Sajak Marah
Aku sekarang sedang marahdan menjadi mangsalah sajak ini dek kemarahanku
dan aku akan mencari frasa, kalimat, kekata busuk
untukku luahkan amarah ini
aku benci
aku dendam
aku amat meluat
begitu menyampah sekali
memang gila!
dan si-a-l
dan memang dasar si-a-lan
memang layak ditampar!
bangsat
mampus!
ahhhhhhh... tiada gunanya!
tiada gunanya marah dalam sajak ini
bukan pun ada yang mengerti
fikiranku nan kusut teracun bara yang telah diapikan ini
gara-gara marah yang terpanggil
fikiran pun hampir meledak
tiada ketenangan
dan bodohnya
sang setan pasti tertawa sekarang!:@
[ Last edited byNaru at 30-12-2007 03:05 PM ] takut la baca sajak ko ni... bawak2 mengucap..... uihhh serammmmm:funk:
marah yg amat ni Naru...sabaa sabaa..pi amek wudhuk yerr:loveliness:
nak kene join sajak marah ke ni ek?
hmm nak kene karang la sat:P Originally posted by Naru at 29-12-2007 12:36 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Aku sekarang sedang marah
dan menjadi mangsalah sajak ini dek kemarahanku
dan aku akan mencari frasa, kalimat, kekata busuk
untukku luahkan amarah ini
aku benci
aku dendam
ak ...
Aku pun kadang-kadang marah
benci dan dendam berbaur
sukar kumuntahkan
yang terluah airmata cuma
sesak bercerita, pada diri dan rasa
pun hati tetap amarah
pada semua yang nista
Aku pun kadang-kadang marah
tapi puisiku buat diriku tenang
di sini kuluahkan rasa.
~ hi naru...... xbek marah2... nnti uban makin memutih...:)
Reply #5 indah1285's post
:P .............. hi indah.........dah ok dah...
sajak cuma pnawar duka......
Reply #6 Naru's post
:) :) :) :) :)kalau kau marah
aku sudi mendengar
luahkan saja ketika aku marah, aku sedar
tatkala aku nak naik darah, aku sejuk
disaat aku hilang pertimbangan, idea dtg
dan kini..
aku bahagia..
takde marah2 lagi..
kecuali bila anak aku buat sepah..
sekian.. :loveliness:
M A R A H
Setiap detik dan masadia bertandang mencari peluang
marah!
marah!
dan marah!
menghasut tenangan
membakar damaian hati
mendidihkan kesabaran
menjadikannya wap-wap keresahan
yang berselerakkan di atas kata-kata
meruncing.
Di daerah nafsu itu
kesalan dan kecemburuan
akan cuba menorah-noreh soalan niat
akan mencakar-cakar dengan keegoan
terus membenci
berdendam.
Geram kesumat
tak akan jemu menghasut
menyinggung kebaikan
menghancurkan keindahan budi
melayan kepuasan demi kepuasan
yang tercapai bila amarah.
Oh marah!
yang hidup di alam keliaran
sukar dijinakkan
dengan iman setitis
dan secebis kesabaran
dia akan tetap berkuasa
di mahligai nafsu hati manusia. Originally posted by Naru at 27-1-2008 01:33 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Setiap detik dan masa
dia bertandang mencari peluang
marah!
marah!
dan marah!
menghasut tenangan
membakar damaian hati
mendidihkan kesabaran
menjadikannya wap-wap keresahan
yang berseler ...
Agak menyentuh emosi dan perasaan agak terasa. Well done! Originally posted by Naru at 29-12-2007 12:36 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Aku sekarang sedang marah
dan menjadi mangsalah sajak ini dek kemarahanku
dan aku akan mencari frasa, kalimat, kekata busuk
untukku luahkan amarah ini
aku benci
aku dendam
ak ...
Wow agak dipenuhi emosi tanpa cuai terhadap nilai estetik penulisan. yg ni wa buat ketika wa kuciwa..adehhh:L
cinta itu sebenarnya buta...
cinta itu sebenarnya tidak bermata..
cinta itu sebenarnya hanya sementara..
cinta itu sebenarnya tuli...
cinta itu sebenarnya kehancoran..
cinta itu sebenar hanya nafsu...
cinta itu sebenarnya hanya mainan semata..
cinta itu sebenarnya omongan...
cinta itu sebenar tidak pasti..
cinta itu sebenarnya dusta..
cinta itu sebenarnya kebencian..
cinta itu sebenarnya banyak keraguan..
cinta itu sebenarnya amat membosankan...
cinta itu sebenarnya adalah penipuan..
cinta itu sebenarnya kesakitan...
cinta itu sebenarnya amat menyakitkan.........kesalku pada cinta..
cinta pada DIA yang kekal abadi.....
Pages:
[1]