fleurzsa Publish time 20-12-2007 07:14 PM

Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Salam,

Apa pandangan u all tentang DSD Rais?

IMO

Sebagai Menteri KeKKWa, nampak beliau amat perihatin tentang kesenian dan kebudayaan.

fleurzsa Publish time 20-12-2007 07:21 PM

Berbakat juga dlm menulis senikata

Malaysiaku Gemilang

Gravedigger Publish time 21-12-2007 10:35 PM

Originally posted by fleurzsa at 20-12-2007 07:14 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Salam,

Apa pandangan u all tentang DSD Rais?

IMO

Sebagai Menteri KeKKWa, nampak beliau amat perihatin tentang kesenian dan kebudayaan.

Apabila orang politik bercakap tentang seni dan kebudayaan, itu bermaksud undilah dia di pilihanraya akan datang nanti. Seni itu dijadikan sebagai alat untuk kepentingan politik dia.
Lebih elok kalau orang seni sendiri yang menceburi politik dan mereka lah yang ada authoriti untuk bercakap tentangnya...spt. Jins Shamsuddin, Usman Awang errr siapa lagi yer??

fleurzsa Publish time 24-12-2007 05:28 PM

Reply #3 Gravedigger's post

Isteri beliau Datin Seri Masnah memang org seni

Dulu masa ahli akademik, Tan Sri Dato' Seri Musa jadi Menteri Pelajaran, mcm tak bergerak je.Bila org politik jadi Menteri Pelajaran baru nampak ada anjakan pradigma walau pun mcm try n error.

captain_scubby Publish time 27-12-2007 09:58 AM

suke dgr dia bagi ucapan...... aku dpt dgr dgn jelas dan setiap ucapan yg diberikan ada isi dan idea serta fakta yg bernas...... tk mcm politician yg lain.......

Gravedigger Publish time 2-1-2008 10:18 PM

Originally posted by fleurzsa at 24-12-2007 05:28 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Isteri beliau Datin Seri Masnah memang org seni

Dulu masa ahli akademik, Tan Sri Dato' Seri Musa jadi Menteri Pelajaran, mcm tak bergerak je.Bila org politik jadi Menteri Pelajaran baru namp ...

Jika isterinya seorang seni maka no problem sebab ada orang yang boleh menegurnya hal2 yang berkaitan seni.

Anyway.....TSD Seri Musa bukanlah seorang tokoh pendidik yang terkenal dalam pendidikan so masa dia jadi menteri pendidikan takder apa yang boleh diharapkan melainkan jadi tukang angguk kepada politician yang lain. Mungkin jika ambil tokoh2 pendidik seperti Prof Ungku Aziz, Awang Sariyan, Ibrahim Bajuneid dsbnya maka tentu banyak idea yang boleh mereka berikan.
Pages: [1]
View full version: Datuk Seri Dr Rais Yatim.


ADVERTISEMENT