Watcher Publish time 28-11-2007 08:31 AM

Ahli Parlimen Dicerai Kerana Berduaan Dengan Ahli Parlimen?

Copy n paste ... if not appropriate, boley la delete it out ye ...
___________________
___________________
___________________
______

SEWAKTU makan malam dengan beberapa orang rakan sekejap tadi di sebuah restoran Cina di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ada berita yang memeranjatkan terlontar dari mulut seorang rakan bergelar datuk. Berita itu ialah mengenai seorang ahli parlimen perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya.

Perkara cerai berai ini tidak pelik sebenarnya, ia sesuatu yang biasa dan berlaku di mana-mana saja di dunia ini.

Tetapi apa yang mengejutkan dan hendak dicitrakan ialah bagaimana perbuatan halal yang dikutuk Allah itu boleh berlaku terhadap ahli parlimen berkenaan. Kalau sebab musabab perceraian itu terjadi secara normal tidak menjadi kemusykilan, tetapi ini berlaku secara mengaibkan.

Percerai itu dikatakan terjadi apabila si suami ahli Parlimen berkenaan tidak boleh menerima perbuatan tidak senonoh isterinya itu yang berada dalam sebuah bilik di hotel dengan seorang lelaki. Kalau kejadian itu berlaku pukul 9:00 atau 10:00 malam tidak menjadi masalah, mungkin mereka ada urusan atau kerja lain yang perlu dibresai bersama. Tetapi yang menimbulkan masalah ianya berlaku jam 4:00 pagi.

Sekali lagi bagi saya keadaan itu tidak pelik dan anih. Biasa hal-hal demikian berlaku dalam dunia politik. Soal berada dalam sebuah bilik di hotel atau tidur di hotel tidak asing. Bahkan ada juga perbuatan yang agak sumbang daripada itu apabila ada wakil rakyat yang sembunyi isteri mudanya di apartement atau hotel.

Lantaran itu sama sekali mengenai ahli parlimen wanita itu berada di dalam sebuah bilik jam 4:00 pagi bersama seorang lelaki lain sedikit pun tidak menghairankan. Namun apa yang menyebabkan saya terkejut ialah apabila datuk berkenaan menceritakan lelaki itu juga ialah seorang ahli parlimen.

Mendengar itu saya nmenggeleng kepala. Minda saya tidak mudah untuk menerimanya kerana ia satu perbuatan yang dikira tidak masuk akal. Apa lagi lelaki ahli parlimen itu saya cukup kenal dengannya. Pernah becakap di lobby parlimen. Memang dia seoraang yang kacak dan makan tilik. Kalau perempuan gatal melihatnya memang terus jatuh hati padanya.

Wajahnya lemah lembut dan mempunyai sepasang mata yang kuyup. Mata seperti itu kalau merenung perempuan boleh menyebabkan hati dan jantung hancur luluh. Kalau benar, ia sungguh tidak sangka, bak kata orang tua silap jangka pada sangka.

Dia ini sudah pun beristeri dan mempunyai beberapa orang anak, Seorang anak lelakinya kalau disebut nama semua orang akan kenal sebab dia pernah muncul dalam rancangan realiti di televisyen tempatan.

Apabila mendengar itu saya tidak puas hati dan menyanyai datuk berkenaan. Beliau terus menegaskan berkali-kali, apa yang diceritakan itu benar.

"Betulkah datuk?" tekan saya.

"Betul... banyak orang dah tahu, mungkin awak sahaja yang lambat atau nak sembunyikan sebab awak kenal dia," kata datuk itu mempertahankan maklumat yang diberikannya.

Selepas beberapa kali inginkan kepastian dan datuk itu tetap dengan ceritanya itu saya hanya diam. Makan malam tadi sedikit terganggu. Sepanjang makan wajah wakil rakyat itu terbayang di ruang mata. Demikian juga wajah ahli parlimen perempuan itu juga datang menyemak dalam ruang mata.

Saya juga pernah bertemu dengan wakil rakyat berkenaan dalam satu majlis pada bulan Muharram lalu di sebuah taman perumahan di Ampang. Memang kalau lihat kepada gaya ahli parlimen itu berpotensi dan ada bakat kalau beliau dikatakan berada dalam sebuah bilik dengan lelaki lain.

Cara dia berpakaian, bercakap dan geletahnya boleh menarik geram mana-mana lelaki sihat. Walaupun sudah tua dan mempunyai sebilangan anak, namun statusnya sebagi wakil rakyat itu sedikit sebanyak boleh membuka selera orang yang berhajat untuk mendekatinya. Minyak wangi yang dipakainya juga sungguh memancung deria bau.

Kesimpulannya sekiranya benar cerita dan maklumat yang diberi tahu oleh rakan saya tadi, maka wajar dan tepatlah kalau suaminya mengambil keputusan memberi taklik cerai kepadanya. Sebagai lelaki dan seorang suami, si suami wakil rakyat itu perlu menjaga maruah diri dan kelelakiannya.

___________________
___________________
___________________
______

Dunia politik ngan dunia hiburan --- mcm2 hal buleh jadi kalo x kuat Iman
godaan n ujian lagi kuat dari dunia biasa ..   :)

auntie_girl Publish time 28-11-2007 08:35 AM

huhu....

tak reti nak komen:funk:

Mas916 Publish time 28-11-2007 08:38 AM

ni yg bercerai talak 3 tu ker?

IDB Publish time 28-11-2007 08:49 AM

Reply #3 Mas916's post

agaknya lah ya?

Stila_77 Publish time 28-11-2007 08:52 AM

sapa ni... bagitau la... saya ni buta politik...

rianz Publish time 28-11-2007 08:55 AM

rs yg cerai talak 3 tu kot..
yg kuar media last wk..

nour2001 Publish time 28-11-2007 08:58 AM

ahli politik tu anak dia ada masuk program realiti tv?..Akedmi fantasia kan..

yg pempuan tu pulak laki dia baru cerai talak 3..masuk paper baru2 ni..ye ke?:$

maria_meena Publish time 28-11-2007 08:58 AM

sapa ahli parlimen lelaki tu, bapa dafi ke?

BeskotCekelat Publish time 28-11-2007 09:04 AM

Yang ni ker? :o
_________________________________________

Cerai talak tiga YB Ampang sah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengesahkan cerai talak tiga terhadap Ahli Parlimen Ampang, Dr Rozaidah Talib.

Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin memutuskan sebagai sah, talak tiga kali yang diucap bekas suaminya, Radzmi Othman di rumah mereka di A M-26, Jalan Bakubang Dua, Taman Setapak di sini, pada 8 Julai lalu.

Berikutan itu, Mohd Yunus memerintahkan tempoh edah selama tiga suci bermula tarikh berkenaan.

Dalam keputusannya, Mohd Yunus menasihatkan supaya pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan rayuan dan tidak mengeluarkan sebarang komen kepada media.

"Saya membuat keputusan ini berdasarkan hujah kedua-dua pihak, kes duluan, nas undang-undang serta pandangan mazhab berhubung isu talak.

Rozaidah hadir di mahkamah bersama peguam masing-masing, Ahmad Nazib Johan dan Zaini Zainol, serta lima anak mereka.

Pasangan itu bernikah pada 30 Januari 1988 dan mempunyai lima anak berusia tujuh hingga 19 tahun.

Sumber:
Berita Harian Online 27/11/07

smeetasmitten Publish time 28-11-2007 09:09 AM

bapak dafi ke?

hippo_gurl Publish time 28-11-2007 09:10 AM

rase nya bapa dafi ar...kan mata bapa dafi tu kuyup jer....sapa lagi anak yb masuk program realitu

alamaktuan Publish time 28-11-2007 09:15 AM

sapa yang cerai? bapa dafi or perempuan tu?

info dafi
Nama Penuh : GADAFFI BIN ISMAIL SABRI
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : PETALING JAYA, SELANGOR

nour2001 Publish time 28-11-2007 09:16 AM

Reply #12 alamaktuan's post

yg cerai ahli parlimen perempuan tu...

[ Last edited bynour2001 at 28-11-2007 09:31 AM ]

kebayaketat Publish time 28-11-2007 09:19 AM

Rasanya bapa DAFI... Ahli Parlimen kat negeri koi la tu...

tteja Publish time 28-11-2007 10:15 AM

dr rozaidah nih ker yg gmbr dalam bilik hotel pakai bathrobe yg heboh tahun lepas?

kalau betul dalam pic tu, that guy bkn bapak dafi ...

Mas916 Publish time 28-11-2007 10:20 AM

kalau betul yg cerai talak 3..mmg patut la dia bg 3 terus.....kes nusyuz ni...

cutebaby5907 Publish time 28-11-2007 10:45 AM

Na'uzubillahiminzalik....
aku takut nak komen...:funk: :funk: :funk: :funk: :funk: :funk:

noraidil_06 Publish time 28-11-2007 10:49 AM

Reply #15 tteja's post

bkn.tu senator ape ntah

numbwings Publish time 28-11-2007 11:47 AM

dr rozaidah ni jirannya aku dulu...tp tk thn psl mak aku asyik duk teguq dia mcm2 (hal2 agama) maka dia pun pindah duk kt ampang.masa duk berjiran ngan aku tuh..dia dr gigi...bila jd ahli parlimen ni.....tk sangka lak jd camni..nauzuibillah.....nk gak tgk muka wakil rakyat yg korang duk ckp2 tuh..konon2 bapak nya si D

leotazz818 Publish time 28-11-2007 12:25 PM

bapak dafi ker? biar btol.. sape leh konfem?
kang sia2 jer fitnah org x bersalah..:o
Pages: [1] 2 3
View full version: Ahli Parlimen Dicerai Kerana Berduaan Dengan Ahli Parlimen?


ADVERTISEMENT