Syd Publish time 4-12-2007 08:41 PM

Adik menteri tu kantoi dadah

Adik Menteri direman kes dadah
04-12-2007 02:16:15 PM
BENTONG: Adik kepada seorang menteri kabinet direman sehari hari ini bagi membantu siasatan polis berhubung kes memiliki dadah.
Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi menetapkan tempoh itu terhadap ahli perniagaan berusia 43 tahun itu bersama seorang rakannya berusia 40 tahun.

Kedua-dua lelaki itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Perting, Bentong, pada 1 tengah hari semalam kerana disyaki memiliki dadah ketamin dianggarkan seberat 1 gram dan dua paket plastik mengandungi serbuk kristal dipercayai syabu seberat 2 gram.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Pahang, Supt Baljeet Singh, ketika ditemui pemberita di Kuantan, mengesahkan kejadian itu.

BERNAMA


Syd Publish time 4-12-2007 08:45 PM

Adik Chan Kong Choy

Kilokahn Publish time 4-12-2007 08:57 PM

Haritu adik Noh Omar kantoi kat KK. Member aku jadi lawyer dia.

estnee Publish time 4-12-2007 09:00 PM

iye ker????:shakehead3: :shakehead3: :shakehead3:

Syd Publish time 4-12-2007 09:03 PM

aku rasa
mcm nak buat thread

adik2 menteri & VVIP yang tak semenggah

hehehe jadik sampah

:lol:

kelanci Publish time 4-12-2007 09:05 PM

haah berite td haih vvip plak senang kaver

myohmy Publish time 4-12-2007 09:07 PM

pulak dah...kita tgk pe kan jd

luvly_eone Publish time 4-12-2007 09:18 PM

Originally posted by Syd at 4-12-2007 09:03 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
aku rasa
mcm nak buat thread

adik2 menteri & VVIP yang tak semenggah

hehehe jadik sampah

:lol:

adik2 menteri & VVIP je ker... yg menteri2 tuh... 2 X 5 = 5 X 2 :mad::mad::mad:

genUmi Publish time 4-12-2007 09:39 PM

Reply #5 Syd's post

aku sokong ngan mengangkat kedua2 tangan dan kaki ku ini

kukulangau Publish time 4-12-2007 10:02 PM

dalam tv tadi depa blur kan muka dia
nampak body cam segak orangnya
sapa ada gambar?

songan_jr Publish time 5-12-2007 11:04 AM

kompomed (confirmed) adik menteri pengangkutan

adham Publish time 5-12-2007 02:15 PM

sebab ler masalah dadah ni tak settle settle ..player dia adik adik menteri....emmm Malaysia Malaysia, apa nak jadi Tanahairku ini?:'(

yellowfish Publish time 5-12-2007 02:22 PM

dadah la plokk...

[ Last edited byyellowfish at 5-12-2007 02:24 PM ]

pruep3 Publish time 5-12-2007 05:30 PM

ye la,adik menteri pengangkutan

ShinySTAR Publish time 5-12-2007 09:12 PM

adik menteri pengangkutan ek? kabel bagus ni. senang la bawak barang masuk.

joyahglam Publish time 6-12-2007 08:34 AM

Reply #12 adham's post

tue la pasal, yg edarnya golongan vvip
yg tukang isap dadahnya anak2 org biasa
pastu kalau org biasa..media aibkan satu mesia tawu dia penagih
tp tang vvip siap di blurkan muka..chisss!!:@ :@

joyahglam Publish time 6-12-2007 08:36 AM

Reply #2 Syd's post

Syd..
da confirmkan adik CKC??
TV3 hanya mention adik kepada menteri..
mula2 ingat adik noh omar..

Syd Publish time 6-12-2007 09:11 AM

adik si noh tu
yang kes kat KK tu
dah berzaman dah

ni cina nih baru kena sehari dua nih

Syd Publish time 6-12-2007 09:12 AM

Reply #10 kukulangau's post

muka takde

ketet ada

;P


http://www.utusan.com.my/pix/2007/1206/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_01_big.jpg
CHAN Kwong Loy (kanan) dan Liang Tat Cheong didakwa miliki dadah di Mahkamah Majistret Bentong, semalam.

Syd Publish time 6-12-2007 09:12 AM

Adik VIP mengaku tidak salah miliki dadah



BENTONG 5 Dis.
Pages: [1] 2
View full version: Adik menteri tu kantoi dadah


ADVERTISEMENT