solstice Publish time 7-11-2007 12:37 AM

Pokok kurma berpenunggu di Jeddah

Hartawan tawar RM898,000 tebang pokok kurma
Berita Harian -Dunia (06 Nov 2007)

JEDDAH: Seorang hartawan dan pelabur Arab Saudi sanggup menawarkan ganjaran sebanyak 1 juta riyal (RM898,000) kepada sesiapa yang dapat menebang sepohon kurma di luar pusat beli-belah yang dalam pembinaan, lapor akhbar Al Youm, semalam.

Tawaran itu bukan saja lumayan, tetapi juga menarik kerana ada kisah unik di sebalik misteri pokok kurma itu sendiri yang terus berdiri di tengah-tengah kawasan letak kereta pasar raya berkenaan.

Biarpun sepohon, pokok kurma itu bukan seperti pokok kurma lain kerana didakwa 'berpenghuni' atau menjadi rumah sekeluarga jin, sebagaimana didakwa beberapa guru agama yang dipanggil bagi membantu meleraikan halangan menumbangkan pohon itu.

Berikutan itu, semua usaha menebangnya, daripada cara tradisional menggunakan kapak, jentolak sehinggalah ke mesin gergaji, terbukti gagal menumbangkan pohon kurma itu.

Jentolak yang digunakan pula daripada yang kecil sehinggalah besar, tetapi masih gagal menyebabkan pengurus projek serta hartawan berkenaan, pening kepala.

Malah, jin berkenaan didakwa mengamuk dan mengganggu pengawal keselamatan yang bertugas di tingkat lain bangunan itu selain menjejaskan operasi pembinaan pusat beli-belah berkenaan.
Jin itu turut dikaitkan sebagai punca kematian seorang pekerja yang terjatuh daripada bangunan itu ketika bertugas.

Apa yang pasti, pohon kurma itu masih gagah berdiri dan tawaran ganjaran lumayan itu masih terbuka sehingga sekarang.

Biarlah jin tu dok situ kut.:o
Kalao orang kacau umah kita pon kita marah karnnnnn....
Anyway kepada sesaper nak buat duit pi lah test power
Hampir RM900,000.00 woooo

kroit92 Publish time 7-11-2007 12:45 AM

aku reply dulu!:lol:

kroit92 Publish time 7-11-2007 12:46 AM

tak leh settle cara baik ke? pindahkan ke?:o :L

enzo Publish time 7-11-2007 12:50 AM

Jin arab nih. Ganas pun cam org arab gak.:D

enzo Publish time 7-11-2007 12:51 AM

Jin arab nih. Ganas pun cam org arab gak.:D

fatz Publish time 7-11-2007 12:52 AM

sesiapa ada nombor telepon hartawan tu, PM aku ok....

nanti aku bagi 2 persen...

putera_daruna Publish time 7-11-2007 12:53 AM

lumayan tu.....tapi kena tahan risiko la.......

muses Publish time 7-11-2007 01:00 AM

Reply #6 fatz's post

alo kawan...utang lama bila mau bayar...50 persen

kroit92 Publish time 7-11-2007 01:15 AM

Reply #8 muses's post

50 persen ke 50 posen?:lol: :lol:

sweet_charcoals Publish time 7-11-2007 01:17 AM

cm best jek. kasik la kontek number

silencekiller Publish time 7-11-2007 01:56 AM

buas gk jin pak arab ni ;P ;P

ida88 Publish time 7-11-2007 02:59 AM

perghhh lumayan tu :funk:

nauze Publish time 7-11-2007 05:09 AM

hu..pakcik kayo pakcik kayo..

klu dapat tebang pokok kurma itu la..:lol: :$

adly26 Publish time 7-11-2007 07:16 AM

rasa-rasanya kumpulan JINBARA boleh settlekan masalah ni..;P

aura77 Publish time 7-11-2007 08:36 AM

hujan2 ni nyanyi lagu ni pun best.....



Don抰 leave me in all this pain
Don抰 leave me out in the rain
Come back and bring back my smile
Come and take these tears away
I need your arms, to hold me now
The nights are so unkind
Bring back those nights when I held you beside me


Un-break my heart,
say you抣l love me again
Un-do this hurt you caused,
when you walked out the door,
and walked out of my life
Un-cry these tears,
I cried so many nights
Un-break my heart, my heart

Take back that sad word good-bye
Bring back the joy to my life
Don抰 leave me here with these tears,
come and kiss this pain away
I can抰 forget, the day you left,
time is so unkind
And life is so cruel without you here beside me



Hoo~

daun_jampi Publish time 7-11-2007 08:38 AM

melayang nyawa pun tak nyesal ni...

daun_jampi Publish time 7-11-2007 08:39 AM

Reply #15 aura77's post

Keh keh keh:lol:Salah post ker??

solstice Publish time 7-11-2007 08:47 AM

Reply #15 aura77's post

Cuba ko nyanyi lagu ni masa hujan kat tepi pokok kurma tu
Musti Bapak Jin tu naik seram dan cabut lari
Perabut telivisyen bagai pon tak sempat angkut;P

alaa Publish time 7-11-2007 10:46 AM

Reply #18 solstice's post

mau die pingsan dulu sblm die lari. ;P

ianho Publish time 7-11-2007 11:38 AM

bleh tolong citer tak . .cam mana nak sambut tawaran tu . . . . tengah kering ni
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Pokok kurma berpenunggu di Jeddah


ADVERTISEMENT