LLM Publish time 17-10-2007 03:58 PM

CERITA PENDEK: Ibuku Ibu Ayam

Amir bertanya kepada Juli "Mak, apasal mak selalu overtime malam-malam?"

Juli dengan berang menjerkah "Hoi! Apa kau pedulik! Aku jumpa klien. Aku nak cari makan supaya kau boleh mencekik ayam kentaki kau 24 jam sehari!"

Amir, penganggur terhormat berumur 25 tahun itu terus menikus mendengar suara Juli bak singa zoo lambat diberi makan...

Pada malam itu, Juli dengan pekerja-pekerjanya bertemu dengan pelanggan yang pertama, Datuk Khairil, ahli politik terkenal.

"Apa kabar Datuk?" ujar Juli dengan penuh manja.

"Baik. Aku nak ayam segar dan menggiurkan!" Dengan rakus Datuk Khairil menjawap. Air liurnya meleleh melihat pekerja-pekerja Juli yang penuh aura keghairahan.

"Nina! Sila temankan Datuk Khairil ini!" Nina, gadis berpakaian menjolok mata, dengan penuh anggun menuju ke arah Datuk Khairil dan membawanya ke bilik di belakang 'pejabat' Juli. Sudah pasti mereka akan melakukan adegan panas...

Pada masa yang sama, pihak polis cawangan Dang Wangi dengan tidak disangka-sangka melakukan serbuan kilat di 'pejabat' Juli. Datuk Khairil dicekup dalam keadaan berbogel. 'Keris'nya masih dalam keadaan terhunus. Memang punah masa hadapan politik beliau. Sudah pasti Perdana Menteri akan mengamuk apabila dia tahu kelak.

Inspektor Kamal yang mengetuai serbuan itu hampir kepitaman melihat Juli di antara suspek yang di tangkap. Bekas suami Juli itu meraung "Juli!!!! Mengapa kau melakukan perkara ini??? Kau..Kau i...bu a..yam??? Kau melacurkan tubuh orang lain???"

Semua anggota polis yang lain terkedu melihat ketua mereka. Dengan tidak disangka, Inspektor Kamal terus mengacukan pistol revolvernya ke kepalanya sendiri sambil menangis kepiluan. Mereka terus mengerumuni ketua mereka yang tersayang dan merayu supaya dia bertenang. Anggota polis wanita di kalangan mereka menangis-nangis meminta Inspektor Kamal menyerahkan pistolnya kepada mereka.

Akhirnya tangisan Korporal Halimah dan Sub-Inspektor Mei Yin, dua rakan akrabnya mencairkan keazaman nekad Inspektor Kamal untuk meletupkan kepalanya sendiri..
Mereka berdua memapah Inspektor Kamal keluar dari 'pejabat' Juli yang penuh tragis itu..Keesokan harinya Inspektor Kamal di beri cuti mengejut sebulan..

Amir apabila mendengar berita ibunya telah ditangkap kerana melacurkan anak gadis orang, cuma terkedu. Sambil mengunyah paha ayam kentaki kegemarannya, dia dengan perlahan-lahan bermonolog "Oh, ibuku ibu ayam..."

EPILOG

Inspektor Kamal kembali bertugas setelah bercuti sebulan. Setahun kemudian dia berkahwin dengan Sub-Inspektor Mei Yin.

Juli dikenakan hukuman penjara kerana terlibat dalam sindiket pelacuran.
Datuk Khairil telah dipecat dari semua jawatan kerajaan.
Amir pula mendapat kerja di restoran francais KFC.


TAMAT:I

idah83 Publish time 17-10-2007 04:04 PM

uikss...betul2 cerita pendek...tapi terkesan gaklah....:P

True-X Publish time 17-10-2007 04:12 PM

memang pendek sunguh..

heheh neeway sbb criter ni lah.. aku first time jejak kaki kat board nieh..:$

nasdin Publish time 17-10-2007 04:32 PM

citer aper nie...............

zepheramane Publish time 17-10-2007 08:56 PM

hehehe... cam klakar lak baca :p

bukulali Publish time 18-10-2007 03:59 AM

:lol: :lol: :lol: klakar gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr:lol:

chantry Publish time 18-10-2007 11:06 AM

tu lah..aku pun rasa mcm citer kelakar pulak.. ;P

juliet80 Publish time 18-10-2007 11:09 AM

klakar ekk...?? ok la..blh layan gak...

LLM Publish time 18-10-2007 08:21 PM

Sekarang sila baca pula karya saya yang seterusnya berjudul "Anak Kucing Bangsat":

http://forum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=308718

Saya amat mengalu-alukan komentar yang boleh menolong saya menghasilkan karya yang bermutu.

Sekian terima kasih.

lipsofanangel Publish time 19-10-2007 02:40 AM

erk....:Lsadissss

nuralisa Publish time 19-10-2007 01:42 PM

kkhakhakahkaha.... best gak layan cite ko nie...

Robab Publish time 20-10-2007 08:16 PM

aku rase crita ko ni dah menarek dah pon
straightforward jek
cume mungken ko nak buat twist sket
atau ending yg pelik
yg memang org xkan expect langsung
yg xdek kena mengena...
bes gak...tapi cara skarang pon dah masyukkkk

ahmad_dhani91 Publish time 21-10-2007 12:13 PM

malas nak baca:kant: :kant: :kant:

milanhawkin Publish time 21-10-2007 12:39 PM

seronok gak baca citer2 pendek camni... mencabar minda sungguh :loveliness:

neeziee Publish time 21-10-2007 08:57 PM

teruskan bang..
Pages: [1]
View full version: CERITA PENDEK: Ibuku Ibu Ayam


ADVERTISEMENT