be_nign Publish time 29-10-2007 05:51 PM

Nak beli KIA Carnival...boleh bagi komen tak?

assalamualaikum...

suami saya nak beli KIA carnival,tapi..saya pernah dengar yang kereta ni banyak menimbulkan masalah...terutama dari segi enjin...betul ke..? Boleh tak kawan2 kat sini bagi komen ttg kereta ni..atau pada siapa2 yg ada experience pakai kereta ni...diharapkan dgn pandangan/pendapat kenkawan kat sini boleh menolong saya untuk berbincang dgn suami,samada ingin meneruskan pembelian kereta ini atau tidak...tq.

spirkaklampuru Publish time 29-10-2007 06:00 PM

yg saya tahu ramai komplen minyak mcm air......:L

sama jek dgn naza ria kan.......

kalau dah kaya sgt tak tahu nak buat apa dgn duit dipersilakan lah.......mmg selesa.......

spirkaklampuru Publish time 29-10-2007 06:01 PM

kia carnival dah tak lawa la kak........baik beli nazaria special edition kaler hitam tuh.........

spirkaklampuru Publish time 29-10-2007 06:01 PM

kia carnival dah tak lawa la kak........baik beli nazaria special edition kaler hitam tuh.........

mozacs Publish time 29-10-2007 06:04 PM

kia carnival? CBU...
Naza Ria? CKD
quality maybe berbeza

kalau boleh tolerate fuel consumption 30 sen/km ,
then, go for it coz it's a good people mover

MengkuduMasam Publish time 29-10-2007 06:05 PM

duit ramai bleh laa.... fuel guzzler giler nih...

zaizaa Publish time 29-10-2007 06:08 PM

maintenance (minyak) tinggi... sparepart pun agak mahal harganya....

bayangan_rindu Publish time 29-10-2007 06:30 PM

Originally posted by mozacs at 29-10-2007 06:04 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
kia carnival? CBU...
Naza Ria? CKD
quality maybe berbeza

kalau boleh tolerate fuel consumption 30 sen/km ,
then, go for it coz it's a good people mover

Betul kata mozacs...
Saya dah pernah memandu kia carnival. memang selesa. Minyak memang agak lumayan jugak la.
Kia carnival CBU, naza ria CKD memang byk beza. Body luar memang nampak sama.

Ok la pengalaman saya macam ni... selepas menukar timing belt... timing belt yang baru telah pun putus dan di pasang yang baru... 3 minggu kia carnival saya di workshop. ok...rrentetan masalah seterusnya ialah..... kereta sering naik tempreturenya..
bila msuk air kat radiator ianya akan kering semula... akhirnya kereta kia carnival saya telah berhenti di tengah jalan. Dipendekkan cerita enjin kereta kia carnival saya perlu ditukar kepada yang baru... maka saya pun menukar enjin kia carnival saya ... begitu begini habis lah nak dekat 10,00 ringgit.
nanti sambung... ada orang datang rumah beraya.

spirkaklampuru Publish time 29-10-2007 07:04 PM

Reply #8 bayangan_rindu's post

dah petang pun dtg beraya.......;P

mat_7824 Publish time 29-10-2007 07:21 PM

gobok Carnival imported drpd Korea pun RM15,000...
sanggup ke???

based from my 'kawan baik'

be_nign Publish time 30-10-2007 05:54 PM

Reply #8 bayangan_rindu's post

sayamasih menunggu sambungan cerita dr bayangan_rindu...

saya ada surf laman web ttg komen2 org yg pernah pakai Naza Ria nih...rupa2nya mmg akan timbul banyak masalah nanti...lebih2 lagi kalau dah pakai 2 tahun lebih ke 3 tahun..macam2 problem timbul..antara yg paling biasa dialami ialah enjin termostat,dimana enjin akan jadi overheating...then,engine block sealer yg mana masalahnya..,air masuk dlm enjin block...timing belt pula masalah dgn rattling sound(bunyi kertak-kertuk)... radiator pulak masalah berkarat,bocor dan overheating...lagi satu air cond problem..ramai yg komplen air cond Ria ni bermasalah..kengkadang sejuk..kengkadang panas..

saya jadi takut nak beli NazaRia ni,bila baca kos maintenance dia..tapi suami pulak masih berdegil nak teruskan..:L

[ Last edited bybe_nign at 30-10-2007 05:58 PM ]

mozacs Publish time 30-10-2007 06:08 PM

Reply #11 be_nign's post

beli kereta selalu macam ni....

contoh:-
beli NAZA Citra baru RM 70K (VALUE Car)
mungkin ada masalah selepas beli, perlu kos pembaikan, minyak RM0.20/km
beli HONDA Stream baru RM 150K (BRANDED Car)
biasanya takde problem, minyak RM0.18/km

beza harga beli RM 80K (belum campur faedah)
tapi RM 80K tu agak-agak boleh cover tak kos pembaikan dan perbezaan minyak?

conclusion - kalau ada duit, tak mahu pening kepala, beli branded car...
               kalau nak jimat dan boleh tolerate, beli kereta value for money

in this case Kia Carnival is VALUE car :)

spirkaklampuru Publish time 30-10-2007 07:25 PM

Reply #11 be_nign's post

dah suami leh tanggung semua biar la dia rasakan nanti..............:lol:

spirkaklampuru Publish time 30-10-2007 07:25 PM

Reply #11 be_nign's post

dah suami leh tanggung semua biar la dia rasakan nanti..............:lol:

MengkuduMasam Publish time 30-10-2007 10:05 PM

kete utk golong duit ramai jer nih...

amik wish aaa.. cun woo... recond pon dah ade.. event stream baru pon ade recond punyer... umor dlm 1-2 tahun jer..

ctredzuan Publish time 2-11-2007 03:01 AM

Originally posted by spirkaklampuru at 29-10-2007 06:01 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
kia carnival dah tak lawa la kak........baik beli nazaria special edition kaler hitam tuh.........


ha'a lebih baik beli nazaria, hehe.. suggested! bukan apa, utk long distance bagus kalau in town paham2 sendiri lew macam air ke, macam eskrim minyak tu :Dlagipun nazaria lebih murah banding kia,

bayangan_rindu Publish time 3-11-2007 04:59 PM

Reply #11 be_nign's post

ok.. sambungan dari cerita kia carnival saya tu.... Enjin kia carnival saya terpaksa ditukar kepada enjin yang baru.. begitu begini habis lah lebih kurang rm10,000. Selepas enjin ditukar saya terpaksa pergi ke JPJ la pulak untuk menukar no chasis ( tak berapa pasti no chasis or no apa ) enjin saya tu. Maka saya terpaksa pergi ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan yang enjin kia carnival saya sudah di tukar. Maka selesai la segala proses penukaran enjin dan juga kerja di Puspakom dan di JPJ.

OK .... Kia carnival saya menjadi ok la tersangat sangat. Mungkin kerana enjin baru kot. Walaupun sudah banyak berhabis dengan pengantian enjin baru tu.. hati saya rasa kurang selesa.. takut terberhenti ditengah jalan lagi. Kia carnival ni memang banyak menerbangkan RM saya.

maka saya telah pun menjual kia carnival saya pada harga 52k di kedai jual kereta 2nd hand tu. masa beli dulu Rm155k. Saya sanggup top up baki pinjaman saya Rm12k lebih. Bayangkan lah berapa banyak saya rugi. Tapi hati saya senang. Servis saya senantiasa hantar di KIA servis center. Sekali servis boleh tahan jugak... tak pernah Rm200 ke bawah. Pendek cerita servis kat KIA memang agak mahal jugak lah.

Nasihat saya jika puan nak beli kia carnival .... memang lah selesa. 4 tahun saya memandunya bila kami travel anak beranak serta pembantu rumah ikut serta. Minyak memang macam minum la bak kata orang. Cuma dalam beli kereta ni kadang kadang nasib nasib jugak. Bukan semua yang terkena seperti saya ni.

satu lagi jika nak beli kia carnival ... cari lah yang 2nd hand kerana puan boleh dapat kereta yang bagus pada harga yang agak bagus dan sgt berpatutan. Tapi kalau puan nak beli yang baru apa salahnya.

selamat membeli MPV ya puan.

medangmru Publish time 4-11-2007 09:14 AM

huhh...nazaria......tak ria pung...:lol: :lol: :lol:

sixfullbar Publish time 4-11-2007 09:46 AM

dekat kawasan perumahan aku ni ada sorang pakai naza ria.tengok kereta dia berparking kat rumah jer.rupanya fuel consumption tenat gak @ 30sen/Km :o

assaffah Publish time 4-11-2007 10:18 AM

High fuel consumption, costly spare part.

Tapi kalau beli 2nd hand yg bagusnya murah. Susut nilai tinggi.:D
Pages: [1] 2
View full version: Nak beli KIA Carnival...boleh bagi komen tak?


ADVERTISEMENT