seribulan Publish time 17-11-2007 12:06 PM

apa perlunya 'ETIQUETTE'?

Jika anda terdampar di pulau terpencil bolehlah berperangai sesuka hati kerana tiada orang yang perlu diambil kira di sekeliling anda kecuali diri sendiri. Tetapi sejauh mana etika ini memberi impak kepada perlakuan anda dan tingkah laku anda di kalangan pelbagai lapisan, golongan dan hubungan sesama manusia?

sibel Publish time 17-11-2007 12:21 PM

Reply #1 seribulan's post

ko kene tengok citer tom hank tu .. ape tak citer tu tak ingat arr ...

btw ko buat kenyataan yang kontradiktori ...
atau terdapat kontradiksi di dalam pernyataan ko ...

pertama terdampar kat pulau .. xde sape
lepas tu ko tanya la pulak sama ada perlakuan tu memberi impak kepada entiti lain..

seorang .. tetapi tidak seorang?
leh terangkan cikgu?

seribulan Publish time 17-11-2007 12:31 PM

Reply #2 sibel's post

apa pula kontradiksinya...nih lama tak gaduh ek...:P


ada dua situasi tu...yg pertama ceritakan hidup di pulau...tak perlu
jaga tingkahlaku...tak ada siapa keliling...cam Nasha Aziz terkena tu...
rupa-rupanya tiada erti anda seorang kecuali di pulau terpencil macam
Robinson Crusoe tu...yg ala-ala filem Tom Hanks tu...

ayat seterusnya tu kait terus ke tajuk...ETIQUETTE...yg ada bila hidup
bermasyarakat...bukan seorang...di kalangan pelbagai lapisan, golongan dan hubungan sesama manusia...comprende?:D

my-alja Publish time 17-11-2007 01:26 PM

heheheh...ye lah bulan..agaknya sebab semuanya dlm satu perenggan...rasa cam contradict;P

my-alja Publish time 17-11-2007 01:27 PM

setahu saya, etika nie wujud bila peradaban manusia tu wujud...maksudnya bila manusia belajar utk hidup bersama dgn nilai2 yg dipegang bersama...

kalo dah hidup sendiri, peduli apa dgn etika

ajinomotonosuga Publish time 17-11-2007 01:35 PM

di katakan ego cuma ada or idup bila ada 'another person orhuman being'

sebab itu solitude tu bagus

saya berpendapat conscience tu radar dalaman or auto mekanisma dalaman, bertindak subsconsciously samada sesuatu di lakukan 'baik' or 'buruk' according so self dan bukan according to rasional mind

contoh kalo dalam society, ada manusia lain, walo lapar kita takkan curi makanan manusia lain, itu etika buruk

now, katakan u terdampar di pulau, perut lapar, tetiba jalan2 carik makanan u jumpa depan u nasik biryani siap ada air seme, macam makanan tu disediakan untuk manusia ..or misalkan u lapar dan jumpa pokok pisang ranum berbuah

so now macam mana? apa etika tu now?

etika is a principal just like other principal, di kuat kan dengan ACTION accordingly.

saya berpendapat etika ialah nemesis ego..musuh pada ego. etika menyedarkan wujud hak kejadian LAIN manakala ego mengingatkan hak dan kepentingan tuan badan.

sekali pun tiada manusia lain di pulau, tetap ada KEJADIAN lain, samada nampak or tidak nampak even semut atas tanah.

apa yang nabi sulaiman a.s. buat, suruh tentera dia turun dari kuda dan pimpin baik2 supaya kuda2 tu dan depa tak pijak semut di atas tanah..itu ETIKA MANUSIA mulia.Lawan nya ego..aku kuat, aku berkuasa, aku ada kuda besar, ko kecik..nasib ko lah mati cam tuh..ketidakpedulian kejadian lain.

dalam masarakat demi untuk bantu etika menentang ego maka kita adakan undang2 malah tuhan turunkan undang2 sewajarnya di ikuti.

etika ialah pelajaran mengenai setiap kita tidak sama apa pun. hormati hak budaya kepercayaan pilihan cita rasa orang lain kejadian lain. masuk kandang kerbau menguakk..masuk kandang kambing mengembekk..itu etika. Masuk kandang kambing kaa lembu kaa biawak ke..tapi kita berdegil cara kita , etika kita..itu bukan etika dah tapi egoistic. wsalammm

my-alja Publish time 17-11-2007 01:42 PM

Reply #6 ajinomotonosuga's post

gud one....:loveliness:

[ Last edited bymy-alja at 17-11-2007 01:59 PM ]

Agul Publish time 17-11-2007 10:11 PM

Reply #6 ajinomotonosuga's post

A period of solitude is great for self correction from all negativities.

manakautau Publish time 19-11-2007 01:35 AM

Originally posted by seribulan at 17-11-2007 12:06 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Jika anda terdampar di pulau terpencil bolehlah berperangai sesuka hati kerana tiada orang yang perlu diambil kira di sekeliling anda kecuali diri sendiri. Tetapi sejauh mana etika ini memberi im ...

Manusia yg beretika serta berikhsan, haiwan juga akan suka padanya.........wat more can I say.......:) :)

lufmn Publish time 19-11-2007 09:22 AM

terpulang pada diri sendiri juga...nak beretika untuk diri atau untuk orang lain...
rasanya, kat mana2 pun kena jaga juga etika ni..walaupun sorang2..

cth: pakai kain basahan masa mandi..kita pakai kalau ada orang atau rasa macam orang boleh nampak kita...:o
abih kalau kita sorang kat bilik air, kita pun tak pakai...
tapi kita lupa..ada yang melihat kita tapi kita tak nampak dia....:lol:

hamizao Publish time 26-11-2007 10:54 PM

Hami rasalah yang lebih "noble" tang etika ini adalah ia membezakan jenis manusia apa.....bukan haiwan. Jadi kita beretika bukan kerana ada orang lain yang boleh melihat, tetapi sebab prinsip sendiri dan kerana Allah juga melihat.......!

blackmore Publish time 27-11-2007 05:37 PM

Originally posted by seribulan at 17-11-2007 12:06 http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Jika anda terdampar di pulau terpencil bolehlah berperangai sesuka hati kerana tiada orang yang perlu diambil kira di sekeliling anda kecuali diri sendiri. Tetapi sejauh mana etika ini memberi im ... ...whether u are alone in a deserted island...or whether ko dikelilingi oleh orang ramai...having good etiquette is a must...pada aku...etiquette nie simply means adab sopan...dan walaupon ko alone in a deserted island...tak semestinya ko bley berbuat sesuka hati ko saja...kalau nampak pokok mangga yang rendang...takkan ko nak tebang satu pokok tu semua sedangkan all u need to do is just reach out and pluck it off from the tree...walaupon sorang...ko tetap kena jaga persekitaran ko jugak kerana the environment that u live in will have an impact to your well being...

...no matter where we are...alone or with frens...kita harus respek the place that we are in...cos...i believe that we are not the only inhabitants in this bumi bertuah...and respect is certainly one of the elements of etiquette...

ajinomotonosuga Publish time 28-11-2007 10:10 AM

Originally posted by hamizao at 26-11-2007 10:54 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Hami rasalah yang lebih "noble" tang etika ini adalah ia membezakan jenis manusia apa.....bukan haiwan. Jadi kita beretika bukan kerana ada orang lain yang boleh melihat, tetapi sebab prinsip sen ...

do not be confused

would u say some ppl from another background i.e. the bushmen kalahari desertman or some tribe purely has no etiquette when dealing IN UR TYPE OF WORLD OR CIVILISATION?

it is purely the product of CONSCIENCE, do not do unto others what u dont want them do unto you.

but how to produce conscience? by being civlised? went to school? have good pay job? be in elite status in ur life? live in a first world?

would u say the uncouth tribesman is very un ethical? has no ettiquette?

my-alja Publish time 28-11-2007 08:53 PM

Reply #10 lufmn's post

kalo semua org boleh beretika dgn tuhan...amannnnn dunia;P ..kan

hamizao Publish time 28-11-2007 11:44 PM

Reply #13 ajinomotonosuga's post

Not exactly aji. Kan etika ni kebanyakan adalah inovasi manusia....tatacara yang diterima bersama sebagai amalan biasa/norma oleh sesuatu komuniti. Tentunya boleh berbeza...yang penting ianya membezakan manusia dari bukan manusia. Ia juga melambangkan asal usul komuniti seseorang. Jadi kita beretika kerana itulah kita sebenarnya....punya tatacara, disiplin dll. Hanya kalau di pulau terpencil itu, tak payah nak tanya atau refer kat sapa-sapa.........buat apa yang baik buat diri sendiri. Itupun ada cara2nya....bukan hentam keromo....sebab ini boleh membahayakan diri, misalnya.

tadika_action Publish time 6-12-2007 06:58 PM

saya percaya haiwan pun ada etika. tak silap masa tengok satu program kat NG.. kumbang jenis mana ada macam peraturan nak "memikat" kumbang betina.

anyway are we discussing etiquette as in "don't burp in presence of others" or etiquette as a moral conduct( thou shall not kill)? Either way, I believe, is a product of Kantian.

peekabo Publish time 9-12-2007 02:15 PM

etika dapat mencerminkan nilai disiplin diri. without one, yourself is useless

sranua Publish time 29-1-2018 05:07 PM

Etika ni pentinglah untuk kita hidup bermasyarakat dan bersosial dalam organisasi. Takdelah main hentam keromo je bila bermesyuarat atau di meja makan.
Penting terutama bila temuduga, makan dan banyak lagi dan biasanya makin tinggi kita pergi dalam kerjaya, makin ketat etika yang perlu dipatuhi.

Babygugu Publish time 31-1-2018 07:51 PM

Etika penting untuk mengekalkan keharmonian, kalau semua manusia bertindak tanpa etika, pasti huru hara akan berlaku. Plus, etika memang salah satu benda yang ditegaskan dalam Islam, diulang berkali-kali di dalam ayat kitab suci kita.

sranua Publish time 1-2-2018 08:48 AM

Cara nak menegur orang pun ada etikanya. Jangan menjatuhkan maruahnya di depan org lain. My ex-boss tegur dengan lembut dan berhemah, panggil masuk bilik, bagitau apa kesalahan aku yang dia harap tak berulang lagi.
Teguran yang lembut beretika ramai yang boleh terima berbanding yang terjerit2...marah depan orang lain, sindir. Sebenarnya nak jadi bos, banyak etika nak kena ada supaya yang baik jadi teladan.
Belum masuk etika di rumah, dengan pasangan dan anak2.
Kalau takde etika yang kita tengok viral terjerit2 dalam mesyuarat, comolot kat airport...buang pampers atas tempat basuh tangan.
Topik yang luas dan bermanfaat untuk menjaga keharmonian kita sesama makhluk Allah.
Pages: [1] 2
View full version: apa perlunya 'ETIQUETTE'?


ADVERTISEMENT