adik_Salina Publish time 2-12-2007 03:18 PM

Bagai melepas anjing tersepit

http://www.hmetro.com.my/Current ... /Article/index_html


Bagai melepas anjing tersepit
Oleh AHMAD OTHMAN


KOTA TINGGI: Keikhlasan seorang kerabat diraja membantu sepasang suami isteri dan enam anaknya yang merempat di sebuah masjid di Gelang Patah ketika Ramadan lalu dengan memberikan mereka pekerjaan di sebuah pusat peranginan, di sini, rupa-rupanya seperti melepaskan anjing tersepit.

Ini kerana pasangan itu sanggup mencuri pelbagai barang kemas bernilai kira-kira RM40,000 milik kerabat Diraja yang juga pengusaha resort terbabit, selain melarikan sebuah kereta Proton Wira berwarna perak milik pengurus resort sama, baru-baru ini.

Pengurus Sedili Country Resort, Abdul Hamid Othman, berkata pada hari ke-10 Ramadan lalu, penduduk di Gelang Patah, Johor Bahru, bersimpati terhadap satu keluarga yang merempat di masjid kampung itu dan seorang kenalan kerabat diraja berkenaan mencadangkan beliau membantu keluarga malang terbabit.

Katanya, Tunku setuju membantu keluarga itu dan meminta mereka dihantar ke Sedili Kecil, di sini, dan diberi tempat tinggal, pakaian serta pekerjaan.


Menurutnya, lelaki itu hanya dikenali sebagai Salleh mendakwa pernah bekerja sebagai konduktor bas manakala isterinya dikenali sebagai Sahara Kasiman.

揚asangan itu mempunyai enam anak berusia sembilan bulan hingga 10 tahun, termasuk sepasang kembar lelaki 18 bulan. Si isteri petah bercakap sementara suaminya pendiam dan hanya menurut kata isterinya saja yang mendakwa mereka dihalau keluar dari rumah mentuanya di Segamat dan sedang mencari tempat tinggal dan pekerjaan.

揔etika dibawa ke resort ini mereka sehelai sepinggang dan hanya membawa beg kertas manakala anak sulungnya tidak lagi bersekolah,

onizuka86 Publish time 2-12-2007 03:39 PM

panjangnyer...malasnyer baca

dilaOHdila Publish time 2-12-2007 03:56 PM

dah dibela elokelok...jadi macam tu pulaknya:$ :loveliness:

j03zul Publish time 2-12-2007 04:24 PM

Originally posted by dilaOHdila at 2-12-2007 03:56 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
dah dibela elokelok...jadi macam tu pulaknya:$ :loveliness:


ape la dia nie, org dahtolong, lagi nak ambik kesempatan.. ape punya manusia la dia nie.... :@ :@ :@ :@

ianho Publish time 2-12-2007 04:29 PM

manusia . . . manusia

orangebear Publish time 2-12-2007 04:46 PM

tak sedar diuntung.orang dah tolong bagi taik pulak..:@ :@ :@

Super.Mod Publish time 2-12-2007 04:47 PM

kucing juga ada tersepit:lol:

Super.Mod Publish time 2-12-2007 04:47 PM

panjang lah citer nyeer

MsCinderella Publish time 2-12-2007 04:52 PM

ambik kesempatan la tu....saja ja buat2 susah...walhal ada agenda tertentu

genUmi Publish time 2-12-2007 07:31 PM

ini macam punya olang lagi hina

dari itu hanjing tercepit:@ :@

almari_buruk Publish time 6-12-2007 11:32 AM

ish ish
tapi aku salute betul dgn tunku tu.. sapa agaknya:shakehead3:

mariamaria Publish time 6-12-2007 01:38 PM

ni dah macam buaya tersepit. kita lepaskan dia, dia baham kita. kalau anjing gigit kita, boleh jugak kita sepak2. :mad:

sejuknya Publish time 6-12-2007 01:51 PM

besok2, bila anak2 jadi hantu, jgn kata pengaruh kawan2 atau pengaruh masyarkat sekeliling
tapi tengok pada diri sendiri dulu
halal ke tidak apa yg dibagi makan pada anak2

anak paling kecik usia 9 bulan, ada lagi kembar usia 18 bulan.tak rehat ke lepas beranak? :shakehead3:

benci sungguh aku dgn orang tak kenang budi camni :mad:

kuchenta_81 Publish time 6-12-2007 02:11 PM

wah, siap urut urut lagi tuh :lol:

kokocrunch Publish time 6-12-2007 02:39 PM

macam2 manusia zaman sekrg nie...buat baik pun kena tipu:shakehead3:

zeetacunn Publish time 6-12-2007 03:04 PM

lepas nih merempat lagilah orang tu....... inilah perangai sesetengah orang, dah di tolong buat macam nih, tak tolong lain ceritalak yang keluar....

Maid_fr_Venus Publish time 6-12-2007 03:18 PM

Reply #14 kuchenta_81's post

hahah mula2 aku confuse jugek tang bab urut2 nieh

then bila pengurus tu ckp cincin gelang tunku tu hilang so aku assume tunku nie pompuan.. so tu pasal si sara nie p urut2 :lol:

kuchenta_81 Publish time 6-12-2007 03:23 PM

Originally posted by Maid_fr_Venus at 6-12-2007 03:18 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
hahah mula2 aku confuse jugek tang bab urut2 nieh

then bila pengurus tu ckp cincin gelang tunku tu hilang so aku assume tunku nie pompuan.. so tu pasal si sara nie p urut2 :lol:


weh, ado gak oghe jate pake emah nih :lol:

dreamy_forest Publish time 18-1-2008 04:50 PM

mcm2 hal....ni ler buat public takut nak tolong ni.

ukaya Publish time 18-1-2008 05:26 PM

org dah tolong... di balas mcm tu plak...
apa la punya manusia..
:mad:
Pages: [1] 2
View full version: Bagai melepas anjing tersepit


ADVERTISEMENT