rowdiess Publish time 1-1-2008 11:45 AM

kisah hidup presiden iran..

Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad "Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?" Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa. Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu. Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ć…‹esar

yujin Publish time 1-1-2008 11:50 AM

jauh bezanya dgn rmh pemimpin kita kt malaysia kecuali tgna nielah pemimpin yg btl2 berjiwa rakyat

nik2121 Publish time 1-1-2008 11:50 AM

Semoga beliau dpt mencontohi Pak Lah ;P

anakcik Publish time 1-1-2008 11:55 AM

EM BAGU SNYE EKKK....PRESIDEN KITER PULAK MCMMANA EKK??

pulau_ilmu Publish time 1-1-2008 12:13 PM

korang kagum dgn ahmedinejad tapi korang lupa kita ada sorang pemimpin yg mcm ni kat malaysia... cuba teka siapa???

nik2121 Publish time 1-1-2008 12:16 PM

Reply #5 pulau_ilmu's post

Pak Lah..... ;P

aramella Publish time 1-1-2008 12:19 PM

wah salute aku pemimpin camnih

matamata Publish time 1-1-2008 12:21 PM

Duir negara gunakan untuk urusan negara, bkn utk kepentingan sendiri....jlmkan amanah dgn baik.

grimboy Publish time 1-1-2008 12:24 PM

presiden iran ni ngan us pon berani lawan..cakap depan2 je..satu dunia kagum kot

rowdiess Publish time 1-1-2008 12:28 PM

Reply #9 grimboy's post

ni la yg kte harapkn.
wtpe nk takot ngn us 2.
ahmadinejad - singa baru dunia Islam

zenslack Publish time 1-1-2008 12:33 PM

Syiah the best :lol:

ianho Publish time 1-1-2008 12:42 PM

Originally posted by zenslack at 1-1-2008 12:33 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Syiah the best :lol:
ambil yang baik dari karisma dan perbadinya dah lah

rani Publish time 1-1-2008 01:02 PM

Originally posted by pulau_ilmu at 1-1-2008 12:13 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
korang kagum dgn ahmedinejad tapi korang lupa kita ada sorang pemimpin yg mcm ni kat malaysia... cuba teka siapa???

nik aziz sorang je.

sdee77 Publish time 1-1-2008 01:14 PM

Originally posted by zenslack at 1-1-2008 12:33 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Syiah the best :lol:

mmg kita tau dia syiah namun tak salah kita mcontohi sikapnya yg baik... lebih baik mcontohi dia drp mencedok budaya barat yg jauh btentangan dengan islam

sdee77 Publish time 1-1-2008 01:16 PM

Originally posted by rani at 1-1-2008 01:02 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


nik aziz sorang je.

Yup TG Nik Aziz jk yg mirip n punya perwatakan yg hampir serupa...serba sederhana

umarmursyid Publish time 1-1-2008 05:38 PM

pemimpin contoh dunia...itulah pemimpin sebenar, menggunakan duit rakyat untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan peribadi dan kaum keluarga sahaja...

Nik aziz pun blh jadik salah satu contoh jgk...

ada thread tunjuk gambar rumah nik aziz...tp sedihnye ramai plk mod yg kutuk beliau dan rumah beliau...sepatutnya pemimpin sebeginilah yg kita cari dan perlukan bukannya dikutuk2...:(

umarmursyid Publish time 1-1-2008 05:41 PM

tiada masalah dgn syiah wpun pelik
ikut cara hidup negara masing2...asalkan tetap berniatkan kerana Allah swt

diana000 Publish time 2-1-2008 10:30 AM

masyaallah....semoga beliau sentiasa dilindungi dr musuh2 ALLAH.

elbandito Publish time 2-1-2008 01:34 PM

respek ngan pemimpin camnie!:)

agree ngan umarmursyid , klu kt messia TG nik aziz cth pemimpin yg zuhud

[ Last edited byelbandito at 2-1-2008 01:35 PM ]

rikiruj Publish time 2-1-2008 01:57 PM

Jangan cerita pasal Pak Lah dulu... member of parliament (hint.. abang Zek kita), pun dah bole duduk istana 5 tingkat dgn olympic size swimming pool... tapi kesian, sebesar2 rumah/istana.. terlupa jugak nak buat tempat ambik sembahyang yang proper, kena jugak ambik kat singki..
Pages: [1] 2 3
View full version: kisah hidup presiden iran..


ADVERTISEMENT