama mak aku..
kan ada lagu panggil nama hantu tu....seram giler


citer tu tajuk dia "Pisang Udang"

reddots Publish time 6-2-2008 03:14 PM

Reply #131 fly_in_d_sky's post

kat brunei

candiew Publish time 6-2-2008 03:56 PM

uols dok citer Dendam Dari Pusara tue membuatkan aku
teringat2 kat pelakon ahmad mahmud
mmg seram citer tue
dalam citer tue ahmad mahmud ada simpan satu barang bagi simati
bila simati tue dtg kacau jer
trus dia tekan2 barang tue
yg paling aku x bleh ingat
ada byk gak adegan 18sx dalam filem tue
citer nie pun rasa nya x der jual vcd dia kat kedai2 video kot

candiew Publish time 6-2-2008 04:26 PM

aku ada member kerja kat SIRIM
so saper2 dpt kontek abg yg simpan videotape citer perjanjian syaitan tue sila dptkan videotape tue pas kat aku nanti wat salinan ke dalam vcd :P

fly_in_d_sky Publish time 6-2-2008 06:45 PM

Originally posted by reddots at 6-2-08 03:14 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
kat brunei


brunei tu jgn cite la
kita ckp pasal di malaysia
so far fly tak jumpa cite seram lama dijual dlm bentul digital - vcd atau dvd
takat filem p ramlee tu bersepah ada

reddots Publish time 6-2-2008 07:30 PM

nape la nak emosi ni? aku tanya jer.. nape kat msia plak tak jual sdgkan tu kan filem msia..
baru kejap tadiaku jumpa vcd Keranda JIngga, Hantu Kubor, dan mata Syaitan...tp aku tak beli.. sbb tak masuk bajet hari ni...

fly_in_d_sky Publish time 6-2-2008 11:08 PM

Originally posted by reddots at 6-2-08 07:30 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
nape la nak emosi ni? aku tanya jer.. nape kat msia plak tak jual sdgkan tu kan filem msia..
baru kejap tadiaku jumpa vcd Keranda JIngga, Hantu Kubor, dan mata Syaitan...tp aku tak beli.. sb ...


sape pulak nak emosi??
cuma jgn compare antara m'sia dgn negara lain
coz m'sia nie pyh sket
limited edition utk filem2 lama
tak tau nape
sume org tau p ramlee tu seorg pelakon, pemuzik, pengarah etc etc
tp jgn la sampai org lain dilupakan
cam sayang ler coz org lain pun membantu menaikkan industri perfileman
kalau takde thread perjanjian syaitan nie
rasanyer sampai la nie fly n lelain tak tau pasal cite nie

shidahameera Publish time 7-2-2008 05:21 AM

Originally posted by fly_in_d_sky at 6-2-2008 11:08 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif



sape pulak nak emosi??
cuma jgn compare antara m'sia dgn negara lain
coz m'sia nie pyh sket
limited edition utk filem2 lama
tak tau nape
sume org tau p ramlee tu seorg pelakon, pemuzi ...




mmg susah, malaysia macam tak hargai filem-filem lama, kalau filem P.Ramlee balik cerita sama ajer. teringin nak tengok Si Tora Harimau Jadian, tapi dlm tv hanya do remi labu labi ibu mertuaku dan yg selalu sgt diputarkan. sedangkan filem P.Ramlee byk.Dengar kata filem roll dah hilang. sebahagian ada kat Run Run Shaw di Hong Kong.
Filem 70-an dan 80-an lansung tv tak mau tayang, patut ada slot utk filem zaman ini kat tv.
suka Anita Dunia Ajaib, cerita-cerita Maria Arshad
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12
View full version: PERJANJIAN SYAITAN [1981]


ADVERTISEMENT