fleurzsa Publish time 27-11-2007 08:52 PM

Boneka

Salam

Membuat boneka adalah salah satu aktiviti seni.

I ada pics boneka hasil kerja my students.Ada masa I paste kat sini. InsyaAllah.

fleurzsa Publish time 27-11-2007 08:54 PM

Boneka rangsang komunikasi, kreativiti kanak-kanak

Oleh Halina Mohd Noor

Juha Laukkanen guna kemahiran bercerita, gerakan anak patung sampaikan mesej positif menerusi teater

JUHA Laukkanen seperti seorang budak kecil yang bermain di dalam dunianya sendiri. Sambil bercerita mengenai Clara dengan patung pemecah kacang yang diterimanya sebagai hadiah Krismas, tangan Juha sibuk memegang sambil menggerak-gerakan boneka pelbagai rupa yang tersusun di depannya.

Ada yang berbentuk tikus, pokok krismas, patung gadis bernama Clara yang memakai gaun putih kembang dan putera raja daripada kerajaan alam permainan. Sambil memegang putera raja di tangan kiri dan raja tikus, Juha menunjukkan aksi pertarungan yang berlaku antara putera raja dan raja tikus.



Gelagat Juha dengan patungnya menarik perhatian lebih 30 kanak-kanak tadika Islam Al-Hidayah di Sabak Bernam, baru-baru ini sempena kunjungannya ke Malaysia.

Sebaik tamat persembahan selama sejam, kanak-kanak ini masih enggan beranjak dari tempat duduk masing-masing. Malah, apabila Juha bangun, mereka terus menyerbu ke meja untuk melihat patung berkenaan secara dekat. Apa yang jelas, persembahan boneka oleh Juha benar-benar memikat hati kanak-kanak ini. Ia bagaikan kisah dongeng yang dapat dilihat secara realiti.

Wajah Juha kelihatan puas kerana dapat menggembirakan kanak-kanak kecil yang tersenyum dan bertepuk tangan apabila mendengar ceritanya. Itulah tugas Juha sebagai Pemain Boneka.

fleurzsa Publish time 27-11-2007 08:57 PM

http://www.bharian.com.my/Monday/Citra/20071126080428/mainpix
ASYIK: Juha mempersembahkan teater boneka di depan kanak-kanak tadika Al Hidayah di Sabak Bernam, baru-baru ini.

miss_mira Publish time 27-11-2007 09:12 PM

not bad...............
Pages: [1]
View full version: Boneka


ADVERTISEMENT