syrzreen Publish time 15-6-2006 11:48 AM

Hizairi Othman

Korang ada dapat apa-apa berita pasal penulis Hizairi Othman tak?

[ Last edited bymardhiah12 at 5-11-2007 04:14 PM ]

limau_nipis Publish time 15-6-2006 12:36 PM

ni nak tulis pasal biodata dia ke, pasal buku dia?
kan dah lama menghilang, tiada siapa jumpa dia..

soalan: mana nak beli buku jukstaposisi?

wakanabe Publish time 15-6-2006 02:53 PM

apa-apa yang berkaitan dengan penulis buku. Pasal penulis dan buku-buku penulis...
Tu yang pelik tu... penulis ni hilang tanpa berita.

syrzreen Publish time 15-6-2006 03:00 PM

Originally posted by wakanabe at 15-6-2006 02:53 PM
apa-apa yang berkaitan dengan penulis buku. Pasal penulis dan buku-buku penulis...
Tu yang pelik tu... penulis ni hilang tanpa berita.

Ha.. penulis dan hasil bukunya yang korang minat...
Penulis yang ghaib ni glamer seangkatan dengan penulis nisah haron, lily haslina, rosie haslinda, faisal tehrani kan..

^^dieya^^ Publish time 15-6-2006 03:48 PM

Originally posted by limau_nipis at 15-6-2006 12:36 PM
ni nak tulis pasal biodata dia ke, pasal buku dia?
kan dah lama menghilang, tiada siapa jumpa dia..

soalan: mana nak beli buku jukstaposisi?

stilltak jumpa lagi dia ni kan??

Yan3 Publish time 15-6-2006 08:29 PM

klu x silap, citer dier dulu pernah masuk tv. dia hilang lepas amik $ kat ATM. dahlah terer tulis, hensem plak tu, beb... rugi betul..

limau_nipis Publish time 15-6-2006 11:15 PM

yup dia seangkatan dalam minggu penulis remaja tahun 92 kalau tak silap
aku masih ingat lagi cerpen pertama dia untuk MPR: 1000 keping emas (very futuristic, tak ramai penulis malaysia yang boleh tulis cerita futuristik)

lurv^cuqisz Publish time 16-6-2006 06:41 PM

ha'ah laa..aku pon penah terbaca pasal kehilangan dia ni
lorr ingatkan dah jumpe
masih misteri lagi rupanya
:(

hawa2020 Publish time 17-6-2006 11:31 AM

hawa memang minat giler kat dia ni dulu... sampai nangis2x masa dapat tahu citer dia hilang... hawa pernah jumpa & cakap ngan dier... memang hensem & tak sombong langsung. satu lagi, dia ni ialah anak kepada sasterawan tsohor Othman Puteh... masa sekolah dulu, selalu bacer novel remaja dia...

akhirizmi Publish time 2-11-2007 08:54 PM

Hizairi Othman .. MIsteri dan Karya..

apa cerita dengan Hizairi Othman nih aa..? memang tak jumpa lagi ke..? ke aku yang tatau.. sapa ada tauciter pasal dia nih...? apa buku dia aa.. yang aku ada baca Hati Milik Kesuma.. ngan Syonagar jerk.. and ada yang lain kot rasanya.. tapi aku tak ingat... banyak ke hasil tulisan dia aa..?

seribulan Publish time 4-11-2007 10:51 AM

from the net...a schoolmate..

By Anggoron Azid

Hizairi Othman - Malay novelist; Lect, UPM; Chmn, Alumni MPR (Minggu Penulis Remaja); DBP club and 3-time winner of Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat (1987-1989); Works incl Jukstaposisi, 3rd place bestseller in Gapena-Perangsang Novel Melayu Baru Competition

Early high School - Victoria Institution 5 ARTS

Currently Missing In Action , unknown where abouts , emmmm ! 揃ETAPA

akhirizmi Publish time 4-11-2007 01:56 PM

dia anak Othman Puteh.. tak lama sebelum dia hilang aku penah baca dalam majalah sempena hari bapa.. cerita dia ngan bapak dia.. BERTAPA? .. hehe.. lama woo.. takkan tak abih lagih kot..? dah dekat 10 tahun dah.. tau tak dia start hilang bila..? masa bapak dia meninggal pun dia dah takde kan..?

rbmy Publish time 4-11-2007 06:00 PM

kehilangan dia masih menjadi misteri.. entah hidup entahkan mati..
kalau mati mana kuburnya??

rbmy Publish time 4-11-2007 06:02 PM

kehilangan dia masih menjadi misteri.. entah hidup entahkan mati..
kalau mati mana kuburnya??

akhirizmi Publish time 4-11-2007 07:28 PM

tula.. sayang kan..? bakat cam dia nih hilang camtuh ajer.. aku ingat bleh la dia teruskan karya cam Syonagar tuh.. ala-ala Ahmad Patria Abdullah punya cerita... genre yang sama laa..

mardhiah12 Publish time 5-11-2007 04:13 PM

saya dah merge this topic with old topic of hizairi othman
pls look up on index before opening a new topic

akhirizmi Publish time 5-11-2007 10:49 PM

iyee... sori la encik mod.. saya budak baru belajar...

RMN Publish time 7-11-2007 11:49 AM

semoga akan terjawablah misteri kehilangan. Tapi pelik gak... takkan tak tinggal jejak!?!? at least, kesan melalui pasport ka.. ATM kad kaa, atau... tampal sajer gmbar dia kat mana2 kat mesia ni. kalau betul dah tak ada... mana pusaranyaaa... ajaib!

gorgonz Publish time 7-11-2007 12:10 PM

Reply #7 limau_nipis's post

hmm...
mmg masa zmn sekolah dulu... mmg minat - yg teramat sgt la kat Hizairi Othman ni... anak pasangan Othman Puteh dan Fatimah Baba....

mak ayah penulis... si anak berbakat besar....

cerpennya yg pertama gorg baca dan masih ingat smpai skrg...

      KIUB, KUBUS dan KUBOID - kisah 3 puak yg berperang.... mmg unik
      
novelnya yg gorg ada... DYLELA.... kisah budak perempuan bernama DYLELA...

mmg dia berbakat.... karyanya bermutu dan unik...
kemana menghilangnya....?
diculik bunian kot... sbb byk jg cerpennya yg berlatarkan dunia sebegitu....:o

mardhiah12 Publish time 24-1-2008 04:24 PM

Beliau pernah mengungkapkan perkataan ini ;

"Penulisan ialah keseronokan yang menyeksakan. Digelarkannya suatu kembara diri istimewa yang banyak membantu dalam proses kematangan insan, selain membancuh definisi tersendiri kepada makna kehidupan. Serentak dituntutnya kesabaran, kudrat mental dan fizikal serta visi yang tak pernah surut. Cabarannya menggunung, bergelojak dengan keperluan mutakhir dan menjadi kewajipan penulis yang baik dan sentiasa mahu meningkatkan diri untuk menyahut cabaran terbentang. Karya era baru seharusnya bijak berilmu selain menghibur. Tiba masanya penulis berfikir, bersikap dan bekerja secara profesional, seterusnya dapat disuntik maruah kepada dunia penulisan dan profesion penulis."

http://harithalmulk.blogspot.com/2007/05/wahai-hizairi.html
Pages: [1] 2 3
View full version: Hizairi Othman


ADVERTISEMENT