LLM Publish time 16-10-2007 08:22 PM

CERITA PENDEK: Isterimu Isteriku Jua

Haliza termenung. Izat termenung. Ali termenung.

Semua termenung selepas mendengar pengakuan Haliza. Haliza telah berjaya melakukan perkara yang tidak terduga. Dia menipu Izat. Dia menipu Ali.

Ali berkahwin dengan Haliza 6 bulan yang lepas. Haliza yang perangai meliar itu pulak berjaya memikat hati Izat semasa dia ditugaskan ke luar daerah oleh majikannya.

"Liza belum kahwin lagi. Liza berkenan kat Izat" Pembohongan itu mengaburi mata Izat. Mereka berkahwin 3 bulan yang lepas.

Haliza yang bernafsu buas itu telah mencipta sejarah hitam. Sejarah hitam legam umpama najis babi yang berkulat. Wanita berkahwin dua??

Namun kenajisan perbuatannya telah dikesan secara tidak sengaja. Ali pada masa itu terjumpa sijil nikah Haliza dengan Izat. Hampir dia kepitaman. "TIDAAAAAKKKK. LIZAAAA. Mengapa...!!??"

Haliza cuma tersenyum umpama langsuir tua dan berterus terang kepada Ali "Liza gila syahwat. Liza bernafsu kuda. Liza kalau boleh nak nikah dengan semua jejaka di bumi Malaysia gemilang ini.."

Mata Ali membuntang umpama jembalang tanah. "Apaaa!!!???" Dengan penuh syahdu dia melakukan aksi karate dengan tiang rumah...

Kemudian Ali menghubungi Izat. Izat tercirit-birit di dalam seluar mendengar berita parah itu. Haliza cuma tersenyum. Dan terus tersenyum...

Haliza terus termenung. Ali terus termenung. Izat terus termenung. Mereka berdua berpandangan dan berfikir serentak "Aduh..Isteri mu isteriku jua. Mengapa???!!"

Catatan:

Haliza telah dipenjarakan akibat daripada perbuatannya yang menggila itu.

Ali pula telah disahkan gila selang berapa bulan sejak kejadian itu berlaku dan masih menerima rawatan rapi di hospital psikiatrik.

Izat pula membawa diri dan kini bermain gitar di Central Market untuk melupakan kisah hitam itu.

TAMAT:I

aina_shaira Publish time 16-10-2007 09:00 PM

apa crita ni,llm???

Penulis Publish time 16-10-2007 09:41 PM

Ni sketsa lucu nie.:lol:

Robab Publish time 16-10-2007 10:10 PM

heheheh
nice!
i like it~

LLM Publish time 17-10-2007 04:02 PM

Terima kasih di atas sokongan anda. Sila menilai karya saya yang seterusnya: "CERITA PENDEK: Ibuku Ibu Ayam"

idah83 Publish time 17-10-2007 04:07 PM

cite LLm mmg semuanya mcm pelik2 yer...:D

zepheramane Publish time 17-10-2007 09:00 PM

hehehe... mmg pelik pun :lol:

juliet80 Publish time 18-10-2007 11:11 AM

pelik dan klakar...x lupa gak de maksud yg t'sirat 2....

nuralisa Publish time 19-10-2007 01:37 PM

;P ;P bolehla...

mie07 Publish time 11-5-2010 11:58 AM

kelakar gak

flora Publish time 23-7-2010 08:24 AM

lucu wehhhh . :lol:

emme Publish time 14-4-2011 07:30 PM

macam2 dunia

mai6 Publish time 16-4-2011 07:13 PM

teruknya wanita tu :vmad3:
kesian ali ye sampai gila
Pages: [1]
View full version: CERITA PENDEK: Isterimu Isteriku Jua


ADVERTISEMENT