meerebus Publish time 1-1-2008 05:35 PM

Overhaul enjin wira 1.6 (M)

Salam perkenalan semua,
Saya masih baru di forum ini dan ingin bertukar pendapat dengan saudara2 di sini.

Untuk pengetahuan saya memiliki wira 1.6 xli(A) tahun 1997 1st hand, meter 305K.Saya telah kali kedua dengan menukar gearbox manual pada september 2006 setelah gear box automatic yang saya gunakan 'kong' pada tahun januari 2006.(pertukaran gearbox 1st time pada januari 2006). Baru 8 bulan menggunakan gearbox auto saya frust terus bertukar kepada manual pada september 2006 ini atas saranan mekanik. Baru-baru ini saya mengalami masalah enjin yg tiba-tiba mati di traffic light. Saya cuba start enjin, tapi gagal dan keluar asap putih di bahagian air filter.

Atas saranan mekanik saya diminta untuk menukar enjin atau membuat overhaul. Saya telah memilih pilihan kedua. Berikut adalah senarai barang yang telah ditukar oleh mekanik beserta harga.

1. Plug - RM 38.00
2.Oil Pump gasket - RM 15.00
3.Fly gear oil fuel (maaf jika tersalah ejaan) - RM 48.00
4.Minyak Hitam, oil filter coolant - RM 58.00
5.Aircond belt (x pasti sebab ditukar) - RM 38.00
6. 1 set piston ring - RM 138.00
7. 1 distributor oil ring - RM 10.00
8. 1 set piston rod bearing - RM 78.00
9. 2 set water stopper - RM 20.00
10.2 set water hose - RM 20.00
11. Timing belt, bearing, oli seal - RM 258.00
12. Left mounting - RM 58.00
13. Gear Oil - RM 30.00
14. 1 set stater (x pasti sbb ditukar..) - RM 155.00
15. 1 set drive shaft boosh (L) - RM 45.00
16. 1 set Wira 1.6 top gear gasket - RM 178.00
17. Timing gear - RM 68.00
18. Labor Cost - RM 580.00
TOTAL - RM 1835.00

Lepas 2 hari saya gunakan masalah timbul, dan kali ini mekanik minta tukar bateri berharga RM 215.00. So total adalah RM 2049.00. Saya baru bayar RM 1400.00.

Persoalan saya adalah jenis overhaul apakah yang dilakukan oleh mekanik??? sebab kalau overhaul kenapa piston tidak ditukar sekali.dan sekarang apabila ditrafik light atau jem, timing kereta saya akan turun.

Harap rakan - rakan dapat memberi pandangan dan nasihat kepada saya. Terima kasih..

waknin, JB

neotoxin Publish time 1-1-2008 06:32 PM

dia buat oberhol belah bawah je ke? Mcm takde usik bhgn head.

1. Plug - RM 38.00 <-- plug apa ni mahal bebenoo???

3.Fly gear oil fuel (maaf jika tersalah ejaan) - RM 48.00 <-- menatang ape ni?;Pbuleh terbang ke kalu guna ni? ada kaitan sedara ngan flywheel tak? Tp kalu flywheel, minyal/bahanapi apo pulak ni?:funk:

16. 1 set Wira 1.6 top gear gasket - RM 178.00 --> top gear gasket???:shakehead3:ada kitan ngan head gasket? kalu ye, apsal mahal sgt?

17. Timing gear - RM 68.00 <--- errr... ni TB repair kit ke? Adehh.. pening aku weh:lol:

- bateri apa sampai 215? 3 bulan lepas aku tukar MF battery 160 jek:shakehead3:
yg lenlain aku tak berani nk komen ;P

sedondon Publish time 1-1-2008 08:07 PM

aku pun pelik apa mekanik tu buat kat kereta ko?

sixfullbar Publish time 1-1-2008 08:55 PM

Reply #2 neotoxin's post

battery Century kot :o

satriastendet Publish time 1-1-2008 09:51 PM

Patutnya tukar enjin baru coz mileage dh tinggi (aku rasa laa). Cari mekanik lain lh bro

takumi86 Publish time 1-1-2008 11:57 PM

Reply #1 meerebus's post

apa masalah sebenar keter ni? over heat ke yg sampai kuar asap putih ni??
camne maintenance & penjagaan keter sebelum ni? :o

btw, aku rasa mekanik ko ni.. carik untungg nyer laa.. rekemen bateri sampai rm215??..:shakehead3:carik ler mekanik yg jujur dan pandai buat kerja kalau melibatkan major repair niii...

esprito193 Publish time 2-1-2008 12:02 AM

Originally posted by satriastendet at 1-1-2008 09:51 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Patutnya tukar enjin baru coz mileage dh tinggi (aku rasa laa). Cari mekanik lain lh bro
aku pakai Wira 1.5 sedan taon 99' mileage dah 315k...
kena tukor enjin baru eah?
bape kos dia??:$

takumi86 Publish time 2-1-2008 12:12 AM

Reply #7 esprito193's post

nak tukau enjin turbo 4g63 kee?..
a-z dlm rm10 kot .. lebey lanjut tanya atok fastt.... :lol:

esprito193 Publish time 2-1-2008 12:14 AM

Originally posted by takumi86 at 2-1-2008 12:12 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
nak tukau enjin turbo 4g63 kee?..
a-z dlm rm10 kot .. lebey lanjut tanya atok fastt.... :lol:
tak mao ar enjin turbo..aku bkan nak race pon..
RM10?? biaq btuiiii.....:$

neotoxin Publish time 2-1-2008 07:21 AM

Reply #9 esprito193's post

4G91 NA <-- paling murah kot
4G92 NA
4G92 MIVEC <-- recommended
4G93 NA <-- yg ni tak pasti la buleh lepas ke tak;P

meerebus Publish time 2-1-2008 07:29 AM

Tq.aku pikir pun malas nak setell payment. mekanik tu betul2 cekik darah.:@ :@
sib baik belum settel abis lagi.

Bell Publish time 2-1-2008 07:58 AM

Wira aku pun dah lebih 300,000 km. So far aku buat top-overhaul dan tukar throttle body ajer. The rest ok. Engine dan gearbox masih bagus. Engine kereta aku masih tip-top sebab aku sentiasa panaskan engine, waima pada pukul 2 ptg ketika matahari terik pun.

neotoxin Publish time 2-1-2008 09:04 AM

hmm.. mcm ada lagi yg tak kena

5.Aircond belt (x pasti sebab ditukar) - RM 38.00 <--- belting ekon nih kalu tak salah aku 15 hinggit je

11. Timing belt, bearing, oli seal - RM 258.00 <-- ni ori MMC ke sampai 258 inggit ni?

sedondon Publish time 2-1-2008 09:50 AM

Aku biasa kalau repair kereta, aku simpan semua resit2 repair tu dlm laci dashboard utk dibuat rujukan , senang. At least kita dah ada idea berapa harga yg hendak direpair tu. Ini petua aku laa....:D

sedondon Publish time 2-1-2008 09:53 AM

4G91 NA <-- paling murah kot
4G92 NA
4G92 MIVEC <-- recommended

boleh bagitau tak model mana yg pakai enjin ni, niat dihati nak tukar enjin. kalau boleh yg power, minyak jimat dan sparepart senang.;P

MIVEC tu sparepart ok ker? malas nak pakai terubok-terubok ni.

neotoxin Publish time 2-1-2008 10:16 AM

Reply #15 sedondon's post

model ape ek? Lancer lama2 tu ngan mirage/asti kot...

satriastendet Publish time 2-1-2008 10:46 AM

Suggest 4G91 or 4G92. Cost not more than rm5k. Ada wshop kt danau kota melayu blh buat.

mesomeone Publish time 2-1-2008 12:20 PM

mcm kena titik je nih.

ajis_kg Publish time 2-1-2008 12:24 PM

:loveliness: .. akupong   nak overhaul engin wira sedan 1.5.. agak2berapa kostersembunyik   ekkkk... ???????

meerebus Publish time 2-1-2008 02:00 PM

Reply #6 takumi86's post

Xsure nape lak jadi mcm tuh..
TQ 4 advice.
Pages: [1] 2
View full version: Overhaul enjin wira 1.6 (M)


ADVERTISEMENT