fleurzsa Publish time 12-11-2007 01:39 PM

Pameran Senirupa Moden Indonesia Kat BSLN

salam

Ada acara perasmian petang ni.

I dpt jemputan jam 5 petang.

Kalo rajin ada la muka I nanti.

Tapi mcm sebuk je ni... ;P

Jom la saper2 nak pergi

Ada 50 hasil karya artis Indonesia.

cintakalin Publish time 12-11-2007 02:19 PM

hmm pameran ape nie? :loveliness:

fleurzsa Publish time 12-11-2007 05:37 PM

Reply #2 cintakalin's post

Pameran karya2 catan la...

I tak pergi sebab penat sgt.Menguruskan persiapan jamuan utk esok.

Pameran ni something like membalas budi.... kerana pihak Indonesia telah membenarkan pihak Malaysia membuat pameran ke galeri ke (lupa lak) kat Indonesia.

fleurzsa Publish time 12-11-2007 05:38 PM

Reply #2 cintakalin's post

Pameran karya2 catan la...

I tak pergi sebab penat sgt.Menguruskan persiapan jamuan utk esok.

Pameran ni something like membalas budi.... kerana pihak Indonesia telah membenarkan pihak Malaysia membuat pameran ke galeri ke (lupa lak) kat Indonesia.

fleurzsa Publish time 27-11-2007 09:48 PM

http://www.bharian.com.my/Saturday/Seni/20071124102643/mainpix
OPEN YOUR MOUTH buah tangan Harsono antara karya dari Indonesia yang menarik perhatian khalayak.

fleurzsa Publish time 27-11-2007 09:50 PM

Titian Masa pamer koleksi terbaik Indonesia

Oleh Farhatul Aishati Shamsuddin

PAMERAN Titian Masa mempamerkan koleksi karya tersohor pelukis Indonesia yang mengangkat perkembangan seni rupa dari zaman penjajahan Belanda hingga kini dan secara langsung mengimbau sejarah negara jiran itu buat tatapan khalayak Malaysia.

Sejarah perkembangan seni rupa Indonesia yang menampilkan 51 karya pada pameran anjuran Galeri Nasional Indonesia (Galnas) dan Balai Seni Lukis Negara (BLSN) dapat disaksikan di BLSN hingga 2 Disember ini.

Antara karya 49 pelukis terkenal Indonesia yang dipamerkan ialah Raden Saleh Syarif Bustaman, Affandi, Basuki Abdullah, Agus Kamal, Nyoman Gunarsa, Gusti Solihin, Sudjojono, Trubus Sudarsono, Oesman Effendi dan Syaiful Adnan.



Pameran kali ini adalah kesinambungan daripada Pameran Jejak yang menampilkan karya kontemporari pelukis Malaysia dan berlangsung di Galnas pada September lalu sebagai pengisian kegiatan seni budaya kedua-dua negara.

Kurator Titian Masa, M Agus Burhan, berkata pameran terbabit sebagai pantulan kehidupan bangsa Indonesia berteraskan pengaruh sejarah yang dilalui pelukis dan kerana itu ia bukan sekadar seni hias, tetapi juga ideologi yang diperjuangkan pelukis merangkumi budaya, politik dan ekonomi.

"Pemaparan kehidupan sebenar dan personaliti bangsa Indonesia jelas kelihatan pada pameran ini dengan penggunaan motif dan imej identiti budaya yang menjadi kebanggaan kami selain memperlihatkan pemberontakan pelukis yang diluahkan melalui rasa sedih mahupun gembira," katanya.

fleurzsa Publish time 27-11-2007 09:53 PM

http://www.bharian.com.my/Saturday/Seni/20071124102643/mainpix2M Agus Burhan Pelbagai aliran lukisan bermula dari akhir abad ke-19 yang menggambarkan kehidupan rakyat sehingga gaya kontemporari pada akhir abad ke-20 diluahkan pelukis muda menggunakan media campuran dan multimedia pada pameran ini menampilkan kelainan.

Khalayak berpeluang mengetahui pergerakan seni rupa Indonesia yang bermula dengan gaya romantisme hingga anti kolonial Belanda, sebelum disusuli aliran baru seperti romantisme eksotik Mooe Indie, Persagi hingga Lekra dan Orde Baru.

INFO: Pameran Titian Masa [*]Lokasi: BLSN, Jalan Temerloh off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur[*]Tarikh: 13 November hingga 2 Disember[*]Anjuran: Galeri Nasional Indonesia (Galnas) dan Balai Seni Lukis Negara (BLSN)[*]Pelukis: Raden Saleh Syarif Bustaman, Affandi, Basuki Abdullah, Agus Kamal, Nyoman Gunarsa, Gusti Solihin, Sudjojono, Trubus Sudarsono, Oesman Effendi dan Syaiful Adnan.
Pages: [1]
View full version: Pameran Senirupa Moden Indonesia Kat BSLN


ADVERTISEMENT