fleurzsa Publish time 27-11-2007 08:37 PM

Fantasi kanak-kanak dalam Aladdin

Salam

Oleh Norliza Mohamad Zakaria
http://www.utusan.com.my/pix/2007/1126/Utusan_Malaysia/Sastera/sa_01_big.jpg
Timbalan Ketua Pengarah (Artistik) Istana Budaya (barisan belakang, tengah) barisan penggerak utama Teater Kanak-kanak Aladdin dan sebahagian pelakon teater tersebut pada sidang media Teater Kanak-kanak Aladdin di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

SEMEMANGNYA kanak-kanak begitu sinonim dengan dunia fantasi apatah lagi kedua-duanya bagaikan tidak boleh dipisahkan. Fantasi tercipta apabila mereka mula berkhayal tentang sesuatu yang menarik dan begitu mengujakan.

Malah cerita-cerita fantasi misalnya, bagaikan tidak pernah lekang dari bibir mereka. Watak-watak yang sering diketengahkan dalam karya-karya fantasi termasuklah karakter sang puteri yang jelita, putera raja yang gagah berani, ahli sihir yang seringkali menimbulkan kekecohan dan tentunya pari-pari yang sentiasa memberikan pertolongan.

Sehubungan itu, sempena musim cuti sekolah ini, Istana Budaya dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan (Kekkwa), sekali lagi membawakan Teater Kanak-kanak Aladdin yang akan mula dipersembahkan pada 11 hingga 18 Disember ini.

Aladdin merupakan projek terbaru pihak Istana Budaya dan juga merupakan teater kanak-kanak ketiga selepas kejayaan teater kanak-kanak Siti Di Alam Fantasi pada tahun 2000 dan Ali Baba pada tahun lalu.
Karya arahan Norzizi Zulkafli (aktivis teater) menghimpun seramai 60 pelakon kanak-kanak yang berusia antara lingkungan enam hingga 12 tahun. Turut menjayakan karya tersebut ialah pelakon dan pengarah Erma Fatimah dan penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail.

fleurzsa Publish time 27-11-2007 08:38 PM

Seperti cerita-cerita Aladdin yang diketahui umum, selain watak utama Aladdin karya Norzizi ini turut mengekalkan watak puteri raja iaitu Puteri Jasmin yang sentiasa mempunyai sikap ingin tahu tentang dunia luar.

Norzizi yang ditemui pada sidang media Teater Kanak-kanak Aladdin di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu terdapat beberapa kelainan yang akan ditampilkan dalam karya arahannya kali ini.

Kelainan

긔ebiasaannya, watak ahli sihir adalah lelaki tetapi kali ini kami bawakan ahli sihir wanita untuk memberikan kelainan dan impak yang berbeza,

fleurzsa Publish time 27-11-2007 08:39 PM

Jom tonton bersama2...
Pages: [1]
View full version: Fantasi kanak-kanak dalam Aladdin


ADVERTISEMENT